Sunday, 22 January 2017

TAWARKAN PILIHAN

Bila orang membeli barang di pasar, antara perkara yang diminta adalah 'minta tawar'. Itu minta dikurangkan harga atau minta diskaun istilahnya kan.

Dalam kes mendidik anak juga ada tawar. Tapi bukanlah air tawar, tawar hati yang takde perasaan dah tu. Huhu...macam pernah rasa je.. Ni kes lain. Beri pilihan atau tawar pilihan pada anak.

Sebelum tu, min nak buat analogi dulu. Macam kita yang sedang memandu kereta, tiba-tiba kita tarik handbrake atau tekan brake. Agak-agak apa yang jadi pada kereta tu? Bahaya kan. Silap-silap oleh berlaku kemalangan.

Macamtulah, dengan kes anak-anak ni. Bila dia sedang lakukan sesuatu perkara yang lain atau dalam suatu situasi yang lain, tiba-tiba kita nak dia lakukan secara terus dan mengejut. Huhu..boleh datangkan kecederaan pada emosi. Kalau tengah tidur, tiba-tiba kena terus bangun dan mandi. Boleh pitam kejap. Tak pun tengah khusyuk tengok tv, tiba-tiba kena pergi mandi, boleh sawan kejap. Hahaha....jangan marah ye. Istilah yang tak best plak min guna.

Bukan apa, kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita buat tu boleh mengganggu dan mempengaruhi mood orang itu dan kita sendiri. Yelah, bila kita kejutkan, tak bangun-bangun, kita juga yang hangin..kannn...Kita suruh mandi...tak jugak gerak...Kita juga yang hanginn...Sudahnya..kita jugaklah yang dapat 'darah meninggi' tu sebab asyik terpaksa marahhh aje.

So, kat sini min nak share satu cara yang best. Tak payah nak tinggikan suara atau darah tu. Penat kan, bila kita marah-marah ni. Emosi kita sendiri terganggu lepas tu. Adoii..

Inilah yang dinamakan TEKNIK TAWARKAN PILIHAN. Beri pilihan pada anak. Min bagi contoh situasi dan dialog la ye. Senang nak faham :

Dari :
Kakak, bangun cepat. Pergi mandi, solat,pastu nak gi sekolah pula.

Tukar ke :
Kakak bangun ye. Kakak nak bangun sekarang atau 5 minit lagi?

Dari :
Along, pergi mandi sekarang.

Tukar ke :
Along nak mandi sekarang atau 2 minit lagi?

Dari :
Adik, kongsilah mainan tu dengan kakak.

Tukar ke :
Adik nak kongsi mainan dengan kakak sekarang atau 5 minit lagi?

==

Mudah saja, tak payah jerit dan marah-marah. Tawar pilihan je. Biasa anak ni pilih masa yang kedua tu :). Jadi, dia akan bersedia untuk lakukannya dengan rela.

Dalam masa yang sama, kita melatih dia untuk belajar membuat keputusan.. Dia ada hak untuk memilih dan belajar untuk memilih. Secara tak langsung kita sedang bina keyakinan diri anak tu. Kannn positif macam tu.
Memang ibu ni kena banyak cakap sikit. Nak didik anak memang perlukan banyak pengorbanan. Mulut dan hati kena sangat jaga. Yakin anak baik, mulut tutur yang baik-baik. Usahakan ya. Allah sedang nilai usaha kita. Hasil, biar Allah decide.

Stress free. Boleh ke macam tu?

Smile.

Saturday, 21 January 2017

KEAKUAN YANG COMEL

1.5 -3 TAHUN YANG KE'AKU'AN
===

Siapa yang ada anak berumur 1.5 tahun hingga 3 tahun? Atau pernah punyai anak lingkungan umur 1.5 tahun hingga 3 tahun?

Apa sikap yang kita nampak ketara pada umur ini?.

Pernah tak jadi, bila ada orang lain nak main mainan dia, dia tak bagi?.

Tapi, mainan orang lain, nak pula dia.

Biasa bila jadi macam ni, apa yang ibubapa hebat selalu kata?

"Adik, kongsilah mainan ni ngan kawan. Kesian dia."

Lepas tu menangislah kawan sorang lagi. Oleh kerana anak kita ni ada lebih dari 1 mainan, jadi kita PAKSA dia beri kawan tu pinjam, walhal anak kita tak nak beri.

