Thursday, 25 July 2019

KENAPA REZEKI SUSAH, SANGKUT2?

Min belajar dari Tn Afnan Rosli, dari kelas Online.
Katanya, banyak sangat PM yang dia terima tiap hari. sampaikan tak terlarat nak baca. Ada yang share keajaiban dan ada share masalah.
Emm...katanya, REZEKI TERTARIK pada KEBAHAGIAAN dan KESENANGAN yang kita berikan pada orang lain (dengan izin Allah). Macam LEBAH dan BUNGA.
Nampak mudah je kan.
Cenggini.
Kalau rezeki susah, tanyalah pada diri sendiri "Berapa ramai yang kita dah BAHAGIAKAN dan SENANGKAN"?
Orang hidup SUSAH bukan sebab kerja tak cukup kuat, tapi tak cukup BAHAGIAKAN dan SENANGKAN orang lain, terutama orang terdekat.
Emm...siapa tu?
Mestilah pasangan kita, anak2, ibu bapa, adik beradik.....
Kalau nak KAYA, bagi, beri, sumbanglah.
Nak KAYA, kena ada KAYA JIWA.
Cth : Solat sunat dhuha sebab harapkan Allah murahkan rezeki, itu kurang tepat.
Seharusnya, itu jadi platform utk kita tunjukkan kesyukuran kita pada Allah. syukur..syukur..syukur..
Bila kita lakukan sesuatu sebab kita HARAPKAN sesuatu BALASAN, itu bermakna, ia datang dari JIWA yang SEMPIT, yang TAK CUKUP.
REZEKI tak TERTARIK pada jiwa begini.
Katanya, berlatihlah utk punya JIWA yang KAYA.
Bagaimana nak JIWA KAYA?
Rasa diri KAYA sangat dengan mensyukuri setiap satu nikmat yang Allah berikan.
Listkan satu-satu, kita akan sampai satu tahap, merasa Allah...banyaknya Allah bagi, kayanya aku. Air mata kesyukuran mula keluar. Gembira dan sebak.
Mayb kita ada ilmu sikit, kita share dengan sahabat fb. Asbab ilmu tu, dia bahagia dan senang. Kalau kita reti parenting, sharelah, reti hartanah, sharelah...Begitulah.
Ada kudrat, bantulah.
Paling tidak pun, SENYUMLAH.
Ini pun dah sangat membahagiakan. Betul tak?
Nasihat baik yang diminta pun sedekah.
Masa yang digunakan untuk ajar anak belajar quran pun sedeqah.
Telefon dan tanya khabar ibu ayah di kampung juga sedeqah yang gembirakan dan bahagiakan mereka. Buatlah..
BANTU orang lain untuk GEMBIRA dan HAPPY itu paling best.
InsyaAllah, min cuba share sikit2 ilmu Tn Afnan ye. Kita bahagia sama2.
Insyaallah.
Dapat sesuatu?
Yasmin Sari
Be Calm 

CUACA KELUARGA SANGAT DIPENGARUHI EMOSI IBU

Assalamualaikum semua.
Sungguh, emosi seorang isteri atau ibu sangat2 mempengaruhi keluarga. Bila ibu bagun awal, mulakan hari dengan baik dan positif, InsyaAllah suami dan anak2 juga akan menjadi lebih baik keadaannya.
SubhaaAllah, segala puji bagi Allah.
Segala skill parenting dan apa yang min belajar sangat mudah dipraktikkan bila kita berada dalam keadaan TENANG.
Bila kita berada dalam stage STRUGGLE, banyak perkara jadi SUKAR kata Tuan Afnan Rosli.
So, TUKAR kepada
TENANG
Macamana?
Short cut...kena naikkan energy kita. Seperti yang min belajar dari Ibu Rose dan Tn Afnan, letakkan diri kita VIBRASI atas. Itulah rahsianya.
SubhanaAllah, segalanya jadi mudah dengan izin Allah.
Cuba perhatikan gambar yang min attach. Ini min belajar dari Ibu Rose dan Tn Afnan. Semakin ke atas, semakin luas, dan semakin ke bawah semakin sempit. Itulah kadar vibrasi emosi kita.
Perasan tak, bila kita berada pada emosi yang Peace (tenang), energy sangatt tinggi. Tapi, bila berada pada Grief(Dendam) energy sangat rendah.
Rajah ni bukan saja melambangkan tenaga, malahan kesempitan dan keluasan hati.
Ini adalah sains yang dikaji. Min br tau lepas join kelas online Tn Afnan. Tapi telah lama ditekankan Rasulullah..jaga hati.
'Dalam diri seseorang ada seketul daging. Kalau baik ia, baiklah keseluruhan, kalau buruk ia maka buruklah seluruhnya dan ketahuilah ia adalah HATI'

KEY di SINI..
CUCI HATI...CUCI HATI...
p/s : gambar sumber internet

NAK BALIK TAK 'YOUR POWER'?

Min belajar ngan Tn Afnan Rosli dalam kelas online beliau. Ada satu topic yang diajarnya. Bagaimana caranya untuk kembalikan kuasa kita.

Ye..kuasa..

Kalau perasan, kita hari ni, lemah daya ingatan, tumpul daya fokus, buat kerja rasa banyak, tapi endup hasil menciput. Kadang rasa macam takde benda yang di buat sangat, tapi kita punyalah busy hari tu.
Antara sebabnya adalah SMARTPHONE.

Tn Afnan kata, ramai antara manusia tak sedar yang TIME & ENERGY adalah MAHAL dan sangat BERHARGA. Akhirnya ia, terbazir begitu saja, diberikan pada yang tak perlu pun.

Haha..kena SETEPEK kat muka.

Nak tambah lagi best, Puan Husna pun ada sebut bab smartphone ni. Kah..kah..2 orang guru min sebut benda yang sama. So, ni adalah penekanan yang ALlah sedang ajar kat min. Kalau ko tak paham juga, tak taulah min weih..

Kata Tn Afnan, "Setkan MOST OF THE TIME hp kita pada FLIGHT MODE".

Dalam hati, alamak aih..extremnya. Camna aku nak buat ni?. Nanti orang call ke wasap ke tak dapatla respon. Katanya, kita sendirilah yang decide bila kita nak diganggu. Kalau wasap, bolehla taip kat status tu ke kan.

Kita yang in charge MASA dan TENAGA kita. Nak tambah ADUH lagi..

FAKTA SAINS : 1saat yang kita guna smartphone, 5 minit yang perlu untuk kembali fokus. Ehh..yeke? 

Biar betul.

Iye..tak caye, tanya hp..haha..

Ni lah yang antara orang2 berjaya buat.
Ada juga yang tanya. Kalau orang tu kerja guna hp camna? Kena reply wasap customer camna?. Katanya, pentingnya vibration yang kita jaga sebab, walaupun sikit yang kita respon, tapi sikit tulah yang bagi sales dan berkualiti, berbanding reply banyak2 wasap, hasil krikk..krikk...

