Showing posts with label Urus Emosi. Show all posts

Tuesday, 13 June 2017

KESAN PADA ANAK YANG IBUNYA DIDERA MENTAL FIZIKAL

Soalan :

Assalamualaikum Puan Yasmin.
Terima kasih kerana sudi menerima masalah saya.

Puan, saya sebenarnya merupakan mangsa dera. Seawal 1 bulan selepas berkahwin, suami telah memukul saya dan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok.  Namun, setelah itu suami meminta maaf pada saya dan kami teruskan hidup seperti biasa.

Hingga sekarang saya masih alami situasi begitu. Sebagai contoh suami memukul saya ditangan dengan kayu. Tapi, yang menyedihkan atas kesalahan-kesalahan kecil seperti yang berlaku baru-baru ini. Ketika itu saya sedang dibilik air membersihkan anak kedua. Anak sulung saya berumur 5tahun, memanjat diruang tamu sehingga ada barang-barang yang jatuh.  Suami yang ketika itu berada di ruang tamu, sedang sibuk membuat iklan fb. Tapi, saya juga yang sedang sibuk di bilik mandi juga dipanggil untuk memeriksa barang-barang yang jatuh.  Bila saya datang lambat, saya dipukul dan begitu juga anak sulung saya. (Sedihnya min masa puan ni kongsikan kisah ni).

Saya pernah cerita pada MIL dan maklumkan adik-beradik suami.  Sejak itu, suami saya dah hilang kepercayaan pada saya.  MIL pernah minta saya cari mana-mana tempat dan bawa suami saya berubat untuk hilangkan barannya itu.

Paling menyedihkan, ketika saya dipukul tahun lepas, waktu malam, suami pernah pukul saya hingga pecah bibir. Ibu saya perasan esoknya. Saya tak beritahu perkara sebenar sebab tak nak perkara ini jadi lebih besar.

Saya juga seorang isteri yang sangat bergantung dengan suami. Walaupun bekerja, saya pergi dan balik kerja dengan suami dan memang tak berani nak buat apa-apa.

Saya pernah terbaca artikel tentang kalau seorang ibu menjadi mangsa dera secara fizikal dan mental di hadapan anak-anak, ia akan mempengaruhi rasa hormat anak terhadap ibunya.  Seolah-olah ada sesuatu yang hilang dalam diri ibu berkenaan.  Hinggakan anak sukar mendengar kata ibu sampai si ibu perlu memukul anak berkenaan barulah anak itu mendengar kata.  Apa yang ibu perlu lakukan? Apa yang saya patut lakukan sekarang puan?

======================

Jawapan :

Assalamualaikum puan yang dikasihi Allah. Sebenarnya, sepanjang perkongsian puan ni, banyak kali saya terpaksa menarik nafas panjang, atas segala apa yang puan alami. Berat mata yang melihat, berat lagi bahu yang memikul. Terlalu banyak isu dalam kes puan ini.

Berkenaan kesan anak bagi ibu yang didera fizikal dan mental ni. Benar puan.

Apabila ibu didera oleh suami atau mertua atau ipar-duai depan anak-anak, ibu itu perlu atasi perasaan lemahnya kerana dibuli dengan bersuara dan ambil tindakan asertif bela diri.

ANAK akan LEBIH MARAH bukan kepada pendera tetapi kepada IBUnya sendiri kerana ibu tidak lindungi dirinya sendiri.

Justeru, sangat disarankan ibu pergi sesi untuk belajar bagaimana pertahan diri secara asertif, berhikmah dan berani tampil ambil tindakan, dengan sokongan dan pilihan yang ada.

Kita TIDAK MAHU anak berterusan rasa TAK HORMAT pada IBU.

Pada mata kecil anak-anak, ibubapa adalah HERO mereka sendiri.

Bila ayah dera ibu, anak keliru.  Anak nak pilih ayah sebagai hero (ayah nampak kejam-mendera) atau nak pilih ibu sebagai hero (ibu pula nampak lemah dan tak berdaya-mangsa dera). Anak jadi betul-betul keliru.

Maka, anak akan mencari hero yang lain diluar, seperti guru, makcik, pakcik (bagi kanak-kanak)  dan teman lelaki atau wanita (bagi remaja).  Anak-anak begini akan punya tahap keyakinan yang rendah, pendiam kerana kekeliruan tadi.

Paling kritikal apabila umur anak ini mencapai umur remaja, ketika itu faktor hormon juga menjadi penyumbang pada masalah sikap anak nanti.

Pada fasa prasekolah, akan ada juga kesan dari segi sikap, tapi tak berat sangat. Namun, jika guru sedar dan bantuan sokongan diberikan lebih awal, keadaan anak ini akan lebih baik.

Isu yang utama adalah, puan perlu dapatkan dan sokongan untuk mengubah 'parenting style' anak demi hak puan sendiri dan anak-anak.

Saya kongsikan sedikit dari kisah kawan saya ye puan.

