Monday 23 January 2017

TANG (Bahagian 3)

TANG ( Teknik Al Quran New Gen)
Bahagian 3

Kaedah ini adalah inspirasi dari kaedah Glen Doman mengajar anak kecil membaca sejak bayi. Sudah boleh digunakan seusai bayi dilahirkan.

==========================

4. Berapa lama satu sesi dan berapa kerap.
============================

Setiap sesi perlu 3 kali (3 round). Satu sesi dalam 30saat saja. Hanya flash laju-laju 3 round.

Satu hari 3 sesi dah cukup.

Banyak yang tanya bila masa yang sesuai 3 sesi tu?

Masa itu bergantung pada keselesaan masing-masing.

Saya biasa ambil sesi 1 pagi lepas anak bangun, sesi 2 sebelum tengahari dalam pukul 11pg @ petang dalam pukul 3-4, 3 sebelum tidur dalam pukul 8mlm.
Kadang-kadang satu hari 5 sesi pun saya pernah buat. Saya flash untuk 3 orang anak. 6 bulan, 1tahun lebih dan 3 tahun lebih. Kalau nak mudah, buat serentak. Tapi diorang ni bergerak merata rata. Jadi terpaksa buat secara individu.

Bagi yang bekerja macamana?

Tiada alasan ye ibu-ibu. Jangan terpedaya dengan kata-kata, "Ala..dia tak kerja, bolehla".

Untuk pengetahuan semua, video anakanda KN dari pautan Pn Maznah Ibrahim itu adalah anak beliau sendiri. Beliau juga bekerja dan sibuk. Namun, tetap istiqomah dan Alhmdulillah nampak hasilnya. Mahu atau tidak mahu saja. Saya yakin ibu-ibu boleh :). Kitakan mahu bina legasi syurga..bermula dari generasi anak kita kan. Ingat..kita buat kerja yang paling mencabar, jawatan kita adalah Human Engineer bukan ala....surirumah je.

Kita sambung ya.

Bagi ibu-ibu yang bekerja juga sama. Satu hari 3 sesi.

+ Boleh buat sesi 1 masa sebelum pergi kerja@dalam kereta masa nak hantar anak (kalau memandu sendiri, boleh gunakan digital, tunjukkan dari ipad@ hp@tv dlm kereta).
+ Sesi 2 balik kerja atau on the way balik dalam kereta dengan ank. Atau di rumah sebelum malam.
+ Sesi 3 sebelum tidur.

Ini hanya cadangan. Adjust ikut keselesaan masing-masing.
.........

Satu sesi 3 round.
Satu hari 3 sesi.
Satu minggu 5 hari saja. Saya cadangkan, mula hari Isnin tamat jumaat. Kenapa? Sebab biasa sabtu dan ahad kita ada banyak agenda di luar :).

Bermakna 3sesi sehari x 5hari = 15sesi
Itu dah memadai.

Kalau buat 5sesi sehari x 3hari = 15sesi
Itu pun boleh. Lagi cepat tukar set baru. Lagi banyak input anak dapat.

Tunggu bahagian 4 ye.

+
gambar sesi pertama untuk subuh ini.

TANG (Bahagian 2)

TANG ( Teknik Al Quran New Gen)
Bahagian 2

Kaedah ini adalah inspirasi dari kaedah Glenn Doman yang mengajar anak kecil membaca sejak bayi. Sudah boleh digunakan seusai bayi dilahirkan.

3. Bagaimana nak imbas/flash?
========================

Sebelum tu, apa erti flash?
Cepat dan pantas.

Kenapa baby dan anak kecil suka iklan?
Seronok, warna terang, bunyi menarik, pergerakan cepat.

Baiklah, nampak tak point disitu?.

Untuk aplikasi flashcard pada anak :

A. Dalam suasana yang seronok/fun.

Anak dan ibu dalam keadaan sedia. Kalau mood salah satu tak ok, tangguhkan ke sesi yang lain. Sebab kalau teruskan juga boleh bagi kesan emosi negatif pada masa depan.

Contohnya :
+ Situasi
Ibu sedang stress tapi paksa diri untuk teruskan sesi flashcard dengan anak.
+ Kesan pada ibu
Ibu mungkin akan termarah anak sebab anak tak beri perhatian.
+Kesan pada anak
Anak tidak suka belajar AQ lagi sebab pengalaman kena marah

B. Flashcard warna terang dan jelas. Tulisan mudah dibaca.

C. Intonasi
Macam bercerita supaya tak bosan perlu ada intonasi yang pelbagai.
Tapi untuk ajar anak kecil AQ perlu intonasi yang ceria.
Fahamkan intonasi ceria tu kan.

D. Pergerakan cepat/Flash.
Gerakkan flashcard dari kad yang belakang ke depan. Buat dengan pantas dan cepat. Jangan risau anak tak sempat 'catch up'. InsyaAllah memang mereka dapat. Potensi otak mereka kan sangat dahsyat. Jangan risau kalau mereka tak nak pandang sangat kad tu. Kita pula yang bergerak untuk dapatkan perhatian matanya. Dan daya tumpuan mereka sangat singkat. Kalau flash dalam 30 saat untuk satu sesi dah memadai.

E. Istiqomah
Last but not least, istiqomah sangat penting. Jangan patah semangat. Jangan terpedaya dengan bisikan yang menghalang usaha ni. Teruskan dan yakin Allah akan bantu.

So, ada 5 perkara penting yang menjadi asas kepada pengalikasian teknik TANG ini.

Ha..dah tau ni boleh amal dah.

Kalau mula pada bayi..InsyaAllah sebelum 2 tahun dah boleh baca perkataan AQ yang pernah di 'Flash' padanya.

Boleh plan dah nak bagi surah apa atau hfw yang mana.

Sunday 22 January 2017

TANG - BAHAGIAN 1

TANG ( Teknik Al Quran New Gen)

Kaedah ini adalah inspirasi dari kaedah Glenn Doman mengajar anak kecil membaca sejak bayi. Sudah boleh digunakan seusai bayi dilahirkan.

1.Flashcard
=========

Apa kriteria flashcard untuk kaedah TANG?

1. Tulisan besar dan gemuk (kalau tulis tangan boleh guna pen marker yang besar tu. Harga dalam rm8 macam tu)
2. Tulisan warna merah
3. Latarbelakang putih
4. Tiada imej tambahan
5. Saiz tulisan lebihkurang 5 ke 6 inci, iaitu lebihkurang saiz A4.

Saiz boleh dikecilkan secara beransur ansur mengikut umur anak. Tetapi jika kekal dengan saiz yang besar, tiada masalah. Penglihatan lebih jelas dan tulisan lebih mudah dilihat.

                                                             Saiz tulisan besar dan jelas
 
2. Nak tulis apa atas flashcard?
========================

Apakah perlu tulis huruf hijahiyah dulu, atau yang berbaris atas dahulu atau per kata terus?

Untuk kaedah ini, tujuan adalah anak boleh baca quran terus. Jadi boleh gunakan HFW (High Frequency Word) iaitu perkataan yang paling kerap dijumpai dalam AQ atau perkata bergantung mana-mana surah yang dipilih.

HFW boleh dibeli dari Islamic Parenting Network atau Al Kalam (boleh cari dalam fb)
Untuk flashcard tapi dalam bentuk digital(video atau pdf) boleh dapatkan dari pn Irina Rahman atau hubungi saya untuk maklumat lanjut.

#tang2016
#fbyasminsari

Word of Affirmation : Perkataan mengesahkan/menegaskan

Perkataan mengesahkan atau menegaskan ini adalah sangat penting. Ia melibatkan aktiviti verbal, iaitu kata-kata. Dalam satu hari, berapa banyakkah perkataan yang kita keluarkan dari mulut kita yang tak bertulang ni? Dan apakah kategori kata-kata yang keluar dari mulut kita kepada anak-anak atau siapa saja disekelilig kita? Merungut, membebel, melabel, marah, berdengus, memuji, menyampaikan maklumat dengan jelas, mengugut..yang mana satu?
.
Ibubapa hebat percaya tak, dengan hanya memuji, keyakinan diri anak dan siapa saja akan meningkat dan berkembang?. Perkataan mengesahkan ada banyak jenis…melabel, membanding, memuji dan yang sama waktu denganya. Jadi, sebaiknya kita pilih kata mengesahkan yang sangat positif iaitu MEMUJI.
.
Sesungguhnya Nabi kita Nabi Muhammad saw, terlalu banyak memuji. Pujian itu juga menjadi antara asbab hati para sahabat sangat lunak dan berkembang potensinya. Pujilah dengan teknik Nabi saw. Memuji dengan teknik Nabi saw ini, perlukan 3 ciri-ciri ini. Iaitu :

1. Kata pujian
2. Puji pada perbuatan
3. Doa/impak

Contoh : 

Wah, ibu kagum(1), bila kakak bantu ibu angkat pinggan ni ke dapur(2), Ibu yakin, Allah dan Rasul sangat suka apa yang kakak buat ni (3)

MasyaAllah, gembiranya ibu(1), dengan usaha kakak solat subuh awal waktu (2), Ibu doakan Allah sediakan hadiah yang istimewa buat kakak di syurga (3)

Bangganya sayang (1), dianugerahkan suami yang penyayang (2), sayang doakan hidup abang diberi keberkatan oleh Allah sentiasa (3)
.
Senangkan memuji, alah..puji je. Tak luak apapun, kasih sayang bertambah mekar, anak-anak dan orang sekeliling pun jadi bersemangat.
.
Seronokkan dipuji…Jom kita mulakan pujian dengan teknik Nabi saw.

Banyakkan memuji. Ia juga merupakan salah satu tangki emosi yang sangat perlu dipenuhi. letak target nak puji berapa kali hari ni. 

Puji banyak-banyak ye

TAWARKAN PILIHAN

Bila orang membeli barang di pasar, antara perkara yang diminta adalah 'minta tawar'. Itu minta dikurangkan harga atau minta diskaun istilahnya kan.