Apapun, janganlah ekstream kengkawan semua.
Kita buat sikit-sikit. Kurangkan dengan kesedaran.

Apapun, teruslah AWARE dengan TIME & ENERGY yang kita keluarkan tau.

Maafla ye, memang sekarang ni lambat sikit min reply wasap ke mesej..tengah belajar-belajar HARGAI MASA & TENAGA.

Anyway, lepas 2 hari apply, Alhamdulillah...Hasil sangattt memuaskan. BAnyak aktiviti dan tugasan yang siap. 

Tapi, masih perlukan improvement.. InsyaAllah

Haa..bukan tu je.. Jaga keberkatan MASA dengan AL-QURAN. Setkan dalam minda kita, nak QURAN ENVIRONMENT sama macam masa kita dalam ramadhan. Kalau masa ramadhan boleh khatam 1quran, sekarang pun kita usahakan teruskan habit tu ye. InsyaAllah..

Huhu..ni hasil semalam..Kena Improve lagi..

P/s : Boleh download apps 'Your Hour' untuk monitor berapa lama kita guna smartphone sehari.

BANYAK DEMANDING SEBAB TU DOA TAK DAPAT

Allahu...sungguh sentap rasa bila Tuan Afnan cakap bab ni.

WHATEVER YOU GIVE OUT, YOU ALWAYS GET BACK.

Ingat ni...apa saja yang kita beri, itu yang kita dapat balik.

Tanya Afnan, kenapa bila kita berdoa, kita selalu tak dapat.

Sebab kita banyak meminta..”Ya Allah, bagilah aku…bagilah aku…”

Ehh..salah ke meminta kat Allah? Bukankah Allah suka hambaNya meminta-minta padaNya? Japp…tunggu min explain sampai habis. Tenang dulu ek.

Bila kita doa meminta-minta, kita sedang mengukuhkan apa yang kita takde. Yang kita takde benda tu.
So, TAK ADA itulah DOA YANG SEDANG DIKABULKAN.

Minta KERJA, kukuhkan yang diri memang TAK ADA KERJA. Dikabulkan TAK DAPAT KERJA
Minta duit RM100K, kukuhkan memang diri taka da RM100K. Dikabulkan TAK DAPAT RM100K
Seterusnya..

Alam akan demanding balik apa yang kita minta. (Ingat..min sebut istilah Alam, tapi hakikatnya ia adalah sunatullah, dari Allah).

Sebab tu, kenapa ada sesetengah orang terpaksa kerja hingga tua. Sebab TERPAKSA bukan MAHU..lain beza tu.

So, STOP doa cara ni.

TUKAR. Kena rasa kaya dulu.

Rasa dah kaya. Doa dengan rasa syukur Allah beri kaya

Rasa bahagia dengan suami. Doa dengan rasa syukur Allah bagi suami yang membahagiakan.
So On..

Doa dengan HATI dengan PRESENT MOMENT.

Bila apa yang kita beri adalah DEMAND (MINTA MINTA), maka itulah yang akan datang balik pada kita. DEMAND DEMAND...Alam DEMANDING balik pada kita.

Macam ni. Bila kita FOKUS MEMINTA (ENERGY RENDAH - datang dari ruang hati yang tak cukup, tak ada), so ia takkan dapat manifest apa yang berenergy tinggi. Kan abundance datang dari energy tinggi.
PRESENT MOMENT tu seolah-olah kita sedang rasainya sekarang. MASA INI. BUKAN MASA DEPAN.

Cth :
Ya Allah, Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab pilih aku menunaikan haji tahun ni. PERCUMA pula tu. Baik sungguh Allah. Alhamdulillah…Alhamdulillah. Bahagia sungguh aku, Allah. Sebak rasanya, gembira dan terharunya rasa.

Dalam doa kena banyak terima kasih..terima kasih….terima kasih…dan Allah akan bagi balik terima kasih…terima kasih..terima kasih pada kita.

Kuncinya disini rasa SYUKUR..atas sekecil kecil benda.

Macam ada kisah sorang kakak ni. Anak dia dah lama tak balik rumah. Akak tu doa gini ;
“Alhamdulillah, terima kasih Allah bagi aku hidup lagi hari ni. Alhdulillah, terima kasih Allah atas nikmat tangan yang masih sempurna. Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab hidupkan aku dalam iman, Alhamdulillah, terima kasih Allah (nyatakan sebanyak-banyaknya kesyukuran atas nikmat yang allah dah beri).

Kemudian baru berdoa dengan PRESENT MOMENT.

“Ya Allah, Alhamdulillah, terima kasih Allah sebab anak-anakku kini kembali ke sisiku. Anakku baik sangat, mendengar kata, menyejuk hatiku, rajin tunaikan solat. Terima kasih Allah atas nikmat bahagia yang dikau beri.” (Inilah doa yang akak tu nak dikabulkan, tapi berdoa yang seolah-olah ia dah terlaksana. Pastikan dengan penuh rasa best, happy, gembira, syukur. )

Alhamdulillah...beberapa hari lepas akk tu amal doa macamni, anaknya pun balik. Walhal bertahun tak balik.

Nota tambahan : Masa doa tu ;
1. Doa dengan cooperative 5 sense. Rasakan seolah-olah DENGAR, terngiang-ngiang suara anak tu, RASA sentuhan tangannya, LIHAT ada dia sedang disisi, BAU perfume yang anak suka pakai dan LIDAH anak sedang berbicara sopan. 

2. Be in Present Moment

Teruslah berdoa seperti biasa dan tutuplah dengan selawat dan nama-nama Allah.
Itulah, kuncinya.
Berdoa :
1. C-Calm. Berdoa pada VIBRASI tinggi.
2. I- Intention . Jelas dengan apa yang kita mahu.
3. T – Trust. Percaya dan yakin sungguh-sungguh, seolah-olah memang dah jadi apa yg kita doakan tu
4. F – Flow. Tawakkal sungguh. Takde rasa ragu-ragu, takut-takut dll. Buang blockage yang menghalang doa dikabulkan. Berdoa pada Present Moment.

Allahu…semakin min kongsi, makin min faham. Sebak rasanya sebab mulai faham, tiada satupun doa yang Allah tak kabulkan. Hanya mata hati yang terhijab..Tak nampak..Bergetar…berdebar..Rasa kagum dengan kasih sygNya yang tak bertepi.

Nak sambung sikit. Salah ke doa meminta kat Allah?

JAWAPAN ; TAK SALAH. Kena betulkan cara je.

Mulakan dengan kesyukuran. Rasai banyaknya yang Allah dah bagi. Rasa kayanya dengan nikmat Allah yang melimpah ruah ni. Barulah minta apa yang kita mahu.

Jemput share.

Yasmin Sari
Be Calm All The Time

Formula Doa

Formula DOA
C – I – T – F

Afnan ajar, bagaimana nak berdoa dengan cara yang cepat dikabulkan. Ramai yang dapat result dengan pantas bila buat dengan betul.

