Tuesday 14 February 2017

INFO KESIHATAN ANAK-ANAK

Jom kita belajar sikit tentang kesihatan anak-anak kita ya.
Min c&p dari fb Klinik Takwa. Semoga bermanfaat buat min dan semua.

===

Assalamualaikum dan selamat hari Isnin semua

Hari ini saya ingin berkongsi maklumat mengenai tanda bahaya (warning signs) pada anak anak.

Waktu saya masih belajar dahulu, pensyarah saya selalu menekankan bahawa; 'Anak kecil itu bukannya semata mata orang yang berukuran kecil'. Ya, pastilah. Anak anak merupakan pesakit yang istimewa buat para doktor, kerana mereka tidak boleh memberikan maklumat secara sendiri. Selain itu setiap ubat dan tindakan dari doktor harus berdasarkan berat dan umur anak.

Doktor bukanlah boleh membaca minda si anak, kami memerlukan ibu bapa atau penjaga untuk memberitahu masalah yang dihadapi anak.

Oleh yang demikian, amat penting untuk ibu bapa atau penjaga tahu apa yang harus diperhatikan pada anak yang sakit.

Pertama sekali, ibu bapa haruslah ingat perjalanan penyakit si anak. Bila ia mula sakit, HARI dan TARIKH adalah sangat mustahak, supaya senang untuk dibuat perkiraan lama sakitnya itu. Setiap penyakit ada tempoh masa yang penting. Contohnya jika demam tinggi naik turun tanpa disertai batuk selsema atau sakit tekak selama lebih dari 3 hari, doktor akan melakukan ujian darah untuk memastinya ianya bukan demam denggi.

Yang kedua, ingatlah sejarah penyakit yang berkaitan. Seperti contoh;
i) Ada makan makanan di tepi jalan kah sebelum tu,
ii) Ada bercuti di kolam air panas kah,
iii) muntah muntah dulu baru demam kah,
iv) Cirit sudah 3 kali sehari kah.

Biasanya kami akan bertanya, namun begitu jawapan yang tepat perlu diberikan.
Justeru, cubalah untuk ingat dengan betul setiap informasi, dan juga ambil perhatian pada setiap sesuatu masalah yang baru.

Seterusnya, lihatlah anak anda dengan teliti. Ada beberapa tanda penting yang doktor akan tandakan sebagai tanda dan simptom merbahaya (warning signs and symptoms).

Contohnya;
i) Anak kelihatan lemah secara umum, tidak aktif seperti biasa, tidur sahaja
ii) Pernafasan yang laju, menggunakan tenaga otot yang lebih untuk bernafas dan tulang rusuknya kelihatan jelas, nafas berbunyi
iii) Anak tidak boleh makan / minum langsung, muntah berterusan, cirit birit berterusan
iv) Menangis atau merengek berlamaan yang tidak boleh dipujuk
v) Demam terlalu tinggi disertai kejang
atau perlakuan sawan

Ini adalah beberapa tanda penting secara umumnya. Untuk lebih terperinci, kami akan melakukan pemeriksaan lanjut

Untuk merawatnya, kadangkala di klinik, saya tidak memberikan ubat pun sekiranya tidak perlu. Apatah lagi, jika bayi kecil baru beberapa bulan dengan selsema atau batuk. Anak kecil kurang dari 2 tahun adalah sangat sensitif pada ubat-ubatan, kadangkala ubatan dengan kesan sampingan ringan pun boleh menjadi berat pada anak anak ini.

Justeru, sekiranya tidak perlu, saya tidak akan memberinya. Sebaliknya, saya lebih gemar memberi pendidikan kepada ibubapa bagaimana untuk membantu anak anak berasa lebih selesa, seperti melakukan percussion atau tepuk di belakang dada dengan betul untuk membantu anak untuk mengeluarkan kahak, memberikan supplemen vitamin C pada dos yang berpatutan, serta pemakanan superfood untuk bantu anak melawan virus dengan lebih cepat, dan sentiasa mengawasi tanda-tanda amaran yang saya sebutkan di atas.
Jika sekiranya perlu, ubat-ubatan akan diberikan, malah sekiranya keadaan lebih serius, anak mungkin akan dirujuk ke hospital untuk rawatan segera dan intensif.

Kesimpulannya, berikanlah perhatian pada kesihatan anak anda. Sekiranya was was dan tidak yakin dengan penilaian sendiri, bawalah anak ke doktor terdekat untuk disahkan keadaan penyakitnya. Berjaga-jagalah sebelum terlambat.

Amalan mengambil Qaseh Gold Junior dan iGE bagus untuk anak kita

Dr. Aimi binti Jaafar
Klinik Taqwa, Bangi
0162894717
======

Pstt.. Untuk tingkatkan imuniti tubuh anak-anak, boleh cuba amalkan #QasehGoldJunior dan bagi merangsangkan mindanya boleh cuba #iGE yang mengandungi 200biji sebotol.

#kamiamalQasehGold
#codycafeuntukibubapa

No comments:

Post a Comment