Showing posts with label fasa individuating. Show all posts

Thursday, 1 June 2017

Anak umur 3 tahun tersangatttt aktif

Assalamualaikum semua.

Baiklah. Sebenarnya kali ini min nak share satu cabaran ibu hebat ini. Ibu hebat yang positif ini PM min dan mohon agar dibantu mencari jalan keluar bagi permasalahannya. Sebenarnya min sangat berbesar hati. Kenapa? Sebab kepercayaan ibu ini dan ramai ibu-ibu lain yang PM dan nyatakan kesediaannya berkongsi cabaran dalam mendidik anak bersama min yang tak berapa nak pandai ni.

Sungguh, min ni bukanlah orang yang hebat dalam dunia parenting ni. Min bukanlah siapa-siapa. Hanya sekadar ingin berkongsi ilmu yang min ada sikit-sikit ni. Ilmu parenting ni, banyak yang min dapat pelajari dari pengalaman sendiri membesarkan dan mendidik 5 orang cahaya mata yang berderet…hihihi…Umur lingkungan 9 tahun – 1 tahun. Juga semestinya ilmu-ilmu dari sifu tersayang Puan Maznah Ibrahim, Ibu Rose-Mesejnya Kasih, Umi ros (Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat), pembacaan dan audio serta video yang banyak kita boleh dapati hari ini. Tak lupa juga keluarga Alumni EH SABAR yang tersangattt banyak membantu min dalam membantu meningkatkan kefahaman min dalam ilmu-ilmu parenting ni.

Alhamdulillah…syukur pada Allah yang tak pernah menjadikan sesuatu dengan sia-sia. “Saya adalah insan yang akan beri perubahan pada dunia”, “Saya orang yang penting dan diperlukan dalam masyarakat”…antara ilmu-ilmu yang min belajar dari Ibu Rose. Rasakan diri itu penting dan punya misi, maka kita akan mampu untuk terus teguh berdiri dan mendepani apa jua cabaran. Alahai…panjangnya melalut. Baik, kita ke topik asal. Seperti biasa, sebaiknya min kisahkan dulu, apa cabaran ibu hebat itu.

=============================

Soalan :

Assalamualaikum Puan Yasmin.

Saya nak tanya pendapat puan mengenai anak saya. Lelaki berumur 3 tahun. Saya dah tak bekerja sejak setahun yang lalu, jadi anak juga sudah tidak ke taska sejak berumur 2 tahun. Anak saya aktif. Ramai yang kata, lain macam aktifnya.

Masa di taska dulu, selalu dapat laporan dari pihak taska, anak saya gigit dan cakar orang lain.
Kini, saya jaga anak sendiri di rumah. Tapi, saya tinggal bersama mertua bersama ipar yang punya anak berumur 2 tahun.

Apa yang saya lihat, bila geram, anak saya akan tarik rambut, cubit atau cakar sepupunya. Hampir setiap kali bermain, insiden ini akan berulang.

Saya rasa stress dan rasa macam nak keluar dari rumah ni. Dan setiap kali mainan ini dipegang oleh sepupunya, anak saya pasti berebut dan nak mainan itu juga. TAPI pasti tak dapat, sebab semua orang utamakan sepupunya yang lebih kecil.

Kadang-kadang anak saya tarik rambut sampai sepupunya jatuh terlentang ke belakang. Puas saya tegah. Macam-macam cara, berlembut sudah. Bila tak dengar, saya jadi geram dan naik tangan. Bila itu terjadi, saya sangat kecewa dengan diri sendiri.

Saya sangat buntu, kenapa anak masih tak faham walau telah diulang berkali-kali.

Tapi, akhir-akhir ni, saya ambil pendekatan tegur dan cakap elok-elok dan peluk dia. Kalau saya geram sangat, saya hanya pukul manja di peha atau punggungnya sahaja.

Boleh puan beri pandangan?
Ibu yang buntu

============

Jawapan :

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya satu langkah bijak puan ni dah lakukan iaitu cuba cari lagi ilmu keibubapaan dalam usaha depani cabaran ini dengan cara yang positif. Tak delah guna cara lama iaitu mara-marah, pukul-pukul, ugut-ugut anak itu.