Pada ketika yang lain, nak pakai baju dan seluar sendiri, walaupun tak betul.

 Bila nampak apa yang dipakainya tak kena, min cuba nak betulkan. Alahai, menangis-nangis plak tak nak dibantu dan lembikkan badan bila dipaksa.

Nak makan sendiri walaupun bersepah dan comot.

Nak suapkan Qaseh Junior sendiri ke dalam mulut walaupun nanti akan tumpah-tumpah (aduh..sayangnya), nak pakai selipar sendiri walaupun nanti akan terbalik.

Yang paling tak tahan, bila min nak cepat, pi jemput kakaknya balik sekolah, dia pula nak pakai kasut sendiri. Di tawarkan pakai selipar tak mahu. Menangis-nangis nak pakai sendiri tak mahu dibantu. Walaupun, in the end min juga kena betulkan kasut tu. Hihihi...comel sungguh.

Emm....ibubapa hebat perlu faham...pada umur ini, inilah fasa yang dipanggil INDIVIDUALISATION. Semua benda dia punya, tak nak kongsi dan nak buat sendiri.

Ini adalah perkembangan yang NORMAL. Sel-sel otaknya sedang berkembang. Ingat tu ya. Jadikan RAI kan setiap kehendaknya, selagi tidak bahaya dan tidak mudharat.

Dia sedang belajar untuk kukuhkan tahap keindividuannya. Belajar untuk mengenali yang dia punyai hak keatas dirinya sendiri. Tahu dan mampu membuat pilihan. Dia mampu untuk melakukannya sendiri.

Keyakinan yang semulajadi dilahirkan Allah pada setiap manusia yang sihat. Di mana, ini akhirnya akan melahirkan sikap KEBERTANGGUNGJAWABAN dalam diri anak.

SubhanaAllah, takjub min sekejap, bila perkembangan psikologi ini difahami. Bersyukurlah bila anak bersikap begini dan bukan mara-marah.

Bukankah bila anak ini semakin membesar, dia memerlukan sikap 'kebertanggungawaban' yang tinggi pada diri?. Untuk berjaya, pada masa depan, dia perlu ada keinginan untuk berjaya. Dia melakukan sesuatu bukannya kerana dipaksa atau terpaksa, tetapi MAHU melakukannya. Sikap MAHU ini lah yang sedang dilahirkan dalam umur KEAKUAN ini.

Jadi, ubah sisi pandang kita pada anak umur begini. Perkembangan POSITIF sedang berlaku dan akan beri kesan pada masa depannya. Dia bukan keras kepala, kedekut, tak dengar kata, TAPI sedang membina sikap 'KEBERTANGGUNGJAWABAN' dalam dirinya.

Jadi, ibubapa hebat. Raikan dan bimbing saja anak ini ya.

Jangan stress dengan sikap yang comel ini.

Semoga hari ini kita jadi ibubapa yang lebih baik dari semalam.

