Wednesday, 21 June 2017

BAGAIMANA KOMUNIKASI DENGAN ANAK REMAJA

Assalamualaikum semua.

Maaf sudah agak lama saya tak update blog ini. Agak kesibukan akhir-akhir ini.

Kali ni, min nak kongsikan bagaimana kita dapatkan komunikasi yang baik dan berkesan dengan anak remaja.

Fasa 1 (0-7tahun), Transisi (7-8 tahun), Fasa 2 (7-14tahun). Ini semua adalah fasa perkembangan anak-anak. Kaedah dan pendekatan adalah berbeza mengikut fasa-fasanya.  Ia adalah selaras dengan apa yang disebut Saidina Ali RA, Didiklah anakmu sesuai pada zamannya.

Cara mendidik remaja di zaman kita adalah tidak sama dengan cara anak remaja kita dididik. Zaman berubah dan pendekatan juga perlu  berubah.

Min ingin kongsikan beberapa pendekatan yang ibubapa boleh gunakan dalam berkomunikasi dengan anak remaja. Min pelajari dari 'Fb Closed Group - Didik Anak Cemerlang' kendalian Ibu Rose - Mesejnya kasih.  Andai anda berminat sertai group ini, mudah saja. Hanya perlu dapatkan Ebook beliau 6 Rahsia Mendidik Anak Berjaya dan Berjasa di link ini www.iburose/anakcemerlang. Highly recommended untuk dapatkannya sebab akan ada online coaching yang akan menjawab segala persoalan parenting kita.

Baik. Ada beberapa perkara yang ibubapa hebat perlu lakukan :

1. Bina Pertalian yang rapat dengan anak
Perhubungan yang baik dan murni perlulah dibina lebih awal lagi. Jika dari kecil lagi, kita telah bina hubungan yang baik dengan anak, InsyaAllah bila usia anak menginjak remaja, komunikasi akan menjadi lebih mudah. Ini kerana, rasa hormat dan sayang dalam diri anak terhadap ibubapanya telah terbina.

Namun, jangan risau andai hubungan itu tidak mesra. Masih boleh diperbaiki. Tiada istilah dalam dunia keibubapaan ini. Selagi ada kemahuan dan kesedaran, selagi itulah peluang tetap ada.

2. Tukar SURUH kepada TOLONG
Apabila mahu minta anak lakukan sesuatu untuk kita, atau kalau kita mahu anak lakukan sesuatu, gunalah perkataan TOLONG dan bukan SURUHAN. Anak akan lebih mudah mengikut dan mendengar kata dengan perkataan TOLONG. Jom, ubah perkataan kita.

3. Betulkan BUKAN ketika anak BUAT SALAH SAJA
Perasan tak, bila anak buat salah, ibubapa akan cenderung betulkan kesilapan anak ketika itu juga. Apakah emosi yang biasanya ibubapa keluarkan menasihati anak ketika itu? Ya, marah, geram, stress dan segala yang negatif. Justeru, nasihat yang dikeluarkan akan menjadi tidak berkesan. Sepatutnya ia jadi sesi nasihat, tetapi bertukar menjadi sesi marah-marah, membebel dan segala yang negatif pula.  Maka, nasihat itu semua tidak memberi kesan.

Jadi, bagaimana?

Boleh, beri nasihat ketika itu, andai ibubapa mampu mengawal emosi marah dan geramnya dan punya emosi yang stabil. Elakkan beri nasihat andai emosi tidak stabil. Tangguhkan dulu kemasa yang lain. Bila dapat masa yang sesuai, boleh flashback kes dulu, "Ingat lagi tak, hari tu, masa abang wasap kawan masa ibu panggil?...."

Nasihat boleh beri pada anak secara berkala. Seperti ketika sedang beraktiviti bersama, dalam kenderaan, ketika makan, ketika anak sakit dan sebagainya. Teringat min, Nabi Muhammad saw, menganjurkan kita memberi nasihat terutama ketika 3 masa ini iaiatu ketika bermusafir/berkenderaan, ketika anak sakit dan ketika makan.

Bagi anak kecil, nasihat atau mesej positif kita boleh masukkan ke dalam minda bawah sedarnya sebelum tidur. Boleh dalam bentuk penceritaan atau apa saja yang menyeronokkan anak. Ketika saat sebelum tidur adalah waktu gelombang alfa yang akan membenarkan mesej-mesej disampaikan disimpan di minda bawah sedarnya.

4. Selalu TANYA PENDAPAT
Anak remaja akan lebih gembira apabila pendapatnya didengari atau dipinta. Alah, untuk perkara yang kita boleh persetujui bersama seperti , "Apa pendapat kakak tentang makanan ni?", "Agaknya, apa yang jadi pada anak palestin yang tinggal 10 tahun dalam khemah ya?", "Kakak, baju yang mana satu cantik?" Apa saja yang dirasakan sesuai. Boleh buka topik-topik yang menarik untuk dibincangkan bersama.

5. Tukar KENAPA kepada APA
Perkataan KENAPA ni cenderung kepada menyiasat. Anak remaja ni tak suka ke soal siasat. Huhu..sebaiknya tukar kepada APA..APAKAH...ini tidak tuju pada individu, tapi pada perkara atau isu itu. Teringat min, ini juga kedah TEKNIK NABI yang pernah min pelajari. Nabi, tidak bertanya pada para sahabat KENAPA tapi dengan perkatan APA atau APAKAH. Justeru tiada isu soal siasat berlaku.
(KENAPA) "Kenapa kakak angkat kain ni? Kan tak kering lagi?"
(APAKAH) "Apakah kain dah kering? Oh..biar ibu tengok. Eh..ada yang belumlah. Terima kasih sayang tolong ibu. Emm..yang belum kita biarkan saja di ampaian dulu. Yang kering saja kita angkat ye sayang."

6. Elakkan TAPI
Dengan menggunakan TAPI, ia memansuhkan segala kebaikan yang telah disebut lebih awal.
"Baguslah angah ni, rajin tolong ibu angkat kain, TAPI, kain ni ada yang tak kering lagi. Lain kali angah cek betul-betul sebelum angkat ye"

Sebaiknya ;

' Bagusnya bila anak ibu tolong ibu angkat kain. Jom kita check semua kain, dah kering ke belum. Kita kena pastikan semua kain kena kering, kalau tak kering..(terangkan sebab)"

7. Kedudukan NASIHAT
Kedudukan terbaik - sisi (seperti dalam kereta).  Kedudukan ini adalah terbaik, ia akan buatkan komunikasi lebih baik dan lancar. Ini posisi 'kamcheng' kata Ibu Rose.
Pada kedudukan ini, suara, tenaga lebih baik dan mengelakkan dari kita beri menilai apa yang disampaikan anak dengan awal.