Min kagum dengan usaha ibu hebat ini, yang telah berusaha menggunakan pendekatan baik pada anaknya seperti cakap baik-baik pada anak tentang kelakuan yang tak elok tu dan peluk anak selalu. Itu semua nampak kecil, tapi yakinlah, itulah antara antara tips penting dalam mendidik anak ni. Cakap baik-baik dan peluk dah penuhi 2 tangki emosi iaitu W-word dan To-Touch. Di mana memenuhi lompong dasar iceberg anak yang mungkin agak kekurangan. Tahniah puan. Teruskan puan, banyakkan dan kerapkan lagi.

Fasa umur 3 tahun, apa yang kita tahu adalah fasa Individuating/Autonomi/ Keakuan.
Emosi anak pada umur ini memang agak ‘panas’.

Barang dia tak nak kongsi, tapi barang orang lain nak pula. Semua nak buat sendiri, bila tak berjaya atau sukar, dia jadi mengamuk. Mudah mengamuk dan merengek. Senang cerita, pada umur ni, orang yang tak faham akan kata anak ni, nakal, degil, hyperaktif, kedekut, dan macam-macamlah label yang negatif tu. Aduhai…

Takpe, buat kita yang mencari ilmu ni, jangan terikut-ikut cara lama. Yang penting kita tau dan faham, ini adalah fasanya. Fasa untuk membentuk kreadibiliti diri, jati diri dan imej diri anak itu. Semua sikap negatif tu, kalau kita positifkan mesti boleh jadi positif. Pada fasa ini, anak masih belum pandai dan matang luahkan emosi dengan cara yang betul. Maka, kitalah yang kena didik dan ajar. Didik dengan loving and firm (sayang tetapi tegas).

Tegas tu bukanlah bermakna garang. Tegas tu berpendirian tetap dan teguh. Tak perlu pukul-pukul dan marah-marah kalau nak jadi tegas. Beza tau antara tegas dan garang tu.

Anak kecil ni punya tenaga (energy), tenaga itu tak boleh dimusnahkan, tapi boleh diubah bentuk. Kita boleh salurkan tenaga itu dengan cara yang lebih positif. Itulah ibu kena belajar. Biasalah, anak yang lebih besar ni, suka punya kuasa yang lebih, lebih berkuasa. Ini juga salah satu sikap anak jenis ‘strong will’. Anak begini, sebenarnya bagus. Dia tegas. Bayangkan, pada masa depan, bila diasuh dengan betul, anak ini mampu menjadi seorang pemimpin yang tegas tegakkan kebenaran. Tapi, kalau silap asuh, kita mampu mematikan sikap kepimpinan yang ada dalam dirinya secara perlahan-lahan. Nauzubillah.

========

Antara perkara yang puan boleh lakukan adalah :

1. Bantu anak luahkan emosi dan tenaga dengan betul.

Seperti yang min ceritakan tadi, tenaga tak boleh dimusnahkan, tapi boleh berubah bentuk. Puan boleh bantu anak ini, untuk salurkan tenaga marah atau geramnya dengan aktiviti fizikal seperti berlari, menumbuk punching bag, menjerit, melompat, cabut rumput, kayuh basikal, menconteng kertas. Apa saja aktiviti yang mampu meluahkan perasaannya tanpa dia mencederakan orang lain mahupun emosinya sendiri. Penting ya, kita bantu anak ini meluahkan perasaannya dengan cara yang betul. Sebab itu, akan membantu dia menangani tekanannya sendiri dengan positif apabila dia semakin membesar pada masa depan.

2.Boleh gunakan hypnoscript untuk memasukkan maklumat POSITIF yang kita mahu ke minda bawah sedarnya pada waktu gelombang ALFA. (Boleh rujuk posting saya yang lama #hypnoparentingscript). Jangan lupa gunakan skrip yang pendek, jelas dan positif.
Cth : Sufyan hanya gunakan sentuhan selamat pada Aina

2. Elak marah-marah pada anak.
Dengan memarahi anak, sebenarnya anak akan lebih sukar untuk memahami. Maklumat yang kita cuba sampaikan juga sukar untuk diterima dengan baik. Jadi, ibu kena sabar. Tarik nafas, ubah posisi, letakkan diri di tempat anak, senyum dan minta anak ingatkan kita supaya tarik nafas dan senyum bila kita marah.