SABAR

SubhanaAllah, teringat min beberapa tahu dahulu, min pernah dengar kuliah ni dari Ustz Ebit Liew. Kata beliau, ibubapa kena bayak menangis, banyak berdoa pada Allah, bangun pada 1/3 malam dan berdoa dengan menangis. Doanya, "Ya Allah, aku tak tau Allah, aku tak pandai Allah, tunjukkan aku dan ajarkan aku bagaimana untuk didik anak-anakku jadi anak yang soleh dan solehah yang Kau cintai. Sungguh, aku tak tahu apa yang terbaik buat anak-anakku, Kau Maha Mengetahui. Justeru, aku mohon Ya Allah, Kau tunjukkilah dan ajarilah aku caranya". Dan min buat apa yang disaran oleh istaizah kesayangan kita ni. Rasa sebak dalam dada. Hasil dari doa itu bukan dapat lepas tu, lepas beberapa tahun barulah min mula faham dan nampak hasilnya sedikit demi sedikit.
.
.
Sangat klishe ayat ni, "Ajarlah anak berpandukan Al-Qura dan As-Sunnah". Ya, min tau dan min faham. Tapi, soalnya bagaimana?. Bagaimana nak praktikkan Quran dan Sunnah dalam didik anak di era canggih manggih ni?. Allahu min tak tau dan tak pandai macamana nak extract khazanah ilmu quran dan hadith ni.
.
.
Tapi kan, bila kita minta pada Allah, dengan niat yang lurus, InsyaAllah Allah akan tunjukkan dan bantu juga. Sama ada cepat atau lambat, dan pada masa waktu yang tepat. Itu semuakan aturan Allah. Setuju?
.
.
Baik. Sekarang FOKUS pada PARENTING ya. Alhamdulillah, bak kata Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat, #membumikan Al-Quran dalam hidup. Itu yang diajari dalam Say It Right. Bagaimana, Al-Quran itu diaplikasikan dalam mendidik anak-anak. Dengan penkajian yang telah dilakukannya, ada 6 Qawla yang disebut dalam Al-Quran yang perlu dipraktikkan dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah, min akan detailkan satu persatu pada masa akan datang. Itu kisah Al-Quran.
.
.
Tentang hadith pula, kita kini telah dipermudahkan dengan adanya Tim pengkaji Teknik Nabi. Mereka semua telah bersusah-payah mengkaji hadith-hadith nabi saw bagi memudahkan kita mengaplikasikan dalam kehidupan kita. Bukan saja pada anak-anak, malahan merangkumi kepada segala aspek sosial. Kursus yang memperkenalkan min pada teknik nabi ini min hadiri pada 23 Feb 2014. Lebihkurang 3 tahun lepas. Menerusi Puan Ustazah Siti Khadijah di Shah Alam. Balik dari situ, terus min amalkan hingga sekarang. Alhamdulillah. Memang indah dengan teknik nabi. Seterusnya min ikuti fb Puan Khairulaniza Khairuddin dan Puan Ainon Mohd. MasyaAllah, semakin mudah untuk mempraktikkan teknik nabi ini.
.
.
Seterusnya min gunakan pelbagai approach yang diperkenalkan Puan Maznah Ibrahim sebagai individu yang sangat mahir dalam bidang psikologi. Min pelajarinya dari Eh Sabar dan seterusya diteruskan dengan coaching secara langsung dan tak langsung menerusi Telegram Eh Sabar. Interaksi yang tidak putus antara min dengan Pn Maznah Ibrahim serta alumni yang sentiasa positif. Juga mengikuti rapat fb Ibu Rose-Mesejnya Kasih, telah banyak membantu min memahami dunia keibubapaan ini menerusi aspek psikologi dan perkembangan manusia ini. SubhanaAllah.
.
.
Kaedah Pn Maznah Ibrahim dan Ibu Rose tak jauh beza. Ada adaptasi quran dan sunnah di situ. Plus pendekatan psikologi yang manusiawi. Min amal dan apply kesemua teknik itu. Alhamdulillah, memang besar kesannya kesannya pada anak-anak dan pada diri min sendiri, itu yang utama. Sebenarnya banyak lagi, tokoh-tokoh 'parenting' yang min ikuti dan pelajari. Tapi ambil sedikit-sedikit. Yang min nampak, memang ada persamaan pattern di antara mereka. KESABARAN.
.
.
Kesimpulannya, SABAR adalah 'tool' paling penting dalam mendidik anak-anak. InsyaAllah, dengan SABAR + TEKNIK yang betul, kita semua mampu mendidik anak dengan lebih baik. Tak perlu lagi ikut cara yang lama. Kita ubah generasi masa depan, dengan mengubah anak-anak kita. Cara mengugut, menempelak, menyindir, bahasa kiasan yang mendatangkan perasaan negatif, rotan tanpa asas, cubit untuk lepaskan geram, bunyi suara yang tinggi, bahasa kesat, wajah garang, bahasa badan yang menyakitkan hati, serang peribadi....sudah cukupppp..Marilah ibubapa hebat semua. Kita ubah, UBAH SEKARANG!!!!
.
.
Bukan nanti atau esok. Belum tentu esok ada lagi buat kita atau anak kita. Luruskan niat. Betulkan cara, terus cari ilmu. Doa terus dipanjatkan. Semoga Allah beri kekuatan buat kita semua untuk melahirkan generasi Islam yang kuat dan cemerlang SQ, EQ dan IQ.
.
.
Ayuh...ayuh ibubapa hebat...Kita berjuang bersama. Membentuk peribadi dan sahsiah anak yang Allah dan Rasul banggakan. Ini tugas kita semua. Bukan min, bukan ustaz ustazah, bukan pn maznah ibrahim, ibu rose, ustazah siti khadijah, cikgu khairulniza, Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat atau tokoh-tokoh keibubapaan sahaja. Bangkit, teruskan dan jangan pernah mengalah.
.
.
Jom...

