Showing posts with label Parenting tips. Show all posts

Monday, 12 June 2017

Cara Jadi Ibu Yang Lebih Sabar

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, kali ini baru min berkesempatan kongsikan berkenaan, bagaimana mahu menjadi ibu yang lebih sabar setiap hari.

Alhamdulillah, ramai ibu-ibu yang ingin tahu dan ingin pelajari bagaimana mahu jadi ibu yang lebih sabar.

Allahu, sungguh Allah yang memilih kita antara ramai-ramai ibu untuk mencari jalan bagi menjadi lebih sabar.
Macam-macam punca yang boleh menjadi sebab kemarahan pada diri seseorang. Punca kemarahan itu perlu dicari dan dikaji dahulu. Di antaranya punca kemarahan adalah, sebab kita marah sangat pada diri sendiri atau marah pada apa yang berlakui dalam hidup kita.

Sebagai contoh, seorang ibu yang berhenti kerja dan kerana kasihankan anak yang perlukan perhatian serta sudah terlalu stress mengahdapi situasi tempat kerja. Tapi, bila sudah berhenti, apa yang diharapkan tidak terjadi. Keadaan menjadi semakin sukar. Akhirnya lepaskan kemarahan pada anak-anak. Kenapa anak-anak? Sebab mereka adalah target yang paling mudah dan mereka menjadi seolah-olah 'punching beg' tempat melepaskan geram.

Sebenarnya, bukan ibu-ibu saja boleh gunakan teknik ini. Malah sesiapa saja yang ingin menjadi lebih sabar.
Min pelajari ini dari 'online coaching' ibu rose.

Baiklah, kita straight to the point saja ya.

==========================

Bagaimana mahu kawal emosi marah dan menjadi lebih sabar setiap hari :

1. Keinginan
---------------
Perlu ada keinginan yang tinggi untuk tidak marah-marah anak lagi. Azam yang kuat.

2. Kenalpasti kenapa marah.
-----------------------------------
Gali dan kaji kenapa kita mudah marah-marah anak, apa yang ibu rose ajarkan : Belajar maafkan, lupakan dan carilah kedamaian.
Katakan begini : "Saya memaafkan. Saya pemaaf"

3. Buang segala tanggapan negatif pada diri.
-------------------------------------------------------
Buang tanggapan yang katakan kita ni garang, pemarag, pantang silap cepat melenting dan sebagainya. Ini imej diri kita sendiri. Usahakan.

4. TULISkan perkataan, SEBUT dengan jelas apa yang kita nak sambil memBAYANGkan sebelum tidur.
------------------------------------------------------------------------
Juga boleh dilukiskan bagaimana rupa kita yang lembut dan penyayang.
Dengan menulis dan melukis ini, gambaran pada otak kita akan lebih jelas. Seolah-olah apa yang kita tulis dan lukis mengalir kesegenap tubuh kita.

Masa yang terbaik membayangkan ia adalah waktu sebelum tidur (waktu gelombang alfa). Contoh skrip :

Yasmin penyayang,
Yasmin lembut
Yasmin pengasih
Yasmin tegas

Ini sebenarnya gabungan teknik Self Affirmation dan LUA.

Ini adalah memasukkan mesej ke dalam minda bawah sedar kita. Di mana kelajuan minda bawah sedar adalah 5 juta bit persaat berbanding kelajuan minda sedar 50 bit persaat. Sangat powerfull minda bawah sedar ini.

Jadi, setiap hari sebelum tidur, baca skrip ini sambil membayangkan situasi yang kita inginkan.
Inilah konsep LUA. Law of Universal Attraction, di mana ia adalah satu HUKUM TUHAN yang akan menarik seluruh yang ada di dunia ini, membantu dan menyokong kita untuk belajar dan berusaha menjadi ibu yang lebih sabar.

Suatu perkara yang positif punya energy yang tinggi dan akan menarik segala perkara yang positif juga.
Begitu juga sebaliknya. Boleh baca di posting saya yang lepas untuk detail tentang LUA dan Self Affirmation pada #LUA dan #Selfaffirmation. Praktikal dan huraian lanjut tentang LUA dan Self Affirmation ni boleh dipelajari di bengkel EH SABAR. Disitulah, kali pertama min tau bagaimana aplikasikan LUA dan self affirmation ini dalam kehidupan. Sebelum ni, min hanya dengar dari TV dan radio, tapi tak reti nak aplikasikan. Satu pelaburan yang sangat bernilai buat kehidupan kita. Highly recommended. Terima kasih sifu maznah ibrahim :)

5. Rekodkan bilangan
-------------------------
Untuk kali pertama, rekodkan berapa kali kita marah. Contoh pada hari pertama kita marah sebanyak 40kali.

Kemudian, tanamkan nekad pada diri, saya mahu kurangkan marah ni pada esok. Sebagai contoh nak kurangkan 3. Maka bila capai 35kali, kita akan aware. Maka paling banyak adalah 37 kali marah pada hari itu.

Seterusnya kurangkan lagi 3 pada hari berikutnya.

Begitulah proses itu diteruskan.

Hinggalah sampai satu tahap, nak cari kita marah dalam satu minggu pun susah.

6. Konsisten
------------

Konsisten dengan usaha hinggalah kita benar-benar rasai kesannya. InsyaAllah :)

=======

Begitulah caranya bagaimana kaedah yang Ibu Rose kongsikan bagaimana untuk jadi ibu yang semakin sabar setiap hari.

Tinggal lagi, sama ada kita benar-benar mahu berubah atau tidak. Tiada jalan pintas. Mujahadah dan usaha yang konsisten perlu dilakukan.

"La taghdhob wa lakal jannah"

Hadith : Jangan marah dan bagimu syurga

Inilah ayat motivasi buat min sendiri. Bila nak marah anak, cepat-cepat min ingat hadith ni. Sungguh, hanya orang KUAT saja yang mampu tahan marah, sebagaimana sabda nabi kita saw, "Orang yang paling KUAT dikalangan kamu adalah orang yang mampu menahan marah".

Syurga itu mahal harganya, nilai sebuah keSABARan sangat TINGGI hingga SYURGA ganjarannya.

Justeru, ini bukanlah jalan yang mudah untuk ditempuhi. Bila ibu-ibu sudah mula bertekad mahu jadi penyabar, jangan risau ujian PASTI akan datang. NAMUN, jangan pernah mengalah. Ingatlah, Allah sedang menilai atas segala susah payah dan usaha kita ini. Tiada yang sia-sia. Teruskan ibu. Teruskan wahai ibu-ibu yang penyayang dan tegas.

Min belajar dari Puan Siti Norlaila sifu SASU min, amakan potongan ayat quran dan hadith pendek dalam solusi konflik harian dengan anak-anak. SubhanaAllah, bukan anak saja terbina, malah diri kita sendiri lebih-lebih lagi.

Allah, jadikanlah aku dan ahli keluargaku orang-orang yang mencintaiMU, mencintai orang-orang yang mencintai diriMU. Aminn..

Jom ibu hebat semua, kita upgrade ilmu dan amalkannya. Semoga JANNAH hadiah buat kita semua. Aminn..

Jom upgrade ilmu. Boleh dapatkan Ebook Parenting di sini :

bit.ly/Ebookteknikrebonding
bit.ly/ParentingSkill

Jom ke bengkel EH SABAR pada 29 Julai ini di SHAH ALAM. Info lanjut di sini :

bit.ly/t_ehsabar

Jom jadi ibu yang penyayang dan tegas.

#fbyasminsari
#teknikibusabar
#ehsabar
#sasu

Thursday, 1 June 2017

You Are So Precious

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang mengizinkan min untuk mengikuti "Online Coaching bersama Ibu Rose - Mesejnya Kasih" pada Khamis lalu. Online Coaching ni sebenarnya khas untuk para pembeli ebook ibu yang bertajuk Didik Anak Berjaya dan Berjasa. Ia diadakan di closed group dan hanya pembeli ebook ini yang akan dijemput sertai closed group fb ini.

