Thursday 12 December 2013

Cara didik anak berumur 0-7 tahun

Gambar kami sekeluarga masa raya aidilfitri 2013

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…

Sekadar perkongsian.

Umur anak-anak saya kategori 7 tahun ke bawah.  Dalam Islam, cara didikan kategori umur macam ni adalah dengan belaian kasih-sayang, bermain-main, bermanja-manja, dan yang sama waktu dengannya.

Alhamdulillah, syukur bila Allah kurniakan saya masa untuk berada sepanjang masa bersama mereka dalam tempoh usia emas ni.  Satu peluang yang sangat sukar diperolehi oleh ibu-ibu zaman sekarang yang kebanyakkannya keluar bekerja dan anak-anak terpaksa ditinggalkan pada pengasuh atau nursery. 

Dulu, saya pernah bekerja masa anak yang pertama dan bertahan hingga dia berumur 9 bulan.  Berkali-kali tukar pengasuh dan nursery.  Macam-macam cabarannya.  Saya bukanlah cerewet tapi ada saja hal yang tidak mententeramkan hati sebagai seorang ibu. Syukur pada Allah, akhirnya peluang untuk mendidik sendiri anak-anak terbuka buat saya.

Peluang keemasan ni tak patut di lepaskan….Allahu Robbi…bantulah hambaMu ini.

Pelukan, ciuman, kata-kata seperti ‘ibu sayang anak ibu’, ‘ibu bangga ada anak yang baik dan soleh macam anak ibu ni’, ‘nanti kita sama-sama masuk syurga nak?’, ‘ibu seronok sangat ada anak yang taat Allah macam anak ibu ni’, ‘gembiranya ibu anak ibu sayangkan Nabi dan buat apa yang nabi suka’…kata-kata ni dan yang seangkatan dengannya berulang-ulang disebut hingga jadi amalan. Sehingga bila anak-anak balas balik kata-kata tadi dengan bahasa dan nada yang sama…SubhanaAllah…syahdu sangat.

p/s: siapa-siapa yang jadi fulltime housewife, selamat menjalankan amanah. 

KESIMPULAN : PASTIKAN ANAK-ANAK RASAI KASIH-SAYANG IBU. ZAHIRKAN JUGA SAYANG DENGAN KATA-KATA.

Wallahualam

DOA, HAMBA, HARAP, MENANGIS, ISTIQAMAH

Sebenarnya apapun yang kita lakukan hanya dengan izin Allah.

Usahalah macamana pun, rancanglah macamana hebat pun, kalau Allah tak izinkan sesuatu perkara berlaku..ia takkan berlaku. Pusinglah kot mana pun InsyaAllah takkan berjaya.

Dengan kesedaran itu, berdoalah, pohonlah dari Allah apa saja yang kita hajatkan.

Saya teringat kata-kata Ustaz Ebit Liew.  Dalam satu kuliah beliau di IKIM.fm, beliau pernah berkata, Kita kena banyak menangis sebab kita ni lemah, tak tau apa-apa. Nak gerakkan mata ni pun Allah yang izin, boleh bercakap, berjalan, berfikir dan segala-galanya sebab Allah yang izin.

Contoh doa yang pernah beliau sebut di dalam rancangan itu yang kena dengan topik kita:
“ Ya Allah, aku ni lemah, hina, jahil, tak tau apa-apa….Ya Allah, Kau tuhanku Yang Maha Mengetahui, Yang Maha Berkuasa, Yang Maha Pengasih…Kasihanilah aku..Bantulah aku dalam mendidik anak-anakku..Aku tak tau Ya Allah..Apa yang patut aku lakukan,  apa yang patut aku buat. 
Ajarilah aku, tunjukilah aku cara untuk mendidik anak-anakku supaya menjadi anak yang soleh dan cemerlang dunia akhirat. Tolonglah Ya Allah.. Dengarilah doa hambaMu yang lemah ini”. 