3. Banyakkan masa istimewa dengan anak.
Special time one to one dengan anak. Lagipun dia sorang je kan. Untuk cipta ‘bonding’ yang kuat antara ibuanak. Anak akan sangat mudah dengar kata, InsyaAllah bila punya banyak masa yang berkualiti dengan ibunya.

4. Sediakan mental anak sebelum dia main, pesan, teknik intro dan closure

Cth :
Nanti, nak main ngan Aina,
Main elok-elok,
Share mainan,
Ibu, Allah dan rasul suka
Sufyan orang baik, suka main baik-baik dan share mainan.

5. Penuhi tangki emosinya. To-W-A-Ti-G
Touch-Word-Act-Time-Gift. InsyaAllah anak yang penuh tangka emosinya, kuranglah masalahnya. Sikap yang kurang kita berkenan adalah salah satu sebabnya tangka emosi yang bermasalah.

6. Jaga LUA.
Ingat, apa yang kita fokuskan itu yang akan datang. Kalau kita FOKUS SOLUSI, SOLUSI yang datang. Kalau MASALAH, maka MASALAH lain akan datang.
Pstt : Ada kawan min share, bila datang je ‘perangai’ anak ni, kita peluk dia kuat-kuat, pelukan yang full of love sambil selawat, sambil bersandar pada badan kita dan cakap perlahan padanya. Biasanya anak macam ni kalah pada orang yang ‘provide more love to them’. Dapat ke?

----

Min nak ingatkan sekali lagi, adalah NORMAL bagi anak 1 tahun setengah ke 4 tahun untuk menjadi tantrum. Tak mahu kongsi mainan, mahu ambil mainan orang, nak buat semua benda sendiri, bila tak dapat nak mengamuk.

Umur 3 tahun ke bawah tiada apa yang salah. Mereka masih belum matang emosi dan sikap. Pada umur ini
Emosional Brain yang banyak main peranan. Jadi, saboooo jela.

Umur bawah 7 tahun umur belajar menjadi mumayyiz.
Memang tak de hukuman yang perlu diberi melainkan peringatan dan tunjukkan cara yang betul pada anak (modelling).

Bila umur 10 tahun baru rotan (sebab tak solat, itu pun ada kaedahnya). Tapi 7 tahun dah mula suruh solat. So, 7-10 tahun fasa displinkan untuk anak solat.

So, puan yang hebat, terus mendidik anak dengan sabar, prepare anak sebelum bermain dengan pesanan, kuatkan hypnoscript, educate orang sekeliling jika boleh (untuk faham fasa individuating), jika tak mampu doakan saja, urus anak kita dengan tenang dan berhemah.

Puan, jangan stress sangat. Anak puan perfectly NORMAL. Jangan banyak marah-marah. Banyakkan DOA dan SOLAT.
 
#fbyasminsari
#umur3tahunmencabar

Fahami FASA Perkembangan Anak-Anak

+Fahami fasa perkembangan anak-anak.

+Attachment 0-2 tahun sangat penting.

+Umur ini penting tanamkan rasa selamat, yakin dan percaya anak pada ibubapa.

+Jika berlaku konflik yang besar pada fasa ini, hubungan boleh jadi sukar pada masa depan dan perkembangan mental juga boleh terjejas.

+Biasanya seawal umur 7bln akan bermula fasa "separation anxiety" dan berakhir sekitar 1thn 6bln

+Bermula 1thn 6bln fasa tantrum/individuating/autonomi/keakuan pula ambil alih.

#fbyasminsari

Fasa individuating VS separation anxiety

Soalan : Puan Yasmin, saya ada anak umur 2 tahun 2 bulan dan 11 bulan.
.
.
1. Masalah saya, anak sulung tu selalu buat perangai bila saya main dengan adiknya.
.
2. Anak sulung tu juga kalau tak berjaya nak sempurnakan permainan yang dia main, dia akan mengamuk. Menangis-nangis minta saya betulkan mainan tu.
.
3. Anak 11bulan pula, pantang saya hilang kejap, mesti nangis. Kuat pula tu. Saya nk pergi tandas sekejap pun susah.

