NGERI!!!!
TAKUT!!!!
STRESSS!!!!
Itulah 3 perkataan yang menggambarkan perasaan min masa tu.
Sumber Gambar (internet) : Contoh rupa luka dihujung
Benda ni jadi pada hari ke 30 berpantang anak ke 6. Keadaan luka min hampir sama dengan gambar ni.
Actually, benda ni dah ada hint sikit masa awal-awal, kira-kira 2 minggu sebelum tu. Tapi, masa tu min tengok just ada 1 dot darah kat underwear betul-betul pada bahagian hujung operate tu.
Min tengok, sikit je darah yang keluar tu.
Masa pantang tu, tak rasa macam berpantang. Dok ulang-alik ke hospital sebab anak lebihkurang 20hari kena masuk wad. Masa awal tu (10hari pertama), kita yang berulang alik ke hospital, hantarkan EBM dan susukan anak.
10 hari terakhir, rooming-in dengan anak kat wad dalam hospital.
Bayangkan kita baru dalam 20hari bersalin, operate lagi, kehulu-kuhilir, tapi tak rehat sangat. Dok fikirkan anak sampaikan kita lupa kita pun tak sihat lagi.
Bila anak dah boleh balik rumah, barulah kita mula pantang betul-betul.
Tapi, kat umah anak min ramai. Ada 5 orang lagi. Ada yang sekolah, ada yang tadika...suma kena uruskan juga.
Memanglah suami suh rehat, tapi kita yang tengok ni, tak tahan pula. Mak-mak kan...taulah perasaannya camna.
Akhirnya, hari ke 30. Pagi tu pi checkup sebulan kat KK. Alhamdulillah, nampak ok je. Cuma tang luka operate hujung tu nampak macam merah sikit. Tanya misi, dia tengok dan dia kata tak pe ni, nanti mandi bersih dan pastikan kering betul-betul.
Min pun legalah.
Petang tu, tidurla cam biasa. Charge energy untuk berjaga malam kan :)
Bangun-bangun, nak mandi, nampak hujung bekas operate darah banyak keluar banyak sikit dari biasa dalam 2cm radius...Aduhh...ai is nebes..
Camna ni?
Terus call suami ajak pi klinik swasta.
Dahla petang, orang nak buka pose...
Alhamdulillah suami support.
Pendekkan cerita, min kongsikan apa pesanan doktor dan apa ubat yang diberi. Alhamdulillah memang berkesan. Dalam 2 hari dah tertutup luka tu dan min sambung juga guna ubat tu sampai hari ni.
Doktor kata :
1. Kena mandi lepas 1minggu dan bagi air kena bahagian operate, supaya bersih.
2. Jaga, jangan sampai sembelit sebab bila teran, boleh menyebabkan usus menekan rahim dan boleh menyebabkan luka pada operate.
3. Jangan makan haruan dan gamat terlalu awal, kalau boleh lepas 1 bulan baru makan. Itupun sikit-sikit. Supaya proses penyembuhan tak terlalu cepat. Bila terlalu cepat, usus boleh melekat dengan rahim dan risiko kalau operate seterusnya.
4. Makan 2 biji oren sehari untuk proses penyembuhan sebab dalam oren ada vitamin C.
5.Banyakkan minum air kosong.
6. Banyakkan rehat
Cara ubati luka :
1. Mandi bersih. haha...barulah berani mula mandi macam biasa. Pastikan bahagian operate basah kena air.
2. Habis mandi, lalukan cotton ball guna 'normaseline water' atau air suling bagi bersihkan bahagian operate. Sekali lalu untuk 1 cotton ball. Buatlah dalam 7 round. Jangan tekan sangat. Lembut-lembut je.
3. Lap kering guna tisu muka bahagian operate tu.
4. Sapu ubat krim yang doktor bekalkan. GERMACID CREAM. (Rasanya boleh dapat kat farmasi ni).
5. Guna underware yang getah pinggang melebihi paras operate tu.
Ubat yang doktor beri
Alhamdulillah, memang 2 hari dah nampak kesan. Darah tu dah tak keluar.
Lepas 2hari, min skip step no 2. Just lepas mandi lap kering dan dap dap dengan tisu. Lepas tu terus sapu ubat tu. Min buat sendiri, guna cermin. Tak minta bantuan sesiapa sebab leceh (pada min la).
Min terus guna dan sekarang dah hari ke 5 sapu ubat tu. Alhamdulillah, yang bahagian luka haritu dah makin ok dan dah takde rasa macam pedih-pedih macam dulu.
Ohh..min sapu ubat krim tu sepanjang luka operate tu. Cuma bahagian yang berdarah tu bagi lebih sikit.
Sekarang pun min dah mula ambil Pati Ikan Haruan jenama Harwany. Harga pun mampu milik. Dalam Rm37 je ada 6 botol. Bolehla 6hari makan. Dan yang bestnya, tak sembelit.
Alhamdulillah, rasa lebih sihat sekarang. Selamat berpuasa semua...
Salam sayang,
Yasmin Sari
Dulu, kini dan selamanya aku adalah HAMBA ALLAH. Akan kekal status itu walau beribu tahun berlalu.
Labels
Parenting tips
(15)
Didikan anak-anak
(8)
ilmu parenting
(7)
separation anxiety
(7)
Urus Emosi
(6)
fasa individuating
(6)
Nota Afnan Rosli
(5)
Say It Right Jan 2017
(4)
TANG
(4)
hati
(4)
4 tahun
(3)
Eh sabar
(3)
anak yakin diri
(3)
storytelling
(3)
tangki emosi
(3)
tazkirah
(3)
Bersalin
(2)
Ego
(2)
Soal Jawab Parenting
(2)
buku parenting
(2)
rebonding
(2)
sharing parenting tips
(2)
umur 1.5 -3.5 tahun
(2)
3tahun
(1)
5tahun
(1)
Ehati
(1)
Kesihatan
(1)
Parenting
(1)
Program
(1)
dera isteri
(1)
gajet
(1)
intro
(1)
latih berfikir
(1)
ramadhan
(1)
sajak
(1)
Monday, 13 May 2019
BOLEH KE MANDI LEPAS BERSALIN OPERATE CESAREAN?