Allahu...sebenarnya min rasa sangat gembira sebab Allah pertemukan min dengan ramai wanita-wanita hebat yang sentiasa membawa dan mengajar ramai ibubapa ke arah loving and firm parenting. Banyak yang min belajar dari Puan Maznah Ibrahim selaku Founder Eh Sabar (Boleh mula buat budget untuk sertai EH SABAR di Shah Alam pada 29Julai ni, link di bit.ly/t_ehsabar  ), Ibu Rose - Mesejnya Kasih selaku Pakar Kekeluargaan dan Kasih-Sayang, Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat sebagai Founder Say It Right dan Amazing MOMS, juga Puan Siti Norlaila Founder SASU. Ilmu yang min kongsikan pada ibu semua sebenarnya adalah ilmu-ilmu yang min pelajari dengan insan-insan hebat ini. Juga dari pembacaan, perkongsian pengalaman orang lain, juga pengalaman min sendiri dalam membesarkan 5 orang anak syurga.

Sungguh, masih banyak lompong diri min yang perlu min isi. Masih banyak perkara yang perlu min pelajari dan amalkan. Namun, oleh kerana semangat untuk menyebarkan kebaikan (mudah-mudahan Allah terima sebagai salah satu amalan disisiNYA), min gagahkan jua untuk terus berkongsi. Nak tunggu perfect, sampai bila takkan berkongsi. Kalau tak banyak, sedikit manfaat yang ibu-ibu dapat cedok dari posting min pun dah cukup baik.

Alhamdulillah, support group yang min dan sahabat tersayang min Fatimah Siti usahakan di telegram "Parenting Ibu Hebat" semakin berkembang. Pada min, banyak juga kejayaan yang sudah dicapai. Bila dapat melapangkan hati, membantu sahabat-sahabat yang dalam dilema, meringankan beban emosi...Allah...sungguh indah perasaan itu.InsyaAllah, selagi diizinNYA, kami akan teruskan usaha kecil ini. Mahu sertai kami, boleh klik link di komen ya.

Alahai..panjangnya mukaddimah..

Baiklah..min nak kongsikan sebenarnya tentang frasa "You Are So Precious" atau dalam BM kita sebut "Awak Sangat Berharga". Cuba bayangkan bila pasangan, ibubapa, atau anak-anak sebutkan, lafazkan kata-kata ini pada kita. Apakah perasaaan kita. SubhanaAllah..pastilah berbunga-bunga hati kan..Begitulah juga kalau kita sebutkan pada anak-anak, pasangan atau ibubapa kita.

Baiklah min kongsikan bagaimana mahu guna ayat ini.

Situasi 1 : Anak (2tahun 6 bulan - Fasa Individuating) mahu panjat grill.

Ayat : "Adik, hati-hati panjat grill ni ye. Adik sangat berharga buat ibu. Ibu tak nak adik sakit. Panjat hati-hati ye, pegang dan pijak pada tempat yang betul."

Situasi 2 : Anak mahu main game walaupun masa yang diperuntukkan telah tamat.

Ayat : "Sayang, boleh stop main game ye. Sayang sangat berharga buat ibu. Ibu tak nak mata sayang sakit. Kita off ye komputer ni."

Situasi 3 : Abang menyakat adiknya.

Ayat : "Along sayang, ibu sangat gembira bila adik-adik sayangkan abang. Abang juga kena tunjukkan sayang pada adik-adik. Abang sangat berharga buat ibu. Abang cakap dan layan adik-adik dengan baik ye."

MasyaAllah...frasa ini macam satu frasa ajaib. Mula-mula mungkin agak janggal. Tapi, teruskanlah.

InsyaAllah akan ada hasilnya.

Cuba lah buat selamat 1 minggu secara konsisten. 3kali untuk setiap ahli keluarga, pasangan dan anak-anak.

Min pun baru saja mula. Maklumlah, baru belajar.

Nanti kita share finding. Nak boleh?

Jom kita amal...

You are so precious to me. MasyaAllah...😍😍😍❤️❤️
 
#fbyasminsari
#YasminQasehGoldShahAlam
#YouAreSoPrecious

Tuesday, 30 May 2017

TIME FRAME

Pada posting kali ini, min nak kongsikan, bagaimana mainan yang hanya ada 1, tapi yang nak main tu 4 orang.

Min guna panggil ini teknik TIME FRAME.

Selalunya jadi benda rebu-rebut ni bila ada mainan baru, atau mainan best.

Tak kisahlah mana-mana pun.

Main game dari satu laptop pun boleh jadi punca juga.

So, biasa min guna TIME FRAME.

Caranya, hadkan masa utk setiap org. Ikut giliran.

Nak tentu giliran boleh osom.

Hihi...setlah masa 5 min ke, 10 min ke masa yang diperuntukkan bagi setiap orang.. Ikut suara majoriti.

Biasa kalau benda baru min bagi 5 minit je. Supaya cepat tukar turn, cepat semua merasa.

Lepas tu tingkatkan masa jadi 10 minit. Bagi puas sikit.

Alhamdulillah. Memang diorg ikut arahan tu. Siapa rebut jugak atau kacau turn orang lain kena denda.

Denda hilang giliran. jadi, kena tunggu giliran seterusnya kalau nak main juga.

Cara ni sangat bagus untuk didik anak supaya bersabar, ikut peraturan, buat pilihan, bertolak ansur. Kita kena tegas.

Cuma kita letih sikit sebab kena tengok masa. Tapi jangan risau, anak-anak akan selalu ingtkn kita, "Ibu, dah habis ke masa? ". Sebab diorg tengah tunggu turn.

Amacam?

Beshh tak?

#fbyasminsari
#timeframe
#YasminQasehGoldShahAlam

Wednesday, 24 May 2017

Buku Parenting : Say It Right

Lidah tak bertulang. Komunikasi adalah satu apek penting bagi makluk yang hidup.

Apatah lagi buat makhluk yang berperasaan seperti manusia. Komunikasi adalah melibatkan antara 3 perkara ini iaitu perkataan, bahasa dan bahasa tubuh.

Berkomunikasi dengan anak-anak, sangat perlukan seni itu.

Anak dapat didorong dengan komunikasi, hati anak juga boleh dipatahkan dengan jayanya dengan komunikasi juga.

Banyak yang saya pelajari dari buku "Say It Right" ini, tulisan Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat atau panggilan mesranya umi ros. Bahasanya mudah difahami dan perkongsian dalam buku ini sangat praktikal.
Ada satu ketika, min alami situasi yang mencabar dengan anak min yang comel.

Alhamdulillah, min praktiskan ilmu yang min pelajari dari buku ini, dan berjaya. Sungguh, min rasa sangat gembira bila komunikasi min dan anak semakin matang.

======

Begini kisahnya :

Amin : Ibu, Faris ketuk kepala Amin (beritahu sambil menangis)

Ibu : Ye, Amin, kenapa? Meh, mari sini sayang duduk atas riba ibu. Apa yang dah jadi?

(Posisi saya duduk, saya meriba Amin sambil melihat ke dalam matanya.)

Amin : Masa main-main tadi, Faris ketuk tangan Amin dengan pistol. (Sambil menangis)

Ibu : Ahaa..

Amin : Sakit Faris ketuk.

Ibu : Iye?. Sakit kat mana?. Meh, ibu nak tengok.

Amin : Sini

(Emm…tak nampak apa-apa kesan. Mungkin ketukan yang ringan. Tapi sebagai meraikan ‘pengaduannya’ saya sapu minyak gamat di bahagian yang dikatakan sakit tadi.)

Ibu : Dah, ibu sapu ubat dah. Amin dah okay?

Amin : Dah.

Ibu : Amin nak apa-apa lagi?.

