Wednesday 31 May 2017

PUNCA ANAK TAK YAKIN DIRI

Kenapa anak tak yakin diri?

# ibubapa@guru selalu kata dengan berulang-berulang :

"kamu ni tak pandai"

"Susah ni..kamu tak boleh buat punya"

"Tak payahlah, kamu bukan pandai pun"

Dan yang sama waktu dengannya. Emm...

Akhirnya membentuk imej diri yang negatif. (Salah siapa?)

# tak nak dengar pendapat anak.

Tak rasa pun keperluan mendengar pendapatnya.

Mudah je. Semudah memilih pakai baju yang mana.

# tak beri peluang pada anak membuat pilihan.

Mahu mandi sekarang atau 5 minit lagi?

#parentingtalk
#fbyasminsari

Tuesday 30 May 2017

TIME FRAME

Pada posting kali ini, min nak kongsikan, bagaimana mainan yang hanya ada 1, tapi yang nak main tu 4 orang.

Min guna panggil ini teknik TIME FRAME.

Selalunya jadi benda rebu-rebut ni bila ada mainan baru, atau mainan best.

Tak kisahlah mana-mana pun.

Main game dari satu laptop pun boleh jadi punca juga.

So, biasa min guna TIME FRAME.

Caranya, hadkan masa utk setiap org. Ikut giliran.

Nak tentu giliran boleh osom.

Hihi...setlah masa 5 min ke, 10 min ke masa yang diperuntukkan bagi setiap orang.. Ikut suara majoriti.

Biasa kalau benda baru min bagi 5 minit je. Supaya cepat tukar turn, cepat semua merasa.

Lepas tu tingkatkan masa jadi 10 minit. Bagi puas sikit.

Alhamdulillah. Memang diorg ikut arahan tu. Siapa rebut jugak atau kacau turn orang lain kena denda.

Denda hilang giliran. jadi, kena tunggu giliran seterusnya kalau nak main juga.

Cara ni sangat bagus untuk didik anak supaya bersabar, ikut peraturan, buat pilihan, bertolak ansur. Kita kena tegas.

Cuma kita letih sikit sebab kena tengok masa. Tapi jangan risau, anak-anak akan selalu ingtkn kita, "Ibu, dah habis ke masa? ". Sebab diorg tengah tunggu turn.

Amacam?

Beshh tak?

#fbyasminsari
#timeframe
#YasminQasehGoldShahAlam

Monday 29 May 2017

BEDTIME STORYTELLING

Pernah ada sesi bedtime stories dengan anak-anak?

Dari kecil kita selalu dengar tentang bedtime story kan? Selalunya ibu bapa akan bacakan cerita untuk anak-anak sebelum mereka tidur. 

Waktu masuk ke bilik tidur adalah waktu minda kita mula relaks berbanding waktu lain. Begitu jugalah pada anak. Suasana bilik yang samar-samar serta pengudaraan yang selesa akan membuatkan emosi anak-anak juga lebih tenang. Gelombang otak pula berada pada gelombang Alpha yang lebih baik untuk saranan positif.
So, apa nak buat pada waktu bedtime stories? Saya share apa yang saya selalu buat.

(+) Bercerita. Berceritakan kisah pendek yang kurang dari 10 minit. Sebab biasanya kita masuk bilik pun tak terus tidur. 10  hingga 15 minit juga baru boleh lena. Ceritakan sahaja kisah rasul, kisah nabi asalkan ada value positif yang diterapkan. Sebenarnya bukan cerita yang nak disampaikan, tapi nilai dari cerita.
Di hujung sebelum tidur, berikan penerapan kepada nilai diri supaya anak-anak faham tentang konklusi kepada apa jua cerita dan ilmu yang kita cuba terapkan. Lepas ending cerita, terus baca doa tidur bersama mereka. Peluk dan cium mereka dengan ikhlas. 

(+) Ajarkan doa. Doa yang mula-mula lekat pada minda anak saya adalah doa tidur walaupun ada banyak doa lain saya ajarkan. Kenapa begitu? Seperti yang saya bagitau, waktu tersebut lebih fokus dan bertenang jadi mereka lebih cepat ingat. Ajarkan juga doa lain bila anak anda dah pandai doa tidur. Jika 1 bulan satu doa, satu tahun dah 12 doa. Banyak tu.

(+) Questionaire. Yang ni adalah yang selalu saya buat. Sebab kekadang rasa kekok nak bercerita, jadi saya suka sharing berkaitan sains atau maklumat waktu nak tidur. Contoh; "Man, tahu tak kenapa telinga gajah sangat besar?" So anak-anak akan mula menjawab. Jika salah biarkan sahaja. Kemudian saya akan terangkan jawapan supaya mereka faham.

