Dulu, kini dan selamanya aku adalah HAMBA ALLAH. Akan kekal status itu walau beribu tahun berlalu.
Labels
Parenting tips
(15)
Didikan anak-anak
(8)
ilmu parenting
(7)
separation anxiety
(7)
Urus Emosi
(6)
fasa individuating
(6)
Nota Afnan Rosli
(5)
Say It Right Jan 2017
(4)
TANG
(4)
hati
(4)
4 tahun
(3)
Eh sabar
(3)
anak yakin diri
(3)
storytelling
(3)
tangki emosi
(3)
tazkirah
(3)
Bersalin
(2)
Ego
(2)
Soal Jawab Parenting
(2)
buku parenting
(2)
rebonding
(2)
sharing parenting tips
(2)
umur 1.5 -3.5 tahun
(2)
3tahun
(1)
5tahun
(1)
Ehati
(1)
Kesihatan
(1)
Parenting
(1)
Program
(1)
dera isteri
(1)
gajet
(1)
intro
(1)
latih berfikir
(1)
ramadhan
(1)
sajak
(1)
Showing posts with label anak yakin diri. Show all posts

Saturday, 10 June 2017
Mari Fahami Perasaan Anak Yang Mengalami Sindrom Anak KeDua
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi ilhamNya buat min berkongsi sedikit ilmu perihal "Sindrom Anak Ke Dua".
Nampaknya sudah semakin ramai, ibubapa hebat di luar sana yang semakin faham dan cakna apa yang dialami oleh anak-anak. Sebenarnya, bila kita memahami perasaan, dan mendalami ilmu keibubapaan, kita akan semakin faham dan mudah mengendalikan pelbagai isu dalam membesarkan anak-anak.
Untuk kali ini, izinkan min untuk kongsikan sedikit kisah benar seorang ibu yang merupakan anak kedua dan mengalami sindrom anak ke dua ini.
Ingat lagi tak posting min yang lepas?
Kalau kita mendidik anak-anak dengan cara yang betul, InsyaAllah, takkan wujud sindrom anak ke dua atau anak tengah ini. Apa yang terjadi sebenarnya, anak ini tidak mendapat perhatian dan layanan yang sewajarnya, yang adil. Sebagaimana layanan yang diperolehi adik-beradik yang lain. Justeru anak ke dua atau tengah ini cenderung 'banyak akal'.
Kesan "lebih terasa" bagi sindrom anak ke dua bila anak pertama dan anak kedua dari jantina yang sama dan anak yang ketiga dari jantina yang berbeza. Maksudnya :
anak 1&2 anak perempuan, ke 3 anak lelaki ATAU
anak 1&2 anak lelaki, ke 3 anak perempuan
Baiklah. Min kongsikan kisah ini. Cuba fahami apa yang min naksudkan ya.
Puan A, seorang ibu dan punya anak kecil lebih dari dua orang. Puan A ini merupakan anak kedua. Dan beliau akui, beliau alami sindrom anak ke dua ini. Beliau berkongsi pengalaman dan min sangat hargai. Beliau memberi respon setelah membaca penulisan saya sebelum ini. Marilah kita sama-sama buka hati dan fahami, apa yang puan ini kongsikan. Ambil intipati dan pengajaran semoga kita semua menjadi ibubapa yang terbaik buat anak-anak kita.
========================================
Ini kisahnya :
Terima kasih Puan Yasmin. Perkongsian yang hebat Puan. Saya anak nombor 2. Saya sering hadapi sindrom tersebut. Apa yang saya lakukan adalah 'membawa diri sendiri' sampai sekarang. Memang saya akui, apa yang dibentangkan melalui penulisan tersebut memang benar. Rata-rata dalam adik-beradik saya yang menyerlah, tapi terasa tak siapa yang peduli. Perasaan sedih itu terbawa hingga sekarang..Allah..
Contoh yang paling saya terasa masa kecil, semua benda kak long diberi pada saya. Manakala kak long dapat benda yang baru. Macam baju sekolah. Saya pernah utarakan pada mak, saya mahu merasa baju baru. Tapi, apa yang saya dapat, diMARAHI!. Mak cakap, buat apa nak beli baju baru, baju lama tu masih elok. Akhirnya saya ambil inisiatif sendiri, bekerja sendiri SEMATA-MATA mahu merasa baju baru.
