Teringat min satu sesi perkongsian
dengan Tuan pengacara majlis. Siapa namanya ya, sudah lupa pula. Aduh,
memang pendek kadar daya ingatan ku. Kalau tak silap Tuan Zaim namanya.
.
.
SubhanaAlah setiap kali mc pegang mikrofon, sentiasa saja ada aktiviti
yang sangatt ‘berisi’. Makan dalam tu. Ada satu sesi tu, pengerusi
minta kami semua lukiskan gambar buah epal dan seterusnya lukiskan
secawan kopi.
.
.
Seriously, hampir kesemua kami melukis
dengan pattern yang sama. Kalau beza pun sikit sangat. Dan kalau dikira
pada peratusannya, hampir 90% adalah sama bentuk dan rupa epal dan
secawan kopi yang kami lukiskan. Ha..kalau tak caye, cuba anda lukiskan
epal dan secawan kopi dan bandingkan dengan kawan sebelah. Hihi..
Hah…kenapa kami semua lukis gambar yang hampir sama bentuknya?. Mana
kita belajar dan tau bentuk ini? Dah berapa lama kita lukis epal dan
secawan kopi yang berupa ini? Agaknya kalau kita lukis gambar ini pada
10 tahun yang lepas, sama tak?. .
.
.
Ya, InsyaAllah sama.
Kita secara tak sedar dah tertanam dalam minda bawah sedar, kalau epal
tu, sebiji epal yang ada tangkai, kalau kreatif sikit ada daun dan ada
garisan sikit untuk pencahayaan. Dan kita akan bayangkan epal itu
warnanya merah. Kannn….Kalau secawan kopi pula, lukis bulat dulu, pastu
hemisfera untuk badan cawan, tangkai dikanan. Kalau kreatif sikit ada
piring dan garisan atas cawan tunjukkan ada air yang panas. Betoi
dakkk??
Sebiji epal dan secawan kopi
.
.
Apa rasionalnya melukis benda ni?. Ya, itulah
menunjukkan kebiasaan dan tahap manakah ilmu kita. Kebiasaan kita ni
telah dibentuk sejak dulu lagi. Kalau kita tak ubah, kebiasaan ini akan
berterusan selamanya. Tingkah kita juga dipengaruhi oleh pengalaman
lepas. Tindakan kita banyak yang dipengaruhi pengalaman masa kita
dibesarkan.
.
.
Kalau latarbelakang keluarga yang
‘piching’ tinggi-tinggi, kita juga cenderung untuk 'piching'
tinggi-tinggi pada anak-anak kita. Kalau kita biasa di ‘getah paipkan’
oleh ibubapa kita, jadi kita juga cenderung untuk meng’getah paipkan’
anak-anak kita pula. Nauzubillah…Begitu juga kalau kita selalu membesar
dalam keluarga yang selalu guna bahasa kiasan, kita juga akan cenderung
menggunakan bahasa kiasan pada pasangan dan anak-anak kita. Begitulah
seterusnya.
Ada yang kata, “Alah, tak payahla nak beria-ria nak
belajar ilmu keibubapaan ni, aku dulu kena rotan, jadi je orang”.
Hah..jadi orang ye. Sejauh manakah jadi itu? Adakah dia juga menggunakan
pendekatan rotan sebagai cara yang paling ampuh pada anak-anaknya?.
Bukankah bila kita belajar, kita akan tau, sesungguhnya dengan satu
pukulan dan cubitan akan memusnahkan 10trilion sel otak anak kita?
Astagfirullah, perasan tak, kalau kita ajar anak mengaji contohnya, dan
dia tak dapat-dapat juga, buat kita naik angin. Kita cubit dan tinggi
suara pada dia. Apa hasilnya? Adakah dia makin lancar dan mudah terima
ajaran kita atau makin sukar?. Ya, sudah tentu sukar, sebab sudah ada
sesuatu yang ‘menghalang’ untuk mesej sampai ke otak dengan mudah. Min
la tu, suatu masa dulu.
.
.
Tahap ilmu patenting manakah kita sekarang? Tahap tadika lagi kah???
.
.
So, apa yang patut kita buat?. Sebagai ibubapa bijak, kita kena belajar
dan terus belajar ilmu keibubapaan ini. Banyak sangat pendekatan yang
lebih harmoni yang boleh digunakan dalam mendidik anak-anak. Secara
jujurnya, min juga ibu yang mudah naik angin satu masa dulu, bab ugut,
perli, menempelak dan macam-macam lagi semua min dah apply dengan
cemerlangnya pada anak-anak. Memang anak akan behave, tapi tak lama.
.
.
Tapi, bila min dah ubah approach lepas dapat ilmu parenting ni,
SubhanaAllah, anak-anak lebih mudah dengar kata dan kita akan rasa, yang
kesabaran kita terdidik sama. Selalu jadi positif dan mudah saja urus
anak-anak.
.
.
Nak lebih banyak ilmu parenting ? Boleh dapatkan Ebook Saya Tak Nak Marah Anak Lagi :)
Boleh dapatkan Ebook
Saya Tak Nak Marah Anak Lagi di link berikut
😊
Kombo ( Siri 1 dan Siri 2)
http://bit.ly/y_EBookTakNakMarahAnak
Siri 2 sahaja
https://takmarahanak.onpay.my/order/form/s2/6
Hehe.. Iklan japp
.
.
Marilah ibubapa hebat semua, kita sama-sama terus belajar untuk jadi
ibubapa zaman baru yang akan melahirkan generasi yang punya simpati dan
empati yang tinggi.
.
.
Kipidap ya.
.
.
#fbyasminsari
#seminarsayitrightjan2017