Jawapannya : Bergantung pada tahap keberanian seseorang.
Min kongsikan dari pengalaman min sendiri melahirkan anak ke 6 dengan cara pembedahan ceserean ni.
Nak mandi lepas operate memang min tak berani.
Sebabnya, kalau mandi dan kita biarkan bahagian operate tu kena air juga, kalau basah dan tak dikeringkan betul-betul boleh menyebabkan jangkitan kuman.
Nak mandi juga min ada caranya.
Cara 1.
Balut dengan PLASTIC WRAPPING
======
Kalau masa bersalin operate juga masa anak First, min balut bahagian operate dengan plastik wrapping..ala..yang kita guna balut makanan tu. Tapi, cara ni lambat, ambil masa, dan kos lagi.
Cara ni, mandi je macam biasa. Sebab air dah tak kena bahagian operate tu.
Cara ke 2
Tunduk atau Rukuk
=============
So, kali ni min dapat ilmu dari seseorang dan dia pun kongsikan pengalamannya.
Bila nak mandi, just balutkan bahagian operate dengan kain tuala. Ala just cover pada paras pinggang hingga bahagian operate tu. Kita lipatlah, empat kalau tuala tu sederhana saiz. Lilitlah ke pinggang kemas-kemas pada kadar yang sesuai.
Lepas tu, bila nak mandi, kita tunduk, macam rukuk dalam solat, tapi lagi tunduk lebih sikit lagi dari rukuk solat.
Motifnya, supaya air tidak mengalir ke bahagian operate tu.
Mandi je macam biasa. Cuma bahagian pinggang ke bahagian operate je tak mandi.
Jagalah dalam at least 2 minggu kata kawan tu. Tapi min buat sampai 25hari...huhu...takutt..
So, ada 2 cara yang min dah guna.
Dan min paling suka cara ke 2.
Ikutlah pada keselesaan masing-masing.
Kalau berani nak mandi macam biasa tanpa cover atau rukuk boleh je.
Cuma pastikan bahagian operate kering sempurna lepas mandi.
Boleh keringkan guna kipas atau hair drayer.
Yang ni min tak pernah buat.
Buat sahabat-sahabat yang sedang dalam pantang atau sedang study cara mandi ni, pilihla mana yang terbaik dan sesuai ye. Jangan ikut-ikut orang.
In the end, kita yang merasa kesannya.
Salam kasih,
Yasmin Sari
Friday, 29 June 2018
Anak Lelaki 5 Tahun Dapat Adik Baru Memberontak
Assalamualaikum, satu soalan yang masuk ke inbox min baru-baru ni.
Datangnya dari salah seorang ahli group Support Group Telegram yang min kendalikan ; Parenting Ibu Hebat (untuk wanita sahaja).
Ibu yang kerunsingan dengan sikap anak sulungnya.
Sebenarnya, banyak kes yang hampir sama berlaku pada ibu-ibu yang lain.
Min kongsikan solusinya yang min pelajari dari Pn Maznah Ibrahim yang mungkin boleh dimanfaatkan buat ibubapa yang lain.
.
Soalan :
Saya ada masalah nak tackle anak saya yang sulung umur 5tahun. Smenjak ada adik, perangai dia betul-betul menguji kesabaran kami suami isteri. Smpai tahap selalu kena marah dan pukul. Adiknya baru 7bln.
Di tadika pun, dia sering mencari pasal dengan kawan-kawannya. Cikgunya beranggapan mungkin anak saya ni mahukan perhatian.
Kalau dekat rumah memang nampak dia memberontak. Selalu dia buat saya marah. Saya cuba cakap cara baik tak jalan.
Dia selalu pukul adik dia..bergurau kasar2
Sy kerap bagitahu saya sayangkan dia.. Tapi dia selalu cakap saya tak sayangkan dia..
Macam suami saya selalu kje shift. Jadi seminggu suami saya takda kat rumah waktu malam. Waktu mlm saya memang terhad sebab yang baby tu lepas magrib memang jenis menyusu nak mengempeng sampai tido.. Setiap ari mcm tu.. Saya stress kadang2..macamana saya nak kawal yang sulung tu ye..
Saya memang tak da masa nak main dengan dia.
Boleh saya tahu biasanya utk masalah anak2 kecil ni biasa kita kena jumpa occupational therapists ke.. Saya tak tahu nak rujuk ke mana untuk masalah ank yg agak agresif ni.. Mtk jasa baik puan.
Kalau puan ada tips yang boleh dikongsi.
Tq ye.
Jawapan :
Terima kasih pada Pn Maznah Ibrahim yang membantu saya berikan atas jawapan atas persoalan ini. Semoga Allah merahmatimu sahabatku

👇
👇
👇
👇
👇
👇
👇
👇
👇
👇
Anak ini dalam adjustment terima adik baru dia, maka dia banyak memberontak, maybe penerimaan dia belum cukup elok spt diharapkan.
Namun suka untuk sy mgkin menambah perspektif puan, dalam memahami dan berusaha utk melayaninya dgn lbh bijak maka kuranglah berontak dia tu ya.
1. boleh baca ebook tips adik beradik ngam di link di atas, boleh modify dan cuba mana2 yg boleh, wlu adik bayi 2 bulan + telah lahir, kita aim nak bg abg 5 thn dan baby 2+ bulan ni bonding baik.
