Bismillahirrahmanirrahim..
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh…
Sekadar perkongsian.
Anak-anak adalah amanah Allah buat kita. Kita akan dipertanyakan nanti di padang
mahsyar apakah kita telah menjalankan perintah Allah..mendidik anak sebaiknya
semasa di dunia ini.
Allahurabbi…kadang-kadang termenung ku sendirian
mengenangkan diri. Adakah saya dah jalankan tanggungjawab sebaik mungkin
sebagai ibu yang mendidik anak-anak?...Jawapannya saya sendiri yang tau…BELUM..
Seperti yang pernah saya pelajari dari Dato’ Dr Fadzilah
Kamsah.. “Anak-anak sering gagal mengikut apa yang ibubapa suruh, tapi jarang
yang gagal mengikut apa yang ibubapa lakukan”.
Ibubapa adalah contoh ikutan terbaik buiat anak-anak. Kalau
nak anak rajin baca buku, ibubapa sendiri perlu jadi orang yang rajin baca buku
dulu…begitulah selayaknya…
KESIMPULAN : JADILAH CONTOH DAN TAULADAN YANG BAIK BUAT
ANAK-ANAK
Wallahualam
No comments:
Post a Comment