Amin : Amin nak main dengan Faris boleh?.

Masyaallah, jernih sungguh hatimu nak. Saya hanya sekadar raikan ‘pengaduannya’/ menjadi pendengar yang baik dah okay semula.

Mengaplikasikan teknik ‘raikan emosi anak’+’pendengar yang baik’ + ‘eye level’ + ‘emm..aha..’ = Emosi anak sihat kembali.

========

Komunikasi kita dan anak akan jadi lebih mudah bila kita dapat fahami dan tahu teknik yang betul.

Yang membuatkan komunikasi kita sukar adalah kerana kita tidak tahu, tidak faham dan tiada ilmu.

Kebiasannya, kita akan gunakan parenting style yang sama sebagaimana kita dibesarkan.

Namun, generasi kita dan anak telah berbeza. Maka, pendekatan juga berbeza.

Kebanyakan ibubapa muda hari ini adalah dari generasi Y dan Z. Manakala, anak kita adalah dari generasi Alfa. Semestinya ada perbezaan disitu.

Banyak lagi yang boleh dipelajari dari buku ini. Sangat disarankan untuk mendapatkannya.

Boleh perolehi buku ini dari saya ye

Bagi yang berminat boleh pm min untuk detail.

Jom kita upgrade ilmu keibubapaan.

========

InsyaAllah, sebahagian keuntungan setiap pembelian buku ini akan disalurkan kepada ibu tunggal yang memerlukan di bawah program khas Umi Ros (Founder Say It Right dan Amazing MOM) dan Puan Siti Norlaila (Founder SASU).

Mari tingkatkan ilmu sambil beramal.😊😊

#fbyasminsari
#sayItRight
#ParentingBooks
#yasmin_0169731080

Thursday, 2 March 2017

BILA ANAK TANTRUM (MENGAMUK)

Biasanya sifat tantrum anak ni berlaku disekitar 1.5 tahun hingga 3.5 tahun.
.
.
Ini perkembangan yang NORMAL bagi kanak-kanak umur begini sebab anak-anak ini masih belum tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menyampaikan sesuatu maksud/kehendak.
.
.
Apa yang mereka selalu lakukan berguling dilantai, menangis, menjerit-jerit, membaling objek dan sebagainya.
.
.
Antara penyebab biasa tantrum apabila tidak dapat menjayakan suatu aktiviti(cthnya memasukkan barang ke dalam sebuah bekas), mahu dibelikan mainan yang terlihat dipasaraya dan sebagainya.
.
.
Si ibu yang tidak memahami akan lebih cenderung untuk memarahi, mencubit atau memukul anak ini. Menakutkan..dengan ilmu yang kita sudah ada 1 cubitan dan pukulan mampu memusnahkan 10juta sel otak ketika itu juga weih. Atau, memenuhi saja kehendak anak ni (yang ni, lama-lama jadi lemak).
.
.
.
Apa yang perlu dilakukan bila anak syurga TANTRUM?
.
.
.
jeng..jeng..jeng..
.
.
.
========
.
.
Boleh dapatkan Ebook dari penulis Pn Maznah Ibrahim
.
 Teknik Rebonding
Saya Tak Nak Marah Anak Lagi di link berikut 😊
( Siri 1 dan Siri 2)
http://bit.ly/Ebookteknikrebonding

.
.
========
.
.
.
Alhamdulillah ni tips yang min boleh kongsikan bersama.
.
.
Antara cara yang min biasa amalkan bila anak tantrum :
.
a.Bila anak min mula tantrum, min akan kata “Ibu tak nak cakap dengan orang yang tak stabil emosi”(haha..macam faham je budak tu maksud tak stabil emosi tu camna kan. Well, itu yang min buat. Boleh tambah perbendaharaan kata budak tu.).
Boleh juga kata macam ni' "Ibu tak nak cakap dengan adik, selagi adik mengamuk macam ni"
.
- Jadi, anak akan tahu kenapa kita tak layan dia. Bukan bertindak dengan buat tak tahu saja tanpa beritahu kenapa kita tak layan. Sebab nanti boleh timbul isu lain di situ. (Nak tau isu apa, kenalah baca Ebook Saya Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 2 ek):)
.
.
b.Min akan diam dan hanya tengok atau biarkan anak min tanpa buat apa-apa, sampai dia berhenti menangis (pastikan anak selamat dan pekakkan telinga dan anggap ia radio yang indah sekali..cewah)
.
.
c.Kalau kat pasaraya, min akan berjalan terus ke bahagian lain tanpa tunggu anak min (sambil memantau keadaan dan situasi..min biarkan dia menangis dan tebalkan muka min walaupun orang sekeliling pandang semacam-lantak korang le, siapa suh tengok)
.
.
d.Bila anak berhenti dari tantrum/tenang, barulah min akan mulakan sesi perbincangan dengannya (walaupun umur baru 2tahun) di tempat yang sesuai (one to one).
Perbincangan ini sangat penting dipupuk dari awal kerana ia akan mendidik anak supaya selalu berbincang apabila melalui apa jua situasi yang perlu perbincangan pada masa hadapan. Bayangkan kalau dari kecil dah biasa berbincang, macamana keadaannya bila remaja, dewasa dan seterusnya. Bukankah dalam hidup kita ni, banyak keadaan yang memerlukan musyawarah/perbincangan?
Bagi sesi postmorterm/perbincangan, biasanya min akan nyatakan dengan jelas kenapa min tak penuhi permintaannya/nyatakan apa tindakan yang sepatutnya anak itu ambil.
situasi :Ketika min sedang membeli-belah, tiba-tiba anak min nak di belikan kereta mainan (sebab terlihat di bahagian mainan). Min dah cuba mengelakkan bahagian tu, tapi masih terlihat olehnya. Sedangkan, baru je dibelikan mainan untuknya semalam. Kemudian dia menangis dengan kuat sambil menarik tangan min untuk di ambil mainan tu.
.
.
.
Contoh postmorterm
.
.
Bila dah tenang/reda min akan berbincang padanya. Melihat kedalam mata anak syurga pada ketinggiannya (min rendahkan ketinggian min)-eye level.
.
Boleh gunakan komunikasi asertif yang terdiri dari 3 langkah :
i. pencetus emosi
ii.apa rasa (sedih,kecewa, tidak suka –emosi)
iii.solusi/permintaan
.
cth ; “Bila adik nangis-nangis dan mengamuk tadi sebab nak mainan (i) ibu rasa sangat sedih (ii) bolehkah bila adik nakkan sesuatu, adik bagitau ibu dengan jelas tanpa menangis dan menjerit? Ibu bukan tidak mahu belikan mainan itu, tetapi bukankah kita baru saja beli yang baru semalam. Kalau adik mahu, kita akan beli tetapi setelah adik lengkapkan buku ABC ini, boleh?(iii)”
.
.
Amacam? Dapat belajar sesuatu?
.
.
Ibubapa hebat semua, apa yang penting dalam mendidik anak, kuncinya adalah SABAR dan ISTIQAMAH.
.
.
.
Ibubapa hebat perlu tetap pendirian tau supaya anak tak keliru. Ibu dan bapa perlu sehaluan. Jangan ibu tak beri, ayah pula beri. Tak jadi macam ni.
.
.
Jangan hari ni tak boleh, lusa boleh pula. Kesian anak tu.
.
.
Tindakan anak TANTRUM itu SALAH, tapi kalau ibu beralah, maka anak akan mengulangi sikap itu untuk dapatkan sesuatu. Jika ibu tegas, InsyaAllah dia akan berubah sedikit demi sedikit. Tegas tapi lemah lembut dalam tindakan. Kan molek camtu.
.
.
Pastikan PUJI SIKAPNYA dengan TEKNIK NABI bila dia berbuat baik.
.
.
Jom kita jadi ibubapa hebat yang berilmu dan penyayang.
.
.
Cayokkkkk..cayokkk…ibubapa hebat semua.
.
.
Silakan share jika rasakan posting ini bermanfaat.
Silakan like kalau rasa ia best.
Silakan komen kalau rasa ia memang berisi. Hihi.
.
.
#fbyasminsari
#tantrum

Friday, 17 February 2017

5 TIPS KEJUT ANAK PAGI-PAGI TANPA MARAH

Ada 5 cara utama yang min cadangkan untuk kejutkan anak bangun pagi tanpa marah-marah.