(+) Rasionalkan situasi. Biasanya satu hari kita akan ada marah-marah pada anak kita. Percayalah, ini selalu kita buat. Dan selalu ya waktu marah kita sendiri tak rasional dan tak boleh jelaskan kepada mereka dengan baik. Jadi, waktu ini adalah waktu paling sesuai untuk rasionalkan situasi negatif yang berlaku pada hari tersebut. 

Yang penting, 10 minit, tetapkan value. Buat ulangkali.

Sharelah supaya bermanfaat untuk orang lain juga.

Kredit : Ustaz Asrulnizam Abas

Sunday 28 May 2017

FASA SEPARATION ANXIETY (PERPISAHAN SEMENTARA)

Fasa separation anxiety ni atau dalam bahasa melayu kita sebut sebagai fasa perpisahan sementara.

Ini adalah perkembangan yang sangatt normal bagi anak-anak kecil yang berusia sekitar 10 bulan hingga 1.5tahun.

Apa yang berlaku pada fasa ini adalah, anak-anak ini akan sangat kuat 'attachment' dengan penjaganya. Samada ibubapa atau pengasuhnya.

Keluhan atau persoalan yang kerap min terima adalah, "Kenapa anak saya ni pantang kena tinggal sekejap, walaupun ke bilik air, akan menangis dengan sangat kuat, seolah-olah ada yang memukulnya dan seolah-olah dia dalam keadaan sakit yang bersangatan?". Aha...itu normal puan, sangat normal bagi anak-anak yang seusia ini.

Ini kerana, kepercayaan dan keyakinan dia pada kita sebagai penjaganya. Anak akan rasa selamat bila kita bersama. Pantang, kita hilang dari pandangan, pasti akan kedengaran lagunya yang berpiching tinggi itu.
Puan jangan risau, fasa ini akan berakhir. Tapi, fasa yang singkat ini sebenarnya sangattttt penting pada perkembangan otak anak ya. Kerana pada umur ini, sel-sel otak anak sedang berkembang dengan sangat pesat. Juga, anak sedang membina rasa 'percaya, yakin dan selamat' antara dia dengan penjaganya. Kalau fasa ini, kita ambil mudah atau salah dalam tindakan, salah memilih bahasa atau perkataan,maka ia akan memberi kesan hingga anak ini besar.

Apakah kesannya Puan Yasmin?.

Antara kesannya adalah, anak ini boleh tantrum pada satu jangkamasa yang agak panjang. Yang mana sepatutnya, tantrum yang normal sudah boleh berakhir sekitar umur 3.5 - 4 tahun. Kalau lebih, ini berkemungkinan kerana fasa saperation anxiety nya ada masalah.

Pernah tak dengar anak berumur 8 tahun, cepat mengamuk bila ada yang tak kena dengan dirinya.
Saya kongsikan antara masalah yang pernah diutarakan dari salah seorang ahli group telegram yang saya sertai :

============

Kes 1
====
Saya ada sedikit cabaran dengan anak perempuan berumur 9 tahun. Dia bijak dan aktif. Dia adalah anak ke 4 dari 5 adik beradik yg semua pun perempuan.

Bagaimana nak menangani sikap beliau yg agak tantrum. Semua bende tak kena, semua bende salah. Contohnya adik dia menyanyi, dia kata bising. Dia kacau kakak dia, tudung sekolah sikit kotor dah marah2, adik dia terlanggar kaki dia, dia marah.

Saya ada berbual tanya apa.mslah sehingga semua perkara dia tak puas hati. Ajak dia berbual.hati ke hati tapi mgkin dia terlalu muda utk faham dan jwpannya selalu saya ok..Tapi,muka monyok, jalan hentak kaki...dah mengalahkan org remaja dtg bulan pula.

Saya kasihan kan dia. Saya sendiri selalu jadi moody tapi cuba bertenang. Tapi kalau dah hari2, dan hampir seharian, saya pulak jadi hangin.

Apa yg saya peelu buat?Mcm mana sy nak menangani dn menyelami.. Kami sekeluarga cuba penuhi kehendak dia tapi tetap dia tak berpuas hati.

Tolong bantu. Terima kasih.

Kes 2
====

Anak ke 5 saya,perempuan darjah 1. Hari hari sebelum pergi sekolah akan menangis,pakai tudung keluar rambut,tudung kotor walau hampir tak nampak kotor,salah susun buku dalam beg dan bermacam masalah kecik tapi teramat besar bagi dia.Saya sedaya upaya tak nak dia nangis ke sekolah,tapi dia jenis keras hati.

