Friday 9 June 2017

Sindrom Anak Ke Dua Atau Anak Tengah

Ini bukanlah satu penyakit ya. Hanya kecenderungan sikap anak ke dua atau anak tengah. Memang ada kajian yang telah dijalankan oleh ramai tokoh psikologi tentang sikap anak ke dua atau anak tengah. Kalau beradik hanya dua orang, anak ke dua itu berpotensi punya sikap sindrom ini, kalau anak 5 orang, anak no 3 cenderung punya sikap ini.

Soalnya sikap yang bagaimana?

Daripada komen ibu-ibu tadi, banyak juga sikap negatif yang dikatakan dipunyai anak no 2 ini. Ada ibu yang katakan anak ke duanya cepat merajuk, mudah naik angin, perangai lain macam sikit, selalu ada angin kus-kus (ikut suka hati dia kalau dia nak buat dia buat, kalau tak nak suruhlah macamana pun tetap tak jalan), manja teramat, keras kepala, suka merengek dan macam-macam lagi. Kesimpulannya anak ke dua atau anak tengah ni dikatakan banyak menguji kesabaran ibubapanya. Betul ke?.

Perasan tak kelahiran anak ke dua adalah berbeza situasi penerimaannya berbanding anak pertama. Anak pertama biasanya kita tunggu dengan penuh harapan, perasaan yang penuh dengan keterujaan. 

Tapi berbeza dengan anak ke dua, ada yang dapat sebab 'accident' atau dirancang. Mungkin kerana sudah ada pengalaman sebelum ini, menyebabkan keterujaan dan perhatian itu agak kurang. 
Lihat saja bagaimana ibu yang mengandung kali pertama, bagaimana dia jaga kandungannya, dengan amalan kerohanian yang mantop, pemakanan yang terbaik, siap ada supplement lagi. 

Si bapa pula, rajin puasa sunat isnin khamis dengan harapan anak yang bakal dilahirkan anak yang soleh solehah. Bila mengandung anak seterusnya, lain dah cara si ibu menjaga kandungannya. Semakin berkurang keprihatinannya. 
Begitu juga si bapa, sudah semakin kurang perhatiannya. Saya tak katakan semua. Namun, ramai yang begitu. (Min juga tak terkecuali. Al maklumlah, anak 5 orang ni, macam-macam pengalaman.) 

Seterusnya, setelah anak ini dilahirkan, bukan saja ketika dalam kandungan dia sudah kurang dapat perhatian, malah setelah keluar dan dalam proses membesar itu, anak ini kurang mendapat perhatian dari segi mental dan emosi.

Dikatakan juga, walaupun anak ke dua ni perangainya 'lain macam sikit', ada juga kelebihannya. Antaranya anak ini lebih berdikari berbanding anak sulung, ada keupayaan untuk memikirkan satu perkara dengan baik sendiri dan punya ramai kawan.

Min kongsikan sikit fakta dari kajian ahli psikologi ya.

Menurut seorang penyelidik iaitu Alfred Adler, anak kedua atau anak tengah sering mempunyai rasa tidak mempunyai tempat dalam keluarga, mereka berjuang untuk mendapatkan perhatian dari ibubapa dan keyakinan diri kurang.  

Semangat kendiri rendah dan selalu harapkan pada anak pertama. Mereka lebih cenderung untuk sekadar mengikut arus dan keadaan.  Alfred Adler juga menyatakan anak kedua atau tengah ini boleh jadi orang perantara yang baik kerana sikap semulajadinya yang sukakan ketenangan. (Jadi, jangan hairanlah, kalau anak ini dah lambat nak ke sekolah pun, boleh tenang saja bersiap :) ). 
Adler juga percaya bahawa anak ini, sering tersingkir daripada kedudukan istimewa dan penting dalam keluarga sendiri.  Maka, anak ini TERPAKSA mencari caranya sendiri untuk terus rasa damai dan KEPERLUAN keberadaannya dalam keluarganya sendiri (Allah sedihnya). 

Tetiba min bayangkan, betapa sukarnya perasaan anak kedua atau tengah yang STRUGGLE untuk rasa dia DIPERLUKAN dalam keluarga.

Anak kedua atau tengah ini akan belajar memahami cara perhubungan keluarga dan sering mengakui KUASA ANAK PERTAMA.  Biasanya personaliti anak PERTAMA dan KEDUA adalah amat berbeza (Silverman 1988).

Cornell (1984) pula mendapati, bagi ANAK KEDUA atau TENGAH yang DIIKTIRAF sebagai berbakat dan sering mendapat penghargaan oleh ibubapanya, dia LEBIH BERKEYAKINAN, EMOSI LEBIH STABIL, KURANG STRESS ATAU KECEWA, LEBIH TERKAWAL dan KURANG CEMAS. Malah, dikatakan tahap keyakinan diri LEBIH BAIK dari anak pertama (SubhanaAllah).
Apa yang boleh min katakan, anak kedua yang DIIKTIRAF mampu jadi insan yang berjiwa besar. Mudah bekerjasama, semangat juang yang tinggi, pendamai @ perunding yang baik, lembut dan penyimpan RAHSIA yang amanah. 
Kita ibubapalah yang mencorakkan anak itu. Sebab itulah kenapa Nabi Muhammad saw sabdakan, "Anak itu adalah bersih dan ibubapalah yang mencorakkan anak itu samaada Majusi atau Nasrani". 