8. LUA
Sebelum nak sampaikan sesuatu mesej atau nasihat pada anak remaja, ibubapa perlu betulkan LUA, AURA dan TENAGA kerana ini melibatkan 93% keberkesanan berbanding Perkataan hanya 7%.

Maknanya sebelum kita nak beri nasihat, kita kena YAKIN anak mendengar kata kita, menerima dan akan melakukan sesuatu seperti yang kita inginkan, setelah SETkan segalanya dan memBAYANGkan dalam MINDA, barulah kita beri nasihat pada anak dalam bentuk kata-kata. InsyaAllah, akan lebih berkesan nasihat itu atau permintaan kita itu akan lebih mudah dilaksanakan. Justeru untuk dapatkan LUA dan ENERGY yang betul dan baik kita emosi kita perlu berada dalam keadaan stabil dan tenang.

============

KUNCINYA di sini, ibubapa sendiri perlu punya minda yang POSITIF dan TENANG dalam berhadapan dengan anak remaja, bagi mendapatkan komunikasi yang berkesan.
Jom kita upgrade diri dengan ilmu.

😍😍😍😍😍😍😍

Boleh dapatkan ilmu parenting di sini

bit.ly/Ebookteknikrebonding
bit.ly/ParentingSkill
www.iborose.com/anakcemerlang

Bengkel urus emosi EH SABAR pada 29Julai2017 Shah Alam

bit.ly/t_ehsabar
#fbyasminsari
#komunikasi
#komunikasianakremaja
#YasminQasehGoldShahAlam

Tuesday, 13 June 2017

KESAN PADA ANAK YANG IBUNYA DIDERA MENTAL FIZIKAL

Soalan :

Assalamualaikum Puan Yasmin.
Terima kasih kerana sudi menerima masalah saya.

Puan, saya sebenarnya merupakan mangsa dera. Seawal 1 bulan selepas berkahwin, suami telah memukul saya dan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok.  Namun, setelah itu suami meminta maaf pada saya dan kami teruskan hidup seperti biasa.

Hingga sekarang saya masih alami situasi begitu. Sebagai contoh suami memukul saya ditangan dengan kayu. Tapi, yang menyedihkan atas kesalahan-kesalahan kecil seperti yang berlaku baru-baru ini. Ketika itu saya sedang dibilik air membersihkan anak kedua. Anak sulung saya berumur 5tahun, memanjat diruang tamu sehingga ada barang-barang yang jatuh.  Suami yang ketika itu berada di ruang tamu, sedang sibuk membuat iklan fb. Tapi, saya juga yang sedang sibuk di bilik mandi juga dipanggil untuk memeriksa barang-barang yang jatuh.  Bila saya datang lambat, saya dipukul dan begitu juga anak sulung saya. (Sedihnya min masa puan ni kongsikan kisah ni).

Saya pernah cerita pada MIL dan maklumkan adik-beradik suami.  Sejak itu, suami saya dah hilang kepercayaan pada saya.  MIL pernah minta saya cari mana-mana tempat dan bawa suami saya berubat untuk hilangkan barannya itu.

Paling menyedihkan, ketika saya dipukul tahun lepas, waktu malam, suami pernah pukul saya hingga pecah bibir. Ibu saya perasan esoknya. Saya tak beritahu perkara sebenar sebab tak nak perkara ini jadi lebih besar.

Saya juga seorang isteri yang sangat bergantung dengan suami. Walaupun bekerja, saya pergi dan balik kerja dengan suami dan memang tak berani nak buat apa-apa.

Saya pernah terbaca artikel tentang kalau seorang ibu menjadi mangsa dera secara fizikal dan mental di hadapan anak-anak, ia akan mempengaruhi rasa hormat anak terhadap ibunya.  Seolah-olah ada sesuatu yang hilang dalam diri ibu berkenaan.  Hinggakan anak sukar mendengar kata ibu sampai si ibu perlu memukul anak berkenaan barulah anak itu mendengar kata.  Apa yang ibu perlu lakukan? Apa yang saya patut lakukan sekarang puan?

======================

Jawapan :

Assalamualaikum puan yang dikasihi Allah. Sebenarnya, sepanjang perkongsian puan ni, banyak kali saya terpaksa menarik nafas panjang, atas segala apa yang puan alami. Berat mata yang melihat, berat lagi bahu yang memikul. Terlalu banyak isu dalam kes puan ini.

Berkenaan kesan anak bagi ibu yang didera fizikal dan mental ni. Benar puan.

Apabila ibu didera oleh suami atau mertua atau ipar-duai depan anak-anak, ibu itu perlu atasi perasaan lemahnya kerana dibuli dengan bersuara dan ambil tindakan asertif bela diri.

ANAK akan LEBIH MARAH bukan kepada pendera tetapi kepada IBUnya sendiri kerana ibu tidak lindungi dirinya sendiri.

Justeru, sangat disarankan ibu pergi sesi untuk belajar bagaimana pertahan diri secara asertif, berhikmah dan berani tampil ambil tindakan, dengan sokongan dan pilihan yang ada.

Kita TIDAK MAHU anak berterusan rasa TAK HORMAT pada IBU.

Pada mata kecil anak-anak, ibubapa adalah HERO mereka sendiri.

Bila ayah dera ibu, anak keliru.  Anak nak pilih ayah sebagai hero (ayah nampak kejam-mendera) atau nak pilih ibu sebagai hero (ibu pula nampak lemah dan tak berdaya-mangsa dera). Anak jadi betul-betul keliru.

Maka, anak akan mencari hero yang lain diluar, seperti guru, makcik, pakcik (bagi kanak-kanak)  dan teman lelaki atau wanita (bagi remaja).  Anak-anak begini akan punya tahap keyakinan yang rendah, pendiam kerana kekeliruan tadi.

Paling kritikal apabila umur anak ini mencapai umur remaja, ketika itu faktor hormon juga menjadi penyumbang pada masalah sikap anak nanti.

Pada fasa prasekolah, akan ada juga kesan dari segi sikap, tapi tak berat sangat. Namun, jika guru sedar dan bantuan sokongan diberikan lebih awal, keadaan anak ini akan lebih baik.