Ayahnya jenis Dominant dan garang. Selalu marahkan ibu dan perlekehkan ibu. Anak-anak juga dilihat memperlekehkan ibu mereka, tak dengar kata ibu, malah pukul-pukul tangan ibu juga.  Sangat berbeza layanan terhadap ayah mereka. Sangat mendengar kata dan berusaha membuatkan ayah mereka kagum.

Sebenarnya, yang terjadi adalah anak ini keliru. Anak keliru untuk menyokong tindakan ayah walaupun dalam hati kecil rasa kasihan pada ibu.  Tapi, lebih mendengar kata ayah kerana takut pada ayah. Juga lebih memilih ayah walaupun garang kerana ayah kuat dan boleh lindungi mereka berbanding ibu yang nampak lemah (keliru, perasaan bercampur).  Sebab secara umumnya, anak tetap perlukan ibubapa untuk melindungi mereka.

Semoga dapat menjawab persoalan berkenaan anak puan.

Untuk puan pula,

Sebenarnya, banyak kes macam puan ni (saya rujuk Puan Maznah). Bila dah tua baru nak dapat ketenangan hidup dengan sokongan anak-anak.

Puan boleh cari NGO terus. Di sana akan ada perlindungan.  Kalau bersama NGO, serentak plan kemas-kemas, kumpul bukti , keluar rumah terus ke hospital atau polis dan ke rumah perlindungan yang suami tak tahu.

Semoga puan akan bertemu sinar kehidupan. Amiinn..

====================================

ULASAN :

Ini adalah satu dari banyak kisah benar yang berlaku.

Apa yang berlaku pada ibu itu,  mempengaruhi rasa hormat anak-anak pada ibu.

Ibu dipukul dihadapan anak-anak terutamanya anak kecil (6tahun ke bawah)

Apabila itu berlaku, anak akan beranggapan, "Oh, kita boleh lakukan begitu pada ibu". Iaitu bagaimana ayah tendang dan marah ibu.

KESANnya bila anak DEWASA, "Oh, selepas saya berbual dengan kakak ipar, barulah saya tahu. Suami bertindak pukul saya begitu, kerana begitulah cara ayahnya pukul maknya ketika suami saya kecil".
Nampak tak kitaran itu berlaku. SUAMI pukul ISTERI, kemudian ANAK LELAKI pukul MENANTU dan begitulah seterusnya kalau tak ditangani dengan bijak.

Ibu lemah ---- tak bertindak dan redhaa saja

Ibu bijak ----- KELUAR dari kepompong. Cari jalan dan tak membiarkan anak menganggap ibu boleh diperlakukan apa saja.  Di tahap inilah tak semua ibu mangsa dera mampu bertindak. KEBANYAKKANYA takut-takut, lemah, tiada sumber kekuatan dan tak berani keluar dari beban yang ada.

PERCAYA atau TIDAK

Yang berjaya keluar hanyalah berani curi-curi keluar. Curi-curi dari banyak segi.

MOVE FORWARD

Jangan tunggu lama-lama lagi.

Suami jenis ini memang kasihan, tapi perlukan rawatan yang sebaiknya. BARAN itu memang perlu dirawat. Tapi, jangan biarkan diri berterusan menjadi MANGSA.

MASANYA BERTINDAK!!!!

Ramai mangsa yang rasa tak pasti dengan kehidupan masa depan, dah biasa lalui situsi itu, takut, sakit. TAKUT pada sesuatu yang tak pasti, TAKUT hadapi masa depan yang mungkin akan lebih susah.

Sebenarnya TIDAK
PASTI ada cahaya LAGI.

Malah tenaga KEKUATAN ini boleh digunakan seterusnya untuk diri dan MEMBERI KEKUATAN pada ORANG LAIN yang senasib.

BANGKIT demi diri sendiri dan anak-anak. ANDA berHAK BAHAGIA!!!

Sesungguhnya 'DIRI SAYA SANGAT BERHARGA'

 ======

Hakikatnya ini semua berlaku atas izin Allah. Pasti ada hikmah kenapa Allah mentakdirkan ia berlaku. Yakinilah Allah sayangkan kita. Jangan salahkan Allah atas apa yang berlaku. Kuatkan balik hubungan dengan MAHA PENCIPTA. Pasti DIA takkan sia-siakan apa jua rayuan kita padaNYA.

Wallahualam

#fbyasminsari

Monday, 12 June 2017

Cara Jadi Ibu Yang Lebih Sabar

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, kali ini baru min berkesempatan kongsikan berkenaan, bagaimana mahu menjadi ibu yang lebih sabar setiap hari.

Alhamdulillah, ramai ibu-ibu yang ingin tahu dan ingin pelajari bagaimana mahu jadi ibu yang lebih sabar.

Allahu, sungguh Allah yang memilih kita antara ramai-ramai ibu untuk mencari jalan bagi menjadi lebih sabar.
Macam-macam punca yang boleh menjadi sebab kemarahan pada diri seseorang. Punca kemarahan itu perlu dicari dan dikaji dahulu. Di antaranya punca kemarahan adalah, sebab kita marah sangat pada diri sendiri atau marah pada apa yang berlakui dalam hidup kita.

