Thursday 1 June 2017

Apa itu Separation Anxiety?

“Apa kena dengan anak saya ni ye puan?. Pantang tak nampak saya, mesti dia menangis. Menangis macam kena pukul tu, punyalah kuat”
.
.
“Puan,susahlah saya nak buat kerja. Nak ke tandas pun cepat-cepat sebab tak sanggup dengar anak saya menangis kuat macam tu.”
.
.
“Saya terpaksa dukung anak saya ni masa sidai kain. Kalau tak, tak berhentilah dia nangis”
.
.
Baik.
.
.
Soalan saya : Berapa umur anak puan ye?
.
.
Jawapan : Lingkungan 10 – 18 bulan. Ada juga yang 2 tahun.
Inilah dia dipanggil ‘Separation Anxiety’ atau ‘Perpisahan Sementara’.
.
.
Pada purata umur 10-18 bulan, memang anak cenderung untuk menangis bila ketiadaan ibunya atau penjaga yang paling rapat dengannya.
.
.
Sebenarnya anak ini sedang memahami, apa yang dikatakan perpisahan sementara. Kan selama ni, dia attach dengan ibu atau penjaganya saja kan. Terutama buat anak yang tidak tinggal bersama pengasuh atau nursery. Separation Anxiety ini lebih sukar untuk ditangani.
.
.
Walaubagaimanapun, seperti biasa, ibu kena banyak bersabarrrr. Anak itu kan baru kenal dunia. Banyak perkara yang asing baginya dan hanya ibu atau penjaga terdekatnya saja yang dia kenali. Maka kepercayaannya hanya pada individu tersebut. Sabar dalam mengenalkan anak perkara-perkara yang baru.
.
.
Jadi, bagaimana solusinya?. Solusinya adalah memaklumkan pada anak dengan tegas dan lembut, “Ibu, nak ke tandas sekejap dalam 5 minit. Dah siap,ibu datang balik ye”.
Bagi yang hantar anak ke rumah pengasuh pula, “Ibu nak pergi kerja dulu, adik duduk dengan teacher ye, habis kerja petang nanti, ibu datang jemput ye.
.
.
Ulang saja ayat seumpama ini pada anak. Kita sangka mereka tak faham sebab terus menangis. Takpe, jangan risau, InsyaAllah, lama kelamaan dia akan faham. Bagi peringkat permulaan, memang agak sukar, tapi terus beritahu pada ank, kemana kita pergi ya.
.
.
Satu cara lagi, letakkan anak di tempat yang boleh dilihatnya akan kita. Kalau sedang masak, mungkin boleh diletakkan anak itu di dalam playpan yang boleh nampak kedudukan kita.
Itulah antara strategi yang boleh digunakan bagi kes separation anxiety ni.
.
.
Tapi, secara peribadinya min pun tak tahan dengar anak menangis kuat-kuat macam tu. Kadang-kadang memang min dukung dan bawala merata-rata. Sampai lah dah besar sikit, baru min jadi agak tegas sedikit dengan tak membawanya merata-rata dan tinggalkan dia dengan aktiviti yang dia minat seperti main lego atau apa saja aktivi yang digemarinya.
.
.
Ha..sapa ada anak umur 10-18 bulan?Angkat tangan sikit
Anak saya yang paling kecil 7 bulan, tapi dah keluar sikit-sikit dah taringnya tu.
.
.
Jom fahami ilmu parenting. Ada banyakkk lagi ilmu parenting dalam ebook ini :
.
.
Boleh dapatkan Ebook
Teknik Rebonding, Saya Tak Nak Marah Anak Lagi (Siri 1 dan 2) di link berikut ๐Ÿ˜Š

bit.ly/Ebookteknikrebonding

No comments:

Post a Comment