Showing posts with label 4 tahun. Show all posts

Friday, 9 June 2017

Keinginan yang membuak-buak

Pernah tak anak kecil kita minta bermain gunting atau api?.

Min nak share pengalam min sendiri dengan anak yang berumur 4 tahun yang ingin bermain gunting.
Satu ketika, anak min, Amin yang umur 4 tahun ni, minta gunting sebab nak gunting kertas. Memang sudah agak lama dia tak bermain gunting setelah aktiviti kraf yang terakhir. Min agak sibuk ketika tu.

Jadi, cara mudah, katakan saja , "Tak boleh, lain kali ok. Ibu sibuk sekarang." masih juga merengek minta diberikan gunting dan min pekakkan saja telinga.

Malam itu, min buatkan susu buat adiknya Husna. Ketika di dapur, terdengar Amin dan Husna tergelak-gelak. Dalam hati dah rasa tak sedap. "Ni mesti ada projek budak berdua ni". Sungguh bagai diduga, Amin menggunting rambut adiknya Husna.

Astagfirullah...habis senget benget rambut adiknya digunting. Tanya amin,"Mana dapat gunting ni?". Dia kata dalam bekas pensil abang. Kebetulan abangnya tertinggal bekas pensil lepas siap homework di atas meja. Aduhai...jadi habuan Amin pula.

Emm...apa yang min nak sampaikan sebenarnya, dari siang tu Amin memang nak sangat guna gunting. Malam tu dapat peluang, teruslah dia grab. Min cepat-cepat muhasabah diri. Semestinya dalam kes ni, min yang salah. Amin ada keinginan menggunakan gunting yang sangat tinggi. Bila kita tangguhkan, dia akan cuba cara lain, dan akhirnya dia berjaya 'luahkan' keinginanya.

Apa yang min buat ketika kejadian itu. Min beri maklumat, "Amin, bahaya guna gunting tanpa pemantauan ibu atau abah atau orang dewasa. Gunting ni tajam, boleh buat kita luka kalau salah gunting.Silap-silap boleh tergunting telinga. Rambut tak boleh gunting macam ni. Tengok rambut Husna, dah senget kan. Cantik tak? Tak cantik kan. Ibu minta maaf, Amin memang nak sangat main gunting ya. Baiklah, pagi esok, kita buat aktiviti guna gunting, okay ;) ".

Punyalah ceria muka Amin, "Yeyyy" kata amin. Husna pun ikut ber Yeyyy sama.

Pagi esoknya, min pun kotakan apa yang dijanjikan. Bukan aktiviti apapun. Gunting-gunting kertas saja. Tapi kali ini dengan pemantauan. Bagus sebenarnya anak belajar guna gunting, sebab ia merangsang motor halus anak dan membantu proses memegang pensil dengan betul nanti.

Kesimpulannya, peka dengan keinginan anak. Jika mampu, penuhi segera dan jangan tangguhkan pada jangkamasa waktu yang lama. Kalau mahu tangguh, maklumkan masa dan bila aktiviti akan dijalankan dengan jelas pada anak. Antara kesilapan min, min hanya katakan pada amin, "Lain kali lah guna gunting". Tiada waktu spesifik, seolah-olah takkan bagi. Kotakan janji dan jangan mungkiri.

Hehe..sapa ada pengalaman anak dia gunting rambut sendiri atau orang lain tanpa pemantauan kita. Cer senyum sikit :).

#Komen Setuju kalau setuju, #Like tanda suka, #Share tanda anda prihatin :)

Wallahualam.

#fbyasminsari
#keinginanmeluap

Thursday, 1 June 2017

Latih anak 4 tahun berfikir

Ketika anak berumur 4 tahun, MasyaAllah, banyaknya soalan yang ditanyanya kan?. Kalau sepanjang perjalanan dalam kereta, mulut tak berhenti bertanya. Betul tak?.

"Ibu, apa tu?"

"Itu kren"

"Kren tu kenapa besar sangat?"

"Mestilah besar, sebab kren ni perlu angkat barang yang besar dan berat"

"Ibu, kren ni kenapa tak gerak pun?"

Nak jawab boleh :

"Oh..sebab tak ada orang yang gerakkan, mesin kren tu. Kren tu belum mula operasi."

Kalau kita nak galakkan anak berfikir, kita boleh pulangkan soalan itu padanya.

"Adik rasalah, kenapa kren tu tak bergerak?" soal ibu

"Sebab kren rosak." jawab anak

Tak mengapa, apa saja jawapannya, raikan saja.

Apabila anak ini menjawab soalan, ini bermakna sel-sel otak sedang berhubung. Kita juga sedang membantu anak ini mendapatkan jawapan atas persoalan yang berlegar-legar dalam pemikirannya.

Kenapa pentingnya kita banyak berkomunikasi dan timbulkan suasana menjawab soalan itu?. Kerana, otak itu perlu dilatih, berfikir itu perlu dilatih, supaya apabila anak itu semakin membesar, anak itu punya daya untuk menyelesaikan masalah dan juga untuk menanamkan semangat belajar dalam diri anak.

Bila banyak persoalan diutarakan, ini bermakna semakin banyak ilmu yang diperolehi dan anak itu akan semakin minat untuk belajar banyak perkara.

Bertanya soalan dan menjawab soalan adalah cara terbaik bagi anak fasa ini untuk belajar berfikir dan cintai ilmu.

Bukankah seronok, andai sedari kecil anak sudah mula rasa ingin dan suka belajar.

Justeru ibubapa, janganlah malas-malas menjawab soalan ye. Dan ada ketikanya kita kembalikan soalan itu padanya untuk melatihnya berfikir.