Macamana saya nak buat ni puan?
.
.
====
.
Jeng..jeng..jeng..hah...ibubapa hebat kat sini...agak-agak tau tak camna nak solve masalah kawan kita ni?
Yang ada pengalaman bolehla share sama-sama. Kita bantu kawan kita ni, nak?
.
.
+++++
.
Jom kita kenalpasti apakah cabaran yang penjaga ini hadapi.
.
.
KES 1
.
.
Bagi kes 1, jelas yang anak ini perlukan perhatian. Tangki emosinya kekurangan. Ingat lagi 5 tangki emosi yang pernah kita bincangkan dulu? Siapa yang beli Ebook Saya Tak Nak Marah Anak Lagi, (boleh dapatkan di link ini : bit.ly/Ebookteknikrebonding ) pasti faham dengan jelas. 5 Tangki emosi iaitu perkataan yang mengesahkan, material, masa berkualiti, sentuhan dan perlakuan. Dari 5 tangki emosi ni, yang paling ketara keperluan anak ni adalah masa berkualiti dan sentuhan.
.
Yelah, diakan anak sulung. Ada adik yang dekat sangat jarak umurnya. Sebab tu kenapa disarankan untuk merancang kehamilan hingga sekurang-kurangnya 2 tahun, supaya anak itu mendapat sepenuh perhatian yang sewajarnya saat perkembangan emosi yang kritikal ini. Tapi, takdir Allah menentukan yang si abang ni cepat dapat adik. Maka apakah solusinya?
.
.
SOLUSI KES 1
.
+ Uruskan si adik dulu, bagi dia kenyang dan tidurkan dia.
+ Masa adik tidur, penuhkan masa berkualiti dengan si abang. Main bersama, bercerita, masak-masak, beraktiviti bersama. Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama secara ada interaksi dua hala. Anak-anak sangat suka kalau kita sertai aktiviti dia berbanding kita sediakan keperluan mainan saja dan tinggalkan. Min biasa juga main soro-sorok dengan anak (wah, yang ni memang susah sebab tempat menyorok terhad), main lego, main puzzle, macam-macam. (Tangki Emosi Masa Berkualiti)
.
+Sambil beraktiviti, boleh beri sentuhan yang positif buat anak. Peluk, cium, usap, belai apa saja sentuhan yang anak gembira. (Tangki Emosi Sentuhan)
.
+Juga jangan lupa tangka perkataan yang mengesahkan iaitu PUJI, puji dengan TEKNIK NABI banyak-banyak ye. (Tangki Emosi Perkataan Yang Mengesahkan)
.
+Lakukan secara istiqomah SETIAP HARI hari selama SEMINGGU, dalam 30minit ke 1jam. Tengok pada keadaan. Jadi,kenalah rancang apa aktiviti itu.
.
+ Beri sepenuh perhatian pada anak itu. Kita kan mahu merawat hati anak si abang. Letakkan hp ke tepi ya
.
+InsyaAllah, ia akan terawat. Tengok hasil selepas seminggu.InsyaAllah akan ada perubahan.
.
.
.
KES 2
.
Ini kes Tantrum. Ingat tak posting min tentang tantrum. Biasanya pada umur 1 setengah hingga 4 tahun anak akan ada kes tantrum. Ia bukan penyakit atau sindrom apa-apa. Tapi ia adalah cara anak ni nak respon pada sesuatu yang dia mahu, nyatakan rasa tak puas hati atau mahukan perhatian kita. Ia adalah NORMAL.
.