But..ingat ingat ingat..ini adalah sains. Hakikatnya sains itu ada Penciptanya. Tiada satu pun berkuasa TANPA Iradat dari ALLAH. Sentiasalah bertahlil Tiada Tuhan Selain Allah, supaya kita tak terpesong.

Actually, ada jugalah beberapa kali min dah dapat. Dan min terus buat. Min enhance kefahaman ilmu berdoa ni. Bukan sekadar dari apa yang belajar dari Afnan ni, tapi juga guru-guru yang lain termasuklah #BFF min Puan Husna haron. Yang pasti, ilmu AFNAN ni tak lari dari syariat. Hanya term-term yang digunakan kadang agak jarang didengar.

C- Calm
I – Intention (clear intention)
T – Trust
F – Flow

Ingat tak posting min sebelum-sebelum ni. Kita memang dah hidup dalam abundance. WHAT EVER YOU GIVE OUT, YOU ALWAYS GET BACK.

Abundance memang dah ada sekeliling kita, so, kita kena sediakan diri pada ELEVATED VIBRATIONS. BILA FREQUENCY KITA SEPADAN dengan FREQUENCY ABUNDANCE, maka akan MANIFEST apa yang dihajatkan (dengan izin Allah). So, kena duduk dan bernafas cara yang betul untuk chennelkan masuh abundance tu ke dalam tubuh kita.

So, hari ni, min share cara Doa Afnan

1. Calm- Tenang
Kita kena letak emotion pada ELEVATED EMOTION yang kat UPWARD SPIRAL tu kan (bersyukur, menghargai, gembira, bahagia, tenang, kusyuk). Kena pada HIGH VIBRATION. So, kita kena TENANG dulu. Tak pun HAPPY..mana-mana yang pada ELEVATED EMOTIONS tu.

2. I – Intention (Kemahuan)
Kena betul-betul jelas apa yang kita nak, sebabnya kan Thought (pemikiran) + Emotions (emosi) = Feelings (Doa yang dikabulkan).
Intention ni datang daripada Thought (pemikiran), Thought pula datang dari Heart (hati yang paling dalam). Akhirnya, kena tanya hati, apa yang nak sebenarnya. Sebab kadang2 tu kita bukan nak sangat, tapi tengok orang ada benda tu, kita pun nak. Lepas dah miliki 1@2 bulan, dah tak rasa apa dah.

3. T-Trust (Yakin)
Dalam Quran ada kata “Apabila kamu telah berazam maka bertawakallah kepada Allah, sesungguhnya Allah sukakan golongan yang bertawakal” ( Surah Ali Imran :159)
So, lepas dah jelas dengan apa yang kita nak (itulah azam), sekarang kena bertawakkal. Selalu kita tak berjaya atau struggle sebab tak yakin. Kata tawakkal, tapi tak tawakkal dengan sebenar-benarnya sebab ada TAKUT-TAKUT, ragu-ragu, risau-risau dll. Usahalah, tapi usaha dengan rasa tenang, tanpa ada rasa kelam-kabut, serabut, sempit dada dll. Huhu..min pun kadang tak lepas juga bab ni. Masih berlatih dan terus berlatih. Maklumlah, selama hidup ni selalu dah diajar untuk usaha..usaha..usaha…

Tapi, tang tawakkal tu, tak tepat. Dalam tawakkal ada risau tak lulus exam, dalam tawakkal ada risau anak kena buli, dalam tawakkal ada takut bos tak adil dan macam-macam. Untuk dapat jelas lagi tafsiran ayat ni, silakan berguru dengan guru Tafsir ya.

4. F – Flow (Aliran Tenaga mengalir dengan lancar)
Kat sini yang ramai orang sangkut. Kenapa doa tak dapat dengan senang. Sebab tak Flow, ada BLOCKAGE. Dalam badan kita ada 7 energy centre. Bila tau camna nak REMOVE BLOCKAGE tu, barulah dapat MANIFEST. REMOVE BLOCKAGE perlu, supaya FLOW bagus dan dapat Magnetic Field bagus.

Juga, yang termasuk dalam flow ni adalah, Flow in PRESENT MOMENT. Rasai hajat-hajat tu yang seolah-olah kita dah dapat, dan kita juga sendiri berada pada Present Moment (NOW) not PAST and not FUTURE.

So, inilah basically, bagaimana cara berdoa yang Afnan share. Actually ada je kat wall afnan, ini semua, cari je. InsyaAllah jumpa.

Semoga bermanfaat. Kalau ada tak faham, cer tanya kat komen. Min pun masih belajar-belajar. Kita bahagia sama-sama ye. InsyaAllah.

Yasmin Sari
Be Calm All The Time

Monday, 13 May 2019

OHH..BEKAS OPERATE BERSALIN CASEREANKU TERBUKA

NGERI!!!!
TAKUT!!!!
STRESSS!!!!

Itulah 3 perkataan yang menggambarkan perasaan min masa tu.

                          Sumber Gambar (internet) : Contoh rupa luka dihujung

Benda ni jadi pada hari ke 30 berpantang anak ke 6. Keadaan luka min hampir sama dengan gambar ni.

Actually, benda ni dah ada hint sikit masa awal-awal, kira-kira 2 minggu sebelum tu. Tapi, masa tu min tengok just ada 1 dot darah kat underwear betul-betul pada bahagian hujung operate tu.

Min tengok, sikit je darah yang keluar tu.

Masa pantang tu, tak rasa macam berpantang. Dok ulang-alik ke hospital sebab anak lebihkurang 20hari kena masuk wad. Masa awal tu (10hari pertama), kita yang berulang alik ke hospital, hantarkan EBM dan susukan anak.

10 hari terakhir, rooming-in dengan anak kat wad dalam hospital.

Bayangkan kita baru dalam 20hari bersalin, operate lagi, kehulu-kuhilir, tapi tak rehat sangat. Dok fikirkan anak sampaikan kita lupa kita pun tak sihat lagi.

Bila anak dah boleh balik rumah, barulah kita mula pantang betul-betul.

Tapi, kat umah anak min ramai. Ada 5 orang lagi. Ada yang sekolah, ada yang tadika...suma kena uruskan juga.

Memanglah suami suh rehat, tapi kita yang tengok ni, tak tahan pula. Mak-mak kan...taulah perasaannya camna.

Akhirnya, hari ke 30. Pagi tu pi checkup sebulan kat KK. Alhamdulillah, nampak ok je. Cuma tang luka operate hujung tu nampak macam merah sikit. Tanya misi, dia tengok dan dia kata tak pe ni, nanti mandi bersih dan pastikan kering betul-betul.

Min pun legalah.

Petang tu, tidurla cam biasa. Charge energy untuk berjaga malam kan :)

Bangun-bangun, nak mandi, nampak hujung bekas operate darah banyak keluar banyak sikit dari biasa dalam 2cm radius...Aduhh...ai is nebes..

Camna ni?

Terus call suami ajak pi klinik swasta.