Harap dapat bantu atasi perangai anak saya,terima kasih.

===========

Kalau ikutkan pada kes ni ada beberapa isu. Tapi salah satunya adalah, berkemungkinan ketika Fasa Separation anxiety tak dilalui dengan baik. Itu antara kesan pada masa depan yang boleh terjadi.

InsyaAllah, saya akan kupas lagi berkenaan Fasa ini diposting akan datang.

Jangan lupa, upgrade ilmu :)

Stay tune ya

Boleh dapatkan Ebook Parenting di link ini :
bit.ly/Ebookteknikrebonding

#fbyasminsari
#separationanxiety
#kesan
#YasminQasehGoldShahAlam

Saturday 27 May 2017

Kesan 'Dominant dan Neglectful Parenting Style' Lepas 20 Tahun

Assalamualaikum semua. Maaf, sedikit sibuk akhir-akhir ni. Ehemm..macam ada yang ternanti-nantikan posting min ye.

InsyaAllah, kali ni min nak share satu kisah dari seorang teman min tentang kesan parenting ibubapanya.
Kisah bermula lebih dari 20tahun yang lepas. Begini kisahnya.

Kawan min ni membesar dalam satu keluarga yang boleh dikatakan bermasalah. Ibu dan ayahnya sering bermasalah. Memang panas hubungan mereka. Menyebabkan ayah mereka sering keluar rumah dan ini beri tekanan kepada ibu mereka.

Seterusnya apa yang berlaku adalah, ibunya menjadi tertekan dengan perhubungan itu. Stress dan tekanan yang dialami ibunya dilepaskan kepada anak-anaknya. Bila dilihat pada corak parenting keluarga ini, bapa punya 'neglectful parenting style', segalanya diserahkan pada ibu. Ikutlah si ibu ni nak didik anak macamana. Nak didik ke nak apa ke, ikut suka ibu tulah. Ayah ni tak nak masuk campur dan ambil tahu.

Oleh kerana tekanan yang dialami si ibu ini, ibu ini menggunakan pendekatan 'Dominat parenting style' atau bahasa mudah nak faham kaedah 'kuku besi'. Banyak marah dan pukul, cubit. Segalanya mesti ikut dan patut pada perintah ibu. Hukuman menanti andai berani membantah atau melawan.

Setelah lebih 20 tahun berlalu, anak-anak membesar. Dan ya, pada mata kasar kelihatan anak-anaknya berjaya. Berjaya dari segi akademik. IQ sihat. Keputusan peperiksaan memang cemerlang, SPM 7A dan sama waktu dengannya.

TAPI,

SESUATU berlaku pada EMOSI anak-anaknya. DAMAGE yang sangat DAHSYAT.

Syukur, Alhamdulillah, kawan min ni berusaha keras untuk menjadi orang yang positif bila dewasa. Cuba dan berusaha sungguh-sungguh memaaafkan segala kesalahan ibu dan ayahnya yang lalu. Namun, tidak berlaku pada salah seorang beradiknya.

Salah seorang darinya disahkan oleh Dr Psaikitrik bahawa dia menghidap Penyakit 'Bipolar Disorder'. Apa tu? Penyakit ni lebih tentang mood yang swing, ibarat roller coaster, Emosi aggresive. Kalau sedih, sedih sangat, kalau marah, marah sangat, kalau down depression sangat. Maknanya, dia tak ada keupayaan mengawal emosi.

Penyakit ni dapat sebab pengalaman dia masa kecil. Ada peristiwa dan banyak juga peristiwa atau insiden yang tersimpan dalam memori, makan diri anak ini secara perlahan-lahan. Akhirnya, pada usia anak ini menginjak 28 tahun, doktor mengesahkan dia penghidap penyakit ini.

Satu tamparan besar buat ibubapanya. Pada usia ibubapa ini sudah 50an, anaknya di diagnos doktor alami masalah mental ini. Bagaimana mahu dilakukan?

Kena berpatah balik? Boleh ke? Umur dah terlajak dewasa. Allahu.. masih kah ada peluang untuk pulihkan hubungan ini?

Itu kisah mereka.

PAUSE

Apa yang min nak tekankan disini. Pertumbuhan emosi anak SANGAT penting ketika mereka membesar. Gunakanlah pendekatan parenting yang 'loving and firm'. Lembut tetapi tegas. Penuh kasih sayang tetapi tegas.