Aha...janganlah semua soalan ditanyakan kembali pada anak. Kesian pula anak. Jadikan suasana pembelajaran suasana yang menyeronokkan

#fbyasminsari
#anak4tahunbelajar

Fasa Individuating Pada Umur 4 Tahun

Assalamualaikum semua. Salam ceria. Salam Ramadhan Kareem 😊😊😊😊😍.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan untuk kita semua berada dibulan Ramadhan yang mulia. Mudah-mudahan dengan kedatangan Ramadhan kali ini akan membantu kita menjadi ibubapa yang lebih baik dan hebat. Aminn...

Jom jadi ibubapa yang lebih sabar.

Baiklah, kali ini min nak kongsikan pula bagaimana untuk tangani fasa individuating anak yang berumur 4 tahun. Sebenarnya, Fasa individuating ini seharusnya berakhir pada umur 3.5 tahun. Namun, ada juga anak-anak yang sedikit lambat perkembangan emosinya. Banyak faktor yang menyebabkan fasa ini lambat berakhir.

Apa yang berlaku pada anak 4 tahun, seharusnya anak ini sudah mula memahami emosi, mula bijak mengurus emosi sendiri, sudah pandai meluahkan dengan cara yang betul dan mampu untuk mengikut arahan. Namun, untuk mencapai tahap ini, ibubapa sudah banyak mendidik dan membimbing emosi anak pada usia sebelum 4 tahun.

Janganlah pula ibubapa merasa gagal, apabila pada umur ini, anak masih berkelakuan seperti anak umur 2 tahun. Tiada istilah gagal dan terlambat dalam parenting. Kita adalah 'leader', 'person in charge' pada anak-anak. Mereka hanya mengikut corak dan acuan kita. Terus upgrade ilmu dan perkasakan amalan, mudah-mudahan anak-anak akan lebih bijak EQ dan SQ nya. Kenapa bukan IQ? IQ penting juga, tapi EQ dan SQ jauhhh lebih penting dan besar pengaruhnya dalam kehidupan hingga dewasanya dia.

Baiklah, 'straight to the point'. Seperti biasa, min gambarkan satu situasi agar ibubapa mudah memahami apa yang dikatakan tangani fasa ini bagi anak umur 4 tahun dengan kata-kata dan tindakan.

====
Situasi :
Ibu mahu membeli barang di kedai dan akan bawa anak berumur 4 tahun bersama.
====

Ingat ya ibubapa hebat semua, kita semua maju jadi ibubapa yang loving&firm, penyayang & tegas BUKAN penyayang ATAU tegas. Lain tu.

So, sebelum si ibu ini mahu keluar, ibu ini perlu beritahu anak ke mana yang mereka mahu pergi dan buat perjanjian. Ini sangat bagus ye, bagi mengelakkan berlakunya 'drama' yang tidak diingini.

Ibu boleh katakan pada anak, "Adik, kita akan ke kedai kejap lagi. Ibu akan bawa adik bersama. Ibu hanya mahu beli #QasehGoldJunior dan #QasehGoldPremier. Di kedai nanti akan ada banyak barang. Adik boleh beli barang di situ nanti. Tapi hanya SATU barang dan harga tak lebih dari RM2. Sebab ibu akan bawa duit cukup-cukup saja. Sekiranya adik mahu lebih dari RM2, kita terpaksa pulang tanpa adik dapat beli apa-apa. Boleh kan." Kemudian anak kata boleh.

Seterusnya kita ke kedai yang dijanjikan. Tadi dah janji dengan anak di rumah lagi. Tapi, setibanya di kedai anak buat akal. Dan 'break the agreement'.

So, apa yang ibu perlu buat hanya kotakan kata. Sebelum tu, ingatkan perjanjian di rumah tadi.

"Ingat lagi tak, kan kita dah janji kat rumah tadi, adik cuma boleh beli SATU barang yang tak lebih RM2. Kita manusia berpegang pada janji. Maka kita terpaksa balik sekarang tanpa adik dapat beli apa-apa".
Andai anak tetap mahu dengan kehendaknya yang luar perjanjian, kita cepat-cepat dapatkan barang kita dan kita terus pulang. Ya, drama itu akan berterusan. Biarkan dan buat muka tebal. Buat dekkk je kat mata-mata yang memandang. Ini anak kita, kita yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik.

Bila dah sampai rumah, dan setelah anak reda dan tenang. Kita rasionalkan padanya kenapa kita bertindak begitu. Ulangkan apa yang kita janjikan sebelum itu dan kenapa kita tak beli apa yang dia mahu.

Ini yang dinamakan tegas. Kita sedang mendidik anak untuk berpegang pada janji dan memahami yang ibu tegas dan berpendirian. Banyak yang anak dapat pelajari dari peristiwa ini. Belajar ber'negosiasi', bertolak ansur, berpegang pada janji, tetap pendirian...MasyaAllah, bila dari awal lagi anak sudah di didik begini, apakah natijahnya bila dewasa?. Mudah-mudahan akan jadi anak yang berjaya dan berjasa.

Itu yang dikatakan mendidik anak fasa individuating bagi anak 4 tahun dengan kata-kata dan tindakan.

Tindakan yang bertegas. Dalam konteks kisah ini, ibu pulang ke rumah atas perjanjian bersama sebelum itu.

Ingat ya, ibubapa adalah leader. Didik anak dengan lembut tetapi tegas.

Mari amalkan Autrotitative Parenting Style. Mudah-mudahan generasi yang kita sedang bina adalah generasi yang bijak emosi yang mampu bersimpati dan berempati pada orang lain.

Wallahualam.

#fbyasminsari
#individuating4tahun
#YasminQasehGoldShahAlam