Dan saya dapat MERASA baju baru tu pun masa masuk TINGKATAN 6.
Saya sendiri taip kisah ni, saya mengalir air mata. Saya tak pernah ceritakan pada sesiapa.
Lagi, masa kak long masuk asrama. Dia telefon ibu dan bagitau mak, dia demam. Terus ibu hantar ubat. Tapi, bila saya demam, mak kata saya mengada-ngada.
Dari situ, saya PENDAM semua perkara.
Semua yang saya RASA, FIKIR. Semua saya tak beritahu mak dah. Saya USAHA sendiri, berjuang untuk diri sendiri.
Puan percaya tak, saya mula cari kerja seawal usia tingkatan 3.
Saya cari kerja sebab nak beli apa yang saya sangat ingin.
Saya tak pernah meminta, sebab saya tau, takkan dilayan.
Kalau bab gelaran tu, memang macam-macam saya dapat. ANAK DEGIL, KERAS HATI macam-macamlah. (Ada juga kisah lain yang kongsi dengan min, kak dia anak ke dua di gelar ANAK ORANG KAYA, SOMBONG oleh ibubapa sendiri).
Saya rasa, cukup dengan perhatian dan keadilan buat anak kedua ni.
Saya sendiri, saya dan kak long perempuan dan adik lelaki. Keadaan jadi sukar sebab keperluan hanya terarah pada kakak dan adik. Sedang saya yang tengah ni macam tak wujud. Memang saya sangat terasa.
Contohnya, mak akan tanya kak long warna tudung apa yang dia nak. Bila kak long dah pilih, mak hanya cakap pada saya, "Nanti share dengan kak long ye". Walaupun sebenarnya, saya tak suka warna tu. Keinginan saya tidak dilayan. Pandangan mak terus pada adik lelaki saya. Kak long dapat barang, saya tak dapat. Adik lelaki saya dapat sebab alasannya adik lelaki dan tak boleh share dengan kami.
Apa yang saya nampak, kesannya jadi lebih teruk bila anak tengah ini melalui fasa remaja. Masa tu hati mula memberontak. Saya pernah lari dari rumah. Tapi, Alhamdulillah Allah selamatkan saya. Tapi, sampai peringkat umur dewasa, jiwa saya sentiasa memberontak. dan menyalahkan mak dalam semua perkara.
Contohnya, masa masuk universiti, semua keperluan saya urus sendiri. SEMUA urusan saya buat sendiri. Dari pendaftaran, membeli barang kelengkapan, dan daftar tanpa ayah dan mak disisi (hanya saya seorang berjaya masuk universiti berbanding adik-beradik yang lain).
Bila turn adik perlu berurusan, seperti belajar memandu, mak minta saya uruskan. Ketika itu saya melenting, saya ungkit semua. Saya cakap kenapa saya kena uruskan? Sedangkan semua urusan saya saya buat sendiri tanpa bantuan sesiapa?. Tapi, bila sampai giliran adik, kenapa saya kena bantu? Tak boleh ke dia buat sendiri?. Mak jawab, "Ko tau semua, adik tak reti". Itulah yang buat saya nak marah sangat.
Bila usia semakin dewasa, saya cuba sedaya mungkin hargai mak saya. Saya nak buang semua memori hitam itu dari kepala saya. Saya tak nak semua ini terjadi pada anak saya. Saya terus cari ilmu parenting. saya cuba jadi yang terbaik buat keluarga saya, untuk ibu ayah saya. Saya maafkan mereka. Saya tak salahkan mereka. Saya redha ini dan ini ujian buat saya.
Kini saya dah jadi ibu dan anak 3. Saya akui perangai anak tengah ni memang lain sikit. Saya sedar, mungkin sebab sikap saya begitu, yang menyebabkan saya disisihkan dulu.