Dahla petang, orang nak buka pose...

Alhamdulillah suami support.

Pendekkan cerita, min kongsikan apa pesanan doktor dan apa ubat yang diberi. Alhamdulillah memang berkesan. Dalam 2 hari dah tertutup luka tu dan min sambung juga guna ubat tu sampai hari ni.

Doktor kata :
1. Kena mandi lepas 1minggu dan bagi air kena bahagian operate, supaya bersih.
2. Jaga, jangan sampai sembelit sebab bila teran, boleh menyebabkan usus menekan rahim dan boleh menyebabkan luka pada operate.
3. Jangan makan haruan dan gamat terlalu awal, kalau boleh lepas 1 bulan baru makan. Itupun sikit-sikit. Supaya proses penyembuhan tak terlalu cepat. Bila terlalu cepat, usus boleh melekat dengan rahim dan risiko kalau operate seterusnya.
4. Makan 2 biji oren sehari untuk proses penyembuhan sebab dalam oren ada vitamin C.
5.Banyakkan minum air kosong.
6. Banyakkan rehat

Cara ubati luka :
1. Mandi bersih. haha...barulah berani mula mandi macam biasa. Pastikan bahagian operate basah kena air.
2. Habis mandi, lalukan cotton ball guna 'normaseline water' atau air suling bagi bersihkan bahagian operate. Sekali lalu untuk 1 cotton ball. Buatlah dalam 7 round. Jangan tekan sangat. Lembut-lembut je.
3. Lap kering guna tisu muka bahagian operate tu.
4. Sapu ubat krim yang doktor bekalkan. GERMACID CREAM. (Rasanya boleh dapat kat farmasi ni).
5. Guna underware yang getah pinggang melebihi paras operate tu. 

                                                      Ubat yang doktor beri

Alhamdulillah, memang 2 hari dah nampak kesan. Darah tu dah tak keluar.

Lepas 2hari, min skip step no 2. Just lepas mandi lap kering dan dap dap dengan tisu. Lepas tu terus sapu ubat tu. Min buat sendiri, guna cermin. Tak minta bantuan sesiapa sebab leceh (pada min la).

Min terus guna dan sekarang dah hari ke 5 sapu ubat tu. Alhamdulillah, yang bahagian luka haritu dah makin ok dan dah takde rasa macam pedih-pedih macam dulu.

Ohh..min sapu ubat krim tu sepanjang luka operate tu. Cuma bahagian yang berdarah tu bagi lebih sikit.

Sekarang pun min dah mula ambil Pati Ikan Haruan jenama Harwany. Harga pun mampu milik. Dalam Rm37 je ada 6 botol. Bolehla 6hari makan. Dan yang bestnya, tak sembelit.

Alhamdulillah, rasa lebih sihat sekarang. Selamat berpuasa semua...

Salam sayang,
Yasmin Sari

BOLEH KE MANDI LEPAS BERSALIN OPERATE CESAREAN?

Jawapannya : Bergantung pada tahap keberanian seseorang.

Min kongsikan dari pengalaman min sendiri melahirkan anak ke 6 dengan cara pembedahan ceserean ni.

Nak mandi lepas operate memang min tak berani.

Sebabnya, kalau mandi dan kita biarkan bahagian operate tu kena air juga, kalau basah dan tak dikeringkan betul-betul boleh menyebabkan jangkitan kuman.

Nak mandi juga min ada caranya.

Cara 1.
Balut dengan PLASTIC WRAPPING
======

Kalau masa bersalin operate juga masa anak First, min balut bahagian operate dengan plastik wrapping..ala..yang kita guna balut makanan tu. Tapi, cara ni lambat, ambil masa, dan kos lagi.

Cara ni, mandi je macam biasa. Sebab air dah tak kena bahagian operate tu.

Cara ke 2
Tunduk atau Rukuk
=============

So, kali ni min dapat ilmu dari seseorang dan dia pun kongsikan pengalamannya.

Bila nak mandi, just balutkan bahagian operate dengan kain tuala. Ala just cover pada paras pinggang hingga bahagian operate tu. Kita lipatlah, empat kalau tuala tu sederhana saiz. Lilitlah ke pinggang kemas-kemas pada kadar yang sesuai.

Lepas tu, bila nak mandi, kita tunduk, macam rukuk dalam solat, tapi lagi tunduk lebih sikit lagi dari rukuk solat.

Motifnya, supaya air tidak mengalir ke bahagian operate tu.

Mandi je macam biasa. Cuma bahagian pinggang ke bahagian operate je tak mandi.

Jagalah dalam at least 2 minggu kata kawan tu. Tapi min buat sampai 25hari...huhu...takutt..

So, ada 2 cara yang min dah guna.

Dan min paling suka cara ke 2.

Ikutlah pada keselesaan masing-masing.

Kalau berani nak mandi macam biasa tanpa cover atau rukuk boleh je.
Cuma pastikan bahagian operate kering sempurna lepas mandi.

Boleh keringkan guna kipas atau hair drayer.

Yang ni min tak pernah buat.

Buat sahabat-sahabat yang sedang dalam pantang atau sedang study cara mandi ni, pilihla mana yang terbaik dan sesuai ye. Jangan ikut-ikut orang.

In the end, kita yang merasa kesannya.

Salam kasih,
Yasmin Sari

Friday, 29 June 2018

Anak Lelaki 5 Tahun Dapat Adik Baru Memberontak

Assalamualaikum, satu soalan yang masuk ke inbox min baru-baru ni.
Datangnya dari salah seorang ahli group Support Group Telegram yang min kendalikan ; Parenting Ibu Hebat (untuk wanita sahaja).

Ibu yang kerunsingan dengan sikap anak sulungnya.

Sebenarnya, banyak kes yang hampir sama berlaku pada ibu-ibu yang lain.

Min kongsikan solusinya yang min pelajari dari Pn Maznah Ibrahim yang mungkin boleh dimanfaatkan buat ibubapa yang lain.
.
Soalan :
Saya ada masalah nak tackle anak saya yang sulung umur 5tahun. Smenjak ada adik, perangai dia betul-betul menguji kesabaran kami suami isteri. Smpai tahap selalu kena marah dan pukul. Adiknya baru 7bln.
Di tadika pun, dia sering mencari pasal dengan kawan-kawannya. Cikgunya beranggapan mungkin anak saya ni mahukan perhatian.
Kalau dekat rumah memang nampak dia memberontak. Selalu dia buat saya marah. Saya cuba cakap cara baik tak jalan.

Dia selalu pukul adik dia..bergurau kasar2
Sy kerap bagitahu saya sayangkan dia.. Tapi dia selalu cakap saya tak sayangkan dia..

Macam suami saya selalu kje shift. Jadi seminggu suami saya takda kat rumah waktu malam. Waktu mlm saya memang terhad sebab yang baby tu lepas magrib memang jenis menyusu nak mengempeng sampai tido.. Setiap ari mcm tu.. Saya stress kadang2..macamana saya nak kawal yang sulung tu ye..
Saya memang tak da masa nak main dengan dia.