Penat kan, marah anak pagi-pagi ni. Dahlah kita nak rushing buat benda lain lagi. Masa tulah si anak ni meliatkan diri bangun pagi.Nak kejut pergi mandi, solat dan sarapan, lepastu tunggu van nak ke sekolah. Bila dah ada anak ni, barulah min tau macamana geramnya rasa bila kejut anak pagi-pagi tapi tak bangun-bangun.

Kalau dulu, huh..cara lembut tak jalan, suara min jadi tinggilah, dan sekali-sekala kena cubit anak tu. Alahai..teruknya rasa. Habis mood pagi tu ke laut. Penat dan hilang keseronokan. Ada masa datang angin kus-kus anak-anak ni, merengek tak nak bangun, tak nak mandi, wah..bertabahlah diri ini.

Nak maintain aura positif ni bukan senang kan. Struggle giler. Dalam kepala ni sebelum tido dah jaga LUA dan gambarkan sekali. Okay, esok anak-anak akan mudah bangun, min akan mulakan hari dengan cergas dan ceria, anak-anak akan dengar cakap ibu dan abah, semua siap on time, semua task yang dirancangkan akan selesai dengan jayanya...wah..berderetlah yang ditulis, digambarkan. Sampai masa, waduh....mencabar sungguh.

Okaylah,panjang benor mukaddimah tu. Okay berbalik 5 cara utama ya. Straight to the point.

Cara 1.

Guna Hypnoparenting script.

Ini dah banyak kali min share dalam posting min yang lepas-lepas.
Min just nak tambah sikit je berdasarkan pengalaman yang min buat.
Pastikan skrip itu pendek, jelas dan positif.
Baca masa gelombang alfa dan yang min buat sebelum anak nak tido dan sebelum bngun tido.
Min kejut anak kul 6pagi, gerakkan dia dan nampak macam menguit atau mata buka sikit anak tu, min baca skrip ni.

Cara 2

Baca Surah dari Al quran

Pasangkan niat, kemudian Baca surah Al-Insyirah (Alam Nasyroh) dan Ayat ke 14 (Surah Al-Mulk). Lepas tu tiup pada ubun-ubun anak.
Baca sebelum anak tido dan sebelum bangun tido juga.
Ayat 14 surah Al-Mulk ada perkataan Latif(Lembut),boleh tengok makna untuk lebih faham.
Min tak sempat hafaz ayat tu, jadi baca je dari quran :)

Cara 3

Pegang tapak tangan anak masa kejutkan dia. Pegang dan sebut nama dia sekali dengan jelas. Dalam masa yang sama gambarkan dalam kepala dia bangun dengan mudah.

Cara 4

Beri pilihan dan Countdown (kadang-kadang tak berjaya)

Cara 5

VAK
Anak perempuan selalunya A-Audio
Jadi, masa kejutkan anak perempuan tu puji banyak, InsyaAllah mudah dia bangun. Pendengarannya sangat dominan bagi anak perempuan.
Anak lelaki pula A+K Audio+Kinestatik. Perlu dipuji dan di sentuh. Jadi, urut-urut, gosok-gosok sikit dan puji, lajulah tu, InsyaAllah.

Ha...banyak kaedah kan. Boleh pilih yang mana bergantung situasi dan keadaan.
Masa sebelum sarapan, min suapkan #QasehGoldJunior dan selesai sarapan min bagi sebiji #iGE. Dalam memberi tu, min minta anak sendiri apa yang diinginkan sebab dalam QJ tu ada air zam-zam, kan dalam hadith ada bagitahu, air zam-zam ni boleh bantu untuk dapatkan apa yang kita mahukan dengan izin Allah.

Secara peribadi, min sangat suka cara 1, 2 dan 3. Min gabung terus teknik 1 dan 2 serta amalkan. Hari tu baru buat 2 kali dah nampak kesan. Alhamdulillah. Jadi min amal terus kaedah 1 dan 2 serta 3 masa nak kejut sahaja sampai sekarang.

Jom, kita jadi kreatif dan inovatif.

Kitakan ibubapa hebat dan positif.

                                                        Mahalnya masa waktu pagi kan.

#fbyasminsari
#qasehGoldJunior
#iGE
#codicafe

Thursday, 16 February 2017

REBUT TV

Apapun situasi dan insiden yang jadi, back to basic. Teknik-teknik yang sama juga diulang-ulang.
Kisah bila aqilah mahu tonton kartun kesukaannya di tv sebelum ke sekolah petang. Amin pula mahu tonton kartun yang lain.

Pulang dari sekolah sesi pagi, memang bagi aqilah kelonggaran sikit. Bagi rehat dengan bermain dan tonton kartun yang disukainya. Jarang sebenarnya aqilah menonton dikala ini.

Amin mengamuk mahu tonton yang dia mahu. Aqilah juga begitu. Supaya adil, min nego dengan amin. Pada posisi melutut, eye level dan nada yang rendah. "Amin, boleh ye bagi kakak tengok dulu sebab dia nak gi sekolah jap lagi. Kesian dia penat. Nanti, kakak dah gi sekolah, amin pula tengok yang amin nak. Bolehkan?" Min minta izin amin. "Yelah bu", Amin jawab

Emm...mudah je sebenarnya. Tak yah marah-marah, stress stress...nanti, kita cepat tua

Sebelum aqilah gerak ke sekolah petang, min bagi dia sebiji #ige lagi.
Kalau nampak letih sangat, topup dengan #qasehGoldJunior. Wakaka..sompek ko iklan yo...

#fbyasminsari
#qasehgold
#ige
#codicafe
#rebuttv

Sunday, 22 January 2017

Word of Affirmation : Perkataan mengesahkan/menegaskan

Perkataan mengesahkan atau menegaskan ini adalah sangat penting. Ia melibatkan aktiviti verbal, iaitu kata-kata. Dalam satu hari, berapa banyakkah perkataan yang kita keluarkan dari mulut kita yang tak bertulang ni? Dan apakah kategori kata-kata yang keluar dari mulut kita kepada anak-anak atau siapa saja disekelilig kita? Merungut, membebel, melabel, marah, berdengus, memuji, menyampaikan maklumat dengan jelas, mengugut..yang mana satu?
.
Ibubapa hebat percaya tak, dengan hanya memuji, keyakinan diri anak dan siapa saja akan meningkat dan berkembang?. Perkataan mengesahkan ada banyak jenis…melabel, membanding, memuji dan yang sama waktu denganya. Jadi, sebaiknya kita pilih kata mengesahkan yang sangat positif iaitu MEMUJI.
.
Sesungguhnya Nabi kita Nabi Muhammad saw, terlalu banyak memuji. Pujian itu juga menjadi antara asbab hati para sahabat sangat lunak dan berkembang potensinya. Pujilah dengan teknik Nabi saw. Memuji dengan teknik Nabi saw ini, perlukan 3 ciri-ciri ini. Iaitu :

1. Kata pujian
2. Puji pada perbuatan
3. Doa/impak

Contoh : 

Wah, ibu kagum(1), bila kakak bantu ibu angkat pinggan ni ke dapur(2), Ibu yakin, Allah dan Rasul sangat suka apa yang kakak buat ni (3)

MasyaAllah, gembiranya ibu(1), dengan usaha kakak solat subuh awal waktu (2), Ibu doakan Allah sediakan hadiah yang istimewa buat kakak di syurga (3)

Bangganya sayang (1), dianugerahkan suami yang penyayang (2), sayang doakan hidup abang diberi keberkatan oleh Allah sentiasa (3)
.
Senangkan memuji, alah..puji je. Tak luak apapun, kasih sayang bertambah mekar, anak-anak dan orang sekeliling pun jadi bersemangat.
.
Seronokkan dipuji…Jom kita mulakan pujian dengan teknik Nabi saw.