Kesan parenting style kita bukan nampak sekarang. Tapi 15, 20 tahun akan datang. Mahukah kita anak yang hebat IQ, tapi bermasalah dari segi EQ dan SQ? Tentu tak mahu bukan. Semestinya kita mahu anak yang seimbang perkembangannya. Insan yang mampu bersimpati dan berempati pada orang lain dengan penuh kebijaksanaan. Anak yang kaya jiwa, kaya kasih sayang. Anak yang tahu hargai, hormati, menyayangi kita apabila hari tua kita nanti. Segalanya bermula sekarang, hari ini.

Kalau sebelum ni kita tersilap. Bersyukurlah, punyai kesedaran itu. Jom cepat-cepat ubah. U-turn, kembalikan bonding itu sebelum keadaan menjadi lebih sukar.

Nak tau, macamana nak buat?. Ada 7 langkah yang sangat padat, jelas dan mudah difahami dari Ebook Teknik Rebonding.

Boleh dapatkan dari link di sini bit.ly/Ebookteknikrebonding

InsyaAllah ada juga link ke Ebook Saya Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 1 dan Saya Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 2.

Semoga beroleh manfaat.

Jom Break The Cycle.

Jom join Puan Maznah Ibrahim di Eh Sabar 29 Julai 2017

#fbyasminsari
#YasminQasehGoldShahAlam
#codicafe
#QasehGoldJunior
#Ebookparenting
#Parentingstyle

Friday 26 May 2017

EGONYA KITA DENGAN ANAK!

Sebak pula membacanya. Baca dari group whatsapp. Sayu hati seorang ibu..

====

Sebelum kita keluar ke pejabat kita membebel pada anak kerana lambat bersiap. Sampai di sekolah anak maklumkan ada surat yang dia lupa berikan semalam. Lagi sekali anak dileteri.

Anak salam dan masuk ke kelas dengan keadaan emosi yang terguris. Dah dua kali kena marah. Kalau tak bagitahu pasal surat tu pun takpe fikirnya. Buat kena marah je.

Seharian dia di sekolah bersama kawan-kawan dan guru. Bila habis sekolah, dia tinggal di taska atau rumah pengasuh. Sementara menunggu ibu dan ayah balik..

Bila matahari semakin hilang cahayanya, baru ibu dan ayah datang jemput.

Dah 8/9 jam tak jumpa ibu ayahnya. Banyak yang dia nak kongsikan. Waktu ibu dan ayahnya sedang bercakap, waktu itu juga mereka excited nak cerita dan bertanya itu dan ini. Nak bagitahu cikgu puji dia pandai, nak bagitahu kawan puji kotak pensil yang ibu baru belikan

Tapi mereka dimarahi kerana dikatakan menyibuk waktu orang tua nak bercakap. Mereka menunduk dan masuk ke bilik. Bergurau pulak dengan adik-adik. Kecoh bunyinya. Tetiba wajah si ayah tersembul di muka pintu. Kena marah lagi sebab bising waktu ayah nak tengok berita. Ayah suruh baca buku.

Tengah-tengah belek buku, teringat lukisan cantik tadi. Berlari nak tunjuk kat ibu didapur. Tetiba terlanggar pulak bucu meja. Jatuh dan pecah berderai gelas atas meja. Sekali lagi anak ini dimarahi dan dileteri.

 Dan anak ini akhirnya tidur dalam keadaan dia tertanya-tanya adakah ibu dan ayahnya menyayanginya atau tidak. Tiap hari, pasti ada saja salah dan silap mereka. Pasti ada yang tidak kena.

Itu senario yang selalu kita hadapi. Malahan saya sendiri mengalaminya. Sungguh tinggi ego kita. Sungguh kita sangat mementingkan diri.

Anak ini belum matang. Belum tahu berfikir seperti orang dewasa. Bila ibu dan ayah pulang mereka benar-benar ingin merasai kehadiran kita. Ingin dipeluk dan berkongsi cerita. Tapi apa yang mereka dapat???

Bila mereka besar dan lebih selesa berkongsi cerita dengan teman-teman, jangan kita persoalkan kenapa.

Kerana waktu mereka ingin benar-benar berkongsi dengan kita, kita menafikan hak mereka.

Keegoan itu langsung tak menjadikan kita ibu bapa yang hebat.

Emosi dan amarah hanya mengundang salah tafsir si anak

Jika kita berasa penat dengan urusan kerja seharian, bagaimana pula dengan anak-anak? Jam 7.30 dah terpacak di sekolah. Pagi sekolah agama dan petangnya pula sekolah kebangsaan. Tidak penatkah mereka?
Kita keluar bekerja tanpa membawa beban berkilo. Tapi mereka bagaimana? Berat beg sekolah saja sudah 5 kg.

Ingatlah, anak itu satu anugerah. Bukan tempat melempias lelah.