Isu yang utama adalah, puan perlu dapatkan dan sokongan untuk mengubah 'parenting style' anak demi hak puan sendiri dan anak-anak.

Saya kongsikan sedikit dari kisah kawan saya ye puan.

Ayahnya jenis Dominant dan garang. Selalu marahkan ibu dan perlekehkan ibu. Anak-anak juga dilihat memperlekehkan ibu mereka, tak dengar kata ibu, malah pukul-pukul tangan ibu juga.  Sangat berbeza layanan terhadap ayah mereka. Sangat mendengar kata dan berusaha membuatkan ayah mereka kagum.

Sebenarnya, yang terjadi adalah anak ini keliru. Anak keliru untuk menyokong tindakan ayah walaupun dalam hati kecil rasa kasihan pada ibu.  Tapi, lebih mendengar kata ayah kerana takut pada ayah. Juga lebih memilih ayah walaupun garang kerana ayah kuat dan boleh lindungi mereka berbanding ibu yang nampak lemah (keliru, perasaan bercampur).  Sebab secara umumnya, anak tetap perlukan ibubapa untuk melindungi mereka.

Semoga dapat menjawab persoalan berkenaan anak puan.

Untuk puan pula,

Sebenarnya, banyak kes macam puan ni (saya rujuk Puan Maznah). Bila dah tua baru nak dapat ketenangan hidup dengan sokongan anak-anak.

Puan boleh cari NGO terus. Di sana akan ada perlindungan.  Kalau bersama NGO, serentak plan kemas-kemas, kumpul bukti , keluar rumah terus ke hospital atau polis dan ke rumah perlindungan yang suami tak tahu.

Semoga puan akan bertemu sinar kehidupan. Amiinn..

====================================

ULASAN :

Ini adalah satu dari banyak kisah benar yang berlaku.

Apa yang berlaku pada ibu itu,  mempengaruhi rasa hormat anak-anak pada ibu.

Ibu dipukul dihadapan anak-anak terutamanya anak kecil (6tahun ke bawah)

Apabila itu berlaku, anak akan beranggapan, "Oh, kita boleh lakukan begitu pada ibu". Iaitu bagaimana ayah tendang dan marah ibu.

KESANnya bila anak DEWASA, "Oh, selepas saya berbual dengan kakak ipar, barulah saya tahu. Suami bertindak pukul saya begitu, kerana begitulah cara ayahnya pukul maknya ketika suami saya kecil".
Nampak tak kitaran itu berlaku. SUAMI pukul ISTERI, kemudian ANAK LELAKI pukul MENANTU dan begitulah seterusnya kalau tak ditangani dengan bijak.

Ibu lemah ---- tak bertindak dan redhaa saja

Ibu bijak ----- KELUAR dari kepompong. Cari jalan dan tak membiarkan anak menganggap ibu boleh diperlakukan apa saja.  Di tahap inilah tak semua ibu mangsa dera mampu bertindak. KEBANYAKKANYA takut-takut, lemah, tiada sumber kekuatan dan tak berani keluar dari beban yang ada.

PERCAYA atau TIDAK

Yang berjaya keluar hanyalah berani curi-curi keluar. Curi-curi dari banyak segi.

MOVE FORWARD

Jangan tunggu lama-lama lagi.

Suami jenis ini memang kasihan, tapi perlukan rawatan yang sebaiknya. BARAN itu memang perlu dirawat. Tapi, jangan biarkan diri berterusan menjadi MANGSA.

MASANYA BERTINDAK!!!!

Ramai mangsa yang rasa tak pasti dengan kehidupan masa depan, dah biasa lalui situsi itu, takut, sakit. TAKUT pada sesuatu yang tak pasti, TAKUT hadapi masa depan yang mungkin akan lebih susah.

Sebenarnya TIDAK
PASTI ada cahaya LAGI.

Malah tenaga KEKUATAN ini boleh digunakan seterusnya untuk diri dan MEMBERI KEKUATAN pada ORANG LAIN yang senasib.

BANGKIT demi diri sendiri dan anak-anak. ANDA berHAK BAHAGIA!!!

Sesungguhnya 'DIRI SAYA SANGAT BERHARGA'

 ======

Hakikatnya ini semua berlaku atas izin Allah. Pasti ada hikmah kenapa Allah mentakdirkan ia berlaku. Yakinilah Allah sayangkan kita. Jangan salahkan Allah atas apa yang berlaku. Kuatkan balik hubungan dengan MAHA PENCIPTA. Pasti DIA takkan sia-siakan apa jua rayuan kita padaNYA.

Wallahualam

#fbyasminsari

Monday, 12 June 2017

Cara Jadi Ibu Yang Lebih Sabar

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, kali ini baru min berkesempatan kongsikan berkenaan, bagaimana mahu menjadi ibu yang lebih sabar setiap hari.

Alhamdulillah, ramai ibu-ibu yang ingin tahu dan ingin pelajari bagaimana mahu jadi ibu yang lebih sabar.

Allahu, sungguh Allah yang memilih kita antara ramai-ramai ibu untuk mencari jalan bagi menjadi lebih sabar.
Macam-macam punca yang boleh menjadi sebab kemarahan pada diri seseorang. Punca kemarahan itu perlu dicari dan dikaji dahulu. Di antaranya punca kemarahan adalah, sebab kita marah sangat pada diri sendiri atau marah pada apa yang berlakui dalam hidup kita.

Sebagai contoh, seorang ibu yang berhenti kerja dan kerana kasihankan anak yang perlukan perhatian serta sudah terlalu stress mengahdapi situasi tempat kerja. Tapi, bila sudah berhenti, apa yang diharapkan tidak terjadi. Keadaan menjadi semakin sukar. Akhirnya lepaskan kemarahan pada anak-anak. Kenapa anak-anak? Sebab mereka adalah target yang paling mudah dan mereka menjadi seolah-olah 'punching beg' tempat melepaskan geram.

Sebenarnya, bukan ibu-ibu saja boleh gunakan teknik ini. Malah sesiapa saja yang ingin menjadi lebih sabar.
Min pelajari ini dari 'online coaching' ibu rose.

Baiklah, kita straight to the point saja ya.