Sebagai contoh, seorang ibu yang berhenti kerja dan kerana kasihankan anak yang perlukan perhatian serta sudah terlalu stress mengahdapi situasi tempat kerja. Tapi, bila sudah berhenti, apa yang diharapkan tidak terjadi. Keadaan menjadi semakin sukar. Akhirnya lepaskan kemarahan pada anak-anak. Kenapa anak-anak? Sebab mereka adalah target yang paling mudah dan mereka menjadi seolah-olah 'punching beg' tempat melepaskan geram.

Sebenarnya, bukan ibu-ibu saja boleh gunakan teknik ini. Malah sesiapa saja yang ingin menjadi lebih sabar.
Min pelajari ini dari 'online coaching' ibu rose.

Baiklah, kita straight to the point saja ya.

==========================

Bagaimana mahu kawal emosi marah dan menjadi lebih sabar setiap hari :

1. Keinginan
---------------
Perlu ada keinginan yang tinggi untuk tidak marah-marah anak lagi. Azam yang kuat.

2. Kenalpasti kenapa marah.
-----------------------------------
Gali dan kaji kenapa kita mudah marah-marah anak, apa yang ibu rose ajarkan : Belajar maafkan, lupakan dan carilah kedamaian.
Katakan begini : "Saya memaafkan. Saya pemaaf"

3. Buang segala tanggapan negatif pada diri.
-------------------------------------------------------
Buang tanggapan yang katakan kita ni garang, pemarag, pantang silap cepat melenting dan sebagainya. Ini imej diri kita sendiri. Usahakan.

4. TULISkan perkataan, SEBUT dengan jelas apa yang kita nak sambil memBAYANGkan sebelum tidur.
------------------------------------------------------------------------
Juga boleh dilukiskan bagaimana rupa kita yang lembut dan penyayang.
Dengan menulis dan melukis ini, gambaran pada otak kita akan lebih jelas. Seolah-olah apa yang kita tulis dan lukis mengalir kesegenap tubuh kita.

Masa yang terbaik membayangkan ia adalah waktu sebelum tidur (waktu gelombang alfa). Contoh skrip :

Yasmin penyayang,
Yasmin lembut
Yasmin pengasih
Yasmin tegas

Ini sebenarnya gabungan teknik Self Affirmation dan LUA.

Ini adalah memasukkan mesej ke dalam minda bawah sedar kita. Di mana kelajuan minda bawah sedar adalah 5 juta bit persaat berbanding kelajuan minda sedar 50 bit persaat. Sangat powerfull minda bawah sedar ini.

Jadi, setiap hari sebelum tidur, baca skrip ini sambil membayangkan situasi yang kita inginkan.
Inilah konsep LUA. Law of Universal Attraction, di mana ia adalah satu HUKUM TUHAN yang akan menarik seluruh yang ada di dunia ini, membantu dan menyokong kita untuk belajar dan berusaha menjadi ibu yang lebih sabar.

Suatu perkara yang positif punya energy yang tinggi dan akan menarik segala perkara yang positif juga.
Begitu juga sebaliknya. Boleh baca di posting saya yang lepas untuk detail tentang LUA dan Self Affirmation pada #LUA dan #Selfaffirmation. Praktikal dan huraian lanjut tentang LUA dan Self Affirmation ni boleh dipelajari di bengkel EH SABAR. Disitulah, kali pertama min tau bagaimana aplikasikan LUA dan self affirmation ini dalam kehidupan. Sebelum ni, min hanya dengar dari TV dan radio, tapi tak reti nak aplikasikan. Satu pelaburan yang sangat bernilai buat kehidupan kita. Highly recommended. Terima kasih sifu maznah ibrahim :)

5. Rekodkan bilangan
-------------------------
Untuk kali pertama, rekodkan berapa kali kita marah. Contoh pada hari pertama kita marah sebanyak 40kali.

Kemudian, tanamkan nekad pada diri, saya mahu kurangkan marah ni pada esok. Sebagai contoh nak kurangkan 3. Maka bila capai 35kali, kita akan aware. Maka paling banyak adalah 37 kali marah pada hari itu.

Seterusnya kurangkan lagi 3 pada hari berikutnya.

Begitulah proses itu diteruskan.

Hinggalah sampai satu tahap, nak cari kita marah dalam satu minggu pun susah.

6. Konsisten
------------

Konsisten dengan usaha hinggalah kita benar-benar rasai kesannya. InsyaAllah :)

=======

Begitulah caranya bagaimana kaedah yang Ibu Rose kongsikan bagaimana untuk jadi ibu yang semakin sabar setiap hari.

Tinggal lagi, sama ada kita benar-benar mahu berubah atau tidak. Tiada jalan pintas. Mujahadah dan usaha yang konsisten perlu dilakukan.