2. anak bsr biasanya rasa mcm kasih syg dirampas/kurang lps adik lahir - biasanya boleh guna story ini: abang dulu masa baby macam adik baby ni, pun sama, asyik melekap aja dgn mama, hanya susu dan tidur dan perlu perhatian penuh mama (jadikan komen dia mengenai adik bby digunakan dlm ayat puan, nak katakan dia pun sama macam tu dulu, cuma dia tak la nampak dirinya cmna dulu).
- atas tu nak tingkatkan empati dia dari ketidakfahaman dia mengenai behaviour adik baby tu. cth sy sllu kata kat KN, sian adik baby takboleh bergerak sendiri, hanya boleh merengek aja nak panggil mummy, kakak boleh berjalan sendiri, dan bercakap utk ckp ngan mummy. So si KN selalu kata kesiaan baby dia tak boleh bergerak, kan mummy. Dll skrip dia ulang apa sy katakan sllu kepadanya.
3. ketahuilah usia 5 anak lelaki, mmg hormon testosteron tgh peak, kuasa nak dipegang dan diekspress tenaga kelelakiannya (dominan, kuasa dsb) - jadi mmg bersabar banyak - usia 5 & 6 sblm masuk fasa 2 usia 7-14 tu. Jadi banyak anak lelaki masa ni memberontak pabila apa dia mahu tak dapat spt apa dia mahukan/plankan - ini khusus utk anak yg mgkin karektor Thinking nya, (observation sy la)
4. Caranya, puan boleh banyakkan masa one to one papa dan dia dan mama dngan dia, dan bg dia rasa masa masa tertentu momen dahulu anak tunggal tu dapat juga sedikit, ia tak hilang dirampas terus.
5. Sebab dia dah besar, dan aktif banyak ckp kan, boleh dapatkan perspektif dia mengenai perkara yg dia tak setuju hingga sebabkan dia berontak tu. Pasti ada sesuatu dlm pemikiran dia dan puan fahami, serta verbalise kan emosinya. Cth Oh abang rasa pelik sebenarnya sbb apa baby ni asyik menangis malam ya? Ok sebenarnya baby ni.... xyz (terangkan kepada dia) - pelik ialah perasaan konfius / puzzled. Jadi dia rasa mgkin bila dia menangis juga dia akan dapat perhatian lbh, so katakan padanya menangis tidak mungkin mmbolehkan dia dapat apa dia nak, tp mak lbh hargai bila dia suarakan ckp elok2 terang2 apa dia mahukan sebenarnya sbb dia dh blh bercakap, dia bukan bayi 2 bulan.
6. Bila penuhi tangki emosinya, puan top upkan lawan 1 kali marah dngan 5 kali kebaikan utk dirinya dari 5 tangki tu - cth sentuhan peluk dia 16 saat sebanyak 2 kali sehari, masa istimewa teman dia main pasir kinetik/ pergi playgoround/ kedai makan, masakkan makanan kegemaran dia, bacakan buku utknya, ucapkan pujian sebagai abang yg baik dan anak yg soleh kerana xyz (spesifikkan pujian kepada tingkahlaku bukan orangnya ya), dll
7. Doa dan zikir bersesuaian - dalam ebook tu ada sy selitkan utk adik beradik - Ya Jami' - satukan hati kedua anakku X dan Y agar... (apa apa puan mahu)
8. tak perlu occupational therapist, perlukan pn sj dan bapanya, wlu bapa seminggu skali, minta ayahnya main peranan utk beri / topup tangki emosi nya. Ya, anak lelaki perlu mak lebih dari ayah, namun model ayah ttp dia perlu utk bentuk karektor jatidirinya sebagai anak lelaki.
9. Jelas anak dia kata, mak sayang dia, jadi pn kena beritahu anak sayang tu dari sudut 5 tangki emosi. 1 mak mmg dah ucap, kedua sentuhan?layanan? masa istimewa? hadiah?. Anak ini mgkin terlupa part lain selain words - dia takpercaya words mak sayang dia maybe sebab layanan / perhatian tu sangat drastik kurang.
Faham, pn menyusu,
Jika ofis dekat cuba lunch hr friday bawa keluar anak 5 thn ni jenjalan berduaan bg anak ni rasa best dpt masa one to one dgn mak. Lain dapatkan masa lain cth pagi? sblm anak baby ni bangun ke apa apa lah pn curi juga masa tu.
❤️
❤️
❤️
❤️
❤️
❤️
❤️
❤️
❤️
Inilah jawapan yang saya perolehi dari bantuan puan maznah yang sangat berusaha.
Terima kasih maznah atas support dan bantu ibu-ibu ini.
Semoga jawapan ini dapat membantu dan memberi manfaat buat puan ini.
Wallahualam.
#fbyasminsari
#alumniehsabar
#belajardaripnmaznahibrahim

Tuesday, 11 July 2017
TANGKI EMOSI - PERKATAAN YANG MENGESAHKAN - W- WORDS
Assalamualaikum….selamat petang semua sahabat min yang bercahaya hati dan imannya.
Didoakan semoga semuanya berada dalam ketenangan dan kegembiraan. Sungguhpun berada dalam situasi yang sukar, usahakan juga ucap ALHAMDULILLAH.
Teringat min, kuliah Ustazah Norhafizah, beliau kongsikan bagaimana pesakit kanser Tahap 4 yang berkongsi kekuatan bersama beliau. Pesakit kanser tersebut nyatakan kalimah yang berinya kekuatan adalah kalimah ALHAMDULILLAH. Allahu…Bila diuji, cuba baca kalimah mulia ini dari hati. Pejamkan mata dan hayati kalimah ini. Rasai kalimah ini disegenap tubuh. InsyaAllah, kita akan kuat. Rasai getarannya okay
Baiklah, petang ni min nak refresh Tangki Emosi kita iaitu W-Word, Kata-Kata. Kata-kata yang mengesahkan.