Anak tengah saya juga agak kasar, tantrum tak kena tempat, pernah juga saya pukul sebab tak dengar kata saya. Terus anak cakap, "Tak sayang umi" dan terus palingkan mukanya. Masa tu saya rasa bersalah sangat, terus peluk sebab saya tau perasaan dia. Saya tak nak ia berpanjangan. Saya tak nak apa yang berlaku pada saya dulu, berlaku pada anak saya.
Saya nak sarankan, kalau nak belikan anak sulung baju, belikan untuk semua anak juga. Kalau tak mampu beli semua, tangguhkan dulu sampai mampu. Nampak macam remeh, tapi ramai tak sedar yang ia sangat mempengaruhi emosi anak itu. Biarlah sama rata.
Bagi saya, anak tengah ni berperangai macam ni, sebab dia ada banyak idea yang dia nak tunjukkan. Dia ada macam-macam perkara menarik yang nak dikongsi. Jika kita sebagai ibubapa, tak nampak isyarat itu, alangkah ruginya.
Yang saya paling tak faham, sindrom inilah yang melabel anak ni macam-macam. Degil, keras kepala, sombong, mengada, macam-macam. Tapi, sebenarnya anak ini unik, istimewa. Korek, gali apa yang anak ada. Jangan sekat, biarkan, raikan dan kita akan nampak hasilnya.
===========================================
Begitulah kisah yang telah dikongsikan Puan A.
Min sangat harapkan, kita sebagai ibubapa yang cakna dan prihatin ini, ambil pengajaran, terus upgrade ilmu keibubapaan, pengurusan emosi (highly recommended untuk hadiri kelas EH SABAR di SHAH ALAM pada 29 Julai ni. maklumat lanjut di bit.ly/t_ehsabar).
Faktor spiritual juga sangat penting. Jangan pernah abaikan. Itu boleh dapatkan ilmu SASU, bagaimana amalkan al-quran dan hadith dalam komunikasi harian dengan anak.
Allah..macam-macam cara dah tersedia sekarang. Tinggal lagi, kita mahu atau tak.
LUA (Law of Universal Attraction) yang akan bawa kita ke mana yang kita mahu.
Semoga Allah berikan kekuatan iman buat kita semua untuk menjadi kita yang benar-benar HAMBANYA, yang mendidik anak-anak dengan cara yang DIA REDHAI.
Amiinn..
Boleh dapatkan Ebook berikut untuk upgrade ilmu keibubapaan :
bit.ly/Ebookteknikrebonding (Puan Maznah Ibrahim - FOUNDER EH SABAR)
bit.ly/ParentingSkill (Dr Tengku Asmadi - Trainer/Motivator Tersohor Malaysia)
Boleh ikuti saya di #fbyasminsari
Friday, 9 June 2017
Sindrom Anak Ke Dua Atau Anak Tengah
Ini bukanlah satu penyakit ya. Hanya kecenderungan sikap anak ke dua atau anak tengah. Memang ada kajian yang telah dijalankan oleh ramai tokoh psikologi tentang sikap anak ke dua atau anak tengah. Kalau beradik hanya dua orang, anak ke dua itu berpotensi punya sikap sindrom ini, kalau anak 5 orang, anak no 3 cenderung punya sikap ini.
Soalnya sikap yang bagaimana?
Daripada komen ibu-ibu tadi, banyak juga sikap negatif yang dikatakan dipunyai anak no 2 ini. Ada ibu yang katakan anak ke duanya cepat merajuk, mudah naik angin, perangai lain macam sikit, selalu ada angin kus-kus (ikut suka hati dia kalau dia nak buat dia buat, kalau tak nak suruhlah macamana pun tetap tak jalan), manja teramat, keras kepala, suka merengek dan macam-macam lagi. Kesimpulannya anak ke dua atau anak tengah ni dikatakan banyak menguji kesabaran ibubapanya. Betul ke?.
Perasan tak kelahiran anak ke dua adalah berbeza situasi penerimaannya berbanding anak pertama. Anak pertama biasanya kita tunggu dengan penuh harapan, perasaan yang penuh dengan keterujaan.
Tapi berbeza dengan anak ke dua, ada yang dapat sebab 'accident' atau dirancang. Mungkin kerana sudah ada pengalaman sebelum ini, menyebabkan keterujaan dan perhatian itu agak kurang.

