Baiklah.
Sebenarnya kali ini min nak share satu cabaran ibu hebat ini. Ibu hebat
yang positif ini PM min dan mohon agar dibantu mencari jalan keluar bagi
permasalahannya. Sebenarnya min sangat berbesar hati. Kenapa? Sebab
kepercayaan ibu ini dan ramai ibu-ibu lain yang PM dan nyatakan
kesediaannya berkongsi cabaran dalam mendidik anak bersama min yang tak
berapa nak pandai ni.
Sungguh, min ni bukanlah orang yang hebat
dalam dunia parenting ni. Min bukanlah siapa-siapa. Hanya sekadar ingin
berkongsi ilmu yang min ada sikit-sikit ni. Ilmu parenting ni, banyak
yang min dapat pelajari dari pengalaman sendiri membesarkan dan mendidik
5 orang cahaya mata yang berderet…hihihi…Umur lingkungan 9 tahun – 1
tahun. Juga semestinya ilmu-ilmu dari sifu tersayang Puan
Maznah Ibrahim, Ibu Rose-Mesejnya Kasih, Umi ros (Puan
Rosmaria Binti Mohd Sahat),
pembacaan dan audio serta video yang banyak kita boleh dapati hari ini.
Tak lupa juga keluarga Alumni EH SABAR yang tersangattt banyak membantu
min dalam membantu meningkatkan kefahaman min dalam ilmu-ilmu parenting
ni.
Alhamdulillah…syukur pada Allah yang tak pernah menjadikan
sesuatu dengan sia-sia. “Saya adalah insan yang akan beri perubahan pada
dunia”, “Saya orang yang penting dan diperlukan dalam
masyarakat”…antara ilmu-ilmu yang min belajar dari Ibu Rose. Rasakan
diri itu penting dan punya misi, maka kita akan mampu untuk terus teguh
berdiri dan mendepani apa jua cabaran. Alahai…panjangnya melalut. Baik,
kita ke topik asal. Seperti biasa, sebaiknya min kisahkan dulu, apa
cabaran ibu hebat itu.
=============================
Soalan :
Assalamualaikum Puan Yasmin.
Saya nak tanya pendapat puan mengenai anak saya. Lelaki berumur 3
tahun. Saya dah tak bekerja sejak setahun yang lalu, jadi anak juga
sudah tidak ke taska sejak berumur 2 tahun. Anak saya aktif. Ramai yang
kata, lain macam aktifnya.
Masa di taska dulu, selalu dapat laporan dari pihak taska, anak saya gigit dan cakar orang lain.
Kini, saya jaga anak sendiri di rumah. Tapi, saya tinggal bersama mertua bersama ipar yang punya anak berumur 2 tahun.
Apa yang saya lihat, bila geram, anak saya akan tarik rambut, cubit
atau cakar sepupunya. Hampir setiap kali bermain, insiden ini akan
berulang.
Saya rasa stress dan rasa macam nak keluar dari rumah
ni. Dan setiap kali mainan ini dipegang oleh sepupunya, anak saya pasti
berebut dan nak mainan itu juga. TAPI pasti tak dapat, sebab semua orang
utamakan sepupunya yang lebih kecil.
Kadang-kadang anak saya
tarik rambut sampai sepupunya jatuh terlentang ke belakang. Puas saya
tegah. Macam-macam cara, berlembut sudah. Bila tak dengar, saya jadi
geram dan naik tangan. Bila itu terjadi, saya sangat kecewa dengan diri
sendiri.
Saya sangat buntu, kenapa anak masih tak faham walau telah diulang berkali-kali.
Tapi, akhir-akhir ni, saya ambil pendekatan tegur dan cakap elok-elok
dan peluk dia. Kalau saya geram sangat, saya hanya pukul manja di peha
atau punggungnya sahaja.
Boleh puan beri pandangan?
Ibu yang buntu
============
Jawapan :
Alhamdulillah, sekurang-kurangnya satu langkah bijak puan ni dah
lakukan iaitu cuba cari lagi ilmu keibubapaan dalam usaha depani cabaran
ini dengan cara yang positif. Tak delah guna cara lama iaitu
mara-marah, pukul-pukul, ugut-ugut anak itu.
Min kagum dengan
usaha ibu hebat ini, yang telah berusaha menggunakan pendekatan baik
pada anaknya seperti cakap baik-baik pada anak tentang kelakuan yang tak
elok tu dan peluk anak selalu. Itu semua nampak kecil, tapi yakinlah,
itulah antara antara tips penting dalam mendidik anak ni. Cakap
baik-baik dan peluk dah penuhi 2 tangki emosi iaitu W-word dan To-Touch.
Di mana memenuhi lompong dasar iceberg anak yang mungkin agak
kekurangan. Tahniah puan. Teruskan puan, banyakkan dan kerapkan lagi.
Fasa umur 3 tahun, apa yang kita tahu adalah fasa Individuating/Autonomi/ Keakuan.
Emosi anak pada umur ini memang agak ‘panas’.
Barang dia tak nak kongsi, tapi barang orang lain nak pula. Semua nak
buat sendiri, bila tak berjaya atau sukar, dia jadi mengamuk. Mudah
mengamuk dan merengek. Senang cerita, pada umur ni, orang yang tak faham
akan kata anak ni, nakal, degil, hyperaktif, kedekut, dan
macam-macamlah label yang negatif tu. Aduhai…
Takpe, buat kita
yang mencari ilmu ni, jangan terikut-ikut cara lama. Yang penting kita
tau dan faham, ini adalah fasanya. Fasa untuk membentuk kreadibiliti
diri, jati diri dan imej diri anak itu. Semua sikap negatif tu, kalau
kita positifkan mesti boleh jadi positif. Pada fasa ini, anak masih
belum pandai dan matang luahkan emosi dengan cara yang betul. Maka,
kitalah yang kena didik dan ajar. Didik dengan loving and firm (sayang
tetapi tegas).