Kata-kata mengesahkan ini adalah segala aktiviti yang melibatkan KATA-KATA dan PERKATAAN seperti memuji, memberi dorongan semangat, peneguhan dan penghargaan. Mendengar secara AKTIF juga termasuk dalam kategori ini.
Menyampaikan kata-kata menerusi medium lain selain lisan, juga dikira boleh memenuhi Tangki Emosi Perkataan ini. Antara medium lain yang boleh di gunakan seperti mengirimkan pesanan, whatsapp, fb, surat atau kad yang istimewa. Kreatifkan diri kita. Zaman sekarang, banyak cara dan medium yang boleh digunakan untuk menyampaikan mesej dan memenuhi TANGKI EMOSI PERKATAAN INI.
Selalulah ucapkan perkataan sayang, penghargaan, terima kasih, kata pujian, kata-kata semangat dan positif. SubhanaAllah. Semakin banyak kita bantu menaikkan semangat anak kita, semangat diri kita sendiri akan terbangun sama. Semakin kerap kita ucap perkataan sayang pada anak, semakin rasa kasih sayang itu segar bugar dalam diri kita. Makin kita memujinya, semakin kita gembira. Itulah LUA..Law of Universal Attraction. Semua yang indah dan wangi kita berikan dan itulah yang akan kita dapati.
Buat ibubapa yang sering keluar outstation, boleh hubungi anak-anak menerusi medium telefon, whatsapp, fb, video call juga antara medium yang canggih sekarang. Emm..tapi tak boleh lawan juga bila dapat ucap secara terus berdepan-depan lebih terkesan. Apapun, kita cuba yang terbaik berdasarkan keadaan dan situasi masing-masing ya.
Ha…min nak share satu kisah tentang seorang Alumni Eh Sabar yang bekerja setiap hari termasuk sabtu dan ahad kerana beliau bekerja sebagai kakitangan muzium. Bayangkan, setiap sabtu dan ahad begitu. Apa yang beliau buat, berikan kad atau poskad yang dialamatkan pada anak-anak. Nyatakan emosi dan kasih sayangnya pada anak-anak. Alhamdulillah, anak-anak memahami dan beliau akan cuba manfaatkan semaksimumnya apabila ada masa untuk bersama.
ELAKKAN dan JAUHKAN perkataan yang boleh mencederakan emosi seperti tidak memberikan penghargaan atas usahanya, perli, mengugut, melabel yang negatif, kritik, perkataan kasar, mencarut, memaki, menempelak, mengherdik….Allahu…terlalu banyak kalau nak disenaraikan. Min tak sanggup untuk teruskan sebab terasa ia berat dan memberi kesan pada LUA yang sedang min usaha untuk pelihara. Mahu pada magnet positif mudah dan menjaganya sangat sukar. Setiap hari min sendiri struggle untuk menjaga LUA sendiri. Bak kata ustaz Pahrol Mohd Juoi..tiada cara lain selain mujahadah.
Banyakkan memuji. Puji dengan teknik NABI. Puji pada Usahanya ya. Dalam pujian dah lengkap dengan, penghargaan, dorongan kebaikan, penyataan sayang…senang kata, dengan memuji yang betul dapat lengkapkan penuhi tangki emosi ini. MasyaAllah.
Contoh puji teknik nabi :
1. Pujian
2. Puji usaha
3. Doa atau impak atau kedua-duanya sekali
“Wah bagusnya (1), bila adik suka makan #QasehGoldJunior ni (2), Ibu doakan adik akan sihat dan bijak selalu (3)”
Wednesday, 21 June 2017
BAGAIMANA KOMUNIKASI DENGAN ANAK REMAJA
Assalamualaikum semua.
Maaf sudah agak lama saya tak update blog ini. Agak kesibukan akhir-akhir ini.
Kali ni, min nak kongsikan bagaimana kita dapatkan komunikasi yang baik dan berkesan dengan anak remaja.
Fasa 1 (0-7tahun), Transisi (7-8 tahun), Fasa 2 (7-14tahun). Ini semua adalah fasa perkembangan anak-anak. Kaedah dan pendekatan adalah berbeza mengikut fasa-fasanya. Ia adalah selaras dengan apa yang disebut Saidina Ali RA, Didiklah anakmu sesuai pada zamannya.
Cara mendidik remaja di zaman kita adalah tidak sama dengan cara anak remaja kita dididik. Zaman berubah dan pendekatan juga perlu berubah.
Min ingin kongsikan beberapa pendekatan yang ibubapa boleh gunakan dalam berkomunikasi dengan anak remaja. Min pelajari dari 'Fb Closed Group - Didik Anak Cemerlang' kendalian Ibu Rose - Mesejnya kasih. Andai anda berminat sertai group ini, mudah saja. Hanya perlu dapatkan Ebook beliau 6 Rahsia Mendidik Anak Berjaya dan Berjasa di link ini www.iburose/anakcemerlang. Highly recommended untuk dapatkannya sebab akan ada online coaching yang akan menjawab segala persoalan parenting kita.
Baik. Ada beberapa perkara yang ibubapa hebat perlu lakukan :
1. Bina Pertalian yang rapat dengan anak
Perhubungan yang baik dan murni perlulah dibina lebih awal lagi. Jika dari kecil lagi, kita telah bina hubungan yang baik dengan anak, InsyaAllah bila usia anak menginjak remaja, komunikasi akan menjadi lebih mudah. Ini kerana, rasa hormat dan sayang dalam diri anak terhadap ibubapanya telah terbina.
Namun, jangan risau andai hubungan itu tidak mesra. Masih boleh diperbaiki. Tiada istilah dalam dunia keibubapaan ini. Selagi ada kemahuan dan kesedaran, selagi itulah peluang tetap ada.