Kenapa tantrum, sebab anak ni masih belum pandai menyampaikan sesuatu maksud atau kehendak dengan betul. Jadi biasalah kalau anak pada umur begini menangis, mengamuk, berguling, menjerit-jerit dan sebagainya bila mahukan sesuatu atau mahu sesuatu hajat dilaksanakan.
.
Antara penyebab biasa tantrum, ialah apabila tidak dapat menjayakan suatu aktiviti (cthnya memasukkan barang ke dalam sebuah bekas), mahu dibelikan mainan yang terlihat dipasaraya dan sebagainya.
.
.
SOLUSI KES 2
.
.
a.Katakan padanya “ibu tak mahu bercakap dengan orang yang tak stabil emosi” atau apa saja kata-kata yang menyatakan kita berpendirian tidak melayan dia hingga dia tenang.
.
b. Diam tidak berkata apa-apa dan terus berjalan ke bahagian lain (sambil memantau keadaan dan situasi..min biarkan dia menangis dan tebalkan muka min walaupun orang sekeliling pandang semacam..buat dek je)
.
c.Bila dah tenang/reda min akan berbincang padanya. Melihat kedalam mata anak syurga pada ketinggiannya (min rendahkan ketinggian min)-eye level.
.
Boleh gunakan komunikasi asertif yang terdiri dari 3 langkah :
i. pencetus emosi
ii.apa rasa (sedih,kecewa, tidak suka –emosi)
iii.solusi/permintaan
.
cth ; “Bila adik nangis-nangis dan mengamuk tadi sebab nak mainan (i) ibu rasa sangat sedih (ii) bolehkah apabila adik mahukan sesuatu, adik beritahu ibu dengan jelas tanpa menangis dan menjerit? Ibu bukan tidak mahu belikan mainan itu, tetapi bukankah kita baru saja beli yang baru semalam. Kalau adik mahu, kita akan beli tetapi setelah adik lengkapkan buku ABC ini, boleh?(iii)”
Kita kena konsisten dan tegas. Jangan kejap boleh kejap tak boleh, kejap bagi kejap tak bagi. Sebab kita ingin melatih dia untuk memahami yang TANTRUM itu salah dan ajarkan dia bagaimana mahu minta sesuatu.
.
.
Kes 3
.
.
Anak ini alami konflik ‘Separation Anxiety’ iaitu perpisahan sementara. Memang biasa pada umur 10 bulan hingga 1 8 bulan, malah kadang-kadang lebih. Dia akan meraung, menangis bila kita tak berada dihadapannya, hatta ke tandas sekalipun.
.
.
SOLUSI KES 3
.
.
+ Beritahu anak tu, setiap kali kita mahu ke mana-mana. Walaupun mungkin dia tak faham pada awalnya, lama-kelamaan InsyaAllah dia akan faham juga akhirnya.
.
+ Letakkan anak di tempat yang boleh dilihatnya ketika kita buat kerja. Contohnya, letakkan dia di dalam playpen yang menghadap kita yang sedang memasak.
.
+Dukung saja ke mana pergi
.
+Sabar dan anggap tangisannya itu, lagu yang terindah.
.
….
.
Baiklah, terjawab sudah ketiga-tiga soalan itu. Semoga dapat membantu ibubapa yang menghadapi cabaran ini.
.
Ingat, ia adalah perkembangan yang NORMAL bagi anak. Kita hanya perlu BELAJAR bagaimana hadapinya.
.
Dengan ilmu, InsyaAllah, tindakan kita akan lebih terarah. Pastikan kita ibubapa hebat positif dan banyak bersabar. Kalau kita bersabar ketika mereka kecil, InsyaAllah, mereka juga akan bersabar ketika kita tua nanti.
.
What U Give U Get Back
.
Positifff selalu.
.
Upgrade ilmu ya.
 