"La taghdhob wa lakal jannah"

Hadith : Jangan marah dan bagimu syurga

Inilah ayat motivasi buat min sendiri. Bila nak marah anak, cepat-cepat min ingat hadith ni. Sungguh, hanya orang KUAT saja yang mampu tahan marah, sebagaimana sabda nabi kita saw, "Orang yang paling KUAT dikalangan kamu adalah orang yang mampu menahan marah".

Syurga itu mahal harganya, nilai sebuah keSABARan sangat TINGGI hingga SYURGA ganjarannya.

Justeru, ini bukanlah jalan yang mudah untuk ditempuhi. Bila ibu-ibu sudah mula bertekad mahu jadi penyabar, jangan risau ujian PASTI akan datang. NAMUN, jangan pernah mengalah. Ingatlah, Allah sedang menilai atas segala susah payah dan usaha kita ini. Tiada yang sia-sia. Teruskan ibu. Teruskan wahai ibu-ibu yang penyayang dan tegas.

Min belajar dari Puan Siti Norlaila sifu SASU min, amakan potongan ayat quran dan hadith pendek dalam solusi konflik harian dengan anak-anak. SubhanaAllah, bukan anak saja terbina, malah diri kita sendiri lebih-lebih lagi.

Allah, jadikanlah aku dan ahli keluargaku orang-orang yang mencintaiMU, mencintai orang-orang yang mencintai diriMU. Aminn..

Jom ibu hebat semua, kita upgrade ilmu dan amalkannya. Semoga JANNAH hadiah buat kita semua. Aminn..

Jom upgrade ilmu. Boleh dapatkan Ebook Parenting di sini :

bit.ly/Ebookteknikrebonding
bit.ly/ParentingSkill

Jom ke bengkel EH SABAR pada 29 Julai ini di SHAH ALAM. Info lanjut di sini :

bit.ly/t_ehsabar

Jom jadi ibu yang penyayang dan tegas.

#fbyasminsari
#teknikibusabar
#ehsabar
#sasu

Saturday, 10 June 2017

Mari Fahami Perasaan Anak Yang Mengalami Sindrom Anak KeDua

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi ilhamNya buat min berkongsi sedikit ilmu perihal "Sindrom Anak Ke Dua".

Nampaknya sudah semakin ramai, ibubapa hebat di luar sana yang semakin faham dan cakna apa yang dialami oleh anak-anak. Sebenarnya, bila kita memahami perasaan, dan mendalami ilmu keibubapaan, kita akan semakin faham dan mudah mengendalikan pelbagai isu dalam membesarkan anak-anak.

Untuk kali ini, izinkan min untuk kongsikan sedikit kisah benar seorang ibu yang merupakan anak kedua dan mengalami sindrom anak ke dua ini.

Ingat lagi tak posting min yang lepas?

Kalau kita mendidik anak-anak dengan cara yang betul, InsyaAllah, takkan wujud sindrom anak ke dua atau anak tengah ini.  Apa yang terjadi sebenarnya, anak ini tidak mendapat perhatian dan layanan yang sewajarnya, yang adil. Sebagaimana layanan yang diperolehi adik-beradik yang lain.  Justeru anak ke dua atau tengah ini cenderung 'banyak akal'.

Kesan "lebih terasa" bagi sindrom anak ke dua bila anak pertama dan anak kedua dari jantina yang sama dan anak yang ketiga dari jantina yang berbeza. Maksudnya :

anak 1&2 anak perempuan, ke 3 anak lelaki ATAU
anak 1&2 anak lelaki, ke 3 anak perempuan

Baiklah. Min kongsikan kisah ini. Cuba fahami apa yang min naksudkan ya.

Puan A, seorang ibu dan punya anak kecil lebih dari dua orang.  Puan A ini merupakan anak kedua. Dan beliau akui, beliau alami sindrom anak ke dua ini. Beliau berkongsi pengalaman dan min sangat hargai.   Beliau memberi respon setelah membaca penulisan saya sebelum ini.  Marilah kita sama-sama buka hati dan fahami, apa yang puan ini kongsikan. Ambil intipati dan pengajaran semoga kita semua menjadi ibubapa yang terbaik buat anak-anak kita.

========================================

Ini kisahnya :

Terima kasih Puan Yasmin. Perkongsian yang hebat Puan. Saya anak nombor  2. Saya sering hadapi sindrom tersebut. Apa yang saya lakukan adalah 'membawa diri sendiri' sampai sekarang.  Memang saya akui, apa yang dibentangkan melalui penulisan tersebut memang benar.  Rata-rata dalam adik-beradik saya yang menyerlah, tapi terasa tak siapa yang peduli.  Perasaan sedih itu terbawa hingga sekarang..Allah..

Contoh yang paling saya terasa masa kecil, semua benda kak long diberi pada saya. Manakala kak long dapat benda yang baru. Macam baju sekolah.  Saya pernah utarakan pada mak, saya mahu merasa baju baru. Tapi, apa yang saya dapat, diMARAHI!. Mak cakap, buat apa nak beli baju baru, baju lama tu masih elok.  Akhirnya saya ambil inisiatif sendiri, bekerja sendiri SEMATA-MATA mahu merasa baju baru.