==========================

Bagaimana mahu kawal emosi marah dan menjadi lebih sabar setiap hari :

1. Keinginan
---------------
Perlu ada keinginan yang tinggi untuk tidak marah-marah anak lagi. Azam yang kuat.

2. Kenalpasti kenapa marah.
-----------------------------------
Gali dan kaji kenapa kita mudah marah-marah anak, apa yang ibu rose ajarkan : Belajar maafkan, lupakan dan carilah kedamaian.
Katakan begini : "Saya memaafkan. Saya pemaaf"

3. Buang segala tanggapan negatif pada diri.
-------------------------------------------------------
Buang tanggapan yang katakan kita ni garang, pemarag, pantang silap cepat melenting dan sebagainya. Ini imej diri kita sendiri. Usahakan.

4. TULISkan perkataan, SEBUT dengan jelas apa yang kita nak sambil memBAYANGkan sebelum tidur.
------------------------------------------------------------------------
Juga boleh dilukiskan bagaimana rupa kita yang lembut dan penyayang.
Dengan menulis dan melukis ini, gambaran pada otak kita akan lebih jelas. Seolah-olah apa yang kita tulis dan lukis mengalir kesegenap tubuh kita.

Masa yang terbaik membayangkan ia adalah waktu sebelum tidur (waktu gelombang alfa). Contoh skrip :

Yasmin penyayang,
Yasmin lembut
Yasmin pengasih
Yasmin tegas

Ini sebenarnya gabungan teknik Self Affirmation dan LUA.

Ini adalah memasukkan mesej ke dalam minda bawah sedar kita. Di mana kelajuan minda bawah sedar adalah 5 juta bit persaat berbanding kelajuan minda sedar 50 bit persaat. Sangat powerfull minda bawah sedar ini.

Jadi, setiap hari sebelum tidur, baca skrip ini sambil membayangkan situasi yang kita inginkan.
Inilah konsep LUA. Law of Universal Attraction, di mana ia adalah satu HUKUM TUHAN yang akan menarik seluruh yang ada di dunia ini, membantu dan menyokong kita untuk belajar dan berusaha menjadi ibu yang lebih sabar.

Suatu perkara yang positif punya energy yang tinggi dan akan menarik segala perkara yang positif juga.
Begitu juga sebaliknya. Boleh baca di posting saya yang lepas untuk detail tentang LUA dan Self Affirmation pada #LUA dan #Selfaffirmation. Praktikal dan huraian lanjut tentang LUA dan Self Affirmation ni boleh dipelajari di bengkel EH SABAR. Disitulah, kali pertama min tau bagaimana aplikasikan LUA dan self affirmation ini dalam kehidupan. Sebelum ni, min hanya dengar dari TV dan radio, tapi tak reti nak aplikasikan. Satu pelaburan yang sangat bernilai buat kehidupan kita. Highly recommended. Terima kasih sifu maznah ibrahim :)

5. Rekodkan bilangan
-------------------------
Untuk kali pertama, rekodkan berapa kali kita marah. Contoh pada hari pertama kita marah sebanyak 40kali.

Kemudian, tanamkan nekad pada diri, saya mahu kurangkan marah ni pada esok. Sebagai contoh nak kurangkan 3. Maka bila capai 35kali, kita akan aware. Maka paling banyak adalah 37 kali marah pada hari itu.

Seterusnya kurangkan lagi 3 pada hari berikutnya.

Begitulah proses itu diteruskan.

Hinggalah sampai satu tahap, nak cari kita marah dalam satu minggu pun susah.

6. Konsisten
------------

Konsisten dengan usaha hinggalah kita benar-benar rasai kesannya. InsyaAllah :)

=======

Begitulah caranya bagaimana kaedah yang Ibu Rose kongsikan bagaimana untuk jadi ibu yang semakin sabar setiap hari.

Tinggal lagi, sama ada kita benar-benar mahu berubah atau tidak. Tiada jalan pintas. Mujahadah dan usaha yang konsisten perlu dilakukan.

"La taghdhob wa lakal jannah"

Hadith : Jangan marah dan bagimu syurga

Inilah ayat motivasi buat min sendiri. Bila nak marah anak, cepat-cepat min ingat hadith ni. Sungguh, hanya orang KUAT saja yang mampu tahan marah, sebagaimana sabda nabi kita saw, "Orang yang paling KUAT dikalangan kamu adalah orang yang mampu menahan marah".

Syurga itu mahal harganya, nilai sebuah keSABARan sangat TINGGI hingga SYURGA ganjarannya.

Justeru, ini bukanlah jalan yang mudah untuk ditempuhi. Bila ibu-ibu sudah mula bertekad mahu jadi penyabar, jangan risau ujian PASTI akan datang. NAMUN, jangan pernah mengalah. Ingatlah, Allah sedang menilai atas segala susah payah dan usaha kita ini. Tiada yang sia-sia. Teruskan ibu. Teruskan wahai ibu-ibu yang penyayang dan tegas.

Min belajar dari Puan Siti Norlaila sifu SASU min, amakan potongan ayat quran dan hadith pendek dalam solusi konflik harian dengan anak-anak. SubhanaAllah, bukan anak saja terbina, malah diri kita sendiri lebih-lebih lagi.

Allah, jadikanlah aku dan ahli keluargaku orang-orang yang mencintaiMU, mencintai orang-orang yang mencintai diriMU. Aminn..

Jom ibu hebat semua, kita upgrade ilmu dan amalkannya. Semoga JANNAH hadiah buat kita semua. Aminn..

Jom upgrade ilmu. Boleh dapatkan Ebook Parenting di sini :

bit.ly/Ebookteknikrebonding
bit.ly/ParentingSkill

Jom ke bengkel EH SABAR pada 29 Julai ini di SHAH ALAM. Info lanjut di sini :

bit.ly/t_ehsabar

Jom jadi ibu yang penyayang dan tegas.

#fbyasminsari
#teknikibusabar
#ehsabar
#sasu

Sunday, 11 June 2017

Apa beza Garang dan Tegas?

Alhamdulillah.  Banyak ilmu yang min timba, sepanjang mengikuti online coaching ibu rose (www.iburose.com).  Banyak juga yang min kongsikan di sini adalah yang min pelajari dari ibu rose sendiri.

Kali ini, min nak kongsikan tentang garang dan  tegas.

Seringkali orang kita katakan, apabila mendidik anak ni, kita perlu jadi orang yang tegas, kalau tak, anak akan naik kepala dan sukar mendengar kata. Bila dah sukar mendengar kata, maka sukarlah proses mendidiknya pula.

Apa yang dimaksudkan dengan tegas bagi kebanyakan dari kita?.