Begitulah  lebihkurang doa  beliau yang banyak menghambakan diri dan mengharapkan pada bantuan Allah.  Juga beliau galakkan untuk kita menangis ketika berdoa.  Perasaan itu akan sampai hingga ke lubuk hati kita yang paling dalam.

Jom berdoa. Mudah-mudahan kita sedang membesarkan generasi pembela agama di masa depan.

KESIMPULAN : DOA DENGAN PERASAAN HAMBA DAN HARAP. ISTIQAMAH DAN MENANGIS BERDOA

Wallahualam

Kebaikan satu amalan

Kebaikan suatu kebiasaan. Itulah yang saya pelajari dari buku “Anakku Soleh Anakku Cemerlang”.

Saya bertekad ingin jadikan Al-Quran sebagai lagu di rumah dan buat kami sekeluarga.  Tak perlu kepada lagu-lagu yang lagha..hanya kalau sekali-sekala ingin membelbagaikan muzik yang mendidik jiwa, itu dibolehkan.  Ibu yang membentuk anak-anak.  

SubhanaAllah..setiap hari ketika anak lakukan sebarang aktiviti di ruang tamu rumah seperti mewarna, menulis, bermain dan lain-lain..saya akan memasang VCD bacaan al-quran adik Ahmad As’saud…Merdu bacaannya.. Setelah beberapa bulan mengamalkannya, anak saya dah mula hafaz surah-surah yang ada dalam VCD tu tanpa mereka sedari…Saya pun sama turut merasai kesannya..Hafalan ibu mereka yang dah berkarat ni kembali di ‘polishkan’ semula.

Itulah mukjizat Al-Quran…Tak pernah bosan mendengarnya.  . Al-Quran ini cahaya. 
Segala perbuatan kebaikan perlu kepada pengulangan dan mesti dijadikan kebiasaan.  InsyaAllah ia akan tertanam dalam diri anak-anak.

KESIMPULAN : AJARI ANAK CINTAI AL-QURAN TANPA MEREKA SEDARI

Wallahualam

Contoh Ikutan Anak-Anak

Anak-anak adalah amanah Allah buat kita.  Kita akan dipertanyakan nanti di padang mahsyar apakah kita telah menjalankan perintah Allah..mendidik anak sebaiknya semasa di dunia ini. 

Allahurabbi…kadang-kadang termenung ku sendirian mengenangkan diri. Adakah saya dah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin sebagai ibu yang mendidik anak-anak?...Jawapannya saya sendiri yang tau…BELUM..

Seperti yang pernah saya pelajari dari Dato’ Dr Fadzilah Kamsah.. “Anak-anak sering gagal mengikut apa yang ibubapa suruh, tapi jarang yang gagal mengikut apa yang ibubapa lakukan”.  

Ibubapa adalah contoh ikutan terbaik buiat anak-anak. Kalau nak anak rajin baca buku, ibubapa sendiri perlu jadi orang yang rajin baca buku dulu…begitulah selayaknya…

KESIMPULAN : JADILAH CONTOH DAN TAULADAN YANG BAIK BUAT ANAK-ANAK

Wallahualam

Friday 25 January 2013

Ayahanda pulang kerahmatullah

Gambar ayah dan ibu ketika mengerjakan haji pada Nov 2010

Salam semua.

Kisah yang sangat memberi pengajaran dan terkesan buat diri saya hingga kehari ini.  Ayah Hj. Nursal Bin Darwis berumur 59tahun ketika itu, telah kembali kerahmatullah pada 8 Disember 2011 dalam lingkungan 4pagi di Hospital Besar Tuanku Ampuan Afzan Kuantan.