* peringatan untuk saya dan sahabat semua.🌹💐

#fbyasminsari
#janganabai

Thursday 25 May 2017

THERAPEUTIC STORYTELLING - MY BFF

Kredit : Dr Rizal Abu Bakar

.
Bercerita ada seninya. Ada lenggoknya. Ia ada kesan pada otak.
.
Dahulukala, saat bercerita adalah momen penting. Semua menanti. Mahu mendengar cerita.
.
Di dalam psikoterapi juga ada cerita. Bercerita jadi alat menyembuh. Banyak cerita diguna dengan kanak-kanak.
.
Cerita juga diguna dengan orang dewasa. Kes sukar rawat. Namun, akhirnya terbenih jua air mata.
.
Lahirlah kesedaran. Muncullah keinsafan.
.
Ini contoh cerita saya gunakan.
Cerita 1
———-
.
Adik ada kawan. Adik baik dengan dia. BFFlah katakan. Siapa nama kawan adik itu?
.
Baik namanya Alin. Adik suka berbual dengan Alin. Selalu pergi ke kantin bersama. Ketawa bersama.
.
Adik sayang pada Alin sebab dia BFF adik. Alin pun sama. Dia sayang pada adik.
.
Kalau Alin tak datang ke sekolah, adik akan tercari-cari. Tertanya-tanya di mana Alin. Pulang rumah pasti akan telefon rumah Alin. Bertanya khabar.
.
Hati rasa tak tenang selagi tidak telefon Alin. Lepas telefon dan tahu kisahnya baharu rasa lega.
.
Apabila ada kelas ko-kurikulum, pasti akan duduk bersama. Jenis aktiviti pun sama. Maklumlah BFF.
.
Suatu hari, adik nampak Alin berjalan-jalan dengan rakan lain. Mereka nampak gembira. Ketawa mereka jelas terdengar.
.
Adik perasan di depan laluan Alin ada longkang. Besar dan dalam longkangnya. Andai terjatuh pasti cedera. Pasti akan ada patah dan luka.
.
Alin dan rakan-rakan tidak sedar ada longkang. Alin pulak asyik berjalan melihat ke belakang. Berbual dengan rakan-rakannya.
.
Andai Alin tidak berhenti atau membelok, pasti Alin akan jatuh. Pasti Alin akan terluka. Sanggupkah adik melihat Alin sakit begitu.
.
“Tidak.” jawab adik.
.
Apa yang akan adik lakukan?
.
“Adik akan jerit kuat-kuat pada Alin. Alin ada longkang di hadapan. Hati-hati.” kata adik.
.
Mendengar jeritan adik, Alin pun berpaling. Dia melihat adik. Lantas terus berpaling kepada rakan-rakannya. Dia seolah-olah tidak kisah dengan amaran adik.
.
Apa yang adik rasa ketika itu?
“Adik rasa marah dan kecewa.” kata adik dengan wajah yang sedikit sugul.
.
Adik rasa marah Alin yang adik sayang tida endah dengan teguran adik. Adik juga rasa kecewa sebab adik tahu Alin akan jatuh. DIa akan terluka dan sakit.
.
Adik tidak sanggup melihat Alin sakitkan?
.
“Ya.” jawab Alin pendek.
.
Adik., begitu juga apa yang emak dan ayah rasa. Bila adik yang kami sayang, yang kami nampak akan jatuh terluka dan sakit tidak endah akan amaran ayah dan emak.
.
Apa yang nampak akan terjadi pada Alin itu jugalah yang ayan dan emak nampak akan terjadi pada adik.
.
Teguran ayah dan emak itu untuk menyelamatkan. Seperti teguran adik pada Alin. Adik faham?
.
Adik mengangguk perlahan. “Adik faham. Adik minta maaf. Adik tak nampak sebelum ini.
—————————————————————————————
.
Ini adalah satu contoh cerita. Boleh diguna bila anak kurang mendengar cakap. Kisahnya boleh didramatikkan lagi.
.
Intonasi dan gaya penceritaan mesti menarik. Mesti dari hati. Kesannya akan sampai di hati.
.
Saya dah cuba sebagai seorang profesional dalam bidang psikologi klinikal. Saya dah cuba sebagai seorang ayah kepada empat orang anak remaja. Saya dah cuba sebagai seorang abang dan adik.
.
Cerita ada kesan pada otak dan hati manusia. Berceritalah. Lahirkan oxytocin, serotonin, adrenalin dan dopamin dalam diri pendengar.
.
Mereka akan terkesan. Akan lahir dari dalam diri kita kepuasan. Sila cuba jangan segan.