Dalam kes mendidik anak juga ada tawar. Tapi bukanlah air tawar, tawar hati yang takde perasaan dah tu. Huhu...macam pernah rasa je.. Ni kes lain. Beri pilihan atau tawar pilihan pada anak.

Sebelum tu, min nak buat analogi dulu. Macam kita yang sedang memandu kereta, tiba-tiba kita tarik handbrake atau tekan brake. Agak-agak apa yang jadi pada kereta tu? Bahaya kan. Silap-silap oleh berlaku kemalangan.

Macamtulah, dengan kes anak-anak ni. Bila dia sedang lakukan sesuatu perkara yang lain atau dalam suatu situasi yang lain, tiba-tiba kita nak dia lakukan secara terus dan mengejut. Huhu..boleh datangkan kecederaan pada emosi. Kalau tengah tidur, tiba-tiba kena terus bangun dan mandi. Boleh pitam kejap. Tak pun tengah khusyuk tengok tv, tiba-tiba kena pergi mandi, boleh sawan kejap. Hahaha....jangan marah ye. Istilah yang tak best plak min guna.

Bukan apa, kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu boleh mengganggu dan mempengaruhi mood orang itu dan kita sendiri. Yelah, bila kita kejutkan, tak bangun-bangun, kita juga yang hangin..kannn...Kita suruh mandi...tak jugak gerak...Kita juga yang hanginn...Sudahnya..kita jugaklah yang dapat 'darah meninggi' tu sebab asyik terpaksa marahhh aje.

So, kat sini min nak share satu cara yang best. Tak payah nak tinggikan suara atau darah tu. Penat kan, bila kita marah-marah ni. Emosi kita sendiri terganggu lepas tu. Adoii..

Inilah yang dinamakan TEKNIK TAWARKAN PILIHAN. Beri pilihan pada anak. Min bagi contoh situasi dan dialog la ye. Senang nak faham :

Dari :
Kakak, bangun cepat. Pergi mandi, solat,pastu nak gi sekolah pula.

Tukar ke :
Kakak bangun ye. Kakak nak bangun sekarang atau 5 minit lagi?

Dari :
Along, pergi mandi sekarang.

Tukar ke :
Along nak mandi sekarang atau 2 minit lagi?

Dari :
Adik, kongsilah mainan tu dengan kakak.

Tukar ke :
Adik nak kongsi mainan dengan kakak sekarang atau 5 minit lagi?

==

Mudah saja, tak payah jerit dan marah-marah. Tawar pilihan je. Biasa anak ni pilih masa yang kedua tu :). Jadi, dia akan bersedia untuk lakukannya dengan rela.

Dalam masa yang sama, kita melatih dia untuk belajar membuat keputusan.. Dia ada hak untuk memilih dan belajar untuk memilih. Secara tak langsung kita sedang bina keyakinan diri anak tu. Kannn positif macam tu.
Memang ibu ni kena banyak cakap sikit. Nak didik anak memang perlukan banyak pengorbanan. Mulut dan hati kena sangat jaga. Yakin anak baik, mulut tutur yang baik-baik. Usahakan ya. Allah sedang nilai usaha kita. Hasil, biar Allah decide.

Stress free. Boleh ke macam tu?

Smile.

Saturday 21 January 2017

KEAKUAN YANG COMEL

1.5 -3 TAHUN YANG KE'AKU'AN
===

Siapa yang ada anak berumur 1.5 tahun hingga 3 tahun? Atau pernah punyai anak lingkungan umur 1.5 tahun hingga 3 tahun?

Apa sikap yang kita nampak ketara pada umur ini?.

Pernah tak jadi, bila ada orang lain nak main mainan dia, dia tak bagi?.

Tapi, mainan orang lain, nak pula dia.

Biasa bila jadi macam ni, apa yang ibubapa hebat selalu kata?

"Adik, kongsilah mainan ni ngan kawan. Kesian dia."

Lepas tu menangislah kawan sorang lagi. Oleh kerana anak kita ni ada lebih dari 1 mainan, jadi kita PAKSA dia beri kawan tu pinjam, walhal anak kita tak nak beri.

Pada ketika yang lain, nak pakai baju dan seluar sendiri, walaupun tak betul.

 Bila nampak apa yang dipakainya tak kena, min cuba nak betulkan. Alahai, menangis-nangis plak tak nak dibantu dan lembikkan badan bila dipaksa.

Nak makan sendiri walaupun bersepah dan comot.

Nak suapkan Qaseh Junior sendiri ke dalam mulut walaupun nanti akan tumpah-tumpah (aduh..sayangnya), nak pakai selipar sendiri walaupun nanti akan terbalik.

Yang paling tak tahan, bila min nak cepat, pi jemput kakaknya balik sekolah, dia pula nak pakai kasut sendiri. Di tawarkan pakai selipar tak mahu. Menangis-nangis nak pakai sendiri tak mahu dibantu. Walaupun, in the end min juga kena betulkan kasut tu. Hihihi...comel sungguh.

Emm....ibubapa hebat perlu faham...pada umur ini, inilah fasa yang dipanggil INDIVIDUALISATION. Semua benda dia punya, tak nak kongsi dan nak buat sendiri.

Ini adalah perkembangan yang NORMAL. Sel-sel otaknya sedang berkembang. Ingat tu ya. Jadikan RAI kan setiap kehendaknya, selagi tidak bahaya dan tidak mudharat.

Dia sedang belajar untuk kukuhkan tahap keindividuannya. Belajar untuk mengenali yang dia punyai hak keatas dirinya sendiri. Tahu dan mampu membuat pilihan. Dia mampu untuk melakukannya sendiri.

Keyakinan yang semulajadi dilahirkan Allah pada setiap manusia yang sihat. Di mana, ini akhirnya akan melahirkan sikap KEBERTANGGUNGJAWABAN dalam diri anak.

SubhanaAllah, takjub min sekejap, bila perkembangan psikologi ini difahami. Bersyukurlah bila anak bersikap begini dan bukan mara-marah.

Bukankah bila anak ini semakin membesar, dia memerlukan sikap 'kebertanggungawaban' yang tinggi pada diri?. Untuk berjaya, pada masa depan, dia perlu ada keinginan untuk berjaya. Dia melakukan sesuatu bukannya kerana dipaksa atau terpaksa, tetapi MAHU melakukannya. Sikap MAHU ini lah yang sedang dilahirkan dalam umur KEAKUAN ini.

Jadi, ubah sisi pandang kita pada anak umur begini. Perkembangan POSITIF sedang berlaku dan akan beri kesan pada masa depannya. Dia bukan keras kepala, kedekut, tak dengar kata, TAPI sedang membina sikap 'KEBERTANGGUNGJAWABAN' dalam dirinya.

Jadi, ibubapa hebat. Raikan dan bimbing saja anak ini ya.

Jangan stress dengan sikap yang comel ini.

Semoga hari ini kita jadi ibubapa yang lebih baik dari semalam.

SABAR

SubhanaAllah, teringat min beberapa tahu dahulu, min pernah dengar kuliah ni dari Ustz Ebit Liew. Kata beliau, ibubapa kena bayak menangis, banyak berdoa pada Allah, bangun pada 1/3 malam dan berdoa dengan menangis. Doanya, "Ya Allah, aku tak tau Allah, aku tak pandai Allah, tunjukkan aku dan ajarkan aku bagaimana untuk didik anak-anakku jadi anak yang soleh dan solehah yang Kau cintai. Sungguh, aku tak tahu apa yang terbaik buat anak-anakku, Kau Maha Mengetahui. Justeru, aku mohon Ya Allah, Kau tunjukkilah dan ajarilah aku caranya". Dan min buat apa yang disaran oleh istaizah kesayangan kita ni. Rasa sebak dalam dada. Hasil dari doa itu bukan dapat lepas tu, lepas beberapa tahun barulah min mula faham dan nampak hasilnya sedikit demi sedikit.
.
.
Sangat klishe ayat ni, "Ajarlah anak berpandukan Al-Qura dan As-Sunnah". Ya, min tau dan min faham. Tapi, soalnya bagaimana?. Bagaimana nak praktikkan Quran dan Sunnah dalam didik anak di era canggih manggih ni?. Allahu min tak tau dan tak pandai macamana nak extract khazanah ilmu quran dan hadith ni.
.
.
Tapi kan, bila kita minta pada Allah, dengan niat yang lurus, InsyaAllah Allah akan tunjukkan dan bantu juga. Sama ada cepat atau lambat, dan pada masa waktu yang tepat. Itu semuakan aturan Allah. Setuju?
.
.
Baik. Sekarang FOKUS pada PARENTING ya. Alhamdulillah, bak kata Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat, #membumikan Al-Quran dalam hidup. Itu yang diajari dalam Say It Right. Bagaimana, Al-Quran itu diaplikasikan dalam mendidik anak-anak. Dengan penkajian yang telah dilakukannya, ada 6 Qawla yang disebut dalam Al-Quran yang perlu dipraktikkan dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah, min akan detailkan satu persatu pada masa akan datang. Itu kisah Al-Quran.
.
.
Tentang hadith pula, kita kini telah dipermudahkan dengan adanya Tim pengkaji Teknik Nabi. Mereka semua telah bersusah-payah mengkaji hadith-hadith nabi saw bagi memudahkan kita mengaplikasikan dalam kehidupan kita. Bukan saja pada anak-anak, malahan merangkumi kepada segala aspek sosial. Kursus yang memperkenalkan min pada teknik nabi ini min hadiri pada 23 Feb 2014. Lebihkurang 3 tahun lepas. Menerusi Puan Ustazah Siti Khadijah di Shah Alam. Balik dari situ, terus min amalkan hingga sekarang. Alhamdulillah. Memang indah dengan teknik nabi. Seterusnya min ikuti fb Puan Khairulaniza Khairuddin dan Puan Ainon Mohd. MasyaAllah, semakin mudah untuk mempraktikkan teknik nabi ini.
.
.
Seterusnya min gunakan pelbagai approach yang diperkenalkan Puan Maznah Ibrahim sebagai individu yang sangat mahir dalam bidang psikologi. Min pelajarinya dari Eh Sabar dan seterusya diteruskan dengan coaching secara langsung dan tak langsung menerusi Telegram Eh Sabar. Interaksi yang tidak putus antara min dengan Pn Maznah Ibrahim serta alumni yang sentiasa positif. Juga mengikuti rapat fb Ibu Rose-Mesejnya Kasih, telah banyak membantu min memahami dunia keibubapaan ini menerusi aspek psikologi dan perkembangan manusia ini. SubhanaAllah.
.
.
Kaedah Pn Maznah Ibrahim dan Ibu Rose tak jauh beza. Ada adaptasi quran dan sunnah di situ. Plus pendekatan psikologi yang manusiawi. Min amal dan apply kesemua teknik itu. Alhamdulillah, memang besar kesannya kesannya pada anak-anak dan pada diri min sendiri, itu yang utama. Sebenarnya banyak lagi, tokoh-tokoh 'parenting' yang min ikuti dan pelajari. Tapi ambil sedikit-sedikit. Yang min nampak, memang ada persamaan pattern di antara mereka. KESABARAN.
.
.
Kesimpulannya, SABAR adalah 'tool' paling penting dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah, dengan SABAR + TEKNIK yang betul, kita semua mampu mendidik anak dengan lebih baik. Tak perlu lagi ikut cara yang lama. Kita ubah generasi masa depan, dengan mengubah anak-anak kita. Cara mengugut, menempelak, menyindir, bahasa kiasan yang mendatangkan perasaan negatif, rotan tanpa asas, cubit untuk lepaskan geram, bunyi suara yang tinggi, bahasa kesat, wajah garang, bahasa badan yang menyakitkan hati, serang peribadi....sudah cukupppp..Marilah ibubapa hebat semua. Kita ubah, UBAH SEKARANG!!!!
.
.
Bukan nanti atau esok. Belum tentu esok ada lagi buat kita atau anak kita. Luruskan niat. Betulkan cara, terus cari ilmu. Doa terus dipanjatkan. Semoga Allah beri kekuatan buat kita semua untuk melahirkan generasi Islam yang kuat dan cemerlang SQ, EQ dan IQ.
.
.
Ayuh...ayuh ibubapa hebat...Kita berjuang bersama. Membentuk peribadi dan sahsiah anak yang Allah dan Rasul banggakan. Ini tugas kita semua. Bukan min, bukan ustaz ustazah, bukan pn maznah ibrahim, ibu rose, ustazah siti khadijah, cikgu khairulniza, Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat atau tokoh-tokoh keibubapaan sahaja. Bangkit, teruskan dan jangan pernah mengalah.
.
.
Jom...