Banyakkan memuji. Ia juga merupakan salah satu tangki emosi yang sangat perlu dipenuhi. letak target nak puji berapa kali hari ni. 

Puji banyak-banyak ye

TAWARKAN PILIHAN

Bila orang membeli barang di pasar, antara perkara yang diminta adalah 'minta tawar'. Itu minta dikurangkan harga atau minta diskaun istilahnya kan.

Dalam kes mendidik anak juga ada tawar. Tapi bukanlah air tawar, tawar hati yang takde perasaan dah tu. Huhu...macam pernah rasa je.. Ni kes lain. Beri pilihan atau tawar pilihan pada anak.

Sebelum tu, min nak buat analogi dulu. Macam kita yang sedang memandu kereta, tiba-tiba kita tarik handbrake atau tekan brake. Agak-agak apa yang jadi pada kereta tu? Bahaya kan. Silap-silap oleh berlaku kemalangan.

Macamtulah, dengan kes anak-anak ni. Bila dia sedang lakukan sesuatu perkara yang lain atau dalam suatu situasi yang lain, tiba-tiba kita nak dia lakukan secara terus dan mengejut. Huhu..boleh datangkan kecederaan pada emosi. Kalau tengah tidur, tiba-tiba kena terus bangun dan mandi. Boleh pitam kejap. Tak pun tengah khusyuk tengok tv, tiba-tiba kena pergi mandi, boleh sawan kejap. Hahaha....jangan marah ye. Istilah yang tak best plak min guna.

Bukan apa, kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu boleh mengganggu dan mempengaruhi mood orang itu dan kita sendiri. Yelah, bila kita kejutkan, tak bangun-bangun, kita juga yang hangin..kannn...Kita suruh mandi...tak jugak gerak...Kita juga yang hanginn...Sudahnya..kita jugaklah yang dapat 'darah meninggi' tu sebab asyik terpaksa marahhh aje.

So, kat sini min nak share satu cara yang best. Tak payah nak tinggikan suara atau darah tu. Penat kan, bila kita marah-marah ni. Emosi kita sendiri terganggu lepas tu. Adoii..

Inilah yang dinamakan TEKNIK TAWARKAN PILIHAN. Beri pilihan pada anak. Min bagi contoh situasi dan dialog la ye. Senang nak faham :

Dari :
Kakak, bangun cepat. Pergi mandi, solat,pastu nak gi sekolah pula.

Tukar ke :
Kakak bangun ye. Kakak nak bangun sekarang atau 5 minit lagi?

Dari :
Along, pergi mandi sekarang.

Tukar ke :
Along nak mandi sekarang atau 2 minit lagi?

Dari :
Adik, kongsilah mainan tu dengan kakak.

Tukar ke :
Adik nak kongsi mainan dengan kakak sekarang atau 5 minit lagi?

==

Mudah saja, tak payah jerit dan marah-marah. Tawar pilihan je. Biasa anak ni pilih masa yang kedua tu :). Jadi, dia akan bersedia untuk lakukannya dengan rela.

Dalam masa yang sama, kita melatih dia untuk belajar membuat keputusan.. Dia ada hak untuk memilih dan belajar untuk memilih. Secara tak langsung kita sedang bina keyakinan diri anak tu. Kannn positif macam tu.
Memang ibu ni kena banyak cakap sikit. Nak didik anak memang perlukan banyak pengorbanan. Mulut dan hati kena sangat jaga. Yakin anak baik, mulut tutur yang baik-baik. Usahakan ya. Allah sedang nilai usaha kita. Hasil, biar Allah decide.

Stress free. Boleh ke macam tu?

Smile.

Saturday, 21 January 2017

KEAKUAN YANG COMEL

1.5 -3 TAHUN YANG KE'AKU'AN
===

Siapa yang ada anak berumur 1.5 tahun hingga 3 tahun? Atau pernah punyai anak lingkungan umur 1.5 tahun hingga 3 tahun?

Apa sikap yang kita nampak ketara pada umur ini?.

Pernah tak jadi, bila ada orang lain nak main mainan dia, dia tak bagi?.

Tapi, mainan orang lain, nak pula dia.

Biasa bila jadi macam ni, apa yang ibubapa hebat selalu kata?

"Adik, kongsilah mainan ni ngan kawan. Kesian dia."

Lepas tu menangislah kawan sorang lagi. Oleh kerana anak kita ni ada lebih dari 1 mainan, jadi kita PAKSA dia beri kawan tu pinjam, walhal anak kita tak nak beri.

Pada ketika yang lain, nak pakai baju dan seluar sendiri, walaupun tak betul.

 Bila nampak apa yang dipakainya tak kena, min cuba nak betulkan. Alahai, menangis-nangis plak tak nak dibantu dan lembikkan badan bila dipaksa.

Nak makan sendiri walaupun bersepah dan comot.

Nak suapkan Qaseh Junior sendiri ke dalam mulut walaupun nanti akan tumpah-tumpah (aduh..sayangnya), nak pakai selipar sendiri walaupun nanti akan terbalik.

Yang paling tak tahan, bila min nak cepat, pi jemput kakaknya balik sekolah, dia pula nak pakai kasut sendiri. Di tawarkan pakai selipar tak mahu. Menangis-nangis nak pakai sendiri tak mahu dibantu. Walaupun, in the end min juga kena betulkan kasut tu. Hihihi...comel sungguh.

Emm....ibubapa hebat perlu faham...pada umur ini, inilah fasa yang dipanggil INDIVIDUALISATION. Semua benda dia punya, tak nak kongsi dan nak buat sendiri.

Ini adalah perkembangan yang NORMAL. Sel-sel otaknya sedang berkembang. Ingat tu ya. Jadikan RAI kan setiap kehendaknya, selagi tidak bahaya dan tidak mudharat.

Dia sedang belajar untuk kukuhkan tahap keindividuannya. Belajar untuk mengenali yang dia punyai hak keatas dirinya sendiri. Tahu dan mampu membuat pilihan. Dia mampu untuk melakukannya sendiri.

Keyakinan yang semulajadi dilahirkan Allah pada setiap manusia yang sihat. Di mana, ini akhirnya akan melahirkan sikap KEBERTANGGUNGJAWABAN dalam diri anak.

SubhanaAllah, takjub min sekejap, bila perkembangan psikologi ini difahami. Bersyukurlah bila anak bersikap begini dan bukan mara-marah.

Bukankah bila anak ini semakin membesar, dia memerlukan sikap 'kebertanggungawaban' yang tinggi pada diri?. Untuk berjaya, pada masa depan, dia perlu ada keinginan untuk berjaya. Dia melakukan sesuatu bukannya kerana dipaksa atau terpaksa, tetapi MAHU melakukannya. Sikap MAHU ini lah yang sedang dilahirkan dalam umur KEAKUAN ini.

Jadi, ubah sisi pandang kita pada anak umur begini. Perkembangan POSITIF sedang berlaku dan akan beri kesan pada masa depannya. Dia bukan keras kepala, kedekut, tak dengar kata, TAPI sedang membina sikap 'KEBERTANGGUNGJAWABAN' dalam dirinya.

Jadi, ibubapa hebat. Raikan dan bimbing saja anak ini ya.

Jangan stress dengan sikap yang comel ini.

Semoga hari ini kita jadi ibubapa yang lebih baik dari semalam.