__________________________________________

Itu adalah satu lagi contoh therapeutic storytelling tapi dalam versi manusia. Metafora kisah manusia dan kaitan dengan isu kita dan anak.

Mari kita bercerita, masukkan mesej ke dalam minda bawah sedar anak. Mudah kan :)

#fbyasminsari
#storytelling
#YasminQasehGoldShahAlam

Wednesday 24 May 2017

Buku Parenting : Say It Right

Lidah tak bertulang. Komunikasi adalah satu apek penting bagi makluk yang hidup.

Apatah lagi buat makhluk yang berperasaan seperti manusia. Komunikasi adalah melibatkan antara 3 perkara ini iaitu perkataan, bahasa dan bahasa tubuh.

Berkomunikasi dengan anak-anak, sangat perlukan seni itu.

Anak dapat didorong dengan komunikasi, hati anak juga boleh dipatahkan dengan jayanya dengan komunikasi juga.

Banyak yang saya pelajari dari buku "Say It Right" ini, tulisan Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat atau panggilan mesranya umi ros. Bahasanya mudah difahami dan perkongsian dalam buku ini sangat praktikal.
Ada satu ketika, min alami situasi yang mencabar dengan anak min yang comel.

Alhamdulillah, min praktiskan ilmu yang min pelajari dari buku ini, dan berjaya. Sungguh, min rasa sangat gembira bila komunikasi min dan anak semakin matang.

======

Begini kisahnya :

Amin : Ibu, Faris ketuk kepala Amin (beritahu sambil menangis)

Ibu : Ye, Amin, kenapa? Meh, mari sini sayang duduk atas riba ibu. Apa yang dah jadi?

(Posisi saya duduk, saya meriba Amin sambil melihat ke dalam matanya.)

Amin : Masa main-main tadi, Faris ketuk tangan Amin dengan pistol. (Sambil menangis)

Ibu : Ahaa..

Amin : Sakit Faris ketuk.

Ibu : Iye?. Sakit kat mana?. Meh, ibu nak tengok.

Amin : Sini

(Emm…tak nampak apa-apa kesan. Mungkin ketukan yang ringan. Tapi sebagai meraikan ‘pengaduannya’ saya sapu minyak gamat di bahagian yang dikatakan sakit tadi.)

Ibu : Dah, ibu sapu ubat dah. Amin dah okay?

Amin : Dah.

Ibu : Amin nak apa-apa lagi?.

Amin : Amin nak main dengan Faris boleh?.

Masyaallah, jernih sungguh hatimu nak. Saya hanya sekadar raikan ‘pengaduannya’/ menjadi pendengar yang baik dah okay semula.

Mengaplikasikan teknik ‘raikan emosi anak’+’pendengar yang baik’ + ‘eye level’ + ‘emm..aha..’ = Emosi anak sihat kembali.

========

Komunikasi kita dan anak akan jadi lebih mudah bila kita dapat fahami dan tahu teknik yang betul.

Yang membuatkan komunikasi kita sukar adalah kerana kita tidak tahu, tidak faham dan tiada ilmu.

Kebiasannya, kita akan gunakan parenting style yang sama sebagaimana kita dibesarkan.

Namun, generasi kita dan anak telah berbeza. Maka, pendekatan juga berbeza.

Kebanyakan ibubapa muda hari ini adalah dari generasi Y dan Z. Manakala, anak kita adalah dari generasi Alfa. Semestinya ada perbezaan disitu.

Banyak lagi yang boleh dipelajari dari buku ini. Sangat disarankan untuk mendapatkannya.

Boleh perolehi buku ini dari saya ye

Bagi yang berminat boleh pm min untuk detail.

Jom kita upgrade ilmu keibubapaan.

========

InsyaAllah, sebahagian keuntungan setiap pembelian buku ini akan disalurkan kepada ibu tunggal yang memerlukan di bawah program khas Umi Ros (Founder Say It Right dan Amazing MOM) dan Puan Siti Norlaila (Founder SASU).

Mari tingkatkan ilmu sambil beramal.😊😊

#fbyasminsari
#sayItRight
#ParentingBooks
#yasmin_0169731080

THERAPEUTIC STORYTELLING - ANAK BERUANG

Alhamdulillah, memang tersangattt best jadi Alumni Eh Sabar. Banyakkkk sangat ilmu yang dapat. Free plak tu.

Join Eh Sabar sekali, dapat ilmu berkali-kali. Bukan ilmu je, support group juga. Bukan sebarangan support, support emosi supaya positif sokmo. Sejujurnya, asbab Alumni Eh Sabar, min banyak berubah .

