Friday 9 June 2017

Anak 5 tahun buat saya geram!!

Soalan :

Assalamualaikum Puan Yasmin. Macamana ye saya nak ubah perangai anak saya. Dia suka cakap benda-benda yang menyakitkan hati, suka buat saya marah. Bagaimana saya nak ubah diri saya daripada terikut dengan karenah anak yang suka menaikkan kemarahan saya.

Anak saya baru seorang. Umur 5 tahun.

Saya akui kadang-kadang saya cubit, pukul dengan hanger atau tangan atau ugut nak telefon ustazah di sekolah.

Saya tak mahu anak saya biasa dengan pukul sampai tak takut dengan ugutan dan pukulan.

Kadang saya manjakan, kadang terlalu garang, mudah marah pada anak.

Saya seorang tentera dan kurang masa bersama anak.

Apa patut saya buat puan?.

=====

Jawapan :

Terdahulu, saya nak ucapkan tahniah sebab puan sedar ada sesuatu yang tak kena dan perlu lakukan sesuatu. Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah yang mengerakkan hati Puan. First of all, syukur....syukur...
Saya yakin puan semestinya tahu, anak ini adalah dilahirkan bersih. Kita ibubapalah yang memberi warna dan corak pada anak-anak. Sama ada hitam, biru, hijau kelabu dan sebagainya.

Itu adalah ASAS.

Anak, pada fasa umur 6 tahun kebawah adalah sangat kritikal perkembangan otaknya. Bila cakap bab otak ni, bukan otak fizikal saja, malahan perkembangan emosinya dan spiritualnya.

Pada umur 6 tahun ke bawah, perkembangan otak sangat pesat. Sebab tu, kenapa ramai motivator menyarankan masukkan input dan program yang baik pada anak-anak ini. Berikan mereka nilai diri, imej diri yang benar dan membangunkan jiwanya. Kalau hari-hari kena marah, kena pukul, boleh LESU otak anak itu nanti.

Otak kita ada 3 lapisan. Otak Intelektual(paling luar-paling atas), Otak Emosi (lapisan tengah) dan Otak reptilia. Kalau Ibu Rose-Mesejnya kasih bahasakan otak reptilia ini sebagai otak takut. Lapisan yang paling bawah adalah otak reptilia. Otak ini akan bertindak bila dalam keadaan terancam. Biasanya ada 3 tindakan yang akan dilakukan. 1. Melawan, 2. Melarikan diri. 3. Membiarkan diperlakukan apapun.

Sebagai contoh, bila ada bunyi hon kenderaan dari belakang, kita akan bertindak segera rapat ke tepi jalan. Inilah, ketikanya otak reptilia berfungsi.

Berbalik pada isu anak-anak yang selalu kena marah, otak yang akan selalu berfungsi adalah otak reptilia. Panjang lagi kalau nak cerita bab otak ni. Kita sambung pada posting lain ye bab otak ni.

Sekarang berbalik pada kes anak puan. Anak puan stress bila sering dimarah dan dipukul, diugut begitu. Itu semua parenting style yang sangat berbahaya. Menyebabkan berlakunya marah yang terpendam dalam diri anak. Marah itu dipendam sekarang (ketika kecil), tapi boleh keluar dalam perangai yang tak terduga bila remaja dan dewasa (nauzubillah). Boleh dapatkan Ebook Saya Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 2 untuk detail tentang marah terpendam dan otak reptilia (link di komen :) ).

Apa yang saya boleh simpulkan, parenting yang sedang puan gunakan sekarang adalah kategori 'dorminant' yang mana ibubapa mahu yang terbaik pada anak, mahu anak berjaya,mahu anak berdisplin, tapi dengan cara marah dan garang-garang. Itu sangat berbahaya puan. Sebaiknya kita gunakan 'loving &firm' parenting style. Penyayang dan tegas. Puan penyayang, tegas dan berpendirian tapi tidak garang.

Alahai...panjangnya saya bebel. Maaf ye puan.

Kita fokus solusi.

Kita pandang pada sisi anak dahulu ya.

Apa yang saya boleh cadangkan :

1. Puan minta maaf dari anak
Katakan , "Abang, ibu minta maaf kalau selama ini ibu selalu marah dan pukul abang. Sebenarnya ibu sayangkan abang. Tapi, ibu tak tau, cara ibu tu salah. Sekarang ibu mahu berubah. Jadi ibu yang lebih baik. Ibu yang Allah dan Rasul suka dan abang sayang. Ibu sedang berusaha dan dalam proses berubah. Abang bantu ibu ye. Dengar kata ibu ye sayang."
Lebihkurang begitulah isinya puan. Boleh olah ikut cara puan, yang penting dari hati. Tak perlu menangis, cukup sekadar menyesali dan ikhlas.