SABAR

SubhanaAllah, teringat min beberapa tahu dahulu, min pernah dengar kuliah ni dari Ustz Ebit Liew. Kata beliau, ibubapa kena bayak menangis, banyak berdoa pada Allah, bangun pada 1/3 malam dan berdoa dengan menangis. Doanya, "Ya Allah, aku tak tau Allah, aku tak pandai Allah, tunjukkan aku dan ajarkan aku bagaimana untuk didik anak-anakku jadi anak yang soleh dan solehah yang Kau cintai. Sungguh, aku tak tahu apa yang terbaik buat anak-anakku, Kau Maha Mengetahui. Justeru, aku mohon Ya Allah, Kau tunjukkilah dan ajarilah aku caranya". Dan min buat apa yang disaran oleh istaizah kesayangan kita ni. Rasa sebak dalam dada. Hasil dari doa itu bukan dapat lepas tu, lepas beberapa tahun barulah min mula faham dan nampak hasilnya sedikit demi sedikit.
.
.
Sangat klishe ayat ni, "Ajarlah anak berpandukan Al-Qura dan As-Sunnah". Ya, min tau dan min faham. Tapi, soalnya bagaimana?. Bagaimana nak praktikkan Quran dan Sunnah dalam didik anak di era canggih manggih ni?. Allahu min tak tau dan tak pandai macamana nak extract khazanah ilmu quran dan hadith ni.
.
.
Tapi kan, bila kita minta pada Allah, dengan niat yang lurus, InsyaAllah Allah akan tunjukkan dan bantu juga. Sama ada cepat atau lambat, dan pada masa waktu yang tepat. Itu semuakan aturan Allah. Setuju?
.
.
Baik. Sekarang FOKUS pada PARENTING ya. Alhamdulillah, bak kata Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat, #membumikan Al-Quran dalam hidup. Itu yang diajari dalam Say It Right. Bagaimana, Al-Quran itu diaplikasikan dalam mendidik anak-anak. Dengan penkajian yang telah dilakukannya, ada 6 Qawla yang disebut dalam Al-Quran yang perlu dipraktikkan dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah, min akan detailkan satu persatu pada masa akan datang. Itu kisah Al-Quran.
.
.
Tentang hadith pula, kita kini telah dipermudahkan dengan adanya Tim pengkaji Teknik Nabi. Mereka semua telah bersusah-payah mengkaji hadith-hadith nabi saw bagi memudahkan kita mengaplikasikan dalam kehidupan kita. Bukan saja pada anak-anak, malahan merangkumi kepada segala aspek sosial. Kursus yang memperkenalkan min pada teknik nabi ini min hadiri pada 23 Feb 2014. Lebihkurang 3 tahun lepas. Menerusi Puan Ustazah Siti Khadijah di Shah Alam. Balik dari situ, terus min amalkan hingga sekarang. Alhamdulillah. Memang indah dengan teknik nabi. Seterusnya min ikuti fb Puan Khairulaniza Khairuddin dan Puan Ainon Mohd. MasyaAllah, semakin mudah untuk mempraktikkan teknik nabi ini.
.
.
Seterusnya min gunakan pelbagai approach yang diperkenalkan Puan Maznah Ibrahim sebagai individu yang sangat mahir dalam bidang psikologi. Min pelajarinya dari Eh Sabar dan seterusya diteruskan dengan coaching secara langsung dan tak langsung menerusi Telegram Eh Sabar. Interaksi yang tidak putus antara min dengan Pn Maznah Ibrahim serta alumni yang sentiasa positif. Juga mengikuti rapat fb Ibu Rose-Mesejnya Kasih, telah banyak membantu min memahami dunia keibubapaan ini menerusi aspek psikologi dan perkembangan manusia ini. SubhanaAllah.
.
.
Kaedah Pn Maznah Ibrahim dan Ibu Rose tak jauh beza. Ada adaptasi quran dan sunnah di situ. Plus pendekatan psikologi yang manusiawi. Min amal dan apply kesemua teknik itu. Alhamdulillah, memang besar kesannya kesannya pada anak-anak dan pada diri min sendiri, itu yang utama. Sebenarnya banyak lagi, tokoh-tokoh 'parenting' yang min ikuti dan pelajari. Tapi ambil sedikit-sedikit. Yang min nampak, memang ada persamaan pattern di antara mereka. KESABARAN.
.
.
Kesimpulannya, SABAR adalah 'tool' paling penting dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah, dengan SABAR + TEKNIK yang betul, kita semua mampu mendidik anak dengan lebih baik. Tak perlu lagi ikut cara yang lama. Kita ubah generasi masa depan, dengan mengubah anak-anak kita. Cara mengugut, menempelak, menyindir, bahasa kiasan yang mendatangkan perasaan negatif, rotan tanpa asas, cubit untuk lepaskan geram, bunyi suara yang tinggi, bahasa kesat, wajah garang, bahasa badan yang menyakitkan hati, serang peribadi....sudah cukupppp..Marilah ibubapa hebat semua. Kita ubah, UBAH SEKARANG!!!!
.
.
Bukan nanti atau esok. Belum tentu esok ada lagi buat kita atau anak kita. Luruskan niat. Betulkan cara, terus cari ilmu. Doa terus dipanjatkan. Semoga Allah beri kekuatan buat kita semua untuk melahirkan generasi Islam yang kuat dan cemerlang SQ, EQ dan IQ.
.
.
Ayuh...ayuh ibubapa hebat...Kita berjuang bersama. Membentuk peribadi dan sahsiah anak yang Allah dan Rasul banggakan. Ini tugas kita semua. Bukan min, bukan ustaz ustazah, bukan pn maznah ibrahim, ibu rose, ustazah siti khadijah, cikgu khairulniza, Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat atau tokoh-tokoh keibubapaan sahaja. Bangkit, teruskan dan jangan pernah mengalah.
.
.
Jom...

Thursday, 19 January 2017

DENGARI SUARA ANAKMU

Alhamdulillah, syukur sangat bila kita dah faham tentang parenting skill positif ni. 
.
Sudah banyak pendekatan min pada anak-anak yang min ubah. 
.
Bukan susah sangat pun sebenarnya nak buat. 
.
Alah bias, tegal biasa.  Memang mula-mula rasa susah, sebab cabaran datang dari diri sendiri, iaitu SABAR.
.
Min nak cerita tentang kisah min dan anak sulung darjah 3, Hazim.
.
==
.
Baru-baru ni, min, suami dan anak-anak yang lain sedang membuat tugasan masing-masing di meja.  Hazim dan Aqilah sedang menyiapkan kerja sekolah masing-masing.  Ada soalan yang Hazim tak dapat nak jawab, dan minta bantuan abahnya untuk menjawab. 
.
.
Lalu, abahnya membantu dan didapatinya ada kesilapan disitu dan abahnya minta jawapan lama dipadamkan.  
 .
.
Hazim memadamnya menggunakan ‘pemadam’ yang bukan disediakan oleh abahnya.  Untuk pengetahuan, abahnya telah membeli sekotak pemadam yang mengandungi 50unit untuk seisi keluarga.   
.
.
Memang abahnya jenis orang yang rapi persediaannya dan sistematik.  Hatta, set alat tulis telah disediakan pada kadar yang agak banyak supaya tidak perlu kerap ke kedai dapatkan sebarang keperluan alat tulis dalam masa terdekat.
  
                                                                   Kisah pemadam

Bila dilihat abahnya, seoalah-olah ada perasaan yang tidak senang disitu. “Hazim, ni bukan pemadam yang abah beli ni, kan?. Ni yang abah tak suka hazim ni, guna duit belanja beli macam-macam yang tak perlu. Kita kan ada banyak pemadam kat rumah. Membazir je beli yang lain. Siap beli sampai 3 pulak tu.  Tak pe, abah dah tau dah. Abah tengok lagi nanti. Taulah abah nak buat apa lepas ni.” Huhu…Min tengok muka anak dah lain masa tu, macam muka cuak. Dia tak kata apa-apa, just diam je….Okay, min dah ‘detect’ something is wrong.  Apa yang min kesan kesilapan disitu..Serangan peribadi, membebel dan Ugut!