GAJET IBUBAPA

Dari whatsapp

Sebuah mesej penting

====

Jujurnya, min sendiri sebak bila baca kisah ni. Seolah-olah inilah yang akan terjadi andai kita tak berusaha mendengar suara hati anak, cerita anak. Kita sibukkk dengan GAJET. Hinggakan tak sedar anak sedang membesar dan memerlukan perhatian.

Anak nak bercerita..mata kita sibukkkk pada skrin hp yang tak bernyawa. Bila anak terus ganggu kita, kita pula marah dia. Anak minta apapun, hanya jawab tapi mata masih ke skrin hp dan taangn masih pegang hp. Min la tu.

"Ibu,A min nak air." Amin bersuara.

"Aaa...ambil cawan plastik kat dapur tu, pastu tekan air sendiri kat mesin tu. " Ibu solehahnya jawab.

"Ibu, na nak kuih. "..pinta husna.

"Ambil sendiri atas meja, bawah tudung saji. " ibunya jawab.

Mata masih hadap skrin hp, tgn masih pegang hp. Astagfirullah... Teruk betullah ko ni yasmin. Dah.. STOP segala kebodohan tu. PAUSE hp dulu. Attend anak sebentar.

Jom baca kisah ni sekejap.. Perkara yang mungkin boleh jadi, andai sikap ini diteruskan.

============

ANAK2 MURUNG SORANG2 DALAM BILIK.. BUAT HAL SENDIRI.. APA PUNCANYA? Ibu bapa WAJIB BACA.. sharelah biar kita sama2 muhasabah..

Sebenarnya saya dah lama nak cerita perkara ni... satu hari masa lepas saya seminar mega perubahan remaja siri 1.. ada seorang remaja 18 tahun jumpa saya dalam keadaan bergenang air mata.. saya tanya kenapa ni?

"Ustaz.. saya ni.. sebab mak hantar saya kat program ustaz ni sebab saya ni dalam dunia saya je.. saya suka duduk dalam bilik sorang2.. saya keluar time makan je.. yang lain saya habiskan masa kat laptop dan dalam bilik saya... bila saya dengar ustaz cerita tadi tanggungjawab anak2 pada mak ayah.. saya tergerak nak cerita kat ustaz.." cerita lah..

"Dulu saya tak macam ni ustaz.. terus terang saya cakap.. sejak saya lepas pt3.. saya jadi macam ni.. sebab satu hari saya bercerita dengan mak ayah saya.. saya excited nak bercerita dengan deorang tapi deorang sibuk pandang handphone.. pastu bila saya cakap lagi.. deorang marah.. bila saya bagi cadangan tak pernah deorang terima.. marah pulakk tu... saya sedih ustaz.. dan bila berkali kali begitu saya terus buat hal sendiri... dan saya terus bersendiri..." kesian dia cerita saya dalam keadaan sebak dan bergenang air mata..

Saya terkelu tak tau nak bagitau macamana dengan pelajar ni.. bergenang air mata saya.. saya cuma boleh bagitau.. "kita maafkanlah mak ayah kita.. sebab dalam kekurangan mereka ada juta lagi kebaikan yang pernah mereka buat.. kita sebagai anak teruskan sabar dan khidmat.. ustaz percaya ko jadi orang hebat satu hari nanti asbab ko sabo dan berkhidmat pada mereka... dah2 laa duduk dalam bilik.. rugi hidup ko habiskan macam tu... sangat rugi..."

Kesian lihat.. rata2 mak ayah yg nak buat one to one program dengan saya semuanya kebanyakan anak2 jauhkan diri dengan mak ayah.. sorang2 dalam bilik.. kadang2 puncanya bila hari ni mak ayah terlalu sibuk dan anak2 rasa dah x boleh bercakap dan berbual dengan mak ayah.. kadang2 ada mak ayah yg marah anak depan saya.. kalau depan saya pun dah marah dan kondem anak.. tak taulah belakang syaa macamana.. sampai tahap anak dah jadi menyampah ngan mak ayah.. yaAlllah sedihnya perkara ni berlaku.. sepatutnya keluarga mahabbah kasih sayang.. saling berkongsi masalah..saling perlu memerlukan.. tapi disebabkan dunia yg manisnya sekejap semuanya musnah.. anak2 jadi terbiar dan rasa tersisih...

Akhirnya anak2 lebih suka ikut kawan2.. lebih dengar cakap kawan2.. sebab mak ayah tak lagi jadi kawan kepada anak2... sebab tu anak2 lebih suka duduk luar rumah berbanding dalam rumah.. yaAllah.. saya sebagai ayah dan ketua keluarga kena banyak muhasabah.. bukan mak ayah semua tapi saya terutamanya...

YaAllah ampunilah kami.. semua salah kami sebagai mak ayah... maafkan kami yaAllah sebab bersikap begini terhadap anak2 kami... jadikanlah kami semua mak ayah yang soleh dan solehah... jom sama2 amiiiinkan...

Pembimbing Remaja,
Ustaz Tido

========
Moral of the story, hati-hati dengan gajet dan dengari suaranya.
Jangan sampai hati dan jiwa anak makin kering...makin kontang. Dahagakan perhatian dan kasih sayang.

Thursday 19 January 2017

OTAK

SETIAP HARI, 85 RIBU SEL OTAK MATI (NEURON).
.
.
Proses ini terus menerus berlaku ketika kita sedang membaca posting ni.
.
Ini bermakna jika kita sudah berumur 30 tahun. Lebih dari 1 billion sel otak telah pupus.
.
Sebab itulah semakin meningkat umur, kita semakin pelupa.
.

Waaa...seramnya.
.
============
.
Supaya lebih mudah faham, izinkan min share dulu tentang rahsia otak dan bagaimana ia berfungsi. Boleh boleh?
.
.
Emm...nak cerita bebetul, poning pulak nantikan.
.
.
Macamnilah, kita umpamakan otak ni macam enjin kereta. Nadi kepada kereta yang masih bergerak.
.
.
Kalau enjin rosak, satu kereta jem kan. Macam tulah otak kita. Umumnya memang faham, kalau otak kita bermasalah, satu badan lah yang akan rasa kesannya.
.
.
Perasan kan, ada sebahagian orang yang kena stroke, jadi tak mampu bercakap atau bergerak sendiri, sebab ada bahagian tertentu otak yang dah tak dapat berfungsi dengan baik.
.
.
Sebenarnya, dalam otak berlaku aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sel otak dan sekumpulan saraf (saraf otak dan saraf tubuh). Kerjasama sel otak dan saraf-saraf ni, membantu tubuh badan kita untuk menjalankan fungsi masing-masing dengan baik.
.
.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
.
.
Kemampuan untuk kita melakukan sesuatu, kemampuan kita memahami sesuatu ilmu adalah kesan dari aktiviti interaksi bio-elektrik yang tak terbatas dalam otak kita tu.
.
.
Jadi, bila seorang berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat akan menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan saraf otak tersebut.
.
.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
.
.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Macam berjangkitla tu.
.
.
Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
SEL-SEL OTAK MULA MENGEMBANG.