Ya, tegas adalah garang, marah, rotan dan sebagainya. Selalu juga kita dengar, "Aku dulu, selalu juga kena rotan ngan ayah aku.  Sebab tulah aku jadi manusia sekarang.".
Persoalannya, manusia yang bagaimana? Apakah hanya dengan merotan, baru seseorang akan menjadi 'manusia'?. Apakah tanpa merotan atau garang, anak tak mampu jadi manusia?.  Manusia jenis apakah yang anak itu akan jadi andai tidak dirotan?

Bila diingati balik, yang mana satu lebih diingati, samada pengajaran dari dirotan itu atau insiden kena rotan itu?

Zaman dah berbeza, pendekatan mendidik anak juga perlu berbeza.

Sebenarnya, anak yang sering dirotan akan menjadi orang yang banyak ragu pada diri. Seolah-olah banyak rantai yang membelenggu anak ini, HINGGA dia dewasa.  Merotan, marah, pukul semata-mata dengan alasan untuk mendidik, ini sangat menghairankan.

Beza...YA memang amat berbeza antara GARANG dan TEGAS.

GARANG adalah sikap atau akhlak sebenarnya. GARANG adalah sikap yang KASAR, suka MARAH-MARAH (yakni, sikit-sikit marah, sikit-sikit marah dan bukan marah pada tempatnya sahaja), TENGKING, PUKUL, ROTAN sesuka hati dan sebagainya. Pendek kata, Garang ini adalah sikap-sikap yang menyakitkan mental dan fizikal.

Sangat berbeza dengan TEGAS. TEGAS pula adalah BERPENDIRIAN TEGUH. Bila kata TIDAK maknanya TIDAK berdasarkan ilmu yang ada pada ketika itu. TEGAS yang dimaksudkan adalah TEGAS dengan LEMAH LEMBUT. Sebagai contoh : Anak tidak boleh tidur lewat dari jam 9.30malam. Tapi, bila anak minta tambah 30 minit lagi kerana kerja belum siap, maka kita izinkan tambah 15minit lagi dan anak perlu tidur selepas itu, itulah yang dikatakan TEGAS. 

Dengan TEGAS dan LEMAH LEMBUT ini, anak akan lebih menghormati ibubapanya dan dirinya sendiri.

Nampak kan perbezaan antara GARANG dan TEGAS tetapi LEMAH LEMBUT.

Itu juga merupakan diantara dua jeni caragaya keibubapaan yakni GARANG = DOMINANT manakala TEGAS DAN LEMAH LEMBUT = AUTROTITATIVE (LOVING&FIRM).

Banyak implikasi pengamalan antara dua jenis caragaya keibubapaan ini.

Pilihan pada kita. Mahu anak berdayasaing atau sebaliknya.

Justeru, upgrade ilmu keibubapaan sentiasa supaya dapat mendepani cabaran mendidik anak lebih baik.

Sangat disarankan untuk mendapatkan Ebook parenting ini untuk memahami dunia keibubapaan :

 bit.ly/Ebookteknikrebonding
oleh Puan Maznah Ibrahim (Founder EH SABAR)

bit.ly/ParentingSkill
oleh Dr Tengku Asmadi (Trainer dan Motivator Tersohor Malaysia)

Wallahualam.

Saturday, 10 June 2017

Mari Fahami Perasaan Anak Yang Mengalami Sindrom Anak KeDua

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah yang telah memberi ilhamNya buat min berkongsi sedikit ilmu perihal "Sindrom Anak Ke Dua".

Nampaknya sudah semakin ramai, ibubapa hebat di luar sana yang semakin faham dan cakna apa yang dialami oleh anak-anak. Sebenarnya, bila kita memahami perasaan, dan mendalami ilmu keibubapaan, kita akan semakin faham dan mudah mengendalikan pelbagai isu dalam membesarkan anak-anak.

Untuk kali ini, izinkan min untuk kongsikan sedikit kisah benar seorang ibu yang merupakan anak kedua dan mengalami sindrom anak ke dua ini.

Ingat lagi tak posting min yang lepas?

Kalau kita mendidik anak-anak dengan cara yang betul, InsyaAllah, takkan wujud sindrom anak ke dua atau anak tengah ini.  Apa yang terjadi sebenarnya, anak ini tidak mendapat perhatian dan layanan yang sewajarnya, yang adil. Sebagaimana layanan yang diperolehi adik-beradik yang lain.  Justeru anak ke dua atau tengah ini cenderung 'banyak akal'.

Kesan "lebih terasa" bagi sindrom anak ke dua bila anak pertama dan anak kedua dari jantina yang sama dan anak yang ketiga dari jantina yang berbeza. Maksudnya :

anak 1&2 anak perempuan, ke 3 anak lelaki ATAU
anak 1&2 anak lelaki, ke 3 anak perempuan

Baiklah. Min kongsikan kisah ini. Cuba fahami apa yang min naksudkan ya.

Puan A, seorang ibu dan punya anak kecil lebih dari dua orang.  Puan A ini merupakan anak kedua. Dan beliau akui, beliau alami sindrom anak ke dua ini. Beliau berkongsi pengalaman dan min sangat hargai.   Beliau memberi respon setelah membaca penulisan saya sebelum ini.  Marilah kita sama-sama buka hati dan fahami, apa yang puan ini kongsikan. Ambil intipati dan pengajaran semoga kita semua menjadi ibubapa yang terbaik buat anak-anak kita.

========================================

Ini kisahnya :

Terima kasih Puan Yasmin. Perkongsian yang hebat Puan. Saya anak nombor  2. Saya sering hadapi sindrom tersebut. Apa yang saya lakukan adalah 'membawa diri sendiri' sampai sekarang.  Memang saya akui, apa yang dibentangkan melalui penulisan tersebut memang benar.  Rata-rata dalam adik-beradik saya yang menyerlah, tapi terasa tak siapa yang peduli.  Perasaan sedih itu terbawa hingga sekarang..Allah..

Contoh yang paling saya terasa masa kecil, semua benda kak long diberi pada saya. Manakala kak long dapat benda yang baru. Macam baju sekolah.  Saya pernah utarakan pada mak, saya mahu merasa baju baru. Tapi, apa yang saya dapat, diMARAHI!. Mak cakap, buat apa nak beli baju baru, baju lama tu masih elok.  Akhirnya saya ambil inisiatif sendiri, bekerja sendiri SEMATA-MATA mahu merasa baju baru.