Sebagai ibu dan ada sedikit kefahaman ilmu parenting, min cuba masuk kaki. Bismillah, dalam hati ni nak bantu anak untuk luahkan dan bantu suami untuk memahami.  Ya Allah,bantulah aku.
.
.
Min bersuara, “Hazim, boleh hazim bagitau ibu, kenapa Hazim beli pemadam ni?. Tak pe, ibu tak marah. Cuma ibu nak tau je kenapa”.  Lalu hazim jawab dengan suara yang takut-takut, “Kawan-kawan hazim semua ada pemadam macam ni, hazim je takde”. 
.
.
See….bila dah dapat jawapan dari hazim tu, terus lain perasaan kita.  Yelah, seolah-olah satu keinginan yang bersangatan dalam diri anak. Alah, pemadam je kot.  Tapi ada sebab yang jelas.  Itulah tangki emosinya, TANGKI MATERIAL.  Dia penuhi TANGKI MATERIAL dengan sendirian, tak minta bantuan kita atau tak minta kita belikan.
.
.
Ye, min tau sebenarnya pemadam tu 2 dalam 1. Fungsinya sebagai pemadam dan permainan. Memang ada satu jenis permainan yang min nampak anak min pernah main dengan permadam ni. Min Nampak air muka suami juga agak lain. Lebih tenang dan tak berkerut seperti mula-mula tadi yang seakan-akan agak marah dengan tindakan hazim membeli pemadam tu.
.
.
Tapi dalam masa yang sama, min cuba didik hazim untuk hargai apa yang abah dia dah sediakan dengan teknik beri maklumat.
.
.
Min tambah, “Oh, hazim beli sebab kawan-kawan semua belikan.  Jadi, hazim teringin nak ada juga ya. Baiklah, ibu dan abah dah faham. Tapi, boleh tak lepas ni, hazim tak payah dah beli pemadam tu? Kat rumah kita ada banyak lagi pemadam. Kalau nak juga, hazim minta izin abah dulu ye. Kalau sebab jelas, InsyaAllah abah izinkan.  Abah dan ibu bukan marah, cuma, kami tak mahu berlaku pembaziran dan membazir inikan amalan syaitan. Boleh hazim?”.
.
Hazim Jawab, “Baik ibu”.
.
.
Alhamdulillah, keadaan di meja tu dah kembali tenang, yang seawalnya agak tegang. 
.
.
Nampak kan, betapa pentingnya peranan kita sebagai ibubapa yang ada ilmu.  Kalau dulu, min tak sempat nak cuba fahami apa yang ada dalam hati anak. Kita rasa kita je betul, tindakan kita je tepat.  Anak-anak ni tak cukup makan garam. Tak kenal mana baik mana buruk. Padahal, kita sendiri banyak yang buruk lagi. Astagfirullah.
.
.
Macam biasa, teruskan didik anak dengan pendekatan yang lemah lembut tetapi tegas.  InsyaAllah, anak-anak akan lebih mudah dijinakkan hati dan sikapnya. Cuba fahami anak, InsyaAllah bila sampai masanya nanti, dia akan memahami kita pula.  Biar anak hormati kita bukan takuti kita.  Hormat dan takut dua perkara yang sangat jelas berbeza.  Ini ‘longterm relationship’.  InsyaAllah hingga ke Jannah.  Aminn..
.
.
Sebagai Isteri, min tak mengajar suami.  Tapi, lebih kepada mengubah diri min sendiri.  Bila dapat ilmu, min cuba amal.  Lelaki ada ego sendiri, min sebagai wanita, hormatinya.  Cuma sekali-sekala, pada waktu yang sesuai, min kongsikan tips parenting yang min belajar. Suami min banyak sangat bagi min sokongan dalam ubah pendekatan mendidik anak-anak. 
.
.
Keizinannya, sokongan material dan moral untuk min hadiri pelbagai kursus dan seminar parenting dah cukup kuat membuktikan keinginannya melihat min jadi ibu dan isteri yang lebih baik.  Min sangat hargai, bila suami sudi membantu jaga anak-anak yang lima orang itu di rumah, ketika min hadiri kursus atau seminar, yang kadang-kadang memakan masa setengah hari dan ada yang seharian.  Bukan mudah ya, sebagai seorang ‘rijal’ mengasuh anak-anak di rumah sendirian tanpa bantuan sesiapa.  Anak-anak yang masih kecil cenoit 9tahun, 7tahun, 4tahun, 2tahun dan 7bulan.  Boleh bayang tak keadaannya seorang ‘rijal’ mengasuh anak-anak ni. Terima kasih Allah, hadiahkan seorang ‘rijal’ yang sangat ‘gentleman’.

.
.
Baik.  Tiada siapa antara kita yang sempurna.  Min juga begitu. Jadi, jom terus-meneruslah kita belajar. Dapatkan ilmu dari pelbagai cara dan medium ikut kemampuan kita.  InsyaAllah, dengan niat yang jelas dan betul, pasti Allah akan bantu min dan sahabat semua.  Jangan lupa jaga LUA ketak-ketat okay.  Eh, ingat lagi ke, apa itu LUA?.
.
.
Kipidap ya, dongibap.
.
.
Dengari isi hati anakmu sebelum dikau jatuhkan dia hukuman.
.
.
#fbyasminsari

Wednesday, 18 January 2017

Pause 3 Saat

Selalu je ada situasi yang mencabar kesabaran kita kan...

Nabi pesan "Jangan marah" sampai 3x.

Nampak tak....betapa pentinggggnya sabar..

Okay, min share tips ye. Macamana nak berhadapan marah.

Bila sedar yang kita dah mula nak marah (yang kebanyakan sebab adalah ego kita sendiri), boleh try teknik 'Pause 3saat'.

Caranya :

1. Betulkan cara pernafasan. Tarik dan hembus nafas.

2. Tukar posisi atau kedudukan dari tpt marah tadi.

3. Senyummmmm sampai ke telinga..

Amacam boleh buat?

Try yer...min dah try..InsyaAllah menjadi.