Dan saya dapat MERASA baju baru tu pun masa masuk TINGKATAN 6.

Saya sendiri taip kisah ni, saya mengalir air mata. Saya tak pernah ceritakan pada sesiapa.

Lagi, masa kak long masuk asrama. Dia telefon ibu dan bagitau mak, dia demam. Terus ibu hantar ubat. Tapi, bila saya demam, mak kata saya mengada-ngada.

Dari situ, saya PENDAM semua perkara.

Semua yang saya RASA, FIKIR. Semua saya tak beritahu mak dah. Saya USAHA sendiri, berjuang untuk diri sendiri.

Puan percaya tak, saya mula cari kerja seawal usia tingkatan 3.

Saya cari kerja sebab nak beli apa yang saya sangat ingin.

Saya tak pernah meminta, sebab saya tau, takkan dilayan.

Kalau bab gelaran tu, memang macam-macam saya dapat. ANAK DEGIL, KERAS HATI macam-macamlah. (Ada juga kisah lain yang kongsi dengan min, kak dia anak ke dua di gelar ANAK ORANG KAYA, SOMBONG oleh ibubapa sendiri).

Saya rasa, cukup dengan perhatian dan keadilan buat anak kedua ni.

Saya sendiri, saya dan kak long perempuan dan adik lelaki. Keadaan jadi sukar sebab keperluan hanya terarah pada kakak dan adik. Sedang saya yang tengah ni macam tak wujud.  Memang saya sangat terasa.

Contohnya, mak akan tanya kak long warna tudung apa yang dia nak. Bila kak long dah pilih, mak hanya cakap pada saya, "Nanti share dengan kak long ye". Walaupun sebenarnya, saya tak suka warna tu. Keinginan saya tidak dilayan. Pandangan mak terus pada adik lelaki saya. Kak long dapat barang, saya tak dapat. Adik lelaki saya dapat sebab alasannya adik lelaki dan tak boleh share dengan kami.

Apa yang saya nampak, kesannya jadi lebih teruk bila anak tengah ini melalui fasa remaja. Masa tu hati mula memberontak.  Saya pernah lari dari rumah. Tapi, Alhamdulillah Allah selamatkan saya.  Tapi, sampai peringkat umur dewasa, jiwa saya sentiasa memberontak. dan menyalahkan mak dalam semua perkara.

Contohnya, masa masuk universiti, semua keperluan saya urus sendiri. SEMUA urusan saya buat sendiri. Dari pendaftaran, membeli barang kelengkapan, dan daftar tanpa ayah dan mak disisi (hanya saya seorang berjaya masuk universiti berbanding adik-beradik yang lain).

Bila turn adik perlu berurusan, seperti belajar memandu, mak minta saya uruskan. Ketika itu saya melenting, saya ungkit semua. Saya cakap kenapa saya kena uruskan? Sedangkan semua urusan saya saya buat sendiri tanpa bantuan sesiapa?. Tapi, bila sampai giliran adik, kenapa saya kena bantu? Tak boleh ke dia buat sendiri?. Mak jawab, "Ko tau semua, adik tak reti". Itulah yang buat saya nak marah sangat.

Bila usia semakin dewasa, saya cuba sedaya mungkin hargai mak saya. Saya nak buang semua memori hitam itu dari kepala saya.  Saya tak nak semua ini terjadi pada anak saya.  Saya terus cari ilmu parenting. saya cuba jadi yang terbaik buat keluarga saya, untuk ibu ayah saya. Saya maafkan mereka. Saya tak salahkan mereka. Saya redha ini dan ini ujian buat saya.

Kini saya dah jadi ibu dan anak 3. Saya akui perangai anak tengah ni memang lain sikit. Saya sedar, mungkin sebab sikap saya begitu, yang menyebabkan saya disisihkan dulu.

Anak tengah saya juga agak kasar, tantrum tak kena tempat, pernah juga saya pukul sebab tak dengar kata saya. Terus anak cakap, "Tak sayang umi" dan terus palingkan mukanya. Masa tu saya rasa bersalah sangat, terus peluk sebab saya tau perasaan dia. Saya tak nak ia berpanjangan. Saya tak nak apa yang berlaku pada saya dulu, berlaku pada anak saya.

Saya nak sarankan, kalau nak belikan anak sulung baju, belikan untuk semua anak juga. Kalau tak mampu beli semua, tangguhkan dulu sampai mampu. Nampak macam remeh, tapi ramai tak sedar yang ia sangat mempengaruhi emosi anak itu. Biarlah sama rata.

Bagi saya, anak tengah ni berperangai macam ni, sebab dia ada banyak idea yang dia nak tunjukkan. Dia ada macam-macam perkara menarik yang nak dikongsi. Jika kita sebagai ibubapa, tak nampak isyarat itu, alangkah ruginya.