2. Tukar SURUH kepada TOLONG
Apabila mahu minta anak lakukan sesuatu untuk kita, atau kalau kita mahu anak lakukan sesuatu, gunalah perkataan TOLONG dan bukan SURUHAN. Anak akan lebih mudah mengikut dan mendengar kata dengan perkataan TOLONG. Jom, ubah perkataan kita.
3. Betulkan BUKAN ketika anak BUAT SALAH SAJA
Perasan tak, bila anak buat salah, ibubapa akan cenderung betulkan kesilapan anak ketika itu juga. Apakah emosi yang biasanya ibubapa keluarkan menasihati anak ketika itu? Ya, marah, geram, stress dan segala yang negatif. Justeru, nasihat yang dikeluarkan akan menjadi tidak berkesan. Sepatutnya ia jadi sesi nasihat, tetapi bertukar menjadi sesi marah-marah, membebel dan segala yang negatif pula. Maka, nasihat itu semua tidak memberi kesan.
Jadi, bagaimana?
Boleh, beri nasihat ketika itu, andai ibubapa mampu mengawal emosi marah dan geramnya dan punya emosi yang stabil. Elakkan beri nasihat andai emosi tidak stabil. Tangguhkan dulu kemasa yang lain. Bila dapat masa yang sesuai, boleh flashback kes dulu, "Ingat lagi tak, hari tu, masa abang wasap kawan masa ibu panggil?...."
Nasihat boleh beri pada anak secara berkala. Seperti ketika sedang beraktiviti bersama, dalam kenderaan, ketika makan, ketika anak sakit dan sebagainya. Teringat min, Nabi Muhammad saw, menganjurkan kita memberi nasihat terutama ketika 3 masa ini iaiatu ketika bermusafir/berkenderaan, ketika anak sakit dan ketika makan.
Bagi anak kecil, nasihat atau mesej positif kita boleh masukkan ke dalam minda bawah sedarnya sebelum tidur. Boleh dalam bentuk penceritaan atau apa saja yang menyeronokkan anak. Ketika saat sebelum tidur adalah waktu gelombang alfa yang akan membenarkan mesej-mesej disampaikan disimpan di minda bawah sedarnya.
4. Selalu TANYA PENDAPAT
Anak remaja akan lebih gembira apabila pendapatnya didengari atau dipinta. Alah, untuk perkara yang kita boleh persetujui bersama seperti , "Apa pendapat kakak tentang makanan ni?", "Agaknya, apa yang jadi pada anak palestin yang tinggal 10 tahun dalam khemah ya?", "Kakak, baju yang mana satu cantik?" Apa saja yang dirasakan sesuai. Boleh buka topik-topik yang menarik untuk dibincangkan bersama.
5. Tukar KENAPA kepada APA
Perkataan KENAPA ni cenderung kepada menyiasat. Anak remaja ni tak suka ke soal siasat. Huhu..sebaiknya tukar kepada APA..APAKAH...ini tidak tuju pada individu, tapi pada perkara atau isu itu. Teringat min, ini juga kedah TEKNIK NABI yang pernah min pelajari. Nabi, tidak bertanya pada para sahabat KENAPA tapi dengan perkatan APA atau APAKAH. Justeru tiada isu soal siasat berlaku.
(KENAPA) "Kenapa kakak angkat kain ni? Kan tak kering lagi?"
(APAKAH) "Apakah kain dah kering? Oh..biar ibu tengok. Eh..ada yang belumlah. Terima kasih sayang tolong ibu. Emm..yang belum kita biarkan saja di ampaian dulu. Yang kering saja kita angkat ye sayang."
6. Elakkan TAPI
Dengan menggunakan TAPI, ia memansuhkan segala kebaikan yang telah disebut lebih awal.
"Baguslah angah ni, rajin tolong ibu angkat kain, TAPI, kain ni ada yang tak kering lagi. Lain kali angah cek betul-betul sebelum angkat ye"
Sebaiknya ;
' Bagusnya bila anak ibu tolong ibu angkat kain. Jom kita check semua kain, dah kering ke belum. Kita kena pastikan semua kain kena kering, kalau tak kering..(terangkan sebab)"
7. Kedudukan NASIHAT
Kedudukan terbaik - sisi (seperti dalam kereta). Kedudukan ini adalah terbaik, ia akan buatkan komunikasi lebih baik dan lancar. Ini posisi 'kamcheng' kata Ibu Rose.
Pada kedudukan ini, suara, tenaga lebih baik dan mengelakkan dari kita beri menilai apa yang disampaikan anak dengan awal.
8. LUA
Sebelum nak sampaikan sesuatu mesej atau nasihat pada anak remaja, ibubapa perlu betulkan LUA, AURA dan TENAGA kerana ini melibatkan 93% keberkesanan berbanding Perkataan hanya 7%.
Maknanya sebelum kita nak beri nasihat, kita kena YAKIN anak mendengar kata kita, menerima dan akan melakukan sesuatu seperti yang kita inginkan, setelah SETkan segalanya dan memBAYANGkan dalam MINDA, barulah kita beri nasihat pada anak dalam bentuk kata-kata. InsyaAllah, akan lebih berkesan nasihat itu atau permintaan kita itu akan lebih mudah dilaksanakan. Justeru untuk dapatkan LUA dan ENERGY yang betul dan baik kita emosi kita perlu berada dalam keadaan stabil dan tenang.
============
KUNCINYA di sini, ibubapa sendiri perlu punya minda yang POSITIF dan TENANG dalam berhadapan dengan anak remaja, bagi mendapatkan komunikasi yang berkesan.
Jom kita upgrade diri dengan ilmu.
