Thursday 1 June 2017

Fasa individuating VS separation anxiety

Soalan : Puan Yasmin, saya ada anak umur 2 tahun 2 bulan dan 11 bulan.
.
.
1. Masalah saya, anak sulung tu selalu buat perangai bila saya main dengan adiknya.
.
2. Anak sulung tu juga kalau tak berjaya nak sempurnakan permainan yang dia main, dia akan mengamuk. Menangis-nangis minta saya betulkan mainan tu.
.
3. Anak 11bulan pula, pantang saya hilang kejap, mesti nangis. Kuat pula tu. Saya nk pergi tandas sekejap pun susah.

Macamana saya nak buat ni puan?
.
.
====
.
Jeng..jeng..jeng..hah...ibubapa hebat kat sini...agak-agak tau tak camna nak solve masalah kawan kita ni?
Yang ada pengalaman bolehla share sama-sama. Kita bantu kawan kita ni, nak?
.
.
+++++
.
Jom kita kenalpasti apakah cabaran yang penjaga ini hadapi.
.
.
KES 1
.
.
Bagi kes 1, jelas yang anak ini perlukan perhatian. Tangki emosinya kekurangan. Ingat lagi 5 tangki emosi yang pernah kita bincangkan dulu? Siapa yang beli Ebook Saya Tak Nak Marah Anak Lagi, (boleh dapatkan di link ini : bit.ly/Ebookteknikrebonding ) pasti faham dengan jelas. 5 Tangki emosi iaitu perkataan yang mengesahkan, material, masa berkualiti, sentuhan dan perlakuan. Dari 5 tangki emosi ni, yang paling ketara keperluan anak ni adalah masa berkualiti dan sentuhan.
.
Yelah, diakan anak sulung. Ada adik yang dekat sangat jarak umurnya. Sebab tu kenapa disarankan untuk merancang kehamilan hingga sekurang-kurangnya 2 tahun, supaya anak itu mendapat sepenuh perhatian yang sewajarnya saat perkembangan emosi yang kritikal ini. Tapi, takdir Allah menentukan yang si abang ni cepat dapat adik. Maka apakah solusinya?
.
.
SOLUSI KES 1
.
+ Uruskan si adik dulu, bagi dia kenyang dan tidurkan dia.
+ Masa adik tidur, penuhkan masa berkualiti dengan si abang. Main bersama, bercerita, masak-masak, beraktiviti bersama. Macam-macam aktiviti yang boleh dilakukan bersama secara ada interaksi dua hala. Anak-anak sangat suka kalau kita sertai aktiviti dia berbanding kita sediakan keperluan mainan saja dan tinggalkan. Min biasa juga main soro-sorok dengan anak (wah, yang ni memang susah sebab tempat menyorok terhad), main lego, main puzzle, macam-macam. (Tangki Emosi Masa Berkualiti)
.
+Sambil beraktiviti, boleh beri sentuhan yang positif buat anak. Peluk, cium, usap, belai apa saja sentuhan yang anak gembira. (Tangki Emosi Sentuhan)
.
+Juga jangan lupa tangka perkataan yang mengesahkan iaitu PUJI, puji dengan TEKNIK NABI banyak-banyak ye. (Tangki Emosi Perkataan Yang Mengesahkan)
.
+Lakukan secara istiqomah SETIAP HARI hari selama SEMINGGU, dalam 30minit ke 1jam. Tengok pada keadaan. Jadi,kenalah rancang apa aktiviti itu.
.
+ Beri sepenuh perhatian pada anak itu. Kita kan mahu merawat hati anak si abang. Letakkan hp ke tepi ya
.
+InsyaAllah, ia akan terawat. Tengok hasil selepas seminggu.InsyaAllah akan ada perubahan.
.
.
.
KES 2
.
Ini kes Tantrum. Ingat tak posting min tentang tantrum. Biasanya pada umur 1 setengah hingga 4 tahun anak akan ada kes tantrum. Ia bukan penyakit atau sindrom apa-apa. Tapi ia adalah cara anak ni nak respon pada sesuatu yang dia mahu, nyatakan rasa tak puas hati atau mahukan perhatian kita. Ia adalah NORMAL.