Detail Eh Sabar di link ini ya :
bit.ly/t_ehsabar 

Therapeutic storytelling pun min belajar dari Puan Maznah Ibrahim di telegram kami tau.
Min share jelah ye.

Cerita ni boleh reka sendiri atau ambil surah dari Al Quran ke.

Tapi, secara peribadi, anak-anak min sangattt suka cerita yang min reka.

Dalam cerita tu, perlu ada 3 perkara :

1. Intro
2.Krisis
3.Penyelesaian Masalah
4.Raikan

Cerita yang kita reka tu jadi therapeutic storytelling sebab kita ambil pengajaran dari kisah kita sendiri.

Boleh reka metafora dari binatang terutamanya.

Sebab boleh jadi metafora yang sangat cantik..menarik..

Kata Puan Maznah, Sebab Allah dah cipta binatang ni untuk manusia berfikir dan ambil pelajaran dari ciri karektor dan gaya hidup binatang ini. (Hehe ada juga binatang yang min pilih sebab comel )

Contoh :

Siang tu anak min, hazim, ejek adik dia aqilah. Amin, tak nak kongsi biskut dengan adiknya husna. Min ingat insiden tu. Jadi, malam tu min decide nak buat therapeutic storytelling. Nak masukkan mesej pada minda anak sebelum tidur.

Storynya :

"Dalam satu hutan, tinggallah sebuah keluarga beruang yang aman damai. Mereka punya 5 ekor anak yang comel comel. (masa tu anak-anak min dah excited). Nama anak-anak beruang ni Hazim, aqilah, amin, Husna dan Hafizuddin. (Terus semua ketawa. Boleh je tukar nama lain. Min pernah tukar nama macam Popo, pipi pupu, pinpin..kelakarlah nama tu).

Satu hari, Hazim pergi bermain ke taman dengan Aqilah......(Seterusnya..sampailah habis..)
Dalam tu, min ada sebut "Hazim sangat sayangkan adiknya aqilah. Dia sentiasa berkata dengan kata-kata yang baik dan menyenangkan hati Aqilah. Aqilah juga sangat sayangkan abangnya Hazim" (Nampak, min masukkan mesej dalam tu. Sebenarnya nak counter balik yang Hazim ejek aqilah siang tu).

Ada juga kisah amin dan husna serta mesejnya.

Penutup : Maka berbahagialah keluarga beruang itu. Hidup dengan penuh kasih sayang dan saling hormat menghormati...
-----------------

Abis je min cite, terus diorang tido.

Min suka cerita dalam keadaan lampu terpadam. Cerita dalam gelap dan masing2 pada posisi tido.

Hahaha...memang senanglah nak tido.

Esok malamnya, diorang request lagi cerita macam tu. Jenuh lah ibu ni nak reka lagi.

Ehem...amacam? Best tak therapeutic storytelling ni?

Boleh try malam ni

#fbyasminsari
#TherapeuticStorytelling
#yasminQasehGoldShahAlam

Tuesday 23 May 2017

PARENTING TALK DI PUTRAJAYA

Alhamdulillah. Syukur kepada Illahi atas kurniaannya.

Parenting Talk santai telah berjaya dilaksanakan dengan jayanya di Precint 15, Putrajaya.  Tahniah buat Ikram Putrajaya.

Sambutan diluar dugaan, kata urusetia. Pendaftaran online yang dibuka mendapat sambutan hingga luar dari kawasan setempat.

Sungguh, bila min lihat kehadiran peserta, min sendiri rasai keterujaannya. Ada yang datang dari Sabak Bernam, Kuala Selangor, Negeri Sembilan, Kawasan Lembah Klang (luas ya)...MasyaAllah..

Ramai yang datang ini, benar-benar ingin menadah ilmu keibubapaan. Benar-benar ingin mencari penyelesaian dan jalan keluar bagi isu-isu keibubapaan yang sedang berlegar di dalam keluarga mereka.

Semoga perkongsian min buat mereka semua, sedikit sebanyak dapat memberi cetusan dan membantu mereka dalam menongkah dunia keibubapaan yang semakin mencabar.

Masa yang diperuntukan adalah 2jam. MasyaAllah, kalau ikutkan min, rasa tak puas, banyakkk lagi yang mahu dikongsikan.  Tapi, apakan daya, kalau lebih masa nanti, letih pula ibu bapa hebat ini. Al maklumlah, peserta bukan ibubapa saja, malahan anak-anak syurga mereka yang tersangattlah comel.

LUA, Tangki Emosi, Hypnoparenting script dan banyakkk lagi yang telah min kongsikan di sana.  Pelbagai teknik dan bagaimana gunapakai teknik-teknik keibubapaan dalam mendidik dan mengatasi cabaran bersama anak-anak.