Boleh dapatkan ilmu parenting di sini
bit.ly/Ebookteknikrebonding
bit.ly/ParentingSkill
www.iborose.com/anakcemerlang
Bengkel urus emosi EH SABAR pada 29Julai2017 Shah Alam
bit.ly/t_ehsabar
#fbyasminsari
#komunikasi
#komunikasianakremaja
#YasminQasehGoldShahAlam
Tuesday, 13 June 2017
KESAN PADA ANAK YANG IBUNYA DIDERA MENTAL FIZIKAL
Soalan :
Assalamualaikum Puan Yasmin.
Terima kasih kerana sudi menerima masalah saya.
Puan, saya sebenarnya merupakan mangsa dera. Seawal 1 bulan selepas berkahwin, suami telah memukul saya dan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok. Namun, setelah itu suami meminta maaf pada saya dan kami teruskan hidup seperti biasa.
Hingga sekarang saya masih alami situasi begitu. Sebagai contoh suami memukul saya ditangan dengan kayu. Tapi, yang menyedihkan atas kesalahan-kesalahan kecil seperti yang berlaku baru-baru ini. Ketika itu saya sedang dibilik air membersihkan anak kedua. Anak sulung saya berumur 5tahun, memanjat diruang tamu sehingga ada barang-barang yang jatuh. Suami yang ketika itu berada di ruang tamu, sedang sibuk membuat iklan fb. Tapi, saya juga yang sedang sibuk di bilik mandi juga dipanggil untuk memeriksa barang-barang yang jatuh. Bila saya datang lambat, saya dipukul dan begitu juga anak sulung saya. (Sedihnya min masa puan ni kongsikan kisah ni).
Saya pernah cerita pada MIL dan maklumkan adik-beradik suami. Sejak itu, suami saya dah hilang kepercayaan pada saya. MIL pernah minta saya cari mana-mana tempat dan bawa suami saya berubat untuk hilangkan barannya itu.
Paling menyedihkan, ketika saya dipukul tahun lepas, waktu malam, suami pernah pukul saya hingga pecah bibir. Ibu saya perasan esoknya. Saya tak beritahu perkara sebenar sebab tak nak perkara ini jadi lebih besar.
Saya juga seorang isteri yang sangat bergantung dengan suami. Walaupun bekerja, saya pergi dan balik kerja dengan suami dan memang tak berani nak buat apa-apa.
Saya pernah terbaca artikel tentang kalau seorang ibu menjadi mangsa dera secara fizikal dan mental di hadapan anak-anak, ia akan mempengaruhi rasa hormat anak terhadap ibunya. Seolah-olah ada sesuatu yang hilang dalam diri ibu berkenaan. Hinggakan anak sukar mendengar kata ibu sampai si ibu perlu memukul anak berkenaan barulah anak itu mendengar kata. Apa yang ibu perlu lakukan? Apa yang saya patut lakukan sekarang puan?
======================
Jawapan :
Assalamualaikum puan yang dikasihi Allah. Sebenarnya, sepanjang perkongsian puan ni, banyak kali saya terpaksa menarik nafas panjang, atas segala apa yang puan alami. Berat mata yang melihat, berat lagi bahu yang memikul. Terlalu banyak isu dalam kes puan ini.
Berkenaan kesan anak bagi ibu yang didera fizikal dan mental ni. Benar puan.
Apabila ibu didera oleh suami atau mertua atau ipar-duai depan anak-anak, ibu itu perlu atasi perasaan lemahnya kerana dibuli dengan bersuara dan ambil tindakan asertif bela diri.
ANAK akan LEBIH MARAH bukan kepada pendera tetapi kepada IBUnya sendiri kerana ibu tidak lindungi dirinya sendiri.
Justeru, sangat disarankan ibu pergi sesi untuk belajar bagaimana pertahan diri secara asertif, berhikmah dan berani tampil ambil tindakan, dengan sokongan dan pilihan yang ada.
Kita TIDAK MAHU anak berterusan rasa TAK HORMAT pada IBU.
Pada mata kecil anak-anak, ibubapa adalah HERO mereka sendiri.
Bila ayah dera ibu, anak keliru. Anak nak pilih ayah sebagai hero (ayah nampak kejam-mendera) atau nak pilih ibu sebagai hero (ibu pula nampak lemah dan tak berdaya-mangsa dera). Anak jadi betul-betul keliru.
Maka, anak akan mencari hero yang lain diluar, seperti guru, makcik, pakcik (bagi kanak-kanak) dan teman lelaki atau wanita (bagi remaja). Anak-anak begini akan punya tahap keyakinan yang rendah, pendiam kerana kekeliruan tadi.
Paling kritikal apabila umur anak ini mencapai umur remaja, ketika itu faktor hormon juga menjadi penyumbang pada masalah sikap anak nanti.
Pada fasa prasekolah, akan ada juga kesan dari segi sikap, tapi tak berat sangat. Namun, jika guru sedar dan bantuan sokongan diberikan lebih awal, keadaan anak ini akan lebih baik.
Isu yang utama adalah, puan perlu dapatkan dan sokongan untuk mengubah 'parenting style' anak demi hak puan sendiri dan anak-anak.
Saya kongsikan sedikit dari kisah kawan saya ye puan.
Ayahnya jenis Dominant dan garang. Selalu marahkan ibu dan perlekehkan ibu. Anak-anak juga dilihat memperlekehkan ibu mereka, tak dengar kata ibu, malah pukul-pukul tangan ibu juga. Sangat berbeza layanan terhadap ayah mereka. Sangat mendengar kata dan berusaha membuatkan ayah mereka kagum.
Sebenarnya, yang terjadi adalah anak ini keliru. Anak keliru untuk menyokong tindakan ayah walaupun dalam hati kecil rasa kasihan pada ibu. Tapi, lebih mendengar kata ayah kerana takut pada ayah. Juga lebih memilih ayah walaupun garang kerana ayah kuat dan boleh lindungi mereka berbanding ibu yang nampak lemah (keliru, perasaan bercampur). Sebab secara umumnya, anak tetap perlukan ibubapa untuk melindungi mereka.