.
Kenapa tantrum, sebab anak ni masih belum pandai menyampaikan sesuatu maksud atau kehendak dengan betul. Jadi biasalah kalau anak pada umur begini menangis, mengamuk, berguling, menjerit-jerit dan sebagainya bila mahukan sesuatu atau mahu sesuatu hajat dilaksanakan.
.
Antara penyebab biasa tantrum, ialah apabila tidak dapat menjayakan suatu aktiviti (cthnya memasukkan barang ke dalam sebuah bekas), mahu dibelikan mainan yang terlihat dipasaraya dan sebagainya.
.
.
SOLUSI KES 2
.
.
a.Katakan padanya “ibu tak mahu bercakap dengan orang yang tak stabil emosi” atau apa saja kata-kata yang menyatakan kita berpendirian tidak melayan dia hingga dia tenang.
.
b. Diam tidak berkata apa-apa dan terus berjalan ke bahagian lain (sambil memantau keadaan dan situasi..min biarkan dia menangis dan tebalkan muka min walaupun orang sekeliling pandang semacam..buat dek je)
.
c.Bila dah tenang/reda min akan berbincang padanya. Melihat kedalam mata anak syurga pada ketinggiannya (min rendahkan ketinggian min)-eye level.
.
Boleh gunakan komunikasi asertif yang terdiri dari 3 langkah :
i. pencetus emosi
ii.apa rasa (sedih,kecewa, tidak suka –emosi)
iii.solusi/permintaan
.
cth ; “Bila adik nangis-nangis dan mengamuk tadi sebab nak mainan (i) ibu rasa sangat sedih (ii) bolehkah apabila adik mahukan sesuatu, adik beritahu ibu dengan jelas tanpa menangis dan menjerit? Ibu bukan tidak mahu belikan mainan itu, tetapi bukankah kita baru saja beli yang baru semalam. Kalau adik mahu, kita akan beli tetapi setelah adik lengkapkan buku ABC ini, boleh?(iii)”
Kita kena konsisten dan tegas. Jangan kejap boleh kejap tak boleh, kejap bagi kejap tak bagi. Sebab kita ingin melatih dia untuk memahami yang TANTRUM itu salah dan ajarkan dia bagaimana mahu minta sesuatu.
.
.
Kes 3
.
.
Anak ini alami konflik ‘Separation Anxiety’ iaitu perpisahan sementara. Memang biasa pada umur 10 bulan hingga 1 8 bulan, malah kadang-kadang lebih. Dia akan meraung, menangis bila kita tak berada dihadapannya, hatta ke tandas sekalipun.
.
.
SOLUSI KES 3
.
.
+ Beritahu anak tu, setiap kali kita mahu ke mana-mana. Walaupun mungkin dia tak faham pada awalnya, lama-kelamaan InsyaAllah dia akan faham juga akhirnya.
.
+ Letakkan anak di tempat yang boleh dilihatnya ketika kita buat kerja. Contohnya, letakkan dia di dalam playpen yang menghadap kita yang sedang memasak.
.
+Dukung saja ke mana pergi
.
+Sabar dan anggap tangisannya itu, lagu yang terindah.
.
….
.
Baiklah, terjawab sudah ketiga-tiga soalan itu. Semoga dapat membantu ibubapa yang menghadapi cabaran ini.
.
Ingat, ia adalah perkembangan yang NORMAL bagi anak. Kita hanya perlu BELAJAR bagaimana hadapinya.
.
Dengan ilmu, InsyaAllah, tindakan kita akan lebih terarah. Pastikan kita ibubapa hebat positif dan banyak bersabar. Kalau kita bersabar ketika mereka kecil, InsyaAllah, mereka juga akan bersabar ketika kita tua nanti.
.
What U Give U Get Back
.
Positifff selalu.
.
Upgrade ilmu ya.
 
#fbyasminsari
#tangkiemositantrumseparationanxiety

No comments:

Post a Comment