GAJET IBUBAPA

Dari whatsapp

Sebuah mesej penting

====

Jujurnya, min sendiri sebak bila baca kisah ni. Seolah-olah inilah yang akan terjadi andai kita tak berusaha mendengar suara hati anak, cerita anak. Kita sibukkk dengan GAJET. Hinggakan tak sedar anak sedang membesar dan memerlukan perhatian.

Anak nak bercerita..mata kita sibukkkk pada skrin hp yang tak bernyawa. Bila anak terus ganggu kita, kita pula marah dia. Anak minta apapun, hanya jawab tapi mata masih ke skrin hp dan taangn masih pegang hp. Min la tu.

"Ibu,A min nak air." Amin bersuara.

"Aaa...ambil cawan plastik kat dapur tu, pastu tekan air sendiri kat mesin tu. " Ibu solehahnya jawab.

"Ibu, na nak kuih. "..pinta husna.

"Ambil sendiri atas meja, bawah tudung saji. " ibunya jawab.

Mata masih hadap skrin hp, tgn masih pegang hp. Astagfirullah... Teruk betullah ko ni yasmin. Dah.. STOP segala kebodohan tu. PAUSE hp dulu. Attend anak sebentar.

Jom baca kisah ni sekejap.. Perkara yang mungkin boleh jadi, andai sikap ini diteruskan.

============

ANAK2 MURUNG SORANG2 DALAM BILIK.. BUAT HAL SENDIRI.. APA PUNCANYA? Ibu bapa WAJIB BACA.. sharelah biar kita sama2 muhasabah..

Sebenarnya saya dah lama nak cerita perkara ni... satu hari masa lepas saya seminar mega perubahan remaja siri 1.. ada seorang remaja 18 tahun jumpa saya dalam keadaan bergenang air mata.. saya tanya kenapa ni?

"Ustaz.. saya ni.. sebab mak hantar saya kat program ustaz ni sebab saya ni dalam dunia saya je.. saya suka duduk dalam bilik sorang2.. saya keluar time makan je.. yang lain saya habiskan masa kat laptop dan dalam bilik saya... bila saya dengar ustaz cerita tadi tanggungjawab anak2 pada mak ayah.. saya tergerak nak cerita kat ustaz.." cerita lah..

"Dulu saya tak macam ni ustaz.. terus terang saya cakap.. sejak saya lepas pt3.. saya jadi macam ni.. sebab satu hari saya bercerita dengan mak ayah saya.. saya excited nak bercerita dengan deorang tapi deorang sibuk pandang handphone.. pastu bila saya cakap lagi.. deorang marah.. bila saya bagi cadangan tak pernah deorang terima.. marah pulakk tu... saya sedih ustaz.. dan bila berkali kali begitu saya terus buat hal sendiri... dan saya terus bersendiri..." kesian dia cerita saya dalam keadaan sebak dan bergenang air mata..

Saya terkelu tak tau nak bagitau macamana dengan pelajar ni.. bergenang air mata saya.. saya cuma boleh bagitau.. "kita maafkanlah mak ayah kita.. sebab dalam kekurangan mereka ada juta lagi kebaikan yang pernah mereka buat.. kita sebagai anak teruskan sabar dan khidmat.. ustaz percaya ko jadi orang hebat satu hari nanti asbab ko sabo dan berkhidmat pada mereka... dah2 laa duduk dalam bilik.. rugi hidup ko habiskan macam tu... sangat rugi..."

Kesian lihat.. rata2 mak ayah yg nak buat one to one program dengan saya semuanya kebanyakan anak2 jauhkan diri dengan mak ayah.. sorang2 dalam bilik.. kadang2 puncanya bila hari ni mak ayah terlalu sibuk dan anak2 rasa dah x boleh bercakap dan berbual dengan mak ayah.. kadang2 ada mak ayah yg marah anak depan saya.. kalau depan saya pun dah marah dan kondem anak.. tak taulah belakang syaa macamana.. sampai tahap anak dah jadi menyampah ngan mak ayah.. yaAlllah sedihnya perkara ni berlaku.. sepatutnya keluarga mahabbah kasih sayang.. saling berkongsi masalah..saling perlu memerlukan.. tapi disebabkan dunia yg manisnya sekejap semuanya musnah.. anak2 jadi terbiar dan rasa tersisih...