#fbyasminsari
#tangkiemositantrumseparationanxiety

Fasa Individuating Pada Umur 4 Tahun

Assalamualaikum semua. Salam ceria. Salam Ramadhan Kareem 😊😊😊😊😍.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengizinkan untuk kita semua berada dibulan Ramadhan yang mulia. Mudah-mudahan dengan kedatangan Ramadhan kali ini akan membantu kita menjadi ibubapa yang lebih baik dan hebat. Aminn...

Jom jadi ibubapa yang lebih sabar.

Baiklah, kali ini min nak kongsikan pula bagaimana untuk tangani fasa individuating anak yang berumur 4 tahun. Sebenarnya, Fasa individuating ini seharusnya berakhir pada umur 3.5 tahun. Namun, ada juga anak-anak yang sedikit lambat perkembangan emosinya. Banyak faktor yang menyebabkan fasa ini lambat berakhir.

Apa yang berlaku pada anak 4 tahun, seharusnya anak ini sudah mula memahami emosi, mula bijak mengurus emosi sendiri, sudah pandai meluahkan dengan cara yang betul dan mampu untuk mengikut arahan. Namun, untuk mencapai tahap ini, ibubapa sudah banyak mendidik dan membimbing emosi anak pada usia sebelum 4 tahun.

Janganlah pula ibubapa merasa gagal, apabila pada umur ini, anak masih berkelakuan seperti anak umur 2 tahun. Tiada istilah gagal dan terlambat dalam parenting. Kita adalah 'leader', 'person in charge' pada anak-anak. Mereka hanya mengikut corak dan acuan kita. Terus upgrade ilmu dan perkasakan amalan, mudah-mudahan anak-anak akan lebih bijak EQ dan SQ nya. Kenapa bukan IQ? IQ penting juga, tapi EQ dan SQ jauhhh lebih penting dan besar pengaruhnya dalam kehidupan hingga dewasanya dia.

Baiklah, 'straight to the point'. Seperti biasa, min gambarkan satu situasi agar ibubapa mudah memahami apa yang dikatakan tangani fasa ini bagi anak umur 4 tahun dengan kata-kata dan tindakan.

====
Situasi :
Ibu mahu membeli barang di kedai dan akan bawa anak berumur 4 tahun bersama.
====

Ingat ya ibubapa hebat semua, kita semua maju jadi ibubapa yang loving&firm, penyayang & tegas BUKAN penyayang ATAU tegas. Lain tu.

So, sebelum si ibu ini mahu keluar, ibu ini perlu beritahu anak ke mana yang mereka mahu pergi dan buat perjanjian. Ini sangat bagus ye, bagi mengelakkan berlakunya 'drama' yang tidak diingini.

Ibu boleh katakan pada anak, "Adik, kita akan ke kedai kejap lagi. Ibu akan bawa adik bersama. Ibu hanya mahu beli #QasehGoldJunior dan #QasehGoldPremier. Di kedai nanti akan ada banyak barang. Adik boleh beli barang di situ nanti. Tapi hanya SATU barang dan harga tak lebih dari RM2. Sebab ibu akan bawa duit cukup-cukup saja. Sekiranya adik mahu lebih dari RM2, kita terpaksa pulang tanpa adik dapat beli apa-apa. Boleh kan." Kemudian anak kata boleh.

Seterusnya kita ke kedai yang dijanjikan. Tadi dah janji dengan anak di rumah lagi. Tapi, setibanya di kedai anak buat akal. Dan 'break the agreement'.

So, apa yang ibu perlu buat hanya kotakan kata. Sebelum tu, ingatkan perjanjian di rumah tadi.

"Ingat lagi tak, kan kita dah janji kat rumah tadi, adik cuma boleh beli SATU barang yang tak lebih RM2. Kita manusia berpegang pada janji. Maka kita terpaksa balik sekarang tanpa adik dapat beli apa-apa".
Andai anak tetap mahu dengan kehendaknya yang luar perjanjian, kita cepat-cepat dapatkan barang kita dan kita terus pulang. Ya, drama itu akan berterusan. Biarkan dan buat muka tebal. Buat dekkk je kat mata-mata yang memandang. Ini anak kita, kita yang dipertanggungjawabkan untuk mendidik.

Bila dah sampai rumah, dan setelah anak reda dan tenang. Kita rasionalkan padanya kenapa kita bertindak begitu. Ulangkan apa yang kita janjikan sebelum itu dan kenapa kita tak beli apa yang dia mahu.

Ini yang dinamakan tegas. Kita sedang mendidik anak untuk berpegang pada janji dan memahami yang ibu tegas dan berpendirian. Banyak yang anak dapat pelajari dari peristiwa ini. Belajar ber'negosiasi', bertolak ansur, berpegang pada janji, tetap pendirian...MasyaAllah, bila dari awal lagi anak sudah di didik begini, apakah natijahnya bila dewasa?. Mudah-mudahan akan jadi anak yang berjaya dan berjasa.

Itu yang dikatakan mendidik anak fasa individuating bagi anak 4 tahun dengan kata-kata dan tindakan.

