Tuesday 11 July 2017

TANGKI EMOSI - PERKATAAN YANG MENGESAHKAN - W- WORDS

Assalamualaikum….selamat petang semua sahabat min yang bercahaya hati dan imannya.

Didoakan semoga semuanya berada dalam ketenangan dan kegembiraan. Sungguhpun berada dalam situasi yang sukar, usahakan juga ucap ALHAMDULILLAH.

Teringat min, kuliah Ustazah Norhafizah, beliau kongsikan bagaimana pesakit kanser Tahap 4 yang berkongsi kekuatan bersama beliau. Pesakit kanser tersebut nyatakan kalimah yang berinya kekuatan adalah kalimah ALHAMDULILLAH. Allahu…Bila diuji, cuba baca kalimah mulia ini dari hati. Pejamkan mata dan hayati kalimah ini. Rasai kalimah ini disegenap tubuh. InsyaAllah, kita akan kuat. Rasai getarannya okay :)

Baiklah, petang ni min nak refresh Tangki Emosi kita  iaitu W-Word, Kata-Kata. Kata-kata yang mengesahkan.

Kata-kata mengesahkan ini adalah segala aktiviti yang melibatkan KATA-KATA dan PERKATAAN seperti memuji, memberi dorongan semangat, peneguhan dan penghargaan. Mendengar secara AKTIF juga termasuk dalam kategori ini.

Menyampaikan kata-kata menerusi medium lain selain lisan, juga dikira boleh memenuhi Tangki Emosi Perkataan ini. Antara medium lain yang boleh di gunakan seperti mengirimkan pesanan, whatsapp, fb, surat atau kad yang istimewa. Kreatifkan diri kita. Zaman sekarang, banyak cara dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej dan memenuhi TANGKI EMOSI PERKATAAN INI.

Selalulah ucapkan perkataan sayang, penghargaan, terima kasih, kata pujian, kata-kata semangat dan positif. SubhanaAllah. Semakin banyak kita bantu menaikkan semangat anak kita, semangat diri kita sendiri akan terbangun sama. Semakin kerap kita ucap perkataan sayang pada anak, semakin rasa kasih sayang itu segar bugar dalam diri kita. Makin kita memujinya, semakin kita gembira. Itulah LUA..Law of Universal Attraction. Semua yang indah dan wangi kita berikan dan itulah yang akan kita dapati.

Buat ibubapa yang sering keluar outstation, boleh hubungi anak-anak menerusi medium telefon, whatsapp, fb, video call juga antara medium yang canggih sekarang. Emm..tapi tak boleh lawan juga bila dapat ucap secara terus berdepan-depan lebih terkesan. Apapun, kita cuba yang terbaik berdasarkan keadaan dan situasi masing-masing ya.

Ha…min nak share satu kisah tentang seorang Alumni Eh Sabar yang bekerja setiap hari termasuk sabtu dan ahad kerana beliau bekerja sebagai kakitangan muzium. Bayangkan, setiap sabtu dan ahad begitu. Apa yang beliau buat, berikan kad atau poskad yang dialamatkan pada anak-anak. Nyatakan emosi dan kasih sayangnya pada anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak memahami dan beliau akan cuba manfaatkan semaksimumnya apabila ada masa untuk bersama.

ELAKKAN dan JAUHKAN perkataan yang boleh mencederakan emosi seperti tidak memberikan penghargaan atas usahanya, perli, mengugut, melabel yang negatif, kritik, perkataan kasar, mencarut, memaki, menempelak, mengherdik….Allahu…terlalu banyak kalau nak disenaraikan. Min tak sanggup untuk teruskan sebab terasa ia berat dan memberi kesan pada LUA yang sedang min usaha untuk pelihara. Mahu pada magnet positif mudah dan menjaganya sangat sukar. Setiap hari min sendiri struggle untuk menjaga LUA sendiri. Bak kata ustaz Pahrol Mohd Juoi..tiada cara lain selain mujahadah.

Banyakkan memuji. Puji dengan teknik NABI. Puji pada Usahanya ya. Dalam pujian dah lengkap dengan, penghargaan, dorongan kebaikan, penyataan sayang…senang kata, dengan memuji yang betul dapat lengkapkan penuhi tangki emosi ini. MasyaAllah.

Contoh puji teknik nabi :
1. Pujian
2. Puji usaha
3. Doa atau impak atau kedua-duanya sekali

“Wah bagusnya (1), bila adik suka makan #QasehGoldJunior ni (2), Ibu doakan adik akan sihat dan bijak selalu (3)”