Boleh saya tahu biasanya utk masalah anak2 kecil ni biasa kita kena jumpa occupational therapists ke.. Saya tak tahu nak rujuk ke mana untuk masalah ank yg agak agresif ni.. Mtk jasa baik puan.

Kalau puan ada tips yang boleh dikongsi.

Tq ye.

Jawapan :

Terima kasih pada Pn Maznah Ibrahim yang membantu saya berikan atas jawapan atas persoalan ini. Semoga Allah merahmatimu sahabatku

👇👇👇👇👇👇👇👇👇👇

Anak ini dalam adjustment terima adik baru dia, maka dia banyak memberontak, maybe penerimaan dia belum cukup elok spt diharapkan.

Namun suka untuk sy mgkin menambah perspektif puan, dalam memahami dan berusaha utk melayaninya dgn lbh bijak maka kuranglah berontak dia tu ya.

1. boleh baca ebook tips adik beradik ngam di link di atas, boleh modify dan cuba mana2 yg boleh, wlu adik bayi 2 bulan + telah lahir, kita aim nak bg abg 5 thn dan baby 2+ bulan ni bonding baik.

2. anak bsr biasanya rasa mcm kasih syg dirampas/kurang lps adik lahir - biasanya boleh guna story ini: abang dulu masa baby macam adik baby ni, pun sama, asyik melekap aja dgn mama, hanya susu dan tidur dan perlu perhatian penuh mama (jadikan komen dia mengenai adik bby digunakan dlm ayat puan, nak katakan dia pun sama macam tu dulu, cuma dia tak la nampak dirinya cmna dulu).
- atas tu nak tingkatkan empati dia dari ketidakfahaman dia mengenai behaviour adik baby tu. cth sy sllu kata kat KN, sian adik baby takboleh bergerak sendiri, hanya boleh merengek aja nak panggil mummy, kakak boleh berjalan sendiri, dan bercakap utk ckp ngan mummy. So si KN selalu kata kesiaan baby dia tak boleh bergerak, kan mummy. Dll skrip dia ulang apa sy katakan sllu kepadanya.

3. ketahuilah usia 5 anak lelaki, mmg hormon testosteron tgh peak, kuasa nak dipegang dan diekspress tenaga kelelakiannya (dominan, kuasa dsb) - jadi mmg bersabar banyak - usia 5 & 6 sblm masuk fasa 2 usia 7-14 tu. Jadi banyak anak lelaki masa ni memberontak pabila apa dia mahu tak dapat spt apa dia mahukan/plankan - ini khusus utk anak yg mgkin karektor Thinking nya, (observation sy la)

4. Caranya, puan boleh banyakkan masa one to one papa dan dia dan mama dngan dia, dan bg dia rasa masa masa tertentu momen dahulu anak tunggal tu dapat juga sedikit, ia tak hilang dirampas terus.

5. Sebab dia dah besar, dan aktif banyak ckp kan, boleh dapatkan perspektif dia mengenai perkara yg dia tak setuju hingga sebabkan dia berontak tu. Pasti ada sesuatu dlm pemikiran dia dan puan fahami, serta verbalise kan emosinya. Cth Oh abang rasa pelik sebenarnya sbb apa baby ni asyik menangis malam ya? Ok sebenarnya baby ni.... xyz (terangkan kepada dia) - pelik ialah perasaan konfius / puzzled. Jadi dia rasa mgkin bila dia menangis juga dia akan dapat perhatian lbh, so katakan padanya menangis tidak mungkin mmbolehkan dia dapat apa dia nak, tp mak lbh hargai bila dia suarakan ckp elok2 terang2 apa dia mahukan sebenarnya sbb dia dh blh bercakap, dia bukan bayi 2 bulan.

6. Bila penuhi tangki emosinya, puan top upkan lawan 1 kali marah dngan 5 kali kebaikan utk dirinya dari 5 tangki tu - cth sentuhan peluk dia 16 saat sebanyak 2 kali sehari, masa istimewa teman dia main pasir kinetik/ pergi playgoround/ kedai makan, masakkan makanan kegemaran dia, bacakan buku utknya, ucapkan pujian sebagai abang yg baik dan anak yg soleh kerana xyz (spesifikkan pujian kepada tingkahlaku bukan orangnya ya), dll

7. Doa dan zikir bersesuaian - dalam ebook tu ada sy selitkan utk adik beradik - Ya Jami' - satukan hati kedua anakku X dan Y agar... (apa apa puan mahu)

8. tak perlu occupational therapist, perlukan pn sj dan bapanya, wlu bapa seminggu skali, minta ayahnya main peranan utk beri / topup tangki emosi nya. Ya, anak lelaki perlu mak lebih dari ayah, namun model ayah ttp dia perlu utk bentuk karektor jatidirinya sebagai anak lelaki.

9. Jelas anak dia kata, mak sayang dia, jadi pn kena beritahu anak sayang tu dari sudut 5 tangki emosi. 1 mak mmg dah ucap, kedua sentuhan?layanan? masa istimewa? hadiah?. Anak ini mgkin terlupa part lain selain words - dia takpercaya words mak sayang dia maybe sebab layanan / perhatian tu sangat drastik kurang.

Faham, pn menyusu,

Jika ofis dekat cuba lunch hr friday bawa keluar anak 5 thn ni jenjalan berduaan bg anak ni rasa best dpt masa one to one dgn mak. Lain dapatkan masa lain cth pagi? sblm anak baby ni bangun ke apa apa lah pn curi juga masa tu.

❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️❤️

Inilah jawapan yang saya perolehi dari bantuan puan maznah yang sangat berusaha.
Terima kasih maznah atas support dan bantu ibu-ibu ini.

Semoga jawapan ini dapat membantu dan memberi manfaat buat puan ini.

Wallahualam.

#fbyasminsari
#alumniehsabar
#belajardaripnmaznahibrahim

Tuesday, 11 July 2017

TANGKI EMOSI - PERKATAAN YANG MENGESAHKAN - W- WORDS

Assalamualaikum….selamat petang semua sahabat min yang bercahaya hati dan imannya.

Didoakan semoga semuanya berada dalam ketenangan dan kegembiraan. Sungguhpun berada dalam situasi yang sukar, usahakan juga ucap ALHAMDULILLAH.

Teringat min, kuliah Ustazah Norhafizah, beliau kongsikan bagaimana pesakit kanser Tahap 4 yang berkongsi kekuatan bersama beliau. Pesakit kanser tersebut nyatakan kalimah yang berinya kekuatan adalah kalimah ALHAMDULILLAH. Allahu…Bila diuji, cuba baca kalimah mulia ini dari hati. Pejamkan mata dan hayati kalimah ini. Rasai kalimah ini disegenap tubuh. InsyaAllah, kita akan kuat. Rasai getarannya okay :)

Baiklah, petang ni min nak refresh Tangki Emosi kita  iaitu W-Word, Kata-Kata. Kata-kata yang mengesahkan.