Yang saya paling tak faham, sindrom inilah yang melabel anak ni macam-macam. Degil, keras kepala, sombong, mengada, macam-macam. Tapi, sebenarnya anak ini unik, istimewa. Korek, gali apa yang anak ada. Jangan sekat, biarkan, raikan dan kita akan nampak hasilnya.

===========================================

Begitulah kisah yang telah dikongsikan Puan A.

Min sangat harapkan, kita sebagai ibubapa yang cakna dan prihatin ini, ambil pengajaran, terus upgrade ilmu keibubapaan, pengurusan emosi (highly recommended untuk hadiri kelas EH SABAR di SHAH ALAM pada 29 Julai ni. maklumat lanjut di bit.ly/t_ehsabar).

Faktor spiritual juga sangat penting. Jangan pernah abaikan. Itu boleh dapatkan ilmu SASU, bagaimana amalkan al-quran dan hadith dalam komunikasi harian dengan anak.

Allah..macam-macam cara dah tersedia sekarang. Tinggal lagi, kita mahu atau tak.

LUA (Law of Universal Attraction) yang akan bawa kita ke mana yang kita mahu.

Semoga Allah berikan kekuatan iman buat kita semua untuk menjadi kita yang benar-benar HAMBANYA, yang mendidik anak-anak dengan cara yang DIA REDHAI.

Amiinn..

Boleh dapatkan Ebook berikut untuk upgrade ilmu keibubapaan :

bit.ly/Ebookteknikrebonding (Puan Maznah Ibrahim - FOUNDER EH SABAR)

bit.ly/ParentingSkill (Dr Tengku Asmadi - Trainer/Motivator Tersohor Malaysia)

Boleh ikuti saya di #fbyasminsari

Friday, 9 June 2017

Keinginan yang membuak-buak

Pernah tak anak kecil kita minta bermain gunting atau api?.

Min nak share pengalam min sendiri dengan anak yang berumur 4 tahun yang ingin bermain gunting.
Satu ketika, anak min, Amin yang umur 4 tahun ni, minta gunting sebab nak gunting kertas. Memang sudah agak lama dia tak bermain gunting setelah aktiviti kraf yang terakhir. Min agak sibuk ketika tu.

Jadi, cara mudah, katakan saja , "Tak boleh, lain kali ok. Ibu sibuk sekarang." masih juga merengek minta diberikan gunting dan min pekakkan saja telinga.

Malam itu, min buatkan susu buat adiknya Husna. Ketika di dapur, terdengar Amin dan Husna tergelak-gelak. Dalam hati dah rasa tak sedap. "Ni mesti ada projek budak berdua ni". Sungguh bagai diduga, Amin menggunting rambut adiknya Husna.

Astagfirullah...habis senget benget rambut adiknya digunting. Tanya amin,"Mana dapat gunting ni?". Dia kata dalam bekas pensil abang. Kebetulan abangnya tertinggal bekas pensil lepas siap homework di atas meja. Aduhai...jadi habuan Amin pula.

Emm...apa yang min nak sampaikan sebenarnya, dari siang tu Amin memang nak sangat guna gunting. Malam tu dapat peluang, teruslah dia grab. Min cepat-cepat muhasabah diri. Semestinya dalam kes ni, min yang salah. Amin ada keinginan menggunakan gunting yang sangat tinggi. Bila kita tangguhkan, dia akan cuba cara lain, dan akhirnya dia berjaya 'luahkan' keinginanya.

Apa yang min buat ketika kejadian itu. Min beri maklumat, "Amin, bahaya guna gunting tanpa pemantauan ibu atau abah atau orang dewasa. Gunting ni tajam, boleh buat kita luka kalau salah gunting.Silap-silap boleh tergunting telinga. Rambut tak boleh gunting macam ni. Tengok rambut Husna, dah senget kan. Cantik tak? Tak cantik kan. Ibu minta maaf, Amin memang nak sangat main gunting ya. Baiklah, pagi esok, kita buat aktiviti guna gunting, okay ;) ".

Punyalah ceria muka Amin, "Yeyyy" kata amin. Husna pun ikut ber Yeyyy sama.

Pagi esoknya, min pun kotakan apa yang dijanjikan. Bukan aktiviti apapun. Gunting-gunting kertas saja. Tapi kali ini dengan pemantauan. Bagus sebenarnya anak belajar guna gunting, sebab ia merangsang motor halus anak dan membantu proses memegang pensil dengan betul nanti.

Kesimpulannya, peka dengan keinginan anak. Jika mampu, penuhi segera dan jangan tangguhkan pada jangkamasa waktu yang lama. Kalau mahu tangguh, maklumkan masa dan bila aktiviti akan dijalankan dengan jelas pada anak. Antara kesilapan min, min hanya katakan pada amin, "Lain kali lah guna gunting". Tiada waktu spesifik, seolah-olah takkan bagi. Kotakan janji dan jangan mungkiri.

Hehe..sapa ada pengalaman anak dia gunting rambut sendiri atau orang lain tanpa pemantauan kita. Cer senyum sikit :).