Lihat saja bagaimana ibu yang mengandung kali pertama, bagaimana dia jaga kandungannya, dengan amalan kerohanian yang mantop, pemakanan yang terbaik, siap ada supplement lagi.
Si bapa pula, rajin puasa sunat isnin khamis dengan harapan anak yang bakal dilahirkan anak yang soleh solehah. Bila mengandung anak seterusnya, lain dah cara si ibu menjaga kandungannya. Semakin berkurang keprihatinannya.

Begitu juga si bapa, sudah semakin kurang perhatiannya. Saya tak katakan semua. Namun, ramai yang begitu. (Min juga tak terkecuali. Al maklumlah, anak 5 orang ni, macam-macam pengalaman.)
Seterusnya, setelah anak ini dilahirkan, bukan saja ketika dalam kandungan dia sudah kurang dapat perhatian, malah setelah keluar dan dalam proses membesar itu, anak ini kurang mendapat perhatian dari segi mental dan emosi.

Dikatakan juga, walaupun anak ke dua ni perangainya 'lain macam sikit', ada juga kelebihannya. Antaranya anak ini lebih berdikari berbanding anak sulung, ada keupayaan untuk memikirkan satu perkara dengan baik sendiri dan punya ramai kawan.
Min kongsikan sikit fakta dari kajian ahli psikologi ya.
Menurut seorang penyelidik iaitu Alfred Adler, anak kedua atau anak tengah sering mempunyai rasa tidak mempunyai tempat dalam keluarga, mereka berjuang untuk mendapatkan perhatian dari ibubapa dan keyakinan diri kurang.
Semangat kendiri rendah dan selalu harapkan pada anak pertama. Mereka lebih cenderung untuk sekadar mengikut arus dan keadaan. Alfred Adler juga menyatakan anak kedua atau tengah ini boleh jadi orang perantara yang baik kerana sikap semulajadinya yang sukakan ketenangan. (Jadi, jangan hairanlah, kalau anak ini dah lambat nak ke sekolah pun, boleh tenang saja bersiap :) ).

Adler juga percaya bahawa anak ini, sering tersingkir daripada kedudukan istimewa dan penting dalam keluarga sendiri. Maka, anak ini TERPAKSA mencari caranya sendiri untuk terus rasa damai dan KEPERLUAN keberadaannya dalam keluarganya sendiri (Allah sedihnya).
Tetiba min bayangkan, betapa sukarnya perasaan anak kedua atau tengah yang STRUGGLE untuk rasa dia DIPERLUKAN dalam keluarga.

Anak kedua atau tengah ini akan belajar memahami cara perhubungan keluarga dan sering mengakui KUASA ANAK PERTAMA. Biasanya personaliti anak PERTAMA dan KEDUA adalah amat berbeza (Silverman 1988).
Cornell (1984) pula mendapati, bagi ANAK KEDUA atau TENGAH yang DIIKTIRAF sebagai berbakat dan sering mendapat penghargaan oleh ibubapanya, dia LEBIH BERKEYAKINAN, EMOSI LEBIH STABIL, KURANG STRESS ATAU KECEWA, LEBIH TERKAWAL dan KURANG CEMAS. Malah, dikatakan tahap keyakinan diri LEBIH BAIK dari anak pertama (SubhanaAllah).
Apa yang boleh min katakan, anak kedua yang DIIKTIRAF mampu jadi insan yang berjiwa besar. Mudah bekerjasama, semangat juang yang tinggi, pendamai @ perunding yang baik, lembut dan penyimpan RAHSIA yang amanah.
Kita ibubapalah yang mencorakkan anak itu. Sebab itulah kenapa Nabi Muhammad saw sabdakan, "Anak itu adalah bersih dan ibubapalah yang mencorakkan anak itu samaada Majusi atau Nasrani".
Jangan disalahkan kerana dia ANAK KEDUA atau ANAK TENGAH sebab tu PERANGAI SEMACAM!!. Itu sudah dikira melabel. Melabel yang positif tak mengapa, tapi ini melabel yang negatif, yang menyebabkan IMEJ DIRI anak itu merosot.
Boleh dapatkan Ebook Parenting : Saya Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 2 untuk pelajari dengan mendalam kesalahan MELABEL anak ini di bit.ly/Ebookteknikrebonding .

Baik.
Sekarang, kita dah faham kenapa anak KEDUA bersikap begitu. Sebab anak itu STRUGGLE dapatkan perhatian dan kepercayaan. Bantulah dan kasihanilah anak ini.
=======================================
Banyak juga suara-suara sedih yang min dengar dari anak KEDUA antaranya :