Jom Zikir

.
.
Maka, otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
.
.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
.
.
Hasil eksperimen yang dilakukan berkaitan isu ini, telah dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
.
Satu kajian yang telah dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan menggunakan imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
.
Dalam eksperimen ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
.
Apabila sukarelawan mula melakukan tugas mereka, beberapa bahagian otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
.
Menariknya, bila sukarelawan ni mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
.
Moral of the story, ZIKIR adalah mekanisma yang agung telah Allah sediakan untuk hambaNya bagi mengaktifkan sel-sel otak. Sains baru saja mampu membuktikan kehebatan ini dan barat juga baru menemuinya.
.
Jadi, teramatlah rugi bagi kita umat Islam andai tidak mengamalkan apa yang Allah telah sediakan buat kita di dalam 99 Asmaulhusna, segala barisan zikir yang lain serta pelbagai jenis selawat ke atas baginda saw.
.
Jom, tingkat fikir dan zikir, agar sel-sel otak kita mampu berhubung kembali dan terus berkembang.
.
Banyak lagi tentang otak nak kongsi.
.
Stay tune ya :)
.
.
#fbyasminsari

DENGARI SUARA ANAKMU

Alhamdulillah, syukur sangat bila kita dah faham tentang parenting skill positif ni. 
.
Sudah banyak pendekatan min pada anak-anak yang min ubah. 
.
Bukan susah sangat pun sebenarnya nak buat. 
.
Alah bias, tegal biasa.  Memang mula-mula rasa susah, sebab cabaran datang dari diri sendiri, iaitu SABAR.
.
Min nak cerita tentang kisah min dan anak sulung darjah 3, Hazim.
.
==
.
Baru-baru ni, min, suami dan anak-anak yang lain sedang membuat tugasan masing-masing di meja.  Hazim dan Aqilah sedang menyiapkan kerja sekolah masing-masing.  Ada soalan yang Hazim tak dapat nak jawab, dan minta bantuan abahnya untuk menjawab. 
.
.
Lalu, abahnya membantu dan didapatinya ada kesilapan disitu dan abahnya minta jawapan lama dipadamkan.  
 .
.
Hazim memadamnya menggunakan ‘pemadam’ yang bukan disediakan oleh abahnya.  Untuk pengetahuan, abahnya telah membeli sekotak pemadam yang mengandungi 50unit untuk seisi keluarga.   
.
.
Memang abahnya jenis orang yang rapi persediaannya dan sistematik.  Hatta, set alat tulis telah disediakan pada kadar yang agak banyak supaya tidak perlu kerap ke kedai dapatkan sebarang keperluan alat tulis dalam masa terdekat.
  
                                                                   Kisah pemadam

Bila dilihat abahnya, seoalah-olah ada perasaan yang tidak senang disitu. “Hazim, ni bukan pemadam yang abah beli ni, kan?. Ni yang abah tak suka hazim ni, guna duit belanja beli macam-macam yang tak perlu. Kita kan ada banyak pemadam kat rumah. Membazir je beli yang lain. Siap beli sampai 3 pulak tu.  Tak pe, abah dah tau dah. Abah tengok lagi nanti. Taulah abah nak buat apa lepas ni.” Huhu…Min tengok muka anak dah lain masa tu, macam muka cuak. Dia tak kata apa-apa, just diam je….Okay, min dah ‘detect’ something is wrong.  Apa yang min kesan kesilapan disitu..Serangan peribadi, membebel dan Ugut!

Sebagai ibu dan ada sedikit kefahaman ilmu parenting, min cuba masuk kaki. Bismillah, dalam hati ni nak bantu anak untuk luahkan dan bantu suami untuk memahami.  Ya Allah,bantulah aku.
.
.
Min bersuara, “Hazim, boleh hazim bagitau ibu, kenapa Hazim beli pemadam ni?. Tak pe, ibu tak marah. Cuma ibu nak tau je kenapa”.  Lalu hazim jawab dengan suara yang takut-takut, “Kawan-kawan hazim semua ada pemadam macam ni, hazim je takde”. 
.
.
See….bila dah dapat jawapan dari hazim tu, terus lain perasaan kita.  Yelah, seolah-olah satu keinginan yang bersangatan dalam diri anak. Alah, pemadam je kot.  Tapi ada sebab yang jelas.  Itulah tangki emosinya, TANGKI MATERIAL.  Dia penuhi TANGKI MATERIAL dengan sendirian, tak minta bantuan kita atau tak minta kita belikan.
.
.
Ye, min tau sebenarnya pemadam tu 2 dalam 1. Fungsinya sebagai pemadam dan permainan. Memang ada satu jenis permainan yang min nampak anak min pernah main dengan permadam ni. Min Nampak air muka suami juga agak lain. Lebih tenang dan tak berkerut seperti mula-mula tadi yang seakan-akan agak marah dengan tindakan hazim membeli pemadam tu.
.
.
Tapi dalam masa yang sama, min cuba didik hazim untuk hargai apa yang abah dia dah sediakan dengan teknik beri maklumat.
.
.
Min tambah, “Oh, hazim beli sebab kawan-kawan semua belikan.  Jadi, hazim teringin nak ada juga ya. Baiklah, ibu dan abah dah faham. Tapi, boleh tak lepas ni, hazim tak payah dah beli pemadam tu? Kat rumah kita ada banyak lagi pemadam. Kalau nak juga, hazim minta izin abah dulu ye. Kalau sebab jelas, InsyaAllah abah izinkan.  Abah dan ibu bukan marah, cuma, kami tak mahu berlaku pembaziran dan membazir inikan amalan syaitan. Boleh hazim?”.
.
Hazim Jawab, “Baik ibu”.
.
.
Alhamdulillah, keadaan di meja tu dah kembali tenang, yang seawalnya agak tegang. 
.
.
Nampak kan, betapa pentingnya peranan kita sebagai ibubapa yang ada ilmu.  Kalau dulu, min tak sempat nak cuba fahami apa yang ada dalam hati anak. Kita rasa kita je betul, tindakan kita je tepat.  Anak-anak ni tak cukup makan garam. Tak kenal mana baik mana buruk. Padahal, kita sendiri banyak yang buruk lagi. Astagfirullah.
.
.
Macam biasa, teruskan didik anak dengan pendekatan yang lemah lembut tetapi tegas.  InsyaAllah, anak-anak akan lebih mudah dijinakkan hati dan sikapnya. Cuba fahami anak, InsyaAllah bila sampai masanya nanti, dia akan memahami kita pula.  Biar anak hormati kita bukan takuti kita.  Hormat dan takut dua perkara yang sangat jelas berbeza.  Ini ‘longterm relationship’.  InsyaAllah hingga ke Jannah.  Aminn..
.
.
Sebagai Isteri, min tak mengajar suami.  Tapi, lebih kepada mengubah diri min sendiri.  Bila dapat ilmu, min cuba amal.  Lelaki ada ego sendiri, min sebagai wanita, hormatinya.  Cuma sekali-sekala, pada waktu yang sesuai, min kongsikan tips parenting yang min belajar. Suami min banyak sangat bagi min sokongan dalam ubah pendekatan mendidik anak-anak. 
.
.
Keizinannya, sokongan material dan moral untuk min hadiri pelbagai kursus dan seminar parenting dah cukup kuat membuktikan keinginannya melihat min jadi ibu dan isteri yang lebih baik.  Min sangat hargai, bila suami sudi membantu jaga anak-anak yang lima orang itu di rumah, ketika min hadiri kursus atau seminar, yang kadang-kadang memakan masa setengah hari dan ada yang seharian.  Bukan mudah ya, sebagai seorang ‘rijal’ mengasuh anak-anak di rumah sendirian tanpa bantuan sesiapa.  Anak-anak yang masih kecil cenoit 9tahun, 7tahun, 4tahun, 2tahun dan 7bulan.  Boleh bayang tak keadaannya seorang ‘rijal’ mengasuh anak-anak ni. Terima kasih Allah, hadiahkan seorang ‘rijal’ yang sangat ‘gentleman’.

.
.
Baik.  Tiada siapa antara kita yang sempurna.  Min juga begitu. Jadi, jom terus-meneruslah kita belajar. Dapatkan ilmu dari pelbagai cara dan medium ikut kemampuan kita.  InsyaAllah, dengan niat yang jelas dan betul, pasti Allah akan bantu min dan sahabat semua.  Jangan lupa jaga LUA ketak-ketat okay.  Eh, ingat lagi ke, apa itu LUA?.
.
.
Kipidap ya, dongibap.
.
.
Dengari isi hati anakmu sebelum dikau jatuhkan dia hukuman.
.
.
#fbyasminsari

Wednesday 18 January 2017

LIMITING BELIEF

Lepas dah agak faham konsep 'Limiting Belief' yang dibawakan umi ros Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat, iaitu founder 'say it right', min rasa semakin kuat dan bersemangat menghadapi hari-hari mendatang.

Tak perlu takut, stress atau risau-risau lagi.

Keyakinan diri meningkat.

Percaya dan sangat yakin diri sebab ada Allah yang akan sentiasa membantu.

Kerja min minta minta minta pada Allah melalui Asma' Nya disamping usahakan yang terbaik dengan bersistematik.

Hidup sangattt singkat. Semoga morning brief min akan accomplish dihujung hari ini.

Ya Allah, Ya Baari' Yang Maha Mengaturkan...Aturkanlah segala urusanku dengan cemerlang hari ini.
Aminn..

Yakin hanya pada Allah

Yakin sebelum berjaya tagline sifu Coachmohdnoor Cmn Avengers

Jazakallahukhair semua guru hidup ku...