Kata-kata mengesahkan ini adalah segala aktiviti yang melibatkan KATA-KATA dan PERKATAAN seperti memuji, memberi dorongan semangat, peneguhan dan penghargaan. Mendengar secara AKTIF juga termasuk dalam kategori ini.

Menyampaikan kata-kata menerusi medium lain selain lisan, juga dikira boleh memenuhi Tangki Emosi Perkataan ini. Antara medium lain yang boleh di gunakan seperti mengirimkan pesanan, whatsapp, fb, surat atau kad yang istimewa. Kreatifkan diri kita. Zaman sekarang, banyak cara dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej dan memenuhi TANGKI EMOSI PERKATAAN INI.

Selalulah ucapkan perkataan sayang, penghargaan, terima kasih, kata pujian, kata-kata semangat dan positif. SubhanaAllah. Semakin banyak kita bantu menaikkan semangat anak kita, semangat diri kita sendiri akan terbangun sama. Semakin kerap kita ucap perkataan sayang pada anak, semakin rasa kasih sayang itu segar bugar dalam diri kita. Makin kita memujinya, semakin kita gembira. Itulah LUA..Law of Universal Attraction. Semua yang indah dan wangi kita berikan dan itulah yang akan kita dapati.

Buat ibubapa yang sering keluar outstation, boleh hubungi anak-anak menerusi medium telefon, whatsapp, fb, video call juga antara medium yang canggih sekarang. Emm..tapi tak boleh lawan juga bila dapat ucap secara terus berdepan-depan lebih terkesan. Apapun, kita cuba yang terbaik berdasarkan keadaan dan situasi masing-masing ya.

Ha…min nak share satu kisah tentang seorang Alumni Eh Sabar yang bekerja setiap hari termasuk sabtu dan ahad kerana beliau bekerja sebagai kakitangan muzium. Bayangkan, setiap sabtu dan ahad begitu. Apa yang beliau buat, berikan kad atau poskad yang dialamatkan pada anak-anak. Nyatakan emosi dan kasih sayangnya pada anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak memahami dan beliau akan cuba manfaatkan semaksimumnya apabila ada masa untuk bersama.

ELAKKAN dan JAUHKAN perkataan yang boleh mencederakan emosi seperti tidak memberikan penghargaan atas usahanya, perli, mengugut, melabel yang negatif, kritik, perkataan kasar, mencarut, memaki, menempelak, mengherdik….Allahu…terlalu banyak kalau nak disenaraikan. Min tak sanggup untuk teruskan sebab terasa ia berat dan memberi kesan pada LUA yang sedang min usaha untuk pelihara. Mahu pada magnet positif mudah dan menjaganya sangat sukar. Setiap hari min sendiri struggle untuk menjaga LUA sendiri. Bak kata ustaz Pahrol Mohd Juoi..tiada cara lain selain mujahadah.

Banyakkan memuji. Puji dengan teknik NABI. Puji pada Usahanya ya. Dalam pujian dah lengkap dengan, penghargaan, dorongan kebaikan, penyataan sayang…senang kata, dengan memuji yang betul dapat lengkapkan penuhi tangki emosi ini. MasyaAllah.

Contoh puji teknik nabi :
1. Pujian
2. Puji usaha
3. Doa atau impak atau kedua-duanya sekali

“Wah bagusnya (1), bila adik suka makan #QasehGoldJunior ni (2), Ibu doakan adik akan sihat dan bijak selalu (3)”

Wednesday, 21 June 2017

BAGAIMANA KOMUNIKASI DENGAN ANAK REMAJA

Assalamualaikum semua.

Maaf sudah agak lama saya tak update blog ini. Agak kesibukan akhir-akhir ini.

Kali ni, min nak kongsikan bagaimana kita dapatkan komunikasi yang baik dan berkesan dengan anak remaja.

Fasa 1 (0-7tahun), Transisi (7-8 tahun), Fasa 2 (7-14tahun). Ini semua adalah fasa perkembangan anak-anak. Kaedah dan pendekatan adalah berbeza mengikut fasa-fasanya.  Ia adalah selaras dengan apa yang disebut Saidina Ali RA, Didiklah anakmu sesuai pada zamannya.

Cara mendidik remaja di zaman kita adalah tidak sama dengan cara anak remaja kita dididik. Zaman berubah dan pendekatan juga perlu  berubah.

Min ingin kongsikan beberapa pendekatan yang ibubapa boleh gunakan dalam berkomunikasi dengan anak remaja. Min pelajari dari 'Fb Closed Group - Didik Anak Cemerlang' kendalian Ibu Rose - Mesejnya kasih.  Andai anda berminat sertai group ini, mudah saja. Hanya perlu dapatkan Ebook beliau 6 Rahsia Mendidik Anak Berjaya dan Berjasa di link ini www.iburose/anakcemerlang. Highly recommended untuk dapatkannya sebab akan ada online coaching yang akan menjawab segala persoalan parenting kita.

Baik. Ada beberapa perkara yang ibubapa hebat perlu lakukan :

1. Bina Pertalian yang rapat dengan anak
Perhubungan yang baik dan murni perlulah dibina lebih awal lagi. Jika dari kecil lagi, kita telah bina hubungan yang baik dengan anak, InsyaAllah bila usia anak menginjak remaja, komunikasi akan menjadi lebih mudah. Ini kerana, rasa hormat dan sayang dalam diri anak terhadap ibubapanya telah terbina.

Namun, jangan risau andai hubungan itu tidak mesra. Masih boleh diperbaiki. Tiada istilah dalam dunia keibubapaan ini. Selagi ada kemahuan dan kesedaran, selagi itulah peluang tetap ada.

2. Tukar SURUH kepada TOLONG
Apabila mahu minta anak lakukan sesuatu untuk kita, atau kalau kita mahu anak lakukan sesuatu, gunalah perkataan TOLONG dan bukan SURUHAN. Anak akan lebih mudah mengikut dan mendengar kata dengan perkataan TOLONG. Jom, ubah perkataan kita.

3. Betulkan BUKAN ketika anak BUAT SALAH SAJA
Perasan tak, bila anak buat salah, ibubapa akan cenderung betulkan kesilapan anak ketika itu juga. Apakah emosi yang biasanya ibubapa keluarkan menasihati anak ketika itu? Ya, marah, geram, stress dan segala yang negatif. Justeru, nasihat yang dikeluarkan akan menjadi tidak berkesan. Sepatutnya ia jadi sesi nasihat, tetapi bertukar menjadi sesi marah-marah, membebel dan segala yang negatif pula.  Maka, nasihat itu semua tidak memberi kesan.

Jadi, bagaimana?

Boleh, beri nasihat ketika itu, andai ibubapa mampu mengawal emosi marah dan geramnya dan punya emosi yang stabil. Elakkan beri nasihat andai emosi tidak stabil. Tangguhkan dulu kemasa yang lain. Bila dapat masa yang sesuai, boleh flashback kes dulu, "Ingat lagi tak, hari tu, masa abang wasap kawan masa ibu panggil?...."