"saya banyak kali mengalami situasi seperti ini. Selalunya ibu akan lebihkan kakak berbanding saya. Kadang saya rasa jeles. Tapi cuba 'let go' je perasaan bengang tu"
"Saya pun alami sindrom ni. Selalu rasa bersalah sangat bila sindir ibubayah yang akhirnya saya dipandang anak yang sombong dan besar kepala. Hakikatnya saya sayangkan mereka dan ketahuilah saya hanya mahukan perhatian seperti adik beradik yang lain. Adik beradik ramai, jadi perlu bersaing untuk dapatkan perhatian itu. Saya harap kalau satu hari nanti saya jadi ibu, saya takkan biarkan anak kedua saya rasa apa yang saya rasa sekarang."
"saya benci jadi anak kedua. Semua sukar bagi saya. Takde langsung memori yang indah dalam kepala saya. Saya penat mencari perhatian. Saya sering dimarahi abang dan mak abah. Seolah-olah saya tak diperlukan dalam keluarga ni. Saya lagi suka bersendirian"
=========================
So, ibubapa semua, mahukah anda anak ke dua kita menjadi sebahagian ahli dari kisah di atas tadi?. Dah tentu tidak kan.
Mungkin ibubapa mereka tidak sedar tindak tanduk mereka telah mencalarkan emosi anak kedua ini. Memberi kesan hingga dewasa.
Min ada 5 orang anak. Dan anak kedua min sekarang berumur 7 tahun dan ada abang berumur 9 tahun dan adiknya 4 tahun. Pada mulanya, memang min mula rasa kesukaran berhadapan dengan macam karenah yang negatif itu. Syukur dengan ilmu-ilmu parenting yang min belajar dari Puan Maznah, Ibu Rose, Dr Tengku assmadi, Puan Siti Norlaila, Puan Rosmaria, min banyak ubah cara dan pendekatan min. Anak yang sesukar macamanapun, kita boleh bantu hanya dengan KASIH SAYANG dan KETEGASAN (BUKAN GARANG).
Min displinkan anak kedua dengan PENGUKUHAN POSITIF dan MEMBERI GANJARAN PADA TINGKAHLAKU BAIK. Min penuhi tangki emosi anak kedua min. Dapatkan masa berkualiti bersama. Setiap minggu, min cuba luangkan masa berdua dengan anak kedua. Selalu ajak beraktiviti bersama seperti memasak, basuh pinggan, kemas meja, bercerita dan macam-macam (Tangki Emosi Ti-Time).
Selalu peluk dan berikan ciuman sayang (Tangki Emosi To-Touch). Hargai segala usahanya, puji pada perbuatan baik dan usahanya walau kecil, kata-kata "kakak sangat berharga buat ibu" selalu saya ucapkan dan banyak kata-kata yang memenuhi tangki emosinya saya ungkapkan (Tangki Emosi W-Words). Penuhi permintaannya seperti teman bermain di taman, masakkan makanan yang diinginkannya, cukup menggembirakan dia (Tangki Emosi A-Act).
Malahan, terkadang beli hadiah yang comel buatnya (Tangki Emosi G-Gift). Buat anak ini rasa dirinya istimewa dan berharga.

Jangan dilabelkan anak-anak. Membandingkan anak-anak satu kePANTANGAN dalam parenting yang sihat dan POSITIF. Anak-anak ini unik dan peribadi mereka berbeza. Hatta anak kembar seiras pun tak sama peribadinya. Raikan perbezaan itu. Pecahkan sikap-sikap negatif anak kedua dengan KASIH SAYANG. Jaga LUA ibubapa.
Betulkan diri kita sendiri. Dan besarkan KASIH SAYANG.
Teruskan UPGRADE parenting skill kita dengan ilmu.
InsyaAllah, boleh dapatkan Ebook Parenting berikut yang akan membantu kita menjadi ibubapa yang lebih positif :
===============================
Link : bit.ly/Ebookteknikrebonding
untuk Ebook
1. Teknik Rebonding
2. Saya Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 1
3. Saya Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 2
Penulis : Puan Maznah Ibrahim (Founder EH SABAR dan Kounselor lebih 10 tahun dan kini di KKM)
================================
Link : bit.ly/EbookSkillParenting
untuk Ebook
1. Menjawab 10 Soalan Lazim, Memotivasikan Anak Belajar
Penulis : Dr Tengku Asmadi (Trainer dan Motivator Tersohor Malaysia)
==============================================
Mari bersama kita amalkan caragaya keibubapaan "Loving & Firm"
Boleh ikuti saya di fb : #fbyasminsari
Wednesday, 31 May 2017
PUNCA ANAK TAK YAKIN DIRI
Kenapa anak tak yakin diri?
# ibubapa@guru selalu kata dengan berulang-berulang :
"kamu ni tak pandai"
"Susah ni..kamu tak boleh buat punya"
"Tak payahlah, kamu bukan pandai pun"
Dan yang sama waktu dengannya. Emm...
Akhirnya membentuk imej diri yang negatif. (Salah siapa?)
# tak nak dengar pendapat anak.
Tak rasa pun keperluan mendengar pendapatnya.
Mudah je. Semudah memilih pakai baju yang mana.
# tak beri peluang pada anak membuat pilihan.
Mahu mandi sekarang atau 5 minit lagi?
#parentingtalk
#fbyasminsari

Subscribe to:
Posts (Atom)