TRANSFORMASI POSITIF

EH SABAR
.
.
TRANSFORMASI POSITIF
.
.
=====
.
.
Alhamdulillah segala puji bagi Allah, yang menciptakan segala bumi dan segala isinya. Apa yang ada di langit dan bumi adalah milikNya. Lahawlawala quwwataillabillah… Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah.
.
.
SubhanaAllah, sebelum min mengikuti kursus Eh Sabar 1 pada 20 Mac 2016,terlalu banyak perkara yang telah terjadi dalam hidup. Yang terasakan tak mampu nak dihadapi.
.
.
Sesak dalam dada dengan pelbagai ujian yang datang. Kalau masa tenang itu pun, hanya datang sekali-sekala. Sentiasa berombak-ombak hidup ni.
.
.
Mungkin kerana sisi pandang tak betul, maka baayak yang dilihat juga tak betul. Teringat kata-kata Ustaz Zul Ramli “Sesugguhnya kalau kita memakai kaca mata yang salah, kita akan salah lihat pemandangan itu, walaupun hakikatnya pemandangan itu, jauhhhh lebih indah dari apa yang kita lihat”.
.
.
Sebelum nya, min adalah orang yang agak pesimis, tidak optimis. Selalu rasa tak yakin pada diri, maklumlah telah dihenyakkan dengan pelbagai dugaan dan tidak dibangunkan jiwa. Min jadi lost sekejap. Hilang tujuan, matlamat dalam hidup. Seolah-olah hidup ini, sekadar ikut arus, hanya lalui hari-hari dengan rutin yang sama. Kalau laju arusnya, lajulah min gerak, kalau arus perlahan, perlahanlah min gerak.
.
.
Memang, ada kesedihan dan kemarahan yang terpendam dalam diri ketika itu. Sesuatu yang tak dapat diluah dan dilepaskan. Bila teringat, akan jadi menangis dan marah sendirian. Bila tau ada seminar Eh Sabar, yang akan ajar kita bagaimana kawal dan urus emosi diri sendiri serta orang lain (terutama anak-anak dan pasangan), memang min tak fikir banyak. Daftar segera dan pujuk suami terchenta dengan secemerlang mungkin agar dapat keizinanya.
.
.
Alhamdulillah, akhirnya min dipilih Allah untuk menjadi peserta Eh Sabar level 1 pada mac 2016 di PPAS Shah Alam.
.
.
Datang bersama seorang teman baik, Puan Fazlina Dali. Sama-sama hadir dengan niat untuk jadi orang yang lebih baik. Allahu..banyak sangat yang Allah tegur.
.
.
Ada satu sesi yang min tak lupa, tentang Body Outline. Kami diminta untuk letakkan tahap kegembiraan, kesedihan, ketakutan, kemarahan,dengan skala dari minimum 0 ke maksimum 10. Lepas tu buat sesi sharing dari body outline tadi.
.
.
MasyaAllah, kami berenam dalam satu kumpulan yang saling tidak mengenali kecuali Puan Fazlina Dali. Rupa-rupanya, masalah min taklah hebat mana, bila dibandingkan dengan teman lain dalam group tu. Datang kesyukuran. “Teruk betul aku ni. Masalah ko kecik je kot nak banding dengan diorang.”, getus min dalam hati. Seriously, legaaa sangat lepas tu. Kaca mata min dah mula berubah.
.
.
Lepas tu belajar pula tentang brainheart dan kesan emosi negatif pada kesihatan. Makin baik kaca mata ku. Tambah plak ilmu dengan Teknik CTE untuk urus emosi. SubhanaAllah makin ohsem. Memang sempoi teknik-teknik ni siap praktikal lagi. Dan teknik-teknik tu yang min apply dalam hidup hingga hari ni. Alhamdulillah sangat berkesan untuk urus emosi. Terutama emosi marah.
.
.
Kemuncaknya, belajar tentang pelbagai smartparenting info dan skill. Itulah ilmu-ilmu yang sangattt berjasa yang telah mentransformkan min dari menjadi ibu yang ‘sikit-sikit marah’ kepada ‘sikit marah’. Alhamdulillah.
.
.
Dannn yang palingg best bukan habis di kursus itu. Kami terus berhubung, mendapat coaching dan support sistem yang kuat dalam Telegram ‘Alumni Ehsabar’. Sokongan yang berterusan hingga kini yang membuatkan kami Alumni Eh Sabar sangat positif dalam hidup, InsyaAllah. Komitmen Puan Maznah Ibrahim sendiri, melayan karenah dan persoalan kami setiap satu buat kami terus dalam tenaga positiff. Sehingga ada antara kami mampu memberi sokongan dan beri coaching pada alumni yang lain.
.
.
MasyaAllah, sungguh besar jasa Puan Maznah Ibrahim pada min secara peribadi . Kekuatan emosi itu yang kita sering cari. Dalam Eh Sabar ada Emosi, Spiritual juga Intelektual. Alhamdulillah, bila kita sudah mula berusaha untuk kearah lebih baik, Allah bantu banyakkk terutama dengan ilmu. Sekarang min sudah punya kekuatan yang lebih baik. Bila datang satu lagi ujian yang agak besar selepas sertai Eh Sabar, Alhamdulillah, min dapati min orang yang lebih positif mendepaninya, tak seperti sebelumnya. Seolah-olah ada satu kekuatan dalaman yang mendorong min jadi lebih kuat.
.
.
.
Semoga kami semua, Alumni Eh Sabar akan mampu menjadi mata rantai perjuangan ini. Menjadikan diri sendiri lebih positif, keluarga positif dan membantu orang lain bergerak ke arah yang lebih positif.
.
.
Ya Allah Ya Mujib, Perkenankanlah doa ini….Amin Ya Rabb..
.
.
Seriously, min sayangggg sangat Puan Maznah Ibrahim kerana Dia.
.
.
P/s: Kursus Eh sabar level 1, akan berlangsung di PPAS pada 25 Feb ni. Boleh dapatkan maklumat lanjut di link ini :

Bit.ly/EHSABARLEVEL1

Highly recommended.
.
.
#fbyasminsari
#sayaAlumniEhSabarMac2016

Tantrum dan Separation Anxiety

Parenting issue...
.
Persoalan anak umur 2 tahun 2 bulan dan 11 bulan
.
.
===
.
Soalan : Puan, saya ada anak umur 2 tahun 2 bulan dan 11 bulan.
.
.
1. Masalah saya, anak sulung tu selalu buat perangai bila saya main dengan adiknya.
.
2. Anak sulung tu juga kalau tak berjaya nak sempurnakan permainan yang dia main, dia akan mengamuk. Menangis-nangis minta saya betulkan mainan tu.
.
3. Anak 11bulan pula, pantang saya hilang kejap, mesti nangis. Kuat pula tu. Saya nk pergi tandas sekejap pun susah.
Macamana saya nak buat ni puan?
.
.
====
.
Jeng..jeng..jeng..hah...ibubapa hebat kat sini...agak-agak tau tak cmna nak solve masalah kawan kita ni?
Yang ada pengalaman bolehla share sama-sama. Kita bantu kawan kita ni, nak?
.
.
+++++
.
Terdahulu min nak ucapkan setinggi-tinggi penghargaan buat sahabat fb min yang ohsem semuanya. Thanks Puan Intan berkongsi idea dengan kami. Yang lain-lain pun ramai nak bagi idea kan, tapi segan .
.
Jom kita kenalpasti apakah cabaran yang penjaga ini hadapi.
.
.
KES 1
.
.
Bagi kes 1, jelas yang anak ini perlukan perhatian. Tangki emosinya kekurangan. Ingat lagi 5 tangki emosi yang pernah kita bincangkan dulu? Siapa yang beli Ebook Saya Tak Nak Marah Anak Lagi, pasti faham dengan jelas. 5 Tangki emosi iaitu perkataan yang mengesahkan, material, masa berkualiti, sentuhan dan perlakuan. Dari 5 tangki emosi ni, yang paling ketara keperluan anak ni adalah masa berkualiti dan sentuhan.
.
Yelah, diakan anak sulung. Ada adik yang dekat sangat jarak umurnya. Sebab tu kenapa disarankan untuk merancang kehamilan hingga sekurang-kurangnya 2 tahun, supaya anak itu mendapat sepenuh perhatian yang sewajarnya saat perkembangan emosi yang kritikal ini. Tapi, takdir Allah menentukan yang si abang ni cepat dapat adik. Maka apakah solusinya?
.
.
SOLUSI KES 1
.
+ Uruskan si adik dulu, bagi dia kenyang dan tidurkan dia.
+ Masa adik tidur, penuhkan masa berkualiti dengan si abang. Main bersama, bercerita, masak-masak, beraktiviti bersama. Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama secara ada interaksi dua hala. Anak-anak sangat suka kalau kita sertai aktiviti dia berbanding kita sediakan keperluan mainan saja dan tinggalkan. Min biasa juga main soro-sorok dengan anak (wah, yang ni memang susah sebab tempat menyorok terhad), main lego, main puzzle, macam-macam. (Tangki Emosi Masa Berkualiti)
.
+Sambil beraktiviti, boleh beri sentuhan yang positif buat anak. Peluk, cium, usap, belai apa saja sentuhan yang anak gembira. (Tangki Emosi Sentuhan)
.
+Juga jangan lupa tangka perkataan yang mengesahkan iaitu PUJI, puji dengan TEKNIK NABI banyak-banyak ye. (Tangki Emosi Perkataan Yang Mengesahkan)
.
+Lakukan secara istiqomah SETIAP HARI hari selama SEMINGGU, dalam 30minit ke 1jam. Tengok pada keadaan. Jadi,kenalah rancang apa aktiviti itu.
.
+ Beri sepenuh perhatian pada anak itu. Kita kan mahu merawat hati anak si abang. Letakkan hp ke tepi ya
.
+InsyaAllah, ia akan terawat. Tengok hasil selepas seminggu.InsyaAllah akan ada perubahan.
.
.
.
KES 2
.
Ini kes Tantrum. Ingat tak posting min tentang tantrum. Biasanya pada umur 1 setengah hingga 4 tahun anak akan ada kes tantrum. Ia bukan penyakit atau sindrom apa-apa. Tapi ia adalah cara anak ni nak respon pada sesuatu yang dia mahu, nyatakan rasa tak puas hati atau mahukan perhatian kita. Ia adalah NORMAL.
.
Kenapa tantrum, sebab anak ni masih belum pandai menyampaikan sesuatu maksud atau kehendak dengan betul. Jadi biasalah kalau anak pada umur begini menangis, mengamuk, berguling, menjerit-jerit dan sebagainya bila mahukan sesuatu atau mahu sesuatu hajat dilaksanakan.
.
Antara penyebab biasa tantrum, ialah apabila tidak dapat menjayakan suatu aktiviti (cthnya memasukkan barang ke dalam sebuah bekas), mahu dibelikan mainan yang terlihat dipasaraya dan sebagainya.
.
.
SOLUSI KES 2
.
.
a.Katakan padanya “ibu tak mahu bercakap dengan orang yang tak stabil emosi” atau apa saja kata-kata yang menyatakan kita berpendirian tidak melayan dia hingga dia tenang.
.
b. Diam tidak berkata apa-apa dan terus berjalan ke bahagian lain (sambil memantau keadaan dan situasi..min biarkan dia menangis dan tebalkan muka min walaupun orang sekeliling pandang semacam..buat dek je)
.
c.Bila dah tenang/reda min akan berbincang padanya. Melihat kedalam mata anak syurga pada ketinggiannya (min rendahkan ketinggian min)-eye level.
.
Boleh gunakan komunikasi asertif yang terdiri dari 3 langkah :
i. pencetus emosi
ii.apa rasa (sedih,kecewa, tidak suka –emosi)
iii.solusi/permintaan
.
cth ; “Bila adik nangis-nangis dan mengamuk tadi sebab nak mainan (i) ibu rasa sangat sedih (ii) bolehkah apabila adik mahukan sesuatu, adik beritahu ibu dengan jelas tanpa menangis dan menjerit? Ibu bukan tidak mahu belikan mainan itu, tetapi bukankah kita baru saja beli yang baru semalam. Kalau adik mahu, kita akan beli tetapi setelah adik lengkapkan buku ABC ini, boleh?(iii)”
Kita kena konsisten dan tegas. Jangan kejap boleh kejap tak boleh, kejap bagi kejap tak bagi. Sebab kita ingin melatih dia untuk memahami yang TANTRUM itu salah dan ajarkan dia bagaimana mahu minta sesuatu.
.
.
Kes 3
.
.
Anak ini alami konflik ‘Separation Anxiety’ iaitu perpisahan sementara. Memang biasa pada umur 10 bulan hingga 1 8 bulan, malah kadang-kadang lebih. Dia akan meraung, menangis bila kita tak berada dihadapannya, hatta ke tandas sekalipun.
.
.
SOLUSI KES 3
.
.
+ Beritahu anak tu, setiap kali kita mahu ke mana-mana. Walaupun mungkin dia tak faham pada awalnya, lama-kelamaan InsyaAllah dia akan faham juga akhirnya.
.
+ Letakkan anak di tempat yang boleh dilihatnya ketika kita buat kerja. Contohnya, letakkan dia di dalam playpen yang menghadap kita yang sedang memasak.
.
+Dukung saja ke mana pergi 
.
+Sabar dan anggap tangisannya itu, lagu yang terindah. 
.
….
.
Baiklah, terjawab sudah ketiga-tiga soalan itu. Semoga dapat membantu ibubapa yang menghadapi cabaran ini.
.
Ingat, ia adalah perkembangan yang NORMAL bagi anak. Kita hanya perlu BELAJAR bagaimana hadapinya.
.
Dengan ilmu, InsyaAllah, tindakan kita akan lebih terarah. Pastikan kita ibubapa hebat positif dan banyak bersabar. Kalau kita bersabar ketika mereka kecil, InsyaAllah, mereka juga akan bersabar ketika kita tua nanti.
.
What U Give U Get Back
.
Positifff ya..
.
Untuk ilmu parenting yang lebih detail, boleh dapatkan Ebook ini :
.
Boleh dapatkan Ebook dari penulis Pn Maznah Ibrahim
Saya Tak Nak Marah Anak Lagi di link berikut 😊
Kombo ( Siri 1 dan Siri 2)
http://bit.ly/y_EBookTakNakMarahAnak
Siri 2 sahaja
https://takmarahanak.onpay.my/order/form/s2/6
Upgrade ilmu ya.
#fbyasminsari
#tangkiemositantrumseparationanxiety
takmarahanakcombo1.onpay.my