Akhirnya anak2 lebih suka ikut kawan2.. lebih dengar cakap kawan2.. sebab mak ayah tak lagi jadi kawan kepada anak2... sebab tu anak2 lebih suka duduk luar rumah berbanding dalam rumah.. yaAllah.. saya sebagai ayah dan ketua keluarga kena banyak muhasabah.. bukan mak ayah semua tapi saya terutamanya...

YaAllah ampunilah kami.. semua salah kami sebagai mak ayah... maafkan kami yaAllah sebab bersikap begini terhadap anak2 kami... jadikanlah kami semua mak ayah yang soleh dan solehah... jom sama2 amiiiinkan...

Pembimbing Remaja,
Ustaz Tido

========
Moral of the story, hati-hati dengan gajet dan dengari suaranya.
Jangan sampai hati dan jiwa anak makin kering...makin kontang. Dahagakan perhatian dan kasih sayang.

Thursday, 19 January 2017

OTAK

SETIAP HARI, 85 RIBU SEL OTAK MATI (NEURON).
.
.
Proses ini terus menerus berlaku ketika kita sedang membaca posting ni.
.
Ini bermakna jika kita sudah berumur 30 tahun. Lebih dari 1 billion sel otak telah pupus.
.
Sebab itulah semakin meningkat umur, kita semakin pelupa.
.

Waaa...seramnya.
.
============
.
Supaya lebih mudah faham, izinkan min share dulu tentang rahsia otak dan bagaimana ia berfungsi. Boleh boleh?
.
.
Emm...nak cerita bebetul, poning pulak nantikan.
.
.
Macamnilah, kita umpamakan otak ni macam enjin kereta. Nadi kepada kereta yang masih bergerak.
.
.
Kalau enjin rosak, satu kereta jem kan. Macam tulah otak kita. Umumnya memang faham, kalau otak kita bermasalah, satu badan lah yang akan rasa kesannya.
.
.
Perasan kan, ada sebahagian orang yang kena stroke, jadi tak mampu bercakap atau bergerak sendiri, sebab ada bahagian tertentu otak yang dah tak dapat berfungsi dengan baik.
.
.
Sebenarnya, dalam otak berlaku aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sel otak dan sekumpulan saraf (saraf otak dan saraf tubuh). Kerjasama sel otak dan saraf-saraf ni, membantu tubuh badan kita untuk menjalankan fungsi masing-masing dengan baik.
.
.
Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain.
.
.
Kemampuan untuk kita melakukan sesuatu, kemampuan kita memahami sesuatu ilmu adalah kesan dari aktiviti interaksi bio-elektrik yang tak terbatas dalam otak kita tu.
.
.
Jadi, bila seorang berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat akan menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan saraf otak tersebut.
.
.
Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik.
.
.
Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif.
Macam berjangkitla tu.
.
.
Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan.
SEL-SEL OTAK MULA MENGEMBANG.

Jom Zikir

.
.
Maka, otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini.
.
.
Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.
.
.
Hasil eksperimen yang dilakukan berkaitan isu ini, telah dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993.
.
Satu kajian yang telah dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan menggunakan imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar.
.
Dalam eksperimen ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan.
.
Apabila sukarelawan mula melakukan tugas mereka, beberapa bahagian otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.
.
Menariknya, bila sukarelawan ni mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain.
.
Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama.
.
Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.
.
Moral of the story, ZIKIR adalah mekanisma yang agung telah Allah sediakan untuk hambaNya bagi mengaktifkan sel-sel otak. Sains baru saja mampu membuktikan kehebatan ini dan barat juga baru menemuinya.
.
Jadi, teramatlah rugi bagi kita umat Islam andai tidak mengamalkan apa yang Allah telah sediakan buat kita di dalam 99 Asmaulhusna, segala barisan zikir yang lain serta pelbagai jenis selawat ke atas baginda saw.
.
Jom, tingkat fikir dan zikir, agar sel-sel otak kita mampu berhubung kembali dan terus berkembang.
.
Banyak lagi tentang otak nak kongsi.
.
Stay tune ya :)
.
.
#fbyasminsari

