Thursday 1 June 2017

Separation Anxiety, Apa Patut Saya Buat?

 "Baik Puan Yasmin, sekarang ni saya dah faham apa itu separation anxiety. Jadi, apa yang patut saya buat Puan?"

Satu persoalan menerjah ke telinga saya.

"Alhamdulillah. Tahniah Puan, tak syak lagi, memang puan ibu yang prihatin. Setiap perkembangan anak, puan ambil secara serius. InsyaAllah, saya yakin, anak puan akan membesar dengan emosi yang sihat."

Baiklah ibu-ibu hebat sekalian. Sekarang kita dah tau dan faham apa yang dikatakan sebagai 'fasa perpisahan sementara'. Jadi, apa yang patut saya lakukan?.

Terkadang, kita perlu menyelesaikan urusan tertentu dan meninggalkan anak untuk sementara, seperti berurusan di tandas, memasak, dan sebagainya. Apa yang perlu ibu lakukan adalah beritahu pada anak yang ibu perlu ke tandas sebentar sebagai contoh.

"Hafizuddin, ibu nak ke tandas kejap ye. Kejap je. Tandas kat depan tu je. Bila dah siap, ibu keluarlah. Terus ibu pergi pada Hafizuddin ye sayang."

Sememangnya anak itu akan menangis dan membunyikan 'piching' yang sangat tinggi.

Itu memang tak dapat nak elak. Pada ketika yang lain juga, lakukan perkara yang sama, beritahu pada anak walaupun dia terus menangis apabila kita tinggalkan dia sebentar.

Kalau ke tandas memanglah tak boleh nak bawa bersama kan. Teruskan beritahu dimasa yang lain. Insyaallah, lama-kelamaan anak akan semakin faham.

Tapi kalau kerja-kerja yang boleh anak lihat kita, seperti memasak, sidai kain, letakkan anak di tempat yang anak boleh nampak kita. Tapi, pastikan keadaan anak selamat. Mungkin boleh letakkan anak di dalam 'playpan'. InsyaAllah, anak akan sedikit tenang, selagi dia nampak kita dan kita berada berdekatan dengannya.

Emm...banyak juga keadaan, ibu sendiri bawa anak kemana saja ibu pergi dan buat. Min sendiri secara peribadi, bila anak terus menangis, kadang dukung saja anak itu sampailah keadaannya agak tenang. Istilahnya 'baby wearing'. Pada badan kita selalu melekap si anak. Haha...comel sangat. Min pakai 'baby carrier' dan teruskan kerja-kerja di rumah. Kadang ber'baby wearing' sambil sapu rumah, mop lantai, sidai kain..wah...bertabahlah wahai ibu-ibu. Tak lama pun, sekejap saja. Sampai masa, hilanglah fasa 'separation anxiety' ini.

Bagi ibu-ibu yang bekerja, biasanya anak akan menangis bila ditinggalkan pada pengasuh. Sebelum nak tinggalkan anak, beritahu pada anak, "Ibu nak pergi kerja. Sekarang adik tinggal dengan mak kiah ye. Petang nanti, bila ibu habis kerja, ibu jemput adik ye". Memang anak akan menangis juga. Tidak mengapa, esok, beritahu perkara yang sama.

Alhamdulillah, dah 4 kali min lepasi fasa ini. Kali ini bersama anak ke 5 yang berumur 11 bulan. Di fasa yang memerlukan ketabahan yang tinggi. Cuma sedikit berbeza, mungkin kerana punya adik beradik yang lain, maka kurang sedikit 'drama' anak ini. Abang dan kakaknya rajin main dan layan adik yang kecil ini.

Syukur, Alhamdulillah.

Hafizuddin anak ke 5 min, sekarang berumur 11bulan baru menapak 2, 3 langkah sendiri. Seronok sangat dapat lihat langkah-langkah awal nya .

Baiklah ibu-ibu, teruskan bersabar di fasa ini ya. Beritahu anak, letakkan di tempat selamat, akhir sekali dukung saja...

InsyaAllah, jumpa lagi di posting yang lain.

Terus upgrade ilmu ya.

Highly recommended untuk Follow Puan Maznah Ibrahim (Founder EH SABAR), Fb Page : Ibu-Rose Mesejnya Kasih (Pakar loving and firm parenting), Puan Siti Norlaila (Founder SASU), Puan Rosmaria Binti Mohd Sahat (Founder Amazing MOMS dan Say It Right).

#fbyasminsari
#separationanxiety
#yasminQasehGoldShahAlam

No comments:

Post a Comment