Lebihkurang 7hari sebelum Allah menjemput ayah, saya ada menelefon ayah dan ketika itu saya sekadar ingin bertanya khabar.  Dalam perbualan itu, ayah ada meluahkan rasa rindunya kepada cucu-cucunya. Entah macamana, dengan kuasa Allah, hati saya turut berasa rindukan ayah walhal baru 2 bulan sebelum itu saya telah bertemunya.  Lalu saya luahkan perasaan ayah yang rindukan cucunya kepada suami saya.  Saya mengajak suami pulang kekampung keesokan harinya yakni hari jumaat selepas pulang dari kerja.  Alhamdulillah, suami saya bersetuju dan dia pun tak ada apa-apa program yang penting minggu itu.

Sabtu
Dengan kuasa Allah kami dapat bertemu dan dan melepaskan rindu ayah pada cucu-cucunya. Pada masa yang sama, rupa-rupanya ada satu perkara yang terpendam di hati ayah saya mengenai saya dan beliau telah meluahkan kepada kawan baik saya yang kebetulan baru menyewa di rumah sewaan ayah.  Beliau meminta saya menasihati saya atas satu perkara ini. Maha Suci Allah yang telah mengaturkan ini semua untuk saya.  Malam sebelum saya pulang ke Shah Alam iaitu Sabtu, saya telah bertemu sahabat baik saya yang sudah lama saya tak bertemu yang menyewa rumah sewaan ayah.  Malam itu, sahabat saya Cik Sare telah meluahkan segala apa yang telah ayah saya luahkan kepadanya. Dia juga menasihatkan saya untuk menyelesaikan permasalahan hati ini dengan segera kerana siapalah saya tanpa redha ayah dan ibu. Terima kasih banyak-banyak buat sahabat saya Sare kerana berterus-terang kepada saya. Saya sangat menghargai nasihat-nasihat dari beliau.

Maka, dengan segala maklumat yang saya perolehi, saya kumpulkan segala kekuatan dan berdoa semoga Allah membantu saya untuk menyelesaikan segala apa yang terpendam di hati ibu ayah saya pada malam itu juga.  Alhamdulillah, memang banjirlah mata saya malam itu dan saya rasa sangat lega dan begitu juga ibu ayah saya.  Perkara yang terpendam selama sekian lama telah terlerai dan selesai pada malam itu juga.  Kami saling bermaafan dan berpelukan dan tiada lagi rahsia antara kami.   Hati kami telah tenang dan terang.

Ahad
Esoknya Ahad, ibu ayah sibuk membantu jiran yang kebetulan mengadakan majlis kenduri kahwin anak mereka. Jadi, tak banyak masa yang dapat kami luangkan bersama.  Pada petang Ahad itu kami sudah mula bertolak pulang ke Shah Alam.  Saya memeluk, mencium dan meminta ampun dan maaf sekali lagi pada ayah dan ibu sebelum pulang.  Alhamdulillah, satu perjalanan yang sangat sangat bermakna dengan 1001 pengajaran.

Isnin
Rutin harian berjalan seperti biasa.

Selasa
Hp saya kehabisan bateri dan saya mengecas hp setelah suami pergi kerja. Ketika itu jam lebihkurang 7.45pg. Saya tengok, banyak sangat sms dari adik-adik saya. Memaklumkan yang ayah kemalangan dan minta pulang sekarang.  Allahuakbar, berdebar sungguh hati. Lalu saya segera maklumkan pada suami dan kami terus bergegas pulang ke Kuantan. Sepanjang perjalanan, saya tak putus berdoa dan mengharapkan keajaiban dari Allah Taala. Sampai saja di Hospital saya tak dapat menahan sebak. Menunggu pintu lif terbuka untuk ke tingkat 5 terlalu lama saya rasakan dan tangisan saya sudah tidak tertahan.  Alhamdulillah, pengawal keselamatan yang menjaga kawasan lif telah membawa saya menaiki lif kecemasan yang hanya boleh diekses oleh pengawal-pengawal tersebut.  Hati saya berdegup semakin kencang, sebak menjadi-jadi. Setibanya saya di wad, saya lihat ibu, adik-adik dan saudara-mara terdekat sudah ada di sana. Ketika itu saya tidak dapat menahan deruan air mata melihat ayah yang terlantar kaku di atas katil. Tiub oksigen di pasangkan dan kepala beliau berbalut.  Saya memeluk adik ipar saya Maslinda yang ketika itu berada di sana. Saya lihat ibu saya ketika itu sedang membacakan yaasin buat ayah di sisi telinga kanannya.