Tindakan yang bertegas. Dalam konteks kisah ini, ibu pulang ke rumah atas perjanjian bersama sebelum itu.

Ingat ya, ibubapa adalah leader. Didik anak dengan lembut tetapi tegas.

Mari amalkan Autrotitative Parenting Style. Mudah-mudahan generasi yang kita sedang bina adalah generasi yang bijak emosi yang mampu bersimpati dan berempati pada orang lain.

Wallahualam.

#fbyasminsari
#individuating4tahun
#YasminQasehGoldShahAlam

Fasa Individuating

Assalamualaikum semua.

Apa itu fasa individuating?

Fasa individuating adalah fasa yang biasa dialami pada anak yang berumur sekitar 1.5 tahun - 3.5 tahun.

Pada umur ini apa yang biasa berlaku adalah :

Semua mahu buat cara dia.
Mahu makan sendiri.
Pakai baju sendiri.

Ada yang mahu pakai baju yang dia pilih sendiri sahaja. Kalau kita yang pilihkan, dia tak nak. (anak min le tu)

Pakai kasut sendiri walau terbalik. Kita nak tolong tak mahu.
Kalau main, contoh lego, tak dapat sambungan yang betul, mula nak nangis.
Bila main, tak nak kongsi mainan, kalau mainan orang, nak pula dia.
Bila ajak makan, tak nak, kalau ajak juga nanti dia lembikkan badan (sabo je).
Hah...mcama-macamlah..

Apa yang berlaku sebenarnya?

Sebenarnya pada fasa ini, anak mahu beritahu bahawa saya adalah seorang individu.

Sebelum ini kan dia lalui fasa saperation anxiety (perpisahan sementara). Pantang kena tinggal kejap akan menangi macam kena pukul yang sangat sakit. Tapi, bukan ada apapun. Cuma sebab kita tinggalkan dia sekejap saja kan.

Sangat berbeza fasa seterusnya, iaitu fasa individuating ni. Fasa semua nak buat sendiri, fasa 'this is me, this is my way'..

Hahaha...bertabahlah wahai ibu-ibu yang baik dan penyabar.

Jangan terlalu dipatahkan keindividuannya itu. Apa yang kita patut lakukan pada umur ini, adalah pengulangan, kalau dia silap atau cara tak betul, kita tunjukkan cara yang betul. Kita beritahu apa yang betul, apa yang perlu. Sebagai contoh anak tak nak kongsi mainan dengan kawan.

Kita boleh sediakan mental anak sebelum dia bermain, dengan beritahu, "Adik akan bermain dengan sufyan kejap lagi. Allah, rasul dan ibu suka bila adik kongsi mainan dengan kawan. Adik akan kongsi mainan dengan sufyan" Itu teknik intro closure kata sifu saya Puan Maznah Ibrahim.

Masa bermain, bila berlaku insiden rebut-rebut tu, kita boleh beritahu lagi pada anak, "Adik, Allah, rasul dan ibu suka bila adik kongsi mainan dengan kawan. Adik orang yang soleh, kongsi mainan dengan sufyan ye".

Jangan paksa. Tapi dorong.
Konsisten beritahu dan berulang-ulang.

Umur 3 tahun ke bawah, kita boleh beritahu berulang-ulang.
Tapi bila dah 4 tahun, kita boleh beritahu dan buat tindakan.
Tapi tindakan yang bagaimana?.
Aha...stay tune

Kita jumpa lagi ya. InsyaAllah.

#YasminQasehGoldShahAlam
#individuating

Anak 1.5 tahun - 3.5 tahun

Anak 1.5 tahun - 3.5 tahun :

Mudah mengamuk

Semua nak buat sendiri

Nak pakai baju cara dia

Nak pakai kasut sendiri

Suka tolong buat kerja kita

Tak nak kongsi mainan

Rebut mainan orang

Mudah naik kaki tangan

Berguling-guling, menangis kuat bila yang nak tak dapat.

Gigit orang

Tarik rambut orang

Fuhhh....ini memang fasa mencabar.

Fasa individuating@autonomi@keakuan

#fbyasminsari
#infoparenting