2. Penuhi tangki emosi.
To-w-A-ti-G. Ada 5 tangki emosi. Penuhi kembali tangki emosi anak yang kekurangan. Puan check satu-satu ya. Tangki emosi ni unik bagi setiap orang. Ada yang suka lebih pada sentuhan, ada yang tidak. Ada yang lebih suka bila banyak diberikan kata-kata dorongan, pujian, penghargaan ada yang cukup sekadarnya. Puan lebih kenal anak puan. Yang pasti, setiap orang punya 5 tangki ini, hanya kadar berbeza. Cuba penuhi kembali ya. Boleh rujuk posting saya di hastag #tangkiemosi. Banyak saya dah share tentang ini.

3. Jaga LUA
Law of Attraction, puan perlu fokus dengan sangat tinggi, yakin dan percaya, dengan bantuan Allah, anak puan boleh berubah. Boleh cari nota tentang LUA di hastag #LUA.

4. Hypnoparenting script
Puan boleh gunakan kaedah ini untuk memasukkan perubahan yang puan mahu pada anak pada masa gelombang alfa. Hypnoparenting script ini, akan memasukkan mesej pada minda bawah sedar anak puan pada masa gelombang alfa. Ia perlu pendek, jelas dan positif. Pada peringkat awal, puan perlu konsisten hinggalah puan nampak kesannya. Teruskan hingga menjadi habit anak. Semakin kecil anak, semakin cepat mesej ini memberi kesan. Yang penting jangan putus asa dan konsisten. Puan boleh tengok tulisan saya di hastag #hypnoparentingscript
atau #hypnoscript. Lebih detail di situ.

5. Jaga pemakanan anak. Kurangkan gula putih yang menyebabkan agresif dan tidak fokus dan kefein yang sebabkan nervous. Minum green tea untuk galak ketenangan.

6. Doa
Semestinya yang terpenting, doa pada Yang Maha Pencipta. Semoga anak kita akan jadi anak yang soleh dan penyejuk mata hati kita. Kita buka mahu anak ini berbakti di dunia saja, mudah-mudahan biarlah berpanjangan hingga akhirat bukan?.:)

========

Itu bab anak.

Bab ibu. Bagaimana mahu jadi ibu yang sabar dan tak garang.

1. Upgrade ilmu. Bila kita faham dan kita tau banyak ilmu keibubapaan, maka kita akan lebih berdisplin kawal marah kita.

Dengan fakta, 1 cubitan mampu membunuh 1juta sel otak anak berbanding 1pelukan mampu membentuk 10juta sel otak anak, kita pilih yang mana?
4 gaya keibubapaan yang mana hanya loving&firm (auhoritative) mampu membentu anak jadi berjaya secara holistic, kita mahu yang mana?
Perbezaan generasi ; generasi baby boomers (lahir 60an) dan generasi alfa (lahir 2010 ke atas) perlu pendekatan berbeza. Baby boomers boleh arah dan patuh tapi generasi alfa banyak 'kenapa dan negosisasi'. Kenapa begitu? nak tau perlu ilmu.

Hakikatnya, terlalu banyak yang perlu dipelajari sekarang. Upgrade ilmu dan skill kita.
2. Bila rasa marah PAUSE. Bila nak marak cuba lakukan ini :
1. Tarik nafas dan hembus
2. Ubah kedudukan
3. Istighfar hingga cukup sekadar telinga kita dengar
4. Senyum sampai telinga
5. Pesan pada anak, bila kita nak marah saja, katakan, "Ibu, tarik nafas, senyum". InsyaAllah kita akan cepat reda :)

3. Mujahadah. Tiada jalan pintas. Kena lawan nafsu ammarah. Marah itu dari api, syaitan dari api, hawa nafsu juga menambah. Ingat Allah banyak-banyak yang kita sedang mendidik anak. Mohon kekuatan dariNya.

4. Doa, Solat. Istiqomah minta pada Dia.

======

InsyaAllah, saya yakin puan adalah ibu yang baik yang penyayang. Cuma, mungkin kerana kurang ilmu maka tindakan itu agak tersasar. Dalam keibubapaan tiada istilah terlewat. Syukuri dengan kesedaran, belajar dan bertindak.

Saya doakan puan dan anak akan dapat kembali bonding yang diinginkan.

Wallahualam.

Boleh dapatkan Ebook Parenting Terbaik di link berikut :
bit.ly/Ebookteknikrebonding
bit.ly/EbookSkillParenting

#fbyasminsari
#anak5tahun

No comments:

Post a Comment