Thursday 2 February 2017

TANG (BAHAGIAN 4)

TANG ( Teknik Al Quran New Gen)
Bahagian 4

Kaedah ini adalah inspirasi dari kaedah Glen Doman mengajar anak kecil membaca sejak bayi. Sudah boleh digunakan seusai bayi dilahirkan.

==========================
5. Bila kena tukar kad dan bagaimana?
============================

Ingat, yang kita pernah kongsikan dalam bahagian 3?
Untuk satu sesi, memadai dengan 5 kad atau 4 kad. Tak perlu banyak. Yang penting adalah istiqomah.
Untuk kad yang sama, dicadangkan juga buat sebanyak 15 sesi.
Katakanlah satu hari 3 sesi, ini bermakna masuk hari ke lima, sudah selesai bagi set flascard itu. Rehat dua hari (pilihan, kalau tak nak rehat pun tak mengapa).
Untuk penukaran set baru ada dua kaedah :
a. Tukar semua flashcard dengan set yang baru.
b. Tukar satu flashcard saja dengan yang baru, dan baki 4 kad masih kekal.
Saya kongsikan sikit ye.
Kanak-kanak ni mudah bosan.
Kalau kita pilih option a, ini memberikan mereka perkataan yang baru dan fresh. Dengan bertambahnya banyak perkataan baru, banyak lagilah yang dapat dipelajari.
Kalau pilih option b, ini memberikan mereka pengukuhan pada perkataan yang telah dipelajari. Namun, jangan frust andai mereka tidak mahu lihat sangat kad itu, kerana 'ala..saya dah tau'.
Terpulang pada ibu-ibu mahu yang mana. Secara peribadi, saya pilih option a. Sebab anak-anak saya bosan bila gunakan set yang sama lagi.

6. Buat jadual
==========
Alah..jadual yang simple saja. Supaya kita mudah track cukup atau tak sesi mereka. Saya guna tulis tangan saja dan lekat di dinding.

7. Uji
====
Kanak-kanak suka belajar, namun mereka tidak suka diuji. Uji perlu, sebab kita nak tau adakah apa yang kita beri ini dia dapat terima. Kalau mahu uji, cukuplah sekali dalam 2 bulan dan dalam bentuk permainan. Macam-macam permainan yang kita boleh lakukan berdasarkan ayat yang telah di'flash'kan.
*saya akan detailkan pada post yang lain.

8. Jalan terus
==========
Ibu-ibu, tugas kita adalah MEMBERI. Yang nak bagi mereka mampu hafal atau faham itu Allah. Jangan jemu dan pernah putus asa. Anak-anak sedang mempelajari dari tingkah kita, sejauh manakah kesungguhan kita. Allah juga sedang mengganjari kita atas segala usaha. Pedulikan kata-kata atau bisikan pelemah. Sentiasa perbaharui niat. Buat ni bukan sebab nak tunjuk kat orang yang anak kita cepat pandai baca AQ. Gali dan cari apakah niat sebenar kita.

PENUTUP
=======
Kuali dan sudip sudah ditangan, bahan-bahan juga telah tersedia. Tinggal lagi nak memasakkannya ikut resepi dan citarasa sendiri. Masak dengan penuh kasih sayang, InsyaAllah hasilnya nanti mampu menggugah jiwa yang merasainya.

Selamat berjuang ibu solehah semua. Ilmu ini tak bermakna jika hanya sekadar baca tanpa diamalkan.
Jom kita ajar anak AQ sejak bayi. Potensi otak mereka sangattt dahsyat. Rugi jika berlalu masa begitu saja.
Mari bina legasi syurga bersama.

+flashvid boleh dapatkn dari saya. Utk pengetahuan, ia sebenarnya pendrive yang sarat untuk pembelajaran AQ dalam pelbagai format dari dalam kandungan hingga 3tahun. Bukan saja flashvid, audio, per kata pdf dan banyak lagi. (saya print dari pdf pendrive ini)
+berminat mahu tahu detail boleh pm/whatapp saya yasmin 016-9731080

Jadual saya guna tulisan tangan je :)

No comments:

Post a Comment