Nasihat boleh beri pada anak secara berkala. Seperti ketika sedang beraktiviti bersama, dalam kenderaan, ketika makan, ketika anak sakit dan sebagainya. Teringat min, Nabi Muhammad saw, menganjurkan kita memberi nasihat terutama ketika 3 masa ini iaiatu ketika bermusafir/berkenderaan, ketika anak sakit dan ketika makan.

Bagi anak kecil, nasihat atau mesej positif kita boleh masukkan ke dalam minda bawah sedarnya sebelum tidur. Boleh dalam bentuk penceritaan atau apa saja yang menyeronokkan anak. Ketika saat sebelum tidur adalah waktu gelombang alfa yang akan membenarkan mesej-mesej disampaikan disimpan di minda bawah sedarnya.

4. Selalu TANYA PENDAPAT
Anak remaja akan lebih gembira apabila pendapatnya didengari atau dipinta. Alah, untuk perkara yang kita boleh persetujui bersama seperti , "Apa pendapat kakak tentang makanan ni?", "Agaknya, apa yang jadi pada anak palestin yang tinggal 10 tahun dalam khemah ya?", "Kakak, baju yang mana satu cantik?" Apa saja yang dirasakan sesuai. Boleh buka topik-topik yang menarik untuk dibincangkan bersama.

5. Tukar KENAPA kepada APA
Perkataan KENAPA ni cenderung kepada menyiasat. Anak remaja ni tak suka ke soal siasat. Huhu..sebaiknya tukar kepada APA..APAKAH...ini tidak tuju pada individu, tapi pada perkara atau isu itu. Teringat min, ini juga kedah TEKNIK NABI yang pernah min pelajari. Nabi, tidak bertanya pada para sahabat KENAPA tapi dengan perkatan APA atau APAKAH. Justeru tiada isu soal siasat berlaku.
(KENAPA) "Kenapa kakak angkat kain ni? Kan tak kering lagi?"
(APAKAH) "Apakah kain dah kering? Oh..biar ibu tengok. Eh..ada yang belumlah. Terima kasih sayang tolong ibu. Emm..yang belum kita biarkan saja di ampaian dulu. Yang kering saja kita angkat ye sayang."

6. Elakkan TAPI
Dengan menggunakan TAPI, ia memansuhkan segala kebaikan yang telah disebut lebih awal.
"Baguslah angah ni, rajin tolong ibu angkat kain, TAPI, kain ni ada yang tak kering lagi. Lain kali angah cek betul-betul sebelum angkat ye"

Sebaiknya ;

' Bagusnya bila anak ibu tolong ibu angkat kain. Jom kita check semua kain, dah kering ke belum. Kita kena pastikan semua kain kena kering, kalau tak kering..(terangkan sebab)"

7. Kedudukan NASIHAT
Kedudukan terbaik - sisi (seperti dalam kereta).  Kedudukan ini adalah terbaik, ia akan buatkan komunikasi lebih baik dan lancar. Ini posisi 'kamcheng' kata Ibu Rose.
Pada kedudukan ini, suara, tenaga lebih baik dan mengelakkan dari kita beri menilai apa yang disampaikan anak dengan awal.

8. LUA
Sebelum nak sampaikan sesuatu mesej atau nasihat pada anak remaja, ibubapa perlu betulkan LUA, AURA dan TENAGA kerana ini melibatkan 93% keberkesanan berbanding Perkataan hanya 7%.

Maknanya sebelum kita nak beri nasihat, kita kena YAKIN anak mendengar kata kita, menerima dan akan melakukan sesuatu seperti yang kita inginkan, setelah SETkan segalanya dan memBAYANGkan dalam MINDA, barulah kita beri nasihat pada anak dalam bentuk kata-kata. InsyaAllah, akan lebih berkesan nasihat itu atau permintaan kita itu akan lebih mudah dilaksanakan. Justeru untuk dapatkan LUA dan ENERGY yang betul dan baik kita emosi kita perlu berada dalam keadaan stabil dan tenang.

============

KUNCINYA di sini, ibubapa sendiri perlu punya minda yang POSITIF dan TENANG dalam berhadapan dengan anak remaja, bagi mendapatkan komunikasi yang berkesan.
Jom kita upgrade diri dengan ilmu.

😍😍😍😍😍😍😍

Boleh dapatkan ilmu parenting di sini

bit.ly/Ebookteknikrebonding
bit.ly/ParentingSkill
www.iborose.com/anakcemerlang

Bengkel urus emosi EH SABAR pada 29Julai2017 Shah Alam

bit.ly/t_ehsabar
#fbyasminsari
#komunikasi
#komunikasianakremaja
#YasminQasehGoldShahAlam

Tuesday, 13 June 2017

KESAN PADA ANAK YANG IBUNYA DIDERA MENTAL FIZIKAL

Soalan :

Assalamualaikum Puan Yasmin.
Terima kasih kerana sudi menerima masalah saya.

Puan, saya sebenarnya merupakan mangsa dera. Seawal 1 bulan selepas berkahwin, suami telah memukul saya dan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok.  Namun, setelah itu suami meminta maaf pada saya dan kami teruskan hidup seperti biasa.

Hingga sekarang saya masih alami situasi begitu. Sebagai contoh suami memukul saya ditangan dengan kayu. Tapi, yang menyedihkan atas kesalahan-kesalahan kecil seperti yang berlaku baru-baru ini. Ketika itu saya sedang dibilik air membersihkan anak kedua. Anak sulung saya berumur 5tahun, memanjat diruang tamu sehingga ada barang-barang yang jatuh.  Suami yang ketika itu berada di ruang tamu, sedang sibuk membuat iklan fb. Tapi, saya juga yang sedang sibuk di bilik mandi juga dipanggil untuk memeriksa barang-barang yang jatuh.  Bila saya datang lambat, saya dipukul dan begitu juga anak sulung saya. (Sedihnya min masa puan ni kongsikan kisah ni).

Saya pernah cerita pada MIL dan maklumkan adik-beradik suami.  Sejak itu, suami saya dah hilang kepercayaan pada saya.  MIL pernah minta saya cari mana-mana tempat dan bawa suami saya berubat untuk hilangkan barannya itu.

Paling menyedihkan, ketika saya dipukul tahun lepas, waktu malam, suami pernah pukul saya hingga pecah bibir. Ibu saya perasan esoknya. Saya tak beritahu perkara sebenar sebab tak nak perkara ini jadi lebih besar.

Saya juga seorang isteri yang sangat bergantung dengan suami. Walaupun bekerja, saya pergi dan balik kerja dengan suami dan memang tak berani nak buat apa-apa.