#Komen Setuju kalau setuju, #Like tanda suka, #Share tanda anda prihatin :)

Wallahualam.

#fbyasminsari
#keinginanmeluap

Thursday, 1 June 2017

Teknik menukarkan perasaan negatif kepada positif

Assalamualaikum semua. Pagi ni min nak share ilmu yang min baru pelajari dari video Puan Diyana Tahir, Coach Ehati.

Sejak min terjebak dalam dunia keibubapaan, secara tak langsung, min juga terjebak dalam dunia pengurusan emosi. MasyaAllah, sungguh EMOSI adalah satu perkara yang sangat memberi kesan pada makhluk yang hidup.

Bagaimana seorang ibu mahu mendidik anak dengan parenting yang positif andai pasangannya bermasalah dan tidak menyokong?. Bagaimana anak kecil mahu faham erti hormat-menghormati, andai ibubapanya tidak menunjukkan contoh dan tauladan yang baik pada mereka?. Ibu sering memperli si ayah, ayah pula memperkecilkan si ibu depan anak-anak, memarahi ibu depan anak-anak. Ini mendatangkan kekeliruan pada anak kecil ini?.

Seperti yang sering min kongsikan, pada fasa individuating anak ini sedang mempelajari bagaimana mahu urus emosi dengan baik dan betul. Tapi, ibubapanya pula tunjukkan cara yang tak betul. Bila anak tantrum, ibu biarkan saja anak itu menangis dan tak diikuti kehendak anak itu dalam tujuan mendidik, si ayah pula tak boleh dengar tangisan si anak. Maka si ibu dimarahi dan minta penuhi saja kehendak anak itu. Aduhai...semakin berkecamuklah pemikiran anak itu. Ibu punya kesedaran, ayah belum lagi. Apa yang ibu ini perlu buat?

Tiada cara lain, selain dari pasangan begini muhasabah diri masing-masing dan berkomunikasi bagi lakukan perubahan yang lebih baik demi masa depan hubungan mereka (suami isteri) dan anak-anak.
Kadang-kadang ego isteri dan suami ini yang melangit, menyebabkan sukarnya mencari jalan penyelesaian.
Asas atas segala permasalahan ini adalah kembali kepada Allah. Muhasabah balik, untuk apa kita dijadikan, dari mana kita datang, kemana kita akan pergi selepas ini. Apa yang kena kita kejarkan dalam hidup ini?. Ego kitakah yang perlu dibesarkan?. Ya, EGO. Kalau Prof Muhaya kata, orang yang EGO ini SOMBONG. SOMBONG hanya layak bagi ALLAH.

Kita makhluknya, tak perlulah ego begitu. Kalau salah, salahlah, kalau betul, benarlah. Mengalah tak beerti kalah. Memaafkan atau memohon maaf tak bererti kita bersalah. Demi silaturrahim yang jauh lebih penting, ketepikanlah EGO itu.

Terkadang bila satu tragedi itu terjadi adalah kerana kesilapan kita masa lalu. Apakah kita seharusnya menyalahkan diri kita terus menerus?. NO! NO! NO!..JANGAN SABOTAJ DIRI SENDIRI. Apa yang terjadi telah terjadi. Jangan salahkan diri lagi. Cukuplah ambil pengajaran atas apa yang dah terjadi. Letakkan NOKTAH menyalahkan diri. Semua manusia tak maksum. Tapi, sebaik-baik hamba adalah yang BERTAUBAT, dan itulah orang yang ALLAH sangat sayang.

BERHENTI dari SALAHKAN orang lain, BERHENTI dari SALAHKAN DIRI SENDIRI. Anda BERHAK bahagia. Pilihan pada kita, mahu BAHAGIA atau DERITA. Min pilih BAHAGIA.
So, apa yang kita kena buat?. Move Forward..terus bergerak ke hadapan. Perlu pandang ke belakang ke?. Ya, perlu sekali-sekala, sekadar peringatan buat diri yang mudah lupa. Ambil pengajaran, buat pembaikan, improve diri. That is it!. Mudah kan.

Tapi, akan jadi benar-benar mudah, bila gantung hati hanya pada ALLAH dan bukan makluk.
So, in case kalau jadi apa-apapun kemudian, kita taklah menjunam sangat. Ada TALI KUKUH yang kita pegang sepanjang perjalanan ini.

Aduh..panjangnya bebel. Min nak share sebenarnya, apa yang Puan Diyana Tahir ajarkan, satu teknik untuk memaafkan dan meredakan kecewa, sedih, marah, sakit hati dan sebagainya yang negatif tu.

Teknik Memaafkan 1 : Puan Diyana Tahir

Contoh :

Seorang isteri yang kecewa dan marah pada suaminya.