Semoga dapat menjawab persoalan berkenaan anak puan.
Untuk puan pula,
Sebenarnya, banyak kes macam puan ni (saya rujuk Puan Maznah). Bila dah tua baru nak dapat ketenangan hidup dengan sokongan anak-anak.
Puan boleh cari NGO terus. Di sana akan ada perlindungan. Kalau bersama NGO, serentak plan kemas-kemas, kumpul bukti , keluar rumah terus ke hospital atau polis dan ke rumah perlindungan yang suami tak tahu.
Semoga puan akan bertemu sinar kehidupan. Amiinn..
====================================
ULASAN :
Ini adalah satu dari banyak kisah benar yang berlaku.
Apa yang berlaku pada ibu itu, mempengaruhi rasa hormat anak-anak pada ibu.
Ibu dipukul dihadapan anak-anak terutamanya anak kecil (6tahun ke bawah)
Apabila itu berlaku, anak akan beranggapan, "Oh, kita boleh lakukan begitu pada ibu". Iaitu bagaimana ayah tendang dan marah ibu.
KESANnya bila anak DEWASA, "Oh, selepas saya berbual dengan kakak ipar, barulah saya tahu. Suami bertindak pukul saya begitu, kerana begitulah cara ayahnya pukul maknya ketika suami saya kecil".
Nampak tak kitaran itu berlaku. SUAMI pukul ISTERI, kemudian ANAK LELAKI pukul MENANTU dan begitulah seterusnya kalau tak ditangani dengan bijak.
Ibu lemah ---- tak bertindak dan redhaa saja
Ibu bijak ----- KELUAR dari kepompong. Cari jalan dan tak membiarkan anak menganggap ibu boleh diperlakukan apa saja. Di tahap inilah tak semua ibu mangsa dera mampu bertindak. KEBANYAKKANYA takut-takut, lemah, tiada sumber kekuatan dan tak berani keluar dari beban yang ada.
PERCAYA atau TIDAK
Yang berjaya keluar hanyalah berani curi-curi keluar. Curi-curi dari banyak segi.
MOVE FORWARD
Jangan tunggu lama-lama lagi.
Suami jenis ini memang kasihan, tapi perlukan rawatan yang sebaiknya. BARAN itu memang perlu dirawat. Tapi, jangan biarkan diri berterusan menjadi MANGSA.
MASANYA BERTINDAK!!!!
Ramai mangsa yang rasa tak pasti dengan kehidupan masa depan, dah biasa lalui situsi itu, takut, sakit. TAKUT pada sesuatu yang tak pasti, TAKUT hadapi masa depan yang mungkin akan lebih susah.
Sebenarnya TIDAK
PASTI ada cahaya LAGI.
Malah tenaga KEKUATAN ini boleh digunakan seterusnya untuk diri dan MEMBERI KEKUATAN pada ORANG LAIN yang senasib.
BANGKIT demi diri sendiri dan anak-anak. ANDA berHAK BAHAGIA!!!
Sesungguhnya 'DIRI SAYA SANGAT BERHARGA'
======
Hakikatnya ini semua berlaku atas izin Allah. Pasti ada hikmah kenapa Allah mentakdirkan ia berlaku. Yakinilah Allah sayangkan kita. Jangan salahkan Allah atas apa yang berlaku. Kuatkan balik hubungan dengan MAHA PENCIPTA. Pasti DIA takkan sia-siakan apa jua rayuan kita padaNYA.
Wallahualam
#fbyasminsari
Monday, 12 June 2017
Cara Jadi Ibu Yang Lebih Sabar
Assalamualaikum semua.
Alhamdulillah, kali ini baru min berkesempatan kongsikan berkenaan, bagaimana mahu menjadi ibu yang lebih sabar setiap hari.
Alhamdulillah, ramai ibu-ibu yang ingin tahu dan ingin pelajari bagaimana mahu jadi ibu yang lebih sabar.
Allahu, sungguh Allah yang memilih kita antara ramai-ramai ibu untuk mencari jalan bagi menjadi lebih sabar.
Macam-macam punca yang boleh menjadi sebab kemarahan pada diri seseorang. Punca kemarahan itu perlu dicari dan dikaji dahulu. Di antaranya punca kemarahan adalah, sebab kita marah sangat pada diri sendiri atau marah pada apa yang berlakui dalam hidup kita.
Sebagai contoh, seorang ibu yang berhenti kerja dan kerana kasihankan anak yang perlukan perhatian serta sudah terlalu stress mengahdapi situasi tempat kerja. Tapi, bila sudah berhenti, apa yang diharapkan tidak terjadi. Keadaan menjadi semakin sukar. Akhirnya lepaskan kemarahan pada anak-anak. Kenapa anak-anak? Sebab mereka adalah target yang paling mudah dan mereka menjadi seolah-olah 'punching beg' tempat melepaskan geram.
Sebenarnya, bukan ibu-ibu saja boleh gunakan teknik ini. Malah sesiapa saja yang ingin menjadi lebih sabar.
Min pelajari ini dari 'online coaching' ibu rose.
Baiklah, kita straight to the point saja ya.
==========================
Bagaimana mahu kawal emosi marah dan menjadi lebih sabar setiap hari :
1. Keinginan
---------------
Perlu ada keinginan yang tinggi untuk tidak marah-marah anak lagi. Azam yang kuat.
2. Kenalpasti kenapa marah.
-----------------------------------
Gali dan kaji kenapa kita mudah marah-marah anak, apa yang ibu rose ajarkan : Belajar maafkan, lupakan dan carilah kedamaian.