Tegas tu bukanlah bermakna garang. Tegas tu
berpendirian tetap dan teguh. Tak perlu pukul-pukul dan marah-marah
kalau nak jadi tegas. Beza tau antara tegas dan garang tu.
Anak
kecil ni punya tenaga (energy), tenaga itu tak boleh dimusnahkan, tapi
boleh diubah bentuk. Kita boleh salurkan tenaga itu dengan cara yang
lebih positif. Itulah ibu kena belajar. Biasalah, anak yang lebih besar
ni, suka punya kuasa yang lebih, lebih berkuasa. Ini juga salah satu
sikap anak jenis ‘strong will’. Anak begini, sebenarnya bagus. Dia
tegas. Bayangkan, pada masa depan, bila diasuh dengan betul, anak ini
mampu menjadi seorang pemimpin yang tegas tegakkan kebenaran. Tapi,
kalau silap asuh, kita mampu mematikan sikap kepimpinan yang ada dalam
dirinya secara perlahan-lahan. Nauzubillah.
========
Antara perkara yang puan boleh lakukan adalah :
1. Bantu anak luahkan emosi dan tenaga dengan betul.
Seperti yang min ceritakan tadi, tenaga tak boleh dimusnahkan, tapi
boleh berubah bentuk. Puan boleh bantu anak ini, untuk salurkan tenaga
marah atau geramnya dengan aktiviti fizikal seperti berlari, menumbuk
punching bag, menjerit, melompat, cabut rumput, kayuh basikal,
menconteng kertas. Apa saja aktiviti yang mampu meluahkan perasaannya
tanpa dia mencederakan orang lain mahupun emosinya sendiri. Penting ya,
kita bantu anak ini meluahkan perasaannya dengan cara yang betul. Sebab
itu, akan membantu dia menangani tekanannya sendiri dengan positif
apabila dia semakin membesar pada masa depan.
2.Boleh gunakan
hypnoscript untuk memasukkan maklumat POSITIF yang kita mahu ke minda
bawah sedarnya pada waktu gelombang ALFA. (Boleh rujuk posting saya yang
lama
#hypnoparentingscript). Jangan lupa gunakan skrip yang pendek, jelas dan positif.
Cth : Sufyan hanya gunakan sentuhan selamat pada Aina
2. Elak marah-marah pada anak.
Dengan memarahi anak, sebenarnya anak akan lebih sukar untuk memahami.
Maklumat yang kita cuba sampaikan juga sukar untuk diterima dengan baik.
Jadi, ibu kena sabar. Tarik nafas, ubah posisi, letakkan diri di tempat
anak, senyum dan minta anak ingatkan kita supaya tarik nafas dan senyum
bila kita marah.
3. Banyakkan masa istimewa dengan anak.
Special time one to one dengan anak. Lagipun dia sorang je kan. Untuk
cipta ‘bonding’ yang kuat antara ibuanak. Anak akan sangat mudah dengar
kata, InsyaAllah bila punya banyak masa yang berkualiti dengan ibunya.
4. Sediakan mental anak sebelum dia main, pesan, teknik intro dan closure
Cth :
Nanti, nak main ngan Aina,
Main elok-elok,
Share mainan,
Ibu, Allah dan rasul suka
Sufyan orang baik, suka main baik-baik dan share mainan.
5. Penuhi tangki emosinya. To-W-A-Ti-G
Touch-Word-Act-Time-Gift. InsyaAllah anak yang penuh tangka emosinya,
kuranglah masalahnya. Sikap yang kurang kita berkenan adalah salah satu
sebabnya tangka emosi yang bermasalah.
6. Jaga LUA.
Ingat,
apa yang kita fokuskan itu yang akan datang. Kalau kita FOKUS SOLUSI,
SOLUSI yang datang. Kalau MASALAH, maka MASALAH lain akan datang.
Pstt : Ada kawan min share, bila datang je ‘perangai’ anak ni, kita
peluk dia kuat-kuat, pelukan yang full of love sambil selawat, sambil
bersandar pada badan kita dan cakap perlahan padanya. Biasanya anak
macam ni kalah pada orang yang ‘provide more love to them’. Dapat ke?
----
Min nak ingatkan sekali lagi, adalah NORMAL bagi anak 1 tahun setengah
ke 4 tahun untuk menjadi tantrum. Tak mahu kongsi mainan, mahu ambil
mainan orang, nak buat semua benda sendiri, bila tak dapat nak mengamuk.
Umur 3 tahun ke bawah tiada apa yang salah. Mereka masih belum matang
emosi dan sikap. Pada umur ini
Emosional Brain yang banyak main peranan.
Jadi, saboooo jela.
Umur bawah 7 tahun umur belajar menjadi mumayyiz.
Memang tak de hukuman yang perlu diberi melainkan peringatan dan tunjukkan cara yang betul pada anak (modelling).
Bila umur 10 tahun baru rotan (sebab tak solat, itu pun ada kaedahnya).
Tapi 7 tahun dah mula suruh solat. So, 7-10 tahun fasa displinkan untuk
anak solat.
So, puan yang hebat, terus mendidik anak dengan
sabar, prepare anak sebelum bermain dengan pesanan, kuatkan hypnoscript,
educate orang sekeliling jika boleh (untuk faham fasa individuating),
jika tak mampu doakan saja, urus anak kita dengan tenang dan berhemah.
Puan, jangan stress sangat. Anak puan perfectly NORMAL. Jangan banyak marah-marah. Banyakkan DOA dan SOLAT.
#fbyasminsari #umur3tahunmencabar