DENGARI SUARA ANAKMU

Alhamdulillah, syukur sangat bila kita dah faham tentang parenting skill positif ni. 
.
Sudah banyak pendekatan min pada anak-anak yang min ubah. 
.
Bukan susah sangat pun sebenarnya nak buat. 
.
Alah bias, tegal biasa.  Memang mula-mula rasa susah, sebab cabaran datang dari diri sendiri, iaitu SABAR.
.
Min nak cerita tentang kisah min dan anak sulung darjah 3, Hazim.
.
==
.
Baru-baru ni, min, suami dan anak-anak yang lain sedang membuat tugasan masing-masing di meja.  Hazim dan Aqilah sedang menyiapkan kerja sekolah masing-masing.  Ada soalan yang Hazim tak dapat nak jawab, dan minta bantuan abahnya untuk menjawab. 
.
.
Lalu, abahnya membantu dan didapatinya ada kesilapan disitu dan abahnya minta jawapan lama dipadamkan.  
 .
.
Hazim memadamnya menggunakan ‘pemadam’ yang bukan disediakan oleh abahnya.  Untuk pengetahuan, abahnya telah membeli sekotak pemadam yang mengandungi 50unit untuk seisi keluarga.   
.
.
Memang abahnya jenis orang yang rapi persediaannya dan sistematik.  Hatta, set alat tulis telah disediakan pada kadar yang agak banyak supaya tidak perlu kerap ke kedai dapatkan sebarang keperluan alat tulis dalam masa terdekat.
  
                                                                   Kisah pemadam

Bila dilihat abahnya, seoalah-olah ada perasaan yang tidak senang disitu. “Hazim, ni bukan pemadam yang abah beli ni, kan?. Ni yang abah tak suka hazim ni, guna duit belanja beli macam-macam yang tak perlu. Kita kan ada banyak pemadam kat rumah. Membazir je beli yang lain. Siap beli sampai 3 pulak tu.  Tak pe, abah dah tau dah. Abah tengok lagi nanti. Taulah abah nak buat apa lepas ni.” Huhu…Min tengok muka anak dah lain masa tu, macam muka cuak. Dia tak kata apa-apa, just diam je….Okay, min dah ‘detect’ something is wrong.  Apa yang min kesan kesilapan disitu..Serangan peribadi, membebel dan Ugut!