Pause 3 Saat

Selalu je ada situasi yang mencabar kesabaran kita kan...

Nabi pesan "Jangan marah" sampai 3x.

Nampak tak....betapa pentinggggnya sabar..

Okay, min share tips ye. Macamana nak berhadapan marah.

Bila sedar yang kita dah mula nak marah (yang kebanyakan sebab adalah ego kita sendiri), boleh try teknik 'Pause 3saat'.

Caranya :

1. Betulkan cara pernafasan. Tarik dan hembus nafas.

2. Tukar posisi atau kedudukan dari tpt marah tadi.

3. Senyummmmm sampai ke telinga..

Amacam boleh buat?

Try yer...min dah try..InsyaAllah menjadi.

#fbyasminsari
#anakqasehjunior

Postmoterm Lepas TIME OUT

.
1-“Selalu sangat mengamuk, saya kuncikan dia dalam bilik. Sampai dah reda tu, saya bagila dia keluar. Memang behave la lepas tu” (Niat tak jelas)
.
2-“Hah…buat perangai lagi, nanti ibu kurung dalam bilik TIME OUT kang. Nak?” (Ini mengugut)
.
3-“Abang duduk dulu dalam tu. Bila abang dah tenang, baru ibu buka pintu bilik ni.” (Tiada had masa)
.
4- Selesai TIME OUT tiada postmoterm. (Tiada postmoterm)
.
=====
.
Ada beberapa perkara yang kurang tepat dalam mengaplikasikan teknik TIME OUT, bila dirujuk pada dialog di atas.
.
Kes 1 - Asal anak mengamuk je, masuk bilik TIME OUT. Memang short cut, ini bukan teknik mendidik, tapi macam cara mudah nak bagi anak diam. Seolah-olah kita paksa dia duduk diam. Bertingkah seperti yang kita mahukan, dikhuatiri anak itu menjadi robot, yang sudah dicabut perasaannya.
.
+Beri peringatan dahulu pada anak. Gunakan pendekatan yang lebih lembut dahulu. Dengari suaranya, kenapa dia bertindak begitu. Dah tak jalan juga, barulah gunakan TIME OUT. Teknik ini juga ada tahap umur minimum ya. Paling cepat umur 3 tahun.
.
.
Jangan pada 2 tahun kebawah, mereka belum kenal lagi erti marah. Kesian, bila salah orang yang kena TIME OUT.
.
Kes 2 – Bilik TIME OUT atau sesi TIME OUT jadi satu cara ugut anak pula. Yang mana sepatutnya ia dilihat dari sisi positif, tapi jadi perkara yang menakutkan pula bagi anak.
.
Kita mahu mendidik, bukan menakutkan. So , betulkan yang tak betul.
.
+Ingat lagi posting min, banyak min ingatkan tentang ugut ini hanya akan mendatangkan mudharat dan bukan manfaat. Ia memang ‘shortcut’, tapi cara ini sedang menyimpan ‘kemarahan terpendam’ anak pada kita.
.
Kes 3 – Tidak bagi ‘time frame’. Ikutlah berapa lama ibu nak letakkan anak dalam tu. So, ini buat anak lagi stress..sesuatu yang tidak dapat diukur.
.
+Kita pun, kalau buat kerja tiada ‘time frame’ akan stress. Inikan pula anak, yang masanya perlu dipenuhi dengan kegembiraan.
.
Kes 4 – Tiada sesi postmoterm selepas TIME OUT. Bahaya!. Boleh mendatangkan salah faham pada anak, sebabkan dia kurang yakin diri, jadi penakut dan lain-lain.
.
+Bahaya! Jangan lepaskan anak dari sesi TIME OUT tanpa POSTMOTERM
.
======
.
Penting sangat ke postmoterm tu?
.
Ye…penting sangat penting lagi mementingkan…huhu
.
Anak ini akan menyangka pelbagai pada tindakan kita.
.
Mereka tiada kematangan dalam fikiran untuk menilai sesuatu tindakan.
.
Kita yang dewasa ini, perlu bantu anak-anak untuk menjustifikasikan ia. Wah…faham ke faham ni?
.
Kalau lepas postmoterm kita lepaskan begitu saja, tanpa penjelasan yang jelas, boleh sebabkan anak hilang kepercayaan kepada kita, menyangka yang kita dah tak sayangkan dia, sangka yang dia memang anak yang jahat, sangka memang dia menyusahkan ibubapa, rasa takut pada ibubapa dan macam-macam lagi yang akan keluar dalam kotak fikiran anak-anak ni.
.
Anak-anak ni tak faham tindakan perkara yang tersirat.
.
Perlu dijelaskan dengan terang.
.
.
.
Baik…sekarang dah tau kenapa penting postmoterm..
.
Jadi, selesai sesi TIMEOUT , sesi postmoterm boleh begini:
.
1- Peluk anak dan katakan “Ibu sangat bangga, bila abang dapat bersabar sepanjang sesi TIME OUT tadi. Ibu kagum.”
.
+Walaupun masa tu anak menangis, peluk dan puji saja.
.
2- Sekarang, pegang bahu, eye level, beri sebab yang jelas kenapa TIME OUT atau boleh guna komunikasi ASERTIF.
.
3- Peluk sekali lagi dan bisikkan pada dia di telinganya, apa yang kita harapkan.
.
.
.
Jom perbaiki apa yang perlu.
.
Yang mana dah ok, just konsisten.
.
Jom jadi ibubapa cemerlang dan positif.
.
.
#fbyasminsari
#postmotermtimeout

Serang Peribadi

Semua faham dan tau kan apa maksud 'serang peribadi' kannn..

Tersedar dari lamunan lepas umi ros Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat..sentapkan diriku masa di #seminarSayItRight. Huhu...