Memori yang sangat indah bersama anda semua.

Terima kasih daun keladi.

Yasmin Sari
Penulis / Speaker 'Positive Parenting'

Gambar-gambar sekitar program

Bersama Dr Wan orang kuat penganjur

Puan Irna Alumni Eh Sabar memberi sokongan padu
Puan Zahrah sangat menyokong juga hadir dan merupakan Alumni Eh Sabar
Fokus sungguh para peserta

Apa yang seronok sangat tu?

Apalah yang speaker ni bebelkan :)

Slot terakhir bersama Puan Rosnita dari Putrajaya. Mendorong anak dengan Teknik Nabi

Boleh tonton fb live Parenting Talk ini di Fb Page ; IYouth Putrajaya :)

Monday 22 May 2017

PERSEDIAAN MENTAL BERSAMA ANAK-ANAK SAMBUT RAMADHAN

Puasa kali ni, 2 minggu pertama ramadhan anak-anak syurga kita bercuti sekolah. Aha...mencabar juga ya. Terutama buat ibu-ibu yang fulltime di rumah. Apakah perancangan menghadapi ramadhan kali ini bersama anak-anak syurga ibu-ibu sekalian?.

Buat min, semestinya stok #QasehGoldJunior musti ada buat anak-anak. Buat min dan suami, #qasehGoldPremier semestinya. Itu kisah suppliment untuk membantu min sekeluarga bertenaga sepanjang hari. Takdelah lemau sangat, InsyaAllah. Usaha mesti ada kan.

Seterusnya, apa yang paling pentinggg persediaan mental diri dan anak-anak. MasyaAllah, baru-baru ni suami min ajak min berfikir. Hahaha...macam dah lama plak tak berfikir...Eh..bukan berfikir, tapi muzakarah. Wahh..bunyi macam meeting plaks..Macam ni, suami min kata, kita macam kurang kekuatan untuk bagi input rohaniah buat anak-anak. Mybe sebab kepenatan dan kurang ilmu. So, suami cadangkan, apakata kalau setiap maghrib, tiap hari kita berkampung di masjid sekeluarga hingga isya' tiap hari.

Memula, bila dengar cetusan idea suami tu, keluarlah bunyi biawak dalam kepala, "Eh..susahlah, kalau tiap hari, anak kecik-kecik. Nanti ada yang meragamlah, nak tidolah. Ish..boleh ke?. Macam susah je.."...Masa tu min diam je, tak kata ya atau tak. Tapi, otak ligat menghadam. "Em..kalau tak mula, bila lagi. Takkan dah terlambat baru nak buat. Anak-anak ni, berapa lama sangat nak buat perangai pun. Kalau dah hari-hari pergi masjid, lama-lama puas juga diorang 'explore' masjid tu.. Emm..suami yang kata ni yasmin. Benda baik, ikut je..Taat je. Bukan langgar syarak. Tak yah nak beralasan. Buat aje. Untuk Allah. Kata nak masuk syurga ramai-ramai. Kenalah usaha." Haa...keluarlah dialog-dialog dalam kepala sensorang.

Alhamdulillah, sami'na waatokna..saya dengar dan saya taat. Anak-anak sangatttt seronok. Tiap malam menanti waktu ke masjid. Yang biasanya dah lemau bila lepas kul 9 mlm, ini boleh stay sampai kul 10mlm. Minggu ni kan minggu exam, min pesan anak-anak bawa buku untuk ulangkaji. Alhamdulillah..syukur..syukur.. Bila balik rumah, boleh sembang-sembang apa yang ustaz cakap kat masjid tadi.

Berbalik persediaan Ramadhan. Kena plan, program apa yang kita nak buat. Jadual program. Kalau tak, alamatya tidooo je. Shohhh...shoohh...jaga LUA yasmin :)

Minggu ni kena sibuk-sibuk ngan anak tentang ramadhan..cerita tentang ramadhan, hias rumah, prepare hadiah ramadhan. Bagi anak-anak teruja nak jumpa Bulan Ramadhan yang mulia ni.
Bagi biasakan ngan masjid. Nanti, xdelah susah sangat kita nak bertarawikh (tapi, selalunya minggu awal ni, min tarawikh di rumah je). Bagi En Hasben dan anak sulung lelaki tu ikut abahnya.

Wahh....seronok kome ye nak romadhon...Pose dah abis ganti belum?.

Jumpa lagi :)

Assalamualaikum.

#fbyasminsari
#YasminQasehGoldShahAlam
#PersediaanMentalRama