Jangan disalahkan kerana dia ANAK KEDUA atau ANAK TENGAH sebab tu PERANGAI SEMACAM!!. Itu sudah dikira melabel. Melabel yang positif tak mengapa, tapi ini melabel yang negatif, yang menyebabkan IMEJ DIRI anak itu merosot. 

Boleh dapatkan Ebook Parenting : Saya Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 2 untuk pelajari dengan mendalam kesalahan MELABEL anak ini di bit.ly/Ebookteknikrebonding . 
Baik. 
Sekarang, kita dah faham kenapa anak KEDUA bersikap begitu. Sebab anak itu STRUGGLE dapatkan perhatian dan kepercayaan. Bantulah dan kasihanilah anak ini.

=======================================

Banyak juga suara-suara sedih yang min dengar dari anak KEDUA antaranya :
"saya banyak kali mengalami situasi seperti ini. Selalunya ibu akan lebihkan kakak berbanding saya. Kadang saya rasa jeles. Tapi cuba 'let go' je perasaan bengang tu"
"Saya pun alami sindrom ni. Selalu rasa bersalah sangat bila sindir ibubayah yang akhirnya saya dipandang anak yang sombong dan besar kepala. Hakikatnya saya sayangkan mereka dan ketahuilah saya hanya mahukan perhatian seperti adik beradik yang lain.  Adik beradik ramai, jadi perlu bersaing untuk dapatkan perhatian itu. Saya harap kalau satu hari nanti saya jadi ibu, saya takkan biarkan anak kedua saya rasa apa yang saya rasa sekarang."
"saya benci jadi anak kedua. Semua sukar bagi saya. Takde langsung memori yang indah dalam kepala saya. Saya penat mencari perhatian. Saya sering dimarahi abang dan mak abah. Seolah-olah saya tak diperlukan dalam keluarga ni. Saya lagi suka bersendirian"

=========================

So, ibubapa semua, mahukah anda anak ke dua kita menjadi sebahagian ahli dari kisah di atas tadi?. Dah tentu tidak kan.
Mungkin ibubapa mereka tidak sedar tindak tanduk mereka telah mencalarkan emosi anak kedua ini. Memberi kesan hingga dewasa. 
Min ada 5 orang anak. Dan anak kedua min sekarang berumur 7 tahun dan ada abang berumur 9 tahun dan adiknya 4 tahun. Pada mulanya, memang min mula rasa kesukaran berhadapan dengan macam karenah yang negatif itu. Syukur dengan ilmu-ilmu parenting yang min belajar dari Puan Maznah, Ibu Rose, Dr Tengku assmadi, Puan Siti Norlaila, Puan Rosmaria, min banyak ubah cara dan pendekatan min. Anak yang sesukar macamanapun, kita boleh bantu hanya dengan KASIH SAYANG dan KETEGASAN (BUKAN GARANG).
Min displinkan anak kedua dengan PENGUKUHAN POSITIF dan MEMBERI GANJARAN PADA TINGKAHLAKU BAIK. Min penuhi tangki emosi anak kedua min. Dapatkan masa berkualiti bersama. Setiap minggu, min cuba luangkan masa berdua dengan anak kedua. Selalu ajak beraktiviti bersama seperti memasak, basuh pinggan, kemas meja, bercerita dan macam-macam (Tangki Emosi Ti-Time). 

Selalu peluk dan berikan ciuman sayang (Tangki Emosi To-Touch). Hargai segala usahanya, puji pada perbuatan baik dan usahanya walau kecil, kata-kata "kakak sangat berharga buat ibu" selalu saya ucapkan dan banyak kata-kata yang memenuhi tangki emosinya saya ungkapkan (Tangki Emosi W-Words). Penuhi permintaannya seperti teman bermain di taman, masakkan makanan yang diinginkannya, cukup menggembirakan dia (Tangki Emosi A-Act). 

Malahan, terkadang beli hadiah yang comel buatnya (Tangki Emosi G-Gift).  Buat anak ini rasa dirinya istimewa dan berharga.
Jangan dilabelkan anak-anak. Membandingkan anak-anak satu kePANTANGAN dalam parenting yang sihat dan POSITIF. Anak-anak ini unik dan peribadi mereka berbeza. Hatta anak kembar seiras pun tak sama peribadinya. Raikan perbezaan itu. Pecahkan sikap-sikap negatif anak kedua dengan KASIH SAYANG. Jaga LUA ibubapa. 
Betulkan diri kita sendiri. Dan besarkan KASIH SAYANG. 

Teruskan UPGRADE parenting skill kita dengan ilmu. 

InsyaAllah, boleh dapatkan Ebook Parenting berikut yang akan membantu kita menjadi ibubapa yang lebih positif :
===============================
Link : bit.ly/Ebookteknikrebonding

untuk Ebook

1. Teknik Rebonding
2. Saya Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 1
3. Saya Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 2
Penulis : Puan Maznah Ibrahim (Founder EH SABAR dan Kounselor lebih 10 tahun dan kini di KKM)
================================

Link : bit.ly/EbookSkillParenting

untuk Ebook

1. Menjawab 10 Soalan Lazim, Memotivasikan Anak Belajar

Penulis : Dr Tengku Asmadi (Trainer dan Motivator Tersohor Malaysia)
==============================================

Mari bersama kita amalkan caragaya keibubapaan "Loving & Firm"

Boleh ikuti saya di fb : #fbyasminsari

No comments:

Post a Comment