1. Ambil kertas kosong. Dalam keadaan melintang, Bahagikan pada 3 bahagian.

2.Tulis pada Ruang 1 : Ayat maaf (skrip memaafkan)
cth : Aku yasmin maafkan suamiku.
- tulis sebanyak 70 kali (kalau tak cukup, tambah kertas)

2. Tulis pada ruang 2 (tengah) : respon (apa rasa)
cth : Sampai hati abang buat macam tu. Geram sungguh saya. Sakit hati saya dengan abang.....(seterusnya)
-Sebelum tulis pada ruang 2, baca dulu ayat ruang 1 tadi.

3. Tulis pada ruang 3 (skala) :
buat skala 1-10 emosi marah/geram/kecewa.
- tulis nilai skala 1 (paling sikit)-10 (paling tinggi marah dll)
- skala ditulis lepas isikan ruang 2.

==========

InsyaAllah, skala ini akan semakin berkurang, apabila semakin banyak set yang sama diulang-ulang.
Puan Diyana Tahir kata, ini sebenarnya salah satu teknik meluahkan perasaan. Ia cara meluahkan dan cara yang baik membuang sampah-sampah yang ada dalam diri.

Tambah beliau lagi, sebenarnya dalam diri kita ada mutiara yang bersinar. Tapi, mutiara itu telah ditenggelami atau ditutup oleh emosi-emosi yang negatif. Hanya bila tenaga negatif itu dikeluarkan, barulah mutiara bersinar itu dapat dikeluarkan. Barulah, diri dan mental kita dapat berfikir dengan baik dan tenang. Barulah keluarnya solusi-solusi pada pelbagai isu terpendam tadi.

Bottom line, adalah LUAHKAN. LUAHKAN dengan positif.

Cuba ya.

#fbyasminsari
#luahemosi

Tuesday, 14 February 2017

TIPS URUS MARAH 1

Tak best kan, marah-marah ni. Kita jadi penatt. Pastu, kadang rasa bersalah sangat lepas dah termarah orang, lagi-lagi marah kat anak. Emm...marah tu kadang berpunca dari diri kita sendiri, bukan salah orang lain pun. Bila kita dok fikirkan masalah, kita jadi stress, jadi bila anak-anak buat silap sikit je, mudah je kita naik suara, silap-silap kena cubit. Pastu, bila dah cool, kita tengok kesan anak kena cubit tadi, rasa bersalahh sangat..Nak nangis pun ada.

Sapa pernah rasa macam ni?. Min pernah dan selalu juga dulu, masa tak pandai urus emosi ni. Besar sungguh ego ibu ni.

Nak tak min share macamana nak elakkan dari termarah orang yang tak sepatutnya dengan cara yang tak sepatutnya.

Baik. Min share ye. Min belajar dari Kursus Online Eh Sabar Puan Maznah Ibrahim.
Apa yang min belajar, marah mempunyai tenaga yang besar. Sebagaimana yang kita biasa belajar dalam sains, konsep tenaga menyatakan bahawa segala tenaga yang terdapat pada tenaga keupayaan, tenaga kinetik, tenaga kimia dan lain-lain tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh bertukar bentuk. Begitu jugalah konsep yang sama pada, tenaga marah, iaitu ia tidak boleh dimusnahkan tetapi boleh diubahkan bentuk dan dialirkan keluar.

Dalam Eh Sabar, kita akan belajar tentang 'Body Framing' untuk kenalpasti bahagian manakah yang punyai 4 emosi utama kita. Dari situ, kita akan tau apa yang patut kita lakukan bila trigger emosi itu.

Secara umumnya, marah itu boleh dialirkan keluar dari diri. Okay, bila kita rasa nak marahhh sangattt. Jangan dok diam, tgk tv, tidur, makan, termenung...Gerakkan diri,buat aktiviti fizikal. Mop rumah, sapu rumah, berjogging, berenang (terbaik), berlari, cabut rumput guna tangan(huhu), tumbuk 'punching bag' sampai lega, melompat, cuci toilet guna berus gigi (huhu ada tau orang buat macam ni), apa saja aktiviti yang boleh alirkan marah tu. Ada juga yang release dengan dengar muzik tenang,minum kopi secawan, melukis, menari..

Buat sampai lega dan tenang. InsyaAllah, bukan saja marah reda, rumah bersih dan badan lebih sihat. Min pernah rasa marahhh sangatt. Tapi nak elakkan marah-marah sebab tau natijahnya. Jadi min cuci 3 toilet rumah, sapu dan mop satu rumah. Habis buat tu, rasa lega sangat dan yang bestnya rumah jadi bersih berkilat...hihi..Kalau nak tau bila min marah sangat, tengoklah toilet camna. Hahaha..
Bila dah lega, barulah kita jadi rasional dan boleh fikirkan apa yang patut lakukan bagi isu penyebab marah tadi.

Fokus tips 'ALIRKAN RASA MARAH DENGAN AKTIVITI FIZIKAL' untuk redakan kemarahan dan kembalikan fikiran yang rasional.

Faham ke faham ni?

Nak bertenaga balik, min minum secawan #codicafe :)

Fikir positif, atasi marah juga dengan positif.

#fbyasminsari
#tipsurusmarah