                                              Puan Rosmaria Mohd Sahat atau Umi Ros

Kita tak suka orang serang peribadi kita kan. Kalau kita salah, bgtau jelah apa salah kita kan? Kan lebih mudah nak faham dan betulkan. Hati pun tak panas kannn.

Contohnya kat tempat kerja, kita silap isi data dalam report. Bos panggil kita, then marah-marah.

"Apa nak jadi dengan awak ni ha.. Buat report pun tak betul. Isi data je pun salah. Awak ni makan gaji buta ke apa?. Betulkan balik. Saya nak guna tghri ni "

Agak-agaklah, bila dapat ayat 'power rangers' macam ni, kita seronok tak nak kerja?. Huhu.. Memang tak lah kan.. Mood pun jadi tak best dah. Hilang hormat kat bos kann..

Tapi kan, kalau bos kita kata camni,

"Ada kesilapan data dalam ni. Saya perlukan report yang lebih baik dan kemas pengisiannya. Boleh awak bantu saya sediakannya? Saya perlukannya tengahari ini. "

Hah... Kalau bos kata gini, lebih jelass kan. Tuju pada masalah dan beri maklumat yang jelas. Permintaannya juga sangat sopan kann...

Sebenarnya dua-dua situasi ni merupakan arahan. Tapi, cara berbeza dan penerimaan juga berbeza.
Kita paling hargai diri kita. Anak juga mahu dirinya dihargai. Kalau kita nak dihargai anak, hargai dia dulu.

Jangan serang peribadi.

"La...apa ni, napa adik tumpahkan air lagi? "
"Abang ni nak jadi apa, malas buat kerja sekolah"
"Ibu tak sukalah kakak solat lambat macm ni"
Ini semua contoh serangan peribadi.

Ubahlah kepada:

1. Tunjukkan cara yang betul
2. Fokus pada situasi bukan peribadi/orang
3. Beri ayat penyata
4. Puji teknik nabi

Kesimpulannya.. Makan dalam tuh bila kena serang peribadi. Kita tak suka diserang, begitu juga anak kita.

Kita ada perasaan, begitu juga anak kita walaupun masih kecil.

Jadi, jadilah ibubapa hebat yang mampu memahami dan bukan sekadar ingin difahami.

Boleh faham ke ni?

Macam krikk.. Krikk.. Je..

#fbyasminsari
#seranganperibadi
#seminarSayItRight

KEBIASAAN

Teringat min satu sesi perkongsian dengan Tuan pengacara majlis. Siapa namanya ya, sudah lupa pula. Aduh, memang pendek kadar daya ingatan ku. Kalau tak silap Tuan Zaim namanya.
.
.
SubhanaAlah setiap kali mc pegang mikrofon, sentiasa saja ada aktiviti yang sangatt ‘berisi’. Makan dalam tu. Ada satu sesi tu, pengerusi minta kami semua lukiskan gambar buah epal dan seterusnya lukiskan secawan kopi.
.
.
Seriously, hampir kesemua kami melukis dengan pattern yang sama. Kalau beza pun sikit sangat. Dan kalau dikira pada peratusannya, hampir 90% adalah sama bentuk dan rupa epal dan secawan kopi yang kami lukiskan. Ha..kalau tak caye, cuba anda lukiskan epal dan secawan kopi dan bandingkan dengan kawan sebelah. Hihi..
Hah…kenapa kami semua lukis gambar yang hampir sama bentuknya?. Mana kita belajar dan tau bentuk ini? Dah berapa lama kita lukis epal dan secawan kopi yang berupa ini? Agaknya kalau kita lukis gambar ini pada 10 tahun yang lepas, sama tak?. .
.
.
Ya, InsyaAllah sama. Kita secara tak sedar dah tertanam dalam minda bawah sedar, kalau epal tu, sebiji epal yang ada tangkai, kalau kreatif sikit ada daun dan ada garisan sikit untuk pencahayaan. Dan kita akan bayangkan epal itu warnanya merah. Kannn….Kalau secawan kopi pula, lukis bulat dulu, pastu hemisfera untuk badan cawan, tangkai dikanan. Kalau kreatif sikit ada piring dan garisan atas cawan tunjukkan ada air yang panas. Betoi dakkk??

                                                       Sebiji epal dan secawan kopi
.
.
Apa rasionalnya melukis benda ni?. Ya, itulah menunjukkan kebiasaan dan tahap manakah ilmu kita. Kebiasaan kita ni telah dibentuk sejak dulu lagi. Kalau kita tak ubah, kebiasaan ini akan berterusan selamanya. Tingkah kita juga dipengaruhi oleh pengalaman lepas. Tindakan kita banyak yang dipengaruhi pengalaman masa kita dibesarkan.
.
.
Kalau latarbelakang keluarga yang ‘piching’ tinggi-tinggi, kita juga cenderung untuk 'piching' tinggi-tinggi pada anak-anak kita. Kalau kita biasa di ‘getah paipkan’ oleh ibubapa kita, jadi kita juga cenderung untuk meng’getah paipkan’ anak-anak kita pula. Nauzubillah…Begitu juga kalau kita selalu membesar dalam keluarga yang selalu guna bahasa kiasan, kita juga akan cenderung menggunakan bahasa kiasan pada pasangan dan anak-anak kita. Begitulah seterusnya.
Ada yang kata, “Alah, tak payahla nak beria-ria nak belajar ilmu keibubapaan ni, aku dulu kena rotan, jadi je orang”. Hah..jadi orang ye. Sejauh manakah jadi itu? Adakah dia juga menggunakan pendekatan rotan sebagai cara yang paling ampuh pada anak-anaknya?. Bukankah bila kita belajar, kita akan tau, sesungguhnya dengan satu pukulan dan cubitan akan memusnahkan 10trilion sel otak anak kita? Astagfirullah, perasan tak, kalau kita ajar anak mengaji contohnya, dan dia tak dapat-dapat juga, buat kita naik angin. Kita cubit dan tinggi suara pada dia. Apa hasilnya? Adakah dia makin lancar dan mudah terima ajaran kita atau makin sukar?. Ya, sudah tentu sukar, sebab sudah ada sesuatu yang ‘menghalang’ untuk mesej sampai ke otak dengan mudah. Min la tu, suatu masa dulu.
.
.
Tahap ilmu patenting manakah kita sekarang? Tahap tadika lagi kah???
.
.
So, apa yang patut kita buat?. Sebagai ibubapa bijak, kita kena belajar dan terus belajar ilmu keibubapaan ini. Banyak sangat pendekatan yang lebih harmoni yang boleh digunakan dalam mendidik anak-anak. Secara jujurnya, min juga ibu yang mudah naik angin satu masa dulu, bab ugut, perli, menempelak dan macam-macam lagi semua min dah apply dengan cemerlangnya pada anak-anak. Memang anak akan behave, tapi tak lama.
.
.
Tapi, bila min dah ubah approach lepas dapat ilmu parenting ni, SubhanaAllah, anak-anak lebih mudah dengar kata dan kita akan rasa, yang kesabaran kita terdidik sama. Selalu jadi positif dan mudah saja urus anak-anak.
.
.
Nak lebih banyak ilmu parenting ? Boleh dapatkan Ebook Saya Tak Nak Marah Anak Lagi :)
Boleh dapatkan Ebook

Hehe.. Iklan japp
.
.
Marilah ibubapa hebat semua, kita sama-sama terus belajar untuk jadi ibubapa zaman baru yang akan melahirkan generasi yang punya simpati dan empati yang tinggi.
.
.
Kipidap ya.
.
.
#fbyasminsari
#seminarsayitrightjan2017

Faham emosi, puji, pandang mata

Alhmdulillah syukur Ya Allah

===

Min memang sangat suka share apa yang min tau. Bukan sebab nak tunjuk pandai atau hebat. Cuma harap, ia jadi jariah buat min diSANA nanti, yang ketika tiada siapa boleh membantu kecuali beberapa perkara yang telah Allah jelaskan.

Syukur..seorang sahabat min menikmati hari yang indah bersama anak-anaknya. Min share disini dengan tujuan supaya ibubapa hebat tak perlu takut dan risau untuk amal segala tips parenting yang min share. Semoga jadi inspirasi buat semua untuk jadi ibubapa cemerlang emosi.

Ini perkongsiannya.

===

لسَّلاَÙ…ُ عَÙ„َÙŠْÙƒُÙ…ْ ÙˆَرَØ­ْÙ…َØ©ُ اللهِ ÙˆَبَرَÙƒَاتُÙ‡ُ

Kak min & kawan2...

Saya nak share sedikit hasil yg saya dpt utk 2 hari (sabtu & ahad kelmarin) & pagi ini...

Saya amal kan kaedah yg kak min ajar... fahami emosi.. puji cara nabi... pandang mata..

Alhamdulillah 2hari yg sy sgt puas hati bersama anak2... kami x kemana2... hanya spend time di rumah, tp ya ALLAH sgt mengujakn...

Sy dh boleh handle emosi mereka & yg paling penting sy boleh handle emosi sy... Subhanallah... Alhamdulillah syukur...

Sy harap ia berkekalan... sbb sy takut sy x sabar.. husband pun dh mula support usaha sy...

1lg... sy handle mereka dgn SELAWAT ke atas NABI... cara ni mmg berkesan... setiap kali sy nk elak dia buat sesuatu... sy hembus selawat atas ubun2... ataupun duduk2 saja pun sy hembus... Subhanallah... yg penting yakin dgn bantuan & izin ALLAH...

Pagi ni pun mudah sgt nk kejut bangun tido... bagi salam & bgtau mama rindu sgt pada anak2 mama... nk bercakap2 dgn anak2 mama...

Malam td anak no2 sebelum tido minta maaf dgn saya.. dia minta maaf sbb dia nakal... saya maafkn & bgtau dia yg dia byk bawa saya ke syurga... pesan juga supaya dia menjadi hamba yg bertaqwa... & sy juga mohon maaf pada anak2 kerana sy sedang berusaha menjadi ibu yg baik utk mereka...