Dan saya dapat MERASA baju baru tu pun masa masuk TINGKATAN 6.

Saya sendiri taip kisah ni, saya mengalir air mata. Saya tak pernah ceritakan pada sesiapa.

Lagi, masa kak long masuk asrama. Dia telefon ibu dan bagitau mak, dia demam. Terus ibu hantar ubat. Tapi, bila saya demam, mak kata saya mengada-ngada.

Dari situ, saya PENDAM semua perkara.

Semua yang saya RASA, FIKIR. Semua saya tak beritahu mak dah. Saya USAHA sendiri, berjuang untuk diri sendiri.

Puan percaya tak, saya mula cari kerja seawal usia tingkatan 3.

Saya cari kerja sebab nak beli apa yang saya sangat ingin.

Saya tak pernah meminta, sebab saya tau, takkan dilayan.

Kalau bab gelaran tu, memang macam-macam saya dapat. ANAK DEGIL, KERAS HATI macam-macamlah. (Ada juga kisah lain yang kongsi dengan min, kak dia anak ke dua di gelar ANAK ORANG KAYA, SOMBONG oleh ibubapa sendiri).

Saya rasa, cukup dengan perhatian dan keadilan buat anak kedua ni.

Saya sendiri, saya dan kak long perempuan dan adik lelaki. Keadaan jadi sukar sebab keperluan hanya terarah pada kakak dan adik. Sedang saya yang tengah ni macam tak wujud.  Memang saya sangat terasa.

Contohnya, mak akan tanya kak long warna tudung apa yang dia nak. Bila kak long dah pilih, mak hanya cakap pada saya, "Nanti share dengan kak long ye". Walaupun sebenarnya, saya tak suka warna tu. Keinginan saya tidak dilayan. Pandangan mak terus pada adik lelaki saya. Kak long dapat barang, saya tak dapat. Adik lelaki saya dapat sebab alasannya adik lelaki dan tak boleh share dengan kami.

Apa yang saya nampak, kesannya jadi lebih teruk bila anak tengah ini melalui fasa remaja. Masa tu hati mula memberontak.  Saya pernah lari dari rumah. Tapi, Alhamdulillah Allah selamatkan saya.  Tapi, sampai peringkat umur dewasa, jiwa saya sentiasa memberontak. dan menyalahkan mak dalam semua perkara.

Contohnya, masa masuk universiti, semua keperluan saya urus sendiri. SEMUA urusan saya buat sendiri. Dari pendaftaran, membeli barang kelengkapan, dan daftar tanpa ayah dan mak disisi (hanya saya seorang berjaya masuk universiti berbanding adik-beradik yang lain).

Bila turn adik perlu berurusan, seperti belajar memandu, mak minta saya uruskan. Ketika itu saya melenting, saya ungkit semua. Saya cakap kenapa saya kena uruskan? Sedangkan semua urusan saya saya buat sendiri tanpa bantuan sesiapa?. Tapi, bila sampai giliran adik, kenapa saya kena bantu? Tak boleh ke dia buat sendiri?. Mak jawab, "Ko tau semua, adik tak reti". Itulah yang buat saya nak marah sangat.

Bila usia semakin dewasa, saya cuba sedaya mungkin hargai mak saya. Saya nak buang semua memori hitam itu dari kepala saya.  Saya tak nak semua ini terjadi pada anak saya.  Saya terus cari ilmu parenting. saya cuba jadi yang terbaik buat keluarga saya, untuk ibu ayah saya. Saya maafkan mereka. Saya tak salahkan mereka. Saya redha ini dan ini ujian buat saya.

Kini saya dah jadi ibu dan anak 3. Saya akui perangai anak tengah ni memang lain sikit. Saya sedar, mungkin sebab sikap saya begitu, yang menyebabkan saya disisihkan dulu.

Anak tengah saya juga agak kasar, tantrum tak kena tempat, pernah juga saya pukul sebab tak dengar kata saya. Terus anak cakap, "Tak sayang umi" dan terus palingkan mukanya. Masa tu saya rasa bersalah sangat, terus peluk sebab saya tau perasaan dia. Saya tak nak ia berpanjangan. Saya tak nak apa yang berlaku pada saya dulu, berlaku pada anak saya.

Saya nak sarankan, kalau nak belikan anak sulung baju, belikan untuk semua anak juga. Kalau tak mampu beli semua, tangguhkan dulu sampai mampu. Nampak macam remeh, tapi ramai tak sedar yang ia sangat mempengaruhi emosi anak itu. Biarlah sama rata.

Bagi saya, anak tengah ni berperangai macam ni, sebab dia ada banyak idea yang dia nak tunjukkan. Dia ada macam-macam perkara menarik yang nak dikongsi. Jika kita sebagai ibubapa, tak nampak isyarat itu, alangkah ruginya.

Yang saya paling tak faham, sindrom inilah yang melabel anak ni macam-macam. Degil, keras kepala, sombong, mengada, macam-macam. Tapi, sebenarnya anak ini unik, istimewa. Korek, gali apa yang anak ada. Jangan sekat, biarkan, raikan dan kita akan nampak hasilnya.

===========================================

Begitulah kisah yang telah dikongsikan Puan A.

Min sangat harapkan, kita sebagai ibubapa yang cakna dan prihatin ini, ambil pengajaran, terus upgrade ilmu keibubapaan, pengurusan emosi (highly recommended untuk hadiri kelas EH SABAR di SHAH ALAM pada 29 Julai ni. maklumat lanjut di bit.ly/t_ehsabar).

Faktor spiritual juga sangat penting. Jangan pernah abaikan. Itu boleh dapatkan ilmu SASU, bagaimana amalkan al-quran dan hadith dalam komunikasi harian dengan anak.

Allah..macam-macam cara dah tersedia sekarang. Tinggal lagi, kita mahu atau tak.

LUA (Law of Universal Attraction) yang akan bawa kita ke mana yang kita mahu.

Semoga Allah berikan kekuatan iman buat kita semua untuk menjadi kita yang benar-benar HAMBANYA, yang mendidik anak-anak dengan cara yang DIA REDHAI.

Amiinn..

Boleh dapatkan Ebook berikut untuk upgrade ilmu keibubapaan :

bit.ly/Ebookteknikrebonding (Puan Maznah Ibrahim - FOUNDER EH SABAR)

bit.ly/ParentingSkill (Dr Tengku Asmadi - Trainer/Motivator Tersohor Malaysia)

Boleh ikuti saya di #fbyasminsari

Friday, 9 June 2017

Anak 5 tahun buat saya geram!!