Saya pernah terbaca artikel tentang kalau seorang ibu menjadi mangsa dera secara fizikal dan mental di hadapan anak-anak, ia akan mempengaruhi rasa hormat anak terhadap ibunya.  Seolah-olah ada sesuatu yang hilang dalam diri ibu berkenaan.  Hinggakan anak sukar mendengar kata ibu sampai si ibu perlu memukul anak berkenaan barulah anak itu mendengar kata.  Apa yang ibu perlu lakukan? Apa yang saya patut lakukan sekarang puan?

======================

Jawapan :

Assalamualaikum puan yang dikasihi Allah. Sebenarnya, sepanjang perkongsian puan ni, banyak kali saya terpaksa menarik nafas panjang, atas segala apa yang puan alami. Berat mata yang melihat, berat lagi bahu yang memikul. Terlalu banyak isu dalam kes puan ini.

Berkenaan kesan anak bagi ibu yang didera fizikal dan mental ni. Benar puan.

Apabila ibu didera oleh suami atau mertua atau ipar-duai depan anak-anak, ibu itu perlu atasi perasaan lemahnya kerana dibuli dengan bersuara dan ambil tindakan asertif bela diri.

ANAK akan LEBIH MARAH bukan kepada pendera tetapi kepada IBUnya sendiri kerana ibu tidak lindungi dirinya sendiri.

Justeru, sangat disarankan ibu pergi sesi untuk belajar bagaimana pertahan diri secara asertif, berhikmah dan berani tampil ambil tindakan, dengan sokongan dan pilihan yang ada.

Kita TIDAK MAHU anak berterusan rasa TAK HORMAT pada IBU.

Pada mata kecil anak-anak, ibubapa adalah HERO mereka sendiri.

Bila ayah dera ibu, anak keliru.  Anak nak pilih ayah sebagai hero (ayah nampak kejam-mendera) atau nak pilih ibu sebagai hero (ibu pula nampak lemah dan tak berdaya-mangsa dera). Anak jadi betul-betul keliru.

Maka, anak akan mencari hero yang lain diluar, seperti guru, makcik, pakcik (bagi kanak-kanak)  dan teman lelaki atau wanita (bagi remaja).  Anak-anak begini akan punya tahap keyakinan yang rendah, pendiam kerana kekeliruan tadi.

Paling kritikal apabila umur anak ini mencapai umur remaja, ketika itu faktor hormon juga menjadi penyumbang pada masalah sikap anak nanti.

Pada fasa prasekolah, akan ada juga kesan dari segi sikap, tapi tak berat sangat. Namun, jika guru sedar dan bantuan sokongan diberikan lebih awal, keadaan anak ini akan lebih baik.

Isu yang utama adalah, puan perlu dapatkan dan sokongan untuk mengubah 'parenting style' anak demi hak puan sendiri dan anak-anak.

Saya kongsikan sedikit dari kisah kawan saya ye puan.

Ayahnya jenis Dominant dan garang. Selalu marahkan ibu dan perlekehkan ibu. Anak-anak juga dilihat memperlekehkan ibu mereka, tak dengar kata ibu, malah pukul-pukul tangan ibu juga.  Sangat berbeza layanan terhadap ayah mereka. Sangat mendengar kata dan berusaha membuatkan ayah mereka kagum.

Sebenarnya, yang terjadi adalah anak ini keliru. Anak keliru untuk menyokong tindakan ayah walaupun dalam hati kecil rasa kasihan pada ibu.  Tapi, lebih mendengar kata ayah kerana takut pada ayah. Juga lebih memilih ayah walaupun garang kerana ayah kuat dan boleh lindungi mereka berbanding ibu yang nampak lemah (keliru, perasaan bercampur).  Sebab secara umumnya, anak tetap perlukan ibubapa untuk melindungi mereka.

Semoga dapat menjawab persoalan berkenaan anak puan.

Untuk puan pula,

Sebenarnya, banyak kes macam puan ni (saya rujuk Puan Maznah). Bila dah tua baru nak dapat ketenangan hidup dengan sokongan anak-anak.

Puan boleh cari NGO terus. Di sana akan ada perlindungan.  Kalau bersama NGO, serentak plan kemas-kemas, kumpul bukti , keluar rumah terus ke hospital atau polis dan ke rumah perlindungan yang suami tak tahu.

Semoga puan akan bertemu sinar kehidupan. Amiinn..

====================================

ULASAN :

Ini adalah satu dari banyak kisah benar yang berlaku.

Apa yang berlaku pada ibu itu,  mempengaruhi rasa hormat anak-anak pada ibu.

Ibu dipukul dihadapan anak-anak terutamanya anak kecil (6tahun ke bawah)

Apabila itu berlaku, anak akan beranggapan, "Oh, kita boleh lakukan begitu pada ibu". Iaitu bagaimana ayah tendang dan marah ibu.

KESANnya bila anak DEWASA, "Oh, selepas saya berbual dengan kakak ipar, barulah saya tahu. Suami bertindak pukul saya begitu, kerana begitulah cara ayahnya pukul maknya ketika suami saya kecil".
Nampak tak kitaran itu berlaku. SUAMI pukul ISTERI, kemudian ANAK LELAKI pukul MENANTU dan begitulah seterusnya kalau tak ditangani dengan bijak.

Ibu lemah ---- tak bertindak dan redhaa saja

Ibu bijak ----- KELUAR dari kepompong. Cari jalan dan tak membiarkan anak menganggap ibu boleh diperlakukan apa saja.  Di tahap inilah tak semua ibu mangsa dera mampu bertindak. KEBANYAKKANYA takut-takut, lemah, tiada sumber kekuatan dan tak berani keluar dari beban yang ada.

PERCAYA atau TIDAK

Yang berjaya keluar hanyalah berani curi-curi keluar. Curi-curi dari banyak segi.

MOVE FORWARD

Jangan tunggu lama-lama lagi.

Suami jenis ini memang kasihan, tapi perlukan rawatan yang sebaiknya. BARAN itu memang perlu dirawat. Tapi, jangan biarkan diri berterusan menjadi MANGSA.

MASANYA BERTINDAK!!!!

Ramai mangsa yang rasa tak pasti dengan kehidupan masa depan, dah biasa lalui situsi itu, takut, sakit. TAKUT pada sesuatu yang tak pasti, TAKUT hadapi masa depan yang mungkin akan lebih susah.

Sebenarnya TIDAK
PASTI ada cahaya LAGI.

Malah tenaga KEKUATAN ini boleh digunakan seterusnya untuk diri dan MEMBERI KEKUATAN pada ORANG LAIN yang senasib.

BANGKIT demi diri sendiri dan anak-anak. ANDA berHAK BAHAGIA!!!

Sesungguhnya 'DIRI SAYA SANGAT BERHARGA'

 ======

Hakikatnya ini semua berlaku atas izin Allah. Pasti ada hikmah kenapa Allah mentakdirkan ia berlaku. Yakinilah Allah sayangkan kita. Jangan salahkan Allah atas apa yang berlaku. Kuatkan balik hubungan dengan MAHA PENCIPTA. Pasti DIA takkan sia-siakan apa jua rayuan kita padaNYA.

Wallahualam