Adik saya meceritakan yang ayah menaiki motosikal dan bertembung dengan kereta ketika hendak pergi mengerjakan solat fardhu subuh di Masjid berdekatan. Ambulan telah membawa ayah ke hospital dan terus ke bahagian kecemasan. Setelah beberapa prosedur di jalankan, akhirnya ayah di bawa ke wad biasa di tingkat 5 dan bukannya ICU.  Setelah bertemu dengan doktor yang merawat, beliau memaklumkan otak ayah telah hancur hampir 90% akibat hentakan tersebut.  Tetapi, Subhanallah, walaupun begitu, tengkorak ayah tidak mengalami masalah, cuma kelihatan sedikit calar dan luka-luka di bahagian luar. Doktor kata, sudah tiada rawatan aktif yang boleh diberikan kepada pesakit, dan mereka hanya menunggu masa untuk ayah saya 'pergi'. Kami juga dimaklumkan baki hayat ayah bergantung kepada peratusan kecil tisu otak yang tidak hancur. Ketika itu ayah berada dalam keadaan 'koma'.  Doktor minta kami bersedia untuk sebarang kemungkinan dan meminta kami redha.

Rabu
Ayah masih koma. Saya, ibu dan adik-adik terus berkampung di hospital. Hanya pulang sekejap apabila mak mertua datang ke rumah. Alhamdulillah, mak mertua banyak membantu di saat kritikal itu. Kami terus berdoa dan telah mempersiapkan diri untuk sebarang kemungkinan.  Dalam masa yang sama ada juga ubat alternatif yang kami iktiarkan. Berusaha habis-habisan dan jangan pernah menyerah kalah.

Khamis
Bermula pagi khamis jam 12pagi, mesin yang membaca tekanan darah sudah tidak berfungsi kerana tekanan darah dah terlalu rendah. Kami terus baca kalimah "Allah..Allah..Allah.." disisi telinga ayah. Bergilir-gilir kami 5 beradik dan ibu mendengarkan kalimah suci itu. Jam 2pagi tekanan jantung ayah sudah mula menurun secara beransur-ansur. Kami terus mempersiapkan diri ayah dan kami sendiri. Kami pegang kaki ayah dah mula sejuk..Kalimah "Allah" terus kami perdengarkan tanpa henti. Akhirnya, ayah meninggalkan alam ini secara rasminya jam 4.05pagi.  Alhamdulillah, ayah pergi dengan sangat tenang dan kami semua berasa sangat redha. Tiada titisan airmata kecuali dua adik lelaki saya yang sangat rapat dengan ayah. Suasana pagi itu sungguh tenang, Allah telah mengatur segala-galanya. Pengurusan tuntutan jenazah hinggalah urusan pengebumian berjalan dengan sangat lancar.  Ayah kemalangan dalam perjalanan ke masjid dengan berjubah dan berwudhu', terus ke hospital, kemudian terus ke masjid di situ beliau dimandi, dikafan dan disembahyangkan dan ke tanah perkuburan.

Jazakallah khairan khatira buat semua yang telah membantu. Semoga jasa kalian mendapat ganjaran yang terbaik dari Allah.

Pengajaran :
1. Apa saya yang disuarakan oleh ibu bapa kita , cubalah penuhi secepat mungkin kerana mungkin tiada peluang kedua untuk kita.
2. Sentiasa minta ampun dan maaf dari ibu bapa, kalau pun kita dah kawin mereka tetap ibu bapa kita.
3. Cuba peka dengan segala apa yang berlaku pada sekeliling kita , kerana itu adalah tarbiah dari Allah buat kita.