Friday 3 February 2017

OTAK KANAN, OTAK KIRI dan TANG

Kaitan antara otak kanan, otak kiri dan kaedah TANG (Teknik Al-Quran New Gen)
====

Nota : Penerangan terperinci dan kaitan dengan posting min sebelum ini tentang Kaedah TANG sebanyak 4 siri yang pernah min kongsi sebelum ini.
===========

Mengajar Bayi Menggunakan Flashcard
============

Pentingnya mengajar anak menggunakan teknik yang betul..ini kerana cara kita mengajar anak itulah yang menentukan bahagian otak yang manakah yang akan memproses maklumat yang kita ajar. Adakah kita mahu otak kanan anak kita yang bekerja atau otak kiri anak yang bekerja utk memproses apa yang kita ajar.
Dalam hal ini, bagi bayi, kita mahukan otak kanannya memproses maklumat ini. Ini kerana otak kanan anak-anak berkembang lebih awal daripada otak kiri terutamanya sejak bayi. Selepas berumur tiga tahun, otak kiri pula akan menjadi dominan.

Walaubagaimanapun, menurut Maria Montessori, otak anak- anak berumur 0-6 tahun amatlah cepat menyerap apa saja yg kita ajarkan.

Bayi dan cara menggunakan otak kanannya:

Otak kanan dan otak kiri berfungsi secara berlawanan, namun ia saling melengkapi. Otak kiri memproses logik dan menyerap maklumat yang diransang secara perlahan. Otak kiri juga memproses maklumat yang didatangkan kepadanya secara berulang. Otak kiri sukakan teknik pengulangan.

Otak kanan pula, ia bersifat 'separa sedar' dan 'gerak hati'. Ia menangkap maklumat yang didatangkan kepadanya secara cepat atau 'sekali imbas' dan otak kanan tidak memproses pengulangan'repetition'. Ia tidak memerlukan maklumat yang diransang berulang-ulang dalam satu masa, cukup hanya sekali.

Oleh kerana otak kanan bayilah yang berkembang dulu, kita perlu ajar bayi menggunakan otak kanan.

Semakin bayi anak itu, semakin mudah utk diajar.

Sebab itu sangatlah baik memulakannya seawal mungkin.

Caranya ialah dengan mengimbas kad- kad perkataan tersebut secara sepintas lalu. Disertakan dengan suara ibu yang jelas dan girang.

Menurut Mokoto Sishida, ia perlu diimbaskan secepat yang mungkin.Apabila maklumat diimbas cepat-cepat dalam satu masa, otak kanan akan menyerapnya diluar sedar bayi. Otak kanan itu akan terus berlatih memproses maklumat sekiranya kita kerap mengimbaskannya di masa - masa lain. Lama kelamaan, proses ini mengaktifkan memori fotografik bayi.

Semakin banyak otak kanan digunakan, semakin berkembang aktiflah ia.

Jika kita mengimbaskan kad maklumat tersebut secara perlahan, cuba menerangkan apa yang ada didalam kad, dan disebut berulang2, otak kiri akan 'cepat-cepat ambil tugas' memproses itu. Tetapi bagi bayi, otak kirinya belum berkembang. Jadi, 'berikanlah tugas' kepada otak kanan bayi yang sebenarnya jauh lebih mudah diransang. Ransangan yang optimum itu jugalah yang boleh menjadikan anak anda genius.

Kredit : Puan Hanisah Wanasan

No comments:

Post a Comment