Ya ALLAH permudahkan urusan kami.. ibu2 hebat dlm group ini... aminnn

=======

SubhanaAllah... Jom ibubapa hebat.. Lets break the cycle...

#fbyasminsari
#sharingparentingtips

Komunikasi berkesan

                                                                     Coach Rizal Rashid

Komunikasi ni, memang merupakan aspek palingg penting dalam sesuatu perhubungan makluk yang hidup. Hatta haiwan juga berkomunikasi antara mereka. Tapi,dengan cara merekalah kan. Teringat min, dalam satu dokumentari, bagaimana beruang ganas meninggalkan tanda atau ‘mark’ yang itu kawasannya. Dengan menggeselkan badannya pada batang-batang pokok dan ini akan meninggalkan bau dan akan dikesan oleh beruang lain. Seolah-olah ini memberitahu bahawa, “Ini kawasan aku, jangan kacau”. Huhu…itu kisah haiwan.
.
.
Baik. Kali ni, min nak share tentang komunikasi berkesan antara ibubapa dan anak-anak. Kita cerita teori dulu ya.
.
.
Komunikasi ini sebenarnya terdiri dari 6 ciri yang penting.
.
Iaitu SENDER, MESSAGE, RECEIVER, CHANNEL, FEEDBACK DAN NOISE. SENDER ni adalah penyampai. MESSAGE pula adalah maklumat yang ingin disampaikan. RECEIVER adalah di penerima maklumat tadi. CHANNEL adalah bagaimana maklumat itu disampaikan kepada SENDER sama ada secara terus, email, whatsapp dan sebagainya. FEEDBACK pula adalah maklumbalas atau respon yang SENDER harapkan. NOISE adalah sebarang gangguan yang berlaku sebelum sampai kepada SENDER.
.
.
Untuk mudahkan pemahaman, min bagi situasi :
.
Ibu meminta kak long bersihkan meja makan ketika televisyen sedang menayangkan telenovela kegemaran kak long.
.
Dalam konteks ini :
.
SENDER adalah ibu. MESSAGE adalah bersihkan meja makan. RECEIVER adalah kak long. CHANNEL adalah bercakap secara terus. FEEDBACK adalah meja makan dibersihkan oleh kak long. NOISE adalah televisyen.
.
.
Itu kisah teori. Mudah nak faham kan.
.
.
Dalam suatu komunikasi, apa yang paling kita nak lihat adalah FEEDBACK iaitu respon atau maklumbalas, betul tak?. Kalau kita sampaikan pada anak, minta disangkutkan tuala. Kita akan harap anak itu sangkutkan tualanya dengan baik lepas digunakan. Lepas makan, angkat pinggan sendiri ke dapur, balik sekolah terus salin baju sekolah sebelum buat apa-apa, main dengan baik iaitu berkongsi dan tidak berebut serta boleh bertolak-ansur. Itu antara maklumat-maklumat yang biasa kita sampaikan pada anak-anak DAN mengharapkan anak-anak akan melaksanakannya dengan BAIK, bukan. Dan itu jugalah hasrat kita agar dapat dilaksanakan.
.
.
Apa yang menarik min belajar di sini, FEEDBACK ini adalah merupakan HASRAT. Yang kita faham pada mulanya ia adalah hasrat SENDER. Tapi, rupa-rupanya kita sering terlupa HASRAT yang ada pada RECEIVER. Kita sering sampaikan HASRAT dan keinginan kita sebagai SENDER, tetapi kita lupa untuk mendengar HASRAT atau keinginan RECEIVER, iaitu anak-anak kita.
.
.
Ada satu sesi, Coach Rizal minta kami senaraikan 3 hasrat ibubapa kepada anak, anak kepada ibubapa dan pembeli kepada penjual dalam konteks komunikasi. So, apa yang min nampak hasrat kita kebiasannya sama saja. Contohnya :
.
Hasrat ibubapa kepada anak:
1. Ingin dihormati
2. Ingin didengari
3. Ingin di layan dengan lemah lembut
.
Hasrat anak kepada ibubapa :
1. Ingin dihormati
2. Ingin didengari
3. Ingin di layan dengan lemah lembut
.
Hasrat pembeli kepada penjual:
1. Ingin dihormati
2. Ingin didengari
3. Ingin di layan dengan lemah lembut
.
Justeru,untuk mendapatkan FEEDBACK yang baik, kita perlu memahami juga apakah HASRAT RECEIVER. Bila sama-sama saling memahami HASRAT dan keinginan bersama, barulah FEEDBACK itu akan dapat dilaksanakan dengan senang hati oleh RECEIVER dan tercapai seperti yang SENDER inginkan.
.
.
Macamana nak tau HASRAT RECEIVER?.
.
.
Coach Rizal Rashid kata, kenalah TEKA. Jadi, ada yang tanya. Macamana nak TEKA. Coach jawab, kenalah dengan ilmu. Kalau SENDER RECEIVER suami isteri, kenalah belajar ilmu komunikasi rumahtangga. Kalau ibubapa anak kenalah belajar ilmu keibubapaan.
.
.
Mudahkan.. SENDER, MESSAGE, RECEIVER, CHANNEL, FEEDBACK DAN NOISE.
Hasrat, Teka dan Ilmu.
.
.
Jom kita belajar lagi dan lagi.
.
.
#fbyasminsari
#komunikasiberkesan
#seminarsaritrightjan2017

Tantrum dan Gajet Umur 3 Tahun Lebih

Gajet dan tantrum memang perkara yang sinonim.

Baiklah, sebenarnya ini adalah pengalaman peribadi min sendiri menangani anak yang terlalu suka kan gajet untuk bermain game dan menonton video yang telah min 'install' di 'handphone'. Bila kita tak bagi, dia akan mengamuk dan di sini didefenisikan sebagai Tantrum bila mengamuk itu tidak terarah. Sampai membaling barang. Tujuan mengamuk itu mahu dapatkan kembali 'handphone' itu. Ingat ya, anak tantrum adalah normal bagi 1 setengah tahun hingga 4 tahun sebab dia tak tau cara yang terbaik menunjukkan atau menyampaikan maklumat.
.
.
Ya, min pernah silap. Membiarkan 'handphone' menjadi 'babysitter' pada anak. Kerja mudah dan shorcut. Jadi, dengan gajet ni, dia takkan kacau kita selalu. Maklumlah ibu dia ni 'busy' lah sangattt. Jadi, selepas beberapa lama, min perhatikan dia sudah jadi agak mudah mengamuk, andai lambat dapat sesuatu. Rupa-rupanya ini merupakan simptom ketagihan gajet. Astagfirullah, kecil-kecil lagi sudah alami masalah ini, akibat kealpaan min sebagai ibunya. Ini nama nya 'react', dah jadi baru nak bertindak. Jangan jadi macam min ye. Jadilah ibubapa yang 'respons' yang bertindak lebih awal, yang mencegah bukan mengubati.
.
.
Baik. Sekarang benda dah jadi. Min pun dah tau akibat kalau dibiarkan terus dengan gajet ini. So, min perlu tegas dan hentikan segala kebodohan min ni. Bukan tak boleh guna gajet, tapi kena kawal.
.
.
Jadi, min tekad. Satu hari min nekad kurangkan semua penggunaan gajet. Min beri dia main dengan semua mainan yang ada dalam rumah ni. Tapi, sampai satu masa dia mula bosan dengan permainan tu dan mula minta 'handphone'. Min tak beri dan cuba alihkan perhatiannya dengan perkara lain. Namun, tak berjaya. Bahaya betul gajet ni. Sehinggalah dia mengamuk, dan membaling barang mainannya.
.
.
Min, rendahkan kedudukan min, pada eye level, guna komunikasi asertif, berlembut dan peluk dia. Tau apa jadi?. Dia tetap mengamuk. Tak berjaya cara tu. Akhirnya, min terpaksa guna teknik 'TIME OUT'.
.
.
Min kata pada dia, "Ibu rasa sangat geram bila amin mengamuk dan baling-baling barang walaupun ibu dah pujuk dengan baik. Jadi, ibu akan letakkan amin duduk dalam bilik selama 2 minit."
Seterusnya min angkat dia, dan kuncikan dalam bilik yang selamat selama 2 minit. Memang dia marah dan mengamuk, menjerit masa dalam bilik tu. Min biarkan saja. Cukup 2 minit min keluarkan dia, walaupun masatu dia masih menangis dengan kuat. SO, sekarang proses postmoterm.
.
.
Bila dia keluar, min peluk, eye level dan katakan :
.
"Ibu bangga bila amin bersabar sepanjang time out tadi," (walaupun dia tak sabar pun, menangis dan mengamuk sepanjang time out tu).

"Sebenarnya ibu sangat sayangggkan amin. Ibu bukan marah amin. Tapi, ibu marah pada sikap amin. Sikap itu yang ibu tak suka. Sikap baling barang dan mengamuk bila tak dapat handphone dan apa saja yang amin nak".

"Lepas ni, kalau amin nak apa-apa, amin kena minta dengan baik, kalau ibu tak beri itu bermakna belum masanya untuk dapat. Amin nak handphone boleh, kita boleh bincang. Tapi ada syarat-syaratnya.".

(Semakin reda tangisannya, Alhamdulilah).

Lepas tu, peluk, cium dan ajak buat aktiviti bersama.

Sangat behave lepas tu.
.
So, ibubapa hebat. Kita kena melayan anak dengan lemah-lembut tetapi tegas. Tegas bukan bermakna garang ya.
.
.
Sekian sharing min. Semoga bermanfaat buat anak-anak yang kita dah tersilap asuh.
.
.
Sebenarnya kesian anak-anak ni. Jadi begini sebab salah kita. Kita yang beri terlebih gajet padanya. Bila dah ketagih, kita plak yang marah-marah. Tak adil kan. Dimanakah keadilan kata Pak Utih.
.
.
Semoga bermanfaat.
.
.
#fbyasminsari
#gajettantrum3tahunlebih