Katakan begini : "Saya memaafkan. Saya pemaaf"
3. Buang segala tanggapan negatif pada diri.
-------------------------------------------------------
Buang tanggapan yang katakan kita ni garang, pemarag, pantang silap cepat melenting dan sebagainya. Ini imej diri kita sendiri. Usahakan.
4. TULISkan perkataan, SEBUT dengan jelas apa yang kita nak sambil memBAYANGkan sebelum tidur.
------------------------------------------------------------------------
Juga boleh dilukiskan bagaimana rupa kita yang lembut dan penyayang.
Dengan menulis dan melukis ini, gambaran pada otak kita akan lebih jelas. Seolah-olah apa yang kita tulis dan lukis mengalir kesegenap tubuh kita.
Masa yang terbaik membayangkan ia adalah waktu sebelum tidur (waktu gelombang alfa). Contoh skrip :
Yasmin penyayang,
Yasmin lembut
Yasmin pengasih
Yasmin tegas
Ini sebenarnya gabungan teknik Self Affirmation dan LUA.
Ini adalah memasukkan mesej ke dalam minda bawah sedar kita. Di mana kelajuan minda bawah sedar adalah 5 juta bit persaat berbanding kelajuan minda sedar 50 bit persaat. Sangat powerfull minda bawah sedar ini.
Jadi, setiap hari sebelum tidur, baca skrip ini sambil membayangkan situasi yang kita inginkan.
Inilah konsep LUA. Law of Universal Attraction, di mana ia adalah satu HUKUM TUHAN yang akan menarik seluruh yang ada di dunia ini, membantu dan menyokong kita untuk belajar dan berusaha menjadi ibu yang lebih sabar.
Suatu perkara yang positif punya energy yang tinggi dan akan menarik segala perkara yang positif juga.
Begitu juga sebaliknya. Boleh baca di posting saya yang lepas untuk detail tentang LUA dan Self Affirmation pada #LUA dan #Selfaffirmation. Praktikal dan huraian lanjut tentang LUA dan Self Affirmation ni boleh dipelajari di bengkel EH SABAR. Disitulah, kali pertama min tau bagaimana aplikasikan LUA dan self affirmation ini dalam kehidupan. Sebelum ni, min hanya dengar dari TV dan radio, tapi tak reti nak aplikasikan. Satu pelaburan yang sangat bernilai buat kehidupan kita. Highly recommended. Terima kasih sifu maznah ibrahim :)
5. Rekodkan bilangan
-------------------------
Untuk kali pertama, rekodkan berapa kali kita marah. Contoh pada hari pertama kita marah sebanyak 40kali.
Kemudian, tanamkan nekad pada diri, saya mahu kurangkan marah ni pada esok. Sebagai contoh nak kurangkan 3. Maka bila capai 35kali, kita akan aware. Maka paling banyak adalah 37 kali marah pada hari itu.
Seterusnya kurangkan lagi 3 pada hari berikutnya.
Begitulah proses itu diteruskan.
Hinggalah sampai satu tahap, nak cari kita marah dalam satu minggu pun susah.
6. Konsisten
------------
Konsisten dengan usaha hinggalah kita benar-benar rasai kesannya. InsyaAllah :)
=======
Begitulah caranya bagaimana kaedah yang Ibu Rose kongsikan bagaimana untuk jadi ibu yang semakin sabar setiap hari.
Tinggal lagi, sama ada kita benar-benar mahu berubah atau tidak. Tiada jalan pintas. Mujahadah dan usaha yang konsisten perlu dilakukan.
"La taghdhob wa lakal jannah"
Hadith : Jangan marah dan bagimu syurga
Inilah ayat motivasi buat min sendiri. Bila nak marah anak, cepat-cepat min ingat hadith ni. Sungguh, hanya orang KUAT saja yang mampu tahan marah, sebagaimana sabda nabi kita saw, "Orang yang paling KUAT dikalangan kamu adalah orang yang mampu menahan marah".
Syurga itu mahal harganya, nilai sebuah keSABARan sangat TINGGI hingga SYURGA ganjarannya.
Justeru, ini bukanlah jalan yang mudah untuk ditempuhi. Bila ibu-ibu sudah mula bertekad mahu jadi penyabar, jangan risau ujian PASTI akan datang. NAMUN, jangan pernah mengalah. Ingatlah, Allah sedang menilai atas segala susah payah dan usaha kita ini. Tiada yang sia-sia. Teruskan ibu. Teruskan wahai ibu-ibu yang penyayang dan tegas.
Min belajar dari Puan Siti Norlaila sifu SASU min, amakan potongan ayat quran dan hadith pendek dalam solusi konflik harian dengan anak-anak. SubhanaAllah, bukan anak saja terbina, malah diri kita sendiri lebih-lebih lagi.
Allah, jadikanlah aku dan ahli keluargaku orang-orang yang mencintaiMU, mencintai orang-orang yang mencintai diriMU. Aminn..
Jom ibu hebat semua, kita upgrade ilmu dan amalkannya. Semoga JANNAH hadiah buat kita semua. Aminn..
Jom upgrade ilmu. Boleh dapatkan Ebook Parenting di sini :
bit.ly/Ebookteknikrebonding
bit.ly/ParentingSkill
Jom ke bengkel EH SABAR pada 29 Julai ini di SHAH ALAM. Info lanjut di sini :
bit.ly/t_ehsabar
Jom jadi ibu yang penyayang dan tegas.
#fbyasminsari
#teknikibusabar
#ehsabar
#sasu
Labels:
Eh sabar,
hati,
ilmu parenting,
Parenting tips,
Urus Emosi
Subscribe to:
Posts (Atom)
Monday, 13 May 2019
OHH..BEKAS OPERATE BERSALIN CASEREANKU TERBUKA