Sebagai ibu dan ada sedikit kefahaman ilmu parenting, min cuba masuk kaki. Bismillah, dalam hati ni nak bantu anak untuk luahkan dan bantu suami untuk memahami.  Ya Allah,bantulah aku.
.
.
Min bersuara, “Hazim, boleh hazim bagitau ibu, kenapa Hazim beli pemadam ni?. Tak pe, ibu tak marah. Cuma ibu nak tau je kenapa”.  Lalu hazim jawab dengan suara yang takut-takut, “Kawan-kawan hazim semua ada pemadam macam ni, hazim je takde”. 
.
.
See….bila dah dapat jawapan dari hazim tu, terus lain perasaan kita.  Yelah, seolah-olah satu keinginan yang bersangatan dalam diri anak. Alah, pemadam je kot.  Tapi ada sebab yang jelas.  Itulah tangki emosinya, TANGKI MATERIAL.  Dia penuhi TANGKI MATERIAL dengan sendirian, tak minta bantuan kita atau tak minta kita belikan.
.
.
Ye, min tau sebenarnya pemadam tu 2 dalam 1. Fungsinya sebagai pemadam dan permainan. Memang ada satu jenis permainan yang min nampak anak min pernah main dengan permadam ni. Min Nampak air muka suami juga agak lain. Lebih tenang dan tak berkerut seperti mula-mula tadi yang seakan-akan agak marah dengan tindakan hazim membeli pemadam tu.
.
.
Tapi dalam masa yang sama, min cuba didik hazim untuk hargai apa yang abah dia dah sediakan dengan teknik beri maklumat.
.
.
Min tambah, “Oh, hazim beli sebab kawan-kawan semua belikan.  Jadi, hazim teringin nak ada juga ya. Baiklah, ibu dan abah dah faham. Tapi, boleh tak lepas ni, hazim tak payah dah beli pemadam tu? Kat rumah kita ada banyak lagi pemadam. Kalau nak juga, hazim minta izin abah dulu ye. Kalau sebab jelas, InsyaAllah abah izinkan.  Abah dan ibu bukan marah, cuma, kami tak mahu berlaku pembaziran dan membazir inikan amalan syaitan. Boleh hazim?”.
.
Hazim Jawab, “Baik ibu”.
.
.
Alhamdulillah, keadaan di meja tu dah kembali tenang, yang seawalnya agak tegang. 
.
.
Nampak kan, betapa pentingnya peranan kita sebagai ibubapa yang ada ilmu.  Kalau dulu, min tak sempat nak cuba fahami apa yang ada dalam hati anak. Kita rasa kita je betul, tindakan kita je tepat.  Anak-anak ni tak cukup makan garam. Tak kenal mana baik mana buruk. Padahal, kita sendiri banyak yang buruk lagi. Astagfirullah.
.
.
Macam biasa, teruskan didik anak dengan pendekatan yang lemah lembut tetapi tegas.  InsyaAllah, anak-anak akan lebih mudah dijinakkan hati dan sikapnya. Cuba fahami anak, InsyaAllah bila sampai masanya nanti, dia akan memahami kita pula.  Biar anak hormati kita bukan takuti kita.  Hormat dan takut dua perkara yang sangat jelas berbeza.  Ini ‘longterm relationship’.  InsyaAllah hingga ke Jannah.  Aminn..
.
.
Sebagai Isteri, min tak mengajar suami.  Tapi, lebih kepada mengubah diri min sendiri.  Bila dapat ilmu, min cuba amal.  Lelaki ada ego sendiri, min sebagai wanita, hormatinya.  Cuma sekali-sekala, pada waktu yang sesuai, min kongsikan tips parenting yang min belajar. Suami min banyak sangat bagi min sokongan dalam ubah pendekatan mendidik anak-anak. 
.
.
Keizinannya, sokongan material dan moral untuk min hadiri pelbagai kursus dan seminar parenting dah cukup kuat membuktikan keinginannya melihat min jadi ibu dan isteri yang lebih baik.  Min sangat hargai, bila suami sudi membantu jaga anak-anak yang lima orang itu di rumah, ketika min hadiri kursus atau seminar, yang kadang-kadang memakan masa setengah hari dan ada yang seharian.  Bukan mudah ya, sebagai seorang ‘rijal’ mengasuh anak-anak di rumah sendirian tanpa bantuan sesiapa.  Anak-anak yang masih kecil cenoit 9tahun, 7tahun, 4tahun, 2tahun dan 7bulan.  Boleh bayang tak keadaannya seorang ‘rijal’ mengasuh anak-anak ni. Terima kasih Allah, hadiahkan seorang ‘rijal’ yang sangat ‘gentleman’.

.
.
Baik.  Tiada siapa antara kita yang sempurna.  Min juga begitu. Jadi, jom terus-meneruslah kita belajar. Dapatkan ilmu dari pelbagai cara dan medium ikut kemampuan kita.  InsyaAllah, dengan niat yang jelas dan betul, pasti Allah akan bantu min dan sahabat semua.  Jangan lupa jaga LUA ketak-ketat okay.  Eh, ingat lagi ke, apa itu LUA?.
.
.
Kipidap ya, dongibap.
.
.
Dengari isi hati anakmu sebelum dikau jatuhkan dia hukuman.
.
.
#fbyasminsari

Wednesday, 18 January 2017

LIMITING BELIEF

Lepas dah agak faham konsep 'Limiting Belief' yang dibawakan umi ros Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat, iaitu founder 'say it right', min rasa semakin kuat dan bersemangat menghadapi hari-hari mendatang.

Tak perlu takut, stress atau risau-risau lagi.

Keyakinan diri meningkat.

Percaya dan sangat yakin diri sebab ada Allah yang akan sentiasa membantu.

Kerja min minta minta minta pada Allah melalui Asma' Nya disamping usahakan yang terbaik dengan bersistematik.

Hidup sangattt singkat. Semoga morning brief min akan accomplish dihujung hari ini.

Ya Allah, Ya Baari' Yang Maha Mengaturkan...Aturkanlah segala urusanku dengan cemerlang hari ini.
Aminn..

Yakin hanya pada Allah

Yakin sebelum berjaya tagline sifu Coachmohdnoor Cmn Avengers

Jazakallahukhair semua guru hidup ku...