Soalan :

Assalamualaikum Puan Yasmin. Macamana ye saya nak ubah perangai anak saya. Dia suka cakap benda-benda yang menyakitkan hati, suka buat saya marah. Bagaimana saya nak ubah diri saya daripada terikut dengan karenah anak yang suka menaikkan kemarahan saya.

Anak saya baru seorang. Umur 5 tahun.

Saya akui kadang-kadang saya cubit, pukul dengan hanger atau tangan atau ugut nak telefon ustazah di sekolah.

Saya tak mahu anak saya biasa dengan pukul sampai tak takut dengan ugutan dan pukulan.

Kadang saya manjakan, kadang terlalu garang, mudah marah pada anak.

Saya seorang tentera dan kurang masa bersama anak.

Apa patut saya buat puan?.

=====

Jawapan :

Terdahulu, saya nak ucapkan tahniah sebab puan sedar ada sesuatu yang tak kena dan perlu lakukan sesuatu. Alhamdulillah, Segala Puji Bagi Allah yang mengerakkan hati Puan. First of all, syukur....syukur...
Saya yakin puan semestinya tahu, anak ini adalah dilahirkan bersih. Kita ibubapalah yang memberi warna dan corak pada anak-anak. Sama ada hitam, biru, hijau kelabu dan sebagainya.

Itu adalah ASAS.

Anak, pada fasa umur 6 tahun kebawah adalah sangat kritikal perkembangan otaknya. Bila cakap bab otak ni, bukan otak fizikal saja, malahan perkembangan emosinya dan spiritualnya.

Pada umur 6 tahun ke bawah, perkembangan otak sangat pesat. Sebab tu, kenapa ramai motivator menyarankan masukkan input dan program yang baik pada anak-anak ini. Berikan mereka nilai diri, imej diri yang benar dan membangunkan jiwanya. Kalau hari-hari kena marah, kena pukul, boleh LESU otak anak itu nanti.

Otak kita ada 3 lapisan. Otak Intelektual(paling luar-paling atas), Otak Emosi (lapisan tengah) dan Otak reptilia. Kalau Ibu Rose-Mesejnya kasih bahasakan otak reptilia ini sebagai otak takut. Lapisan yang paling bawah adalah otak reptilia. Otak ini akan bertindak bila dalam keadaan terancam. Biasanya ada 3 tindakan yang akan dilakukan. 1. Melawan, 2. Melarikan diri. 3. Membiarkan diperlakukan apapun.

Sebagai contoh, bila ada bunyi hon kenderaan dari belakang, kita akan bertindak segera rapat ke tepi jalan. Inilah, ketikanya otak reptilia berfungsi.

Berbalik pada isu anak-anak yang selalu kena marah, otak yang akan selalu berfungsi adalah otak reptilia. Panjang lagi kalau nak cerita bab otak ni. Kita sambung pada posting lain ye bab otak ni.

Sekarang berbalik pada kes anak puan. Anak puan stress bila sering dimarah dan dipukul, diugut begitu. Itu semua parenting style yang sangat berbahaya. Menyebabkan berlakunya marah yang terpendam dalam diri anak. Marah itu dipendam sekarang (ketika kecil), tapi boleh keluar dalam perangai yang tak terduga bila remaja dan dewasa (nauzubillah). Boleh dapatkan Ebook Saya Tak Nak Marah Anak Lagi Siri 2 untuk detail tentang marah terpendam dan otak reptilia (link di komen :) ).

Apa yang saya boleh simpulkan, parenting yang sedang puan gunakan sekarang adalah kategori 'dorminant' yang mana ibubapa mahu yang terbaik pada anak, mahu anak berjaya,mahu anak berdisplin, tapi dengan cara marah dan garang-garang. Itu sangat berbahaya puan. Sebaiknya kita gunakan 'loving &firm' parenting style. Penyayang dan tegas. Puan penyayang, tegas dan berpendirian tapi tidak garang.

Alahai...panjangnya saya bebel. Maaf ye puan.

Kita fokus solusi.

Kita pandang pada sisi anak dahulu ya.

Apa yang saya boleh cadangkan :

1. Puan minta maaf dari anak
Katakan , "Abang, ibu minta maaf kalau selama ini ibu selalu marah dan pukul abang. Sebenarnya ibu sayangkan abang. Tapi, ibu tak tau, cara ibu tu salah. Sekarang ibu mahu berubah. Jadi ibu yang lebih baik. Ibu yang Allah dan Rasul suka dan abang sayang. Ibu sedang berusaha dan dalam proses berubah. Abang bantu ibu ye. Dengar kata ibu ye sayang."
Lebihkurang begitulah isinya puan. Boleh olah ikut cara puan, yang penting dari hati. Tak perlu menangis, cukup sekadar menyesali dan ikhlas.

2. Penuhi tangki emosi.
To-w-A-ti-G. Ada 5 tangki emosi. Penuhi kembali tangki emosi anak yang kekurangan. Puan check satu-satu ya. Tangki emosi ni unik bagi setiap orang. Ada yang suka lebih pada sentuhan, ada yang tidak. Ada yang lebih suka bila banyak diberikan kata-kata dorongan, pujian, penghargaan ada yang cukup sekadarnya. Puan lebih kenal anak puan. Yang pasti, setiap orang punya 5 tangki ini, hanya kadar berbeza. Cuba penuhi kembali ya. Boleh rujuk posting saya di hastag #tangkiemosi. Banyak saya dah share tentang ini.

3. Jaga LUA
Law of Attraction, puan perlu fokus dengan sangat tinggi, yakin dan percaya, dengan bantuan Allah, anak puan boleh berubah. Boleh cari nota tentang LUA di hastag #LUA.

4. Hypnoparenting script
Puan boleh gunakan kaedah ini untuk memasukkan perubahan yang puan mahu pada anak pada masa gelombang alfa. Hypnoparenting script ini, akan memasukkan mesej pada minda bawah sedar anak puan pada masa gelombang alfa. Ia perlu pendek, jelas dan positif. Pada peringkat awal, puan perlu konsisten hinggalah puan nampak kesannya. Teruskan hingga menjadi habit anak. Semakin kecil anak, semakin cepat mesej ini memberi kesan. Yang penting jangan putus asa dan konsisten. Puan boleh tengok tulisan saya di hastag #hypnoparentingscript
atau #hypnoscript. Lebih detail di situ.