#fbyasminsari
#anakqasehjunior

Postmoterm Lepas TIME OUT

.
1-“Selalu sangat mengamuk, saya kuncikan dia dalam bilik. Sampai dah reda tu, saya bagila dia keluar. Memang behave la lepas tu” (Niat tak jelas)
.
2-“Hah…buat perangai lagi, nanti ibu kurung dalam bilik TIME OUT kang. Nak?” (Ini mengugut)
.
3-“Abang duduk dulu dalam tu. Bila abang dah tenang, baru ibu buka pintu bilik ni.” (Tiada had masa)
.
4- Selesai TIME OUT tiada postmoterm. (Tiada postmoterm)
.
=====
.
Ada beberapa perkara yang kurang tepat dalam mengaplikasikan teknik TIME OUT, bila dirujuk pada dialog di atas.
.
Kes 1 - Asal anak mengamuk je, masuk bilik TIME OUT. Memang short cut, ini bukan teknik mendidik, tapi macam cara mudah nak bagi anak diam. Seolah-olah kita paksa dia duduk diam. Bertingkah seperti yang kita mahukan, dikhuatiri anak itu menjadi robot, yang sudah dicabut perasaannya.
.
+Beri peringatan dahulu pada anak. Gunakan pendekatan yang lebih lembut dahulu. Dengari suaranya, kenapa dia bertindak begitu. Dah tak jalan juga, barulah gunakan TIME OUT. Teknik ini juga ada tahap umur minimum ya. Paling cepat umur 3 tahun.
.
.
Jangan pada 2 tahun kebawah, mereka belum kenal lagi erti marah. Kesian, bila salah orang yang kena TIME OUT.
.
Kes 2 – Bilik TIME OUT atau sesi TIME OUT jadi satu cara ugut anak pula. Yang mana sepatutnya ia dilihat dari sisi positif, tapi jadi perkara yang menakutkan pula bagi anak.
.
Kita mahu mendidik, bukan menakutkan. So , betulkan yang tak betul.
.
+Ingat lagi posting min, banyak min ingatkan tentang ugut ini hanya akan mendatangkan mudharat dan bukan manfaat. Ia memang ‘shortcut’, tapi cara ini sedang menyimpan ‘kemarahan terpendam’ anak pada kita.
.
Kes 3 – Tidak bagi ‘time frame’. Ikutlah berapa lama ibu nak letakkan anak dalam tu. So, ini buat anak lagi stress..sesuatu yang tidak dapat diukur.
.
+Kita pun, kalau buat kerja tiada ‘time frame’ akan stress. Inikan pula anak, yang masanya perlu dipenuhi dengan kegembiraan.
.
Kes 4 – Tiada sesi postmoterm selepas TIME OUT. Bahaya!. Boleh mendatangkan salah faham pada anak, sebabkan dia kurang yakin diri, jadi penakut dan lain-lain.
.
+Bahaya! Jangan lepaskan anak dari sesi TIME OUT tanpa POSTMOTERM
.
======
.
Penting sangat ke postmoterm tu?
.
Ye…penting sangat penting lagi mementingkan…huhu
.
Anak ini akan menyangka pelbagai pada tindakan kita.
.
Mereka tiada kematangan dalam fikiran untuk menilai sesuatu tindakan.
.
Kita yang dewasa ini, perlu bantu anak-anak untuk menjustifikasikan ia. Wah…faham ke faham ni?
.
Kalau lepas postmoterm kita lepaskan begitu saja, tanpa penjelasan yang jelas, boleh sebabkan anak hilang kepercayaan kepada kita, menyangka yang kita dah tak sayangkan dia, sangka yang dia memang anak yang jahat, sangka memang dia menyusahkan ibubapa, rasa takut pada ibubapa dan macam-macam lagi yang akan keluar dalam kotak fikiran anak-anak ni.
.
Anak-anak ni tak faham tindakan perkara yang tersirat.
.
Perlu dijelaskan dengan terang.
.
.
.
Baik…sekarang dah tau kenapa penting postmoterm..
.
Jadi, selesai sesi TIMEOUT , sesi postmoterm boleh begini:
.
1- Peluk anak dan katakan “Ibu sangat bangga, bila abang dapat bersabar sepanjang sesi TIME OUT tadi. Ibu kagum.”
.
+Walaupun masa tu anak menangis, peluk dan puji saja.
.
2- Sekarang, pegang bahu, eye level, beri sebab yang jelas kenapa TIME OUT atau boleh guna komunikasi ASERTIF.
.
3- Peluk sekali lagi dan bisikkan pada dia di telinganya, apa yang kita harapkan.
.
.
.
Jom perbaiki apa yang perlu.
.
Yang mana dah ok, just konsisten.
.
Jom jadi ibubapa cemerlang dan positif.
.
.
#fbyasminsari
#postmotermtimeout

Tantrum dan Gajet Umur 3 Tahun Lebih

Gajet dan tantrum memang perkara yang sinonim.

Baiklah, sebenarnya ini adalah pengalaman peribadi min sendiri menangani anak yang terlalu suka kan gajet untuk bermain game dan menonton video yang telah min 'install' di 'handphone'. Bila kita tak bagi, dia akan mengamuk dan di sini didefenisikan sebagai Tantrum bila mengamuk itu tidak terarah. Sampai membaling barang. Tujuan mengamuk itu mahu dapatkan kembali 'handphone' itu. Ingat ya, anak tantrum adalah normal bagi 1 setengah tahun hingga 4 tahun sebab dia tak tau cara yang terbaik menunjukkan atau menyampaikan maklumat.
.
.
Ya, min pernah silap. Membiarkan 'handphone' menjadi 'babysitter' pada anak. Kerja mudah dan shorcut. Jadi, dengan gajet ni, dia takkan kacau kita selalu. Maklumlah ibu dia ni 'busy' lah sangattt. Jadi, selepas beberapa lama, min perhatikan dia sudah jadi agak mudah mengamuk, andai lambat dapat sesuatu. Rupa-rupanya ini merupakan simptom ketagihan gajet. Astagfirullah, kecil-kecil lagi sudah alami masalah ini, akibat kealpaan min sebagai ibunya. Ini nama nya 'react', dah jadi baru nak bertindak. Jangan jadi macam min ye. Jadilah ibubapa yang 'respons' yang bertindak lebih awal, yang mencegah bukan mengubati.
.
.
Baik. Sekarang benda dah jadi. Min pun dah tau akibat kalau dibiarkan terus dengan gajet ini. So, min perlu tegas dan hentikan segala kebodohan min ni. Bukan tak boleh guna gajet, tapi kena kawal.
.
.
Jadi, min tekad. Satu hari min nekad kurangkan semua penggunaan gajet. Min beri dia main dengan semua mainan yang ada dalam rumah ni. Tapi, sampai satu masa dia mula bosan dengan permainan tu dan mula minta 'handphone'. Min tak beri dan cuba alihkan perhatiannya dengan perkara lain. Namun, tak berjaya. Bahaya betul gajet ni. Sehinggalah dia mengamuk, dan membaling barang mainannya.
.
.
Min, rendahkan kedudukan min, pada eye level, guna komunikasi asertif, berlembut dan peluk dia. Tau apa jadi?. Dia tetap mengamuk. Tak berjaya cara tu. Akhirnya, min terpaksa guna teknik 'TIME OUT'.
.
.
Min kata pada dia, "Ibu rasa sangat geram bila amin mengamuk dan baling-baling barang walaupun ibu dah pujuk dengan baik. Jadi, ibu akan letakkan amin duduk dalam bilik selama 2 minit."
Seterusnya min angkat dia, dan kuncikan dalam bilik yang selamat selama 2 minit. Memang dia marah dan mengamuk, menjerit masa dalam bilik tu. Min biarkan saja. Cukup 2 minit min keluarkan dia, walaupun masatu dia masih menangis dengan kuat. SO, sekarang proses postmoterm.
.
.
Bila dia keluar, min peluk, eye level dan katakan :
.
"Ibu bangga bila amin bersabar sepanjang time out tadi," (walaupun dia tak sabar pun, menangis dan mengamuk sepanjang time out tu).

"Sebenarnya ibu sangat sayangggkan amin. Ibu bukan marah amin. Tapi, ibu marah pada sikap amin. Sikap itu yang ibu tak suka. Sikap baling barang dan mengamuk bila tak dapat handphone dan apa saja yang amin nak".

"Lepas ni, kalau amin nak apa-apa, amin kena minta dengan baik, kalau ibu tak beri itu bermakna belum masanya untuk dapat. Amin nak handphone boleh, kita boleh bincang. Tapi ada syarat-syaratnya.".

(Semakin reda tangisannya, Alhamdulilah).

Lepas tu, peluk, cium dan ajak buat aktiviti bersama.

Sangat behave lepas tu.
.
So, ibubapa hebat. Kita kena melayan anak dengan lemah-lembut tetapi tegas. Tegas bukan bermakna garang ya.
.
.
Sekian sharing min. Semoga bermanfaat buat anak-anak yang kita dah tersilap asuh.
.
.
Sebenarnya kesian anak-anak ni. Jadi begini sebab salah kita. Kita yang beri terlebih gajet padanya. Bila dah ketagih, kita plak yang marah-marah. Tak adil kan. Dimanakah keadilan kata Pak Utih.
.
.
Semoga bermanfaat.
.
.
#fbyasminsari
#gajettantrum3tahunlebih