5. Jaga pemakanan anak. Kurangkan gula putih yang menyebabkan agresif dan tidak fokus dan kefein yang sebabkan nervous. Minum green tea untuk galak ketenangan.

6. Doa
Semestinya yang terpenting, doa pada Yang Maha Pencipta. Semoga anak kita akan jadi anak yang soleh dan penyejuk mata hati kita. Kita buka mahu anak ini berbakti di dunia saja, mudah-mudahan biarlah berpanjangan hingga akhirat bukan?.:)

========

Itu bab anak.

Bab ibu. Bagaimana mahu jadi ibu yang sabar dan tak garang.

1. Upgrade ilmu. Bila kita faham dan kita tau banyak ilmu keibubapaan, maka kita akan lebih berdisplin kawal marah kita.

Dengan fakta, 1 cubitan mampu membunuh 1juta sel otak anak berbanding 1pelukan mampu membentuk 10juta sel otak anak, kita pilih yang mana?
4 gaya keibubapaan yang mana hanya loving&firm (auhoritative) mampu membentu anak jadi berjaya secara holistic, kita mahu yang mana?
Perbezaan generasi ; generasi baby boomers (lahir 60an) dan generasi alfa (lahir 2010 ke atas) perlu pendekatan berbeza. Baby boomers boleh arah dan patuh tapi generasi alfa banyak 'kenapa dan negosisasi'. Kenapa begitu? nak tau perlu ilmu.

Hakikatnya, terlalu banyak yang perlu dipelajari sekarang. Upgrade ilmu dan skill kita.
2. Bila rasa marah PAUSE. Bila nak marak cuba lakukan ini :
1. Tarik nafas dan hembus
2. Ubah kedudukan
3. Istighfar hingga cukup sekadar telinga kita dengar
4. Senyum sampai telinga
5. Pesan pada anak, bila kita nak marah saja, katakan, "Ibu, tarik nafas, senyum". InsyaAllah kita akan cepat reda :)

3. Mujahadah. Tiada jalan pintas. Kena lawan nafsu ammarah. Marah itu dari api, syaitan dari api, hawa nafsu juga menambah. Ingat Allah banyak-banyak yang kita sedang mendidik anak. Mohon kekuatan dariNya.

4. Doa, Solat. Istiqomah minta pada Dia.

======

InsyaAllah, saya yakin puan adalah ibu yang baik yang penyayang. Cuma, mungkin kerana kurang ilmu maka tindakan itu agak tersasar. Dalam keibubapaan tiada istilah terlewat. Syukuri dengan kesedaran, belajar dan bertindak.

Saya doakan puan dan anak akan dapat kembali bonding yang diinginkan.

Wallahualam.

Boleh dapatkan Ebook Parenting Terbaik di link berikut :
bit.ly/Ebookteknikrebonding
bit.ly/EbookSkillParenting

#fbyasminsari
#anak5tahun

Keinginan yang membuak-buak

Pernah tak anak kecil kita minta bermain gunting atau api?.

Min nak share pengalam min sendiri dengan anak yang berumur 4 tahun yang ingin bermain gunting.
Satu ketika, anak min, Amin yang umur 4 tahun ni, minta gunting sebab nak gunting kertas. Memang sudah agak lama dia tak bermain gunting setelah aktiviti kraf yang terakhir. Min agak sibuk ketika tu.

Jadi, cara mudah, katakan saja , "Tak boleh, lain kali ok. Ibu sibuk sekarang." masih juga merengek minta diberikan gunting dan min pekakkan saja telinga.

Malam itu, min buatkan susu buat adiknya Husna. Ketika di dapur, terdengar Amin dan Husna tergelak-gelak. Dalam hati dah rasa tak sedap. "Ni mesti ada projek budak berdua ni". Sungguh bagai diduga, Amin menggunting rambut adiknya Husna.

Astagfirullah...habis senget benget rambut adiknya digunting. Tanya amin,"Mana dapat gunting ni?". Dia kata dalam bekas pensil abang. Kebetulan abangnya tertinggal bekas pensil lepas siap homework di atas meja. Aduhai...jadi habuan Amin pula.

Emm...apa yang min nak sampaikan sebenarnya, dari siang tu Amin memang nak sangat guna gunting. Malam tu dapat peluang, teruslah dia grab. Min cepat-cepat muhasabah diri. Semestinya dalam kes ni, min yang salah. Amin ada keinginan menggunakan gunting yang sangat tinggi. Bila kita tangguhkan, dia akan cuba cara lain, dan akhirnya dia berjaya 'luahkan' keinginanya.

Apa yang min buat ketika kejadian itu. Min beri maklumat, "Amin, bahaya guna gunting tanpa pemantauan ibu atau abah atau orang dewasa. Gunting ni tajam, boleh buat kita luka kalau salah gunting.Silap-silap boleh tergunting telinga. Rambut tak boleh gunting macam ni. Tengok rambut Husna, dah senget kan. Cantik tak? Tak cantik kan. Ibu minta maaf, Amin memang nak sangat main gunting ya. Baiklah, pagi esok, kita buat aktiviti guna gunting, okay ;) ".

Punyalah ceria muka Amin, "Yeyyy" kata amin. Husna pun ikut ber Yeyyy sama.

Pagi esoknya, min pun kotakan apa yang dijanjikan. Bukan aktiviti apapun. Gunting-gunting kertas saja. Tapi kali ini dengan pemantauan. Bagus sebenarnya anak belajar guna gunting, sebab ia merangsang motor halus anak dan membantu proses memegang pensil dengan betul nanti.

Kesimpulannya, peka dengan keinginan anak. Jika mampu, penuhi segera dan jangan tangguhkan pada jangkamasa waktu yang lama. Kalau mahu tangguh, maklumkan masa dan bila aktiviti akan dijalankan dengan jelas pada anak. Antara kesilapan min, min hanya katakan pada amin, "Lain kali lah guna gunting". Tiada waktu spesifik, seolah-olah takkan bagi. Kotakan janji dan jangan mungkiri.

Hehe..sapa ada pengalaman anak dia gunting rambut sendiri atau orang lain tanpa pemantauan kita. Cer senyum sikit :).

#Komen Setuju kalau setuju, #Like tanda suka, #Share tanda anda prihatin :)

Wallahualam.